
Jika dahulu perpustakaan dijadikan ‘port’ lepak pilihan pelajar, kini amalan mengulangkaji pelajaran atau membuat tugasan di restoran atau cafe menjadi trend seiring perkembangan zaman dan kemajuan teknologi.
ARTIKEL BERKAITAN : Pelajar Ada Port Ulangkaji Hipster Baharu Di Perpustakaan Kuala Lumpur
Zaman sekarang, pelajar boleh mendapatkan hampir semua informasai di hujung jari asalkan mereka akses internet.
Namun, tindakan segelintir mahasiswa menjadikan Family Mart sebagai tempat untuk berkumpul belajar dan menyiapkan tugasan telah mendapat kritikan dari ramai pihak.

Melalui sebuah hantaran di laman Saya Anak Perlis, seorang pengguna telah menyuarakan ketidakpuasannya terhadap budaya tersebut.
“Memang sempit tempatnya untuk buat assignment. Bila ditanya, ‘Lama lagi ke?’ sebab keluarga saya ingin makan. Dengan selamba dijawab, ‘Lama lagi ni bang. Saya tengah siapkan assignment,'” tulisnya.
Apa yang lebih mengecewakan adalah teguran yang diberikan oleh kakitangan Family Mart turut tidak dipedulikan oleh para pelajar tersebut.
“Makanan pun tak ada di atas meja. Staff tegur pun macam tak berkesan, terus duduk keras di situ. Ini yang orang Perlis panggil ketegaq. Harap Family Mart lebih peka terhadap isu ini,” sambung pengadu.
Banyak komen di ruangan tersebut menunjukkan persetujuan, sambil menyatakan bahawa ruang yang disediakan sepatutnya adalah untuk makan, bukan untuk belajar atau menyiapkan tugasan.
Dulu mekdi sekarang family mart pic.twitter.com/Caj27SaBY7
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) May 27, 2024
BACA LAGI : 6 Port Membaca Sambil “OOTD”, Wajib Kunjungi Gedung Ilmu Dengan Dekorasi Unik Ni!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hati-Hati Hantar Emoji ‘Love’ Merah, Boleh Dihukum Penjara Dan Denda
Penulis percaya ramai je antara kita yang suka mengunakan emoji di whatsApp kerana ia lebih senang menunjukkan emosi kita ketika itu. Dan terdapat juga Emoji Whatsapp yang disalah erti oleh kita, yang selama ini kita sangka ianya betul tetapi sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN : Jangan Salah Bagi “Love”, Kenali Maksud Disebalik Simbol Emoji Ini
Walaupun begitu, awas ya!
Di Arab Saudi korang boleh dipenjarakan gara-gara menghantar emoji ‘love’ ini. Mengikut laporan akhbar Okaz, pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi telah memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ kepada seseorang di aplikasi WhatsApp boleh menyebabkan pengirimnya dipenjarakan.
Mengikut undang-undang Saudi, pengirim boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan dikenakan denda 100,000 riyal (RM111,556) sekiranya didapati bersalah.

Ahli Persatuan Anti-Penipuan Arab Saudi, Al Moataz Kutbi berkata bahawa menghantar emoji ‘love’ di aplikasi WhatsApp adalah sama dengan bentuk jenayah gangguan.
Selain itu, katanya penggunaan beberapa imej dan ungkapan semasa bersembang dalam talian juga boleh bertukar menjadi jenayah gangguan jika tuntutan mahkamah difailkan oleh penerima.
Dia memberi amaran kepada pengguna aplikasi supaya tidak memulakan perbualan dengan mana-mana pengguna tanpa persetujuan mereka atau terlibat dalam perbualan yang tidak selesa atau mengganggu pengguna lain selain menekankan amaran terhadap penggunaan ekspresi eksplisit atau emoji hati merah.

”Menurut sistem anti-gangguan, gangguan ditakrifkan sebagai setiap pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual yang dibuat oleh seseorang terhadap mana-mana orang lain yang menyentuh badan atau kehormatannya atau melanggar kehormatannya dengan apa-apa cara, termasuk teknologi moden.
”Ini termasuk (emoji) yang dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut adat masyarakat, seperti hati merah dan mawar merah,” kata Kutbi.
Jadi lepas ni, jangan la suka hati bagi ‘love’ berwarna tu okay!
BACA LAGI : Bukan Gambaran Rasa Segan Atau Malu, Ini Sebenarnya Maksud Emoji ‘Monyet Tutup Mata’
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Gulf News
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak Hormat Undang-Undang. Israel Bom Pusat Media Antarabangsa Di Gaza
Serangan terbaharu Israel terhadap Gaza telah berlaku sejak 8 Mei lalu semakin memuncak apabila tentera negara zionis itu dengan beraninya melangar undang-undang antarabangsa.
Selain membunuh kanak-kanak kini mereka dengan terang-terangan mencabar undang-undang antarabangsa dengan meletupkan bangunan Pusat Media Antarabangsa di Gaza yang menempatkan pejabat Aljazeera dan Associated Press (AP).
Dalam laporan Reuters, pemilik bangunan yang menempatkan pusat media antarabangsa itu telah diberi amaran terlebih dahulu bahawa peluru berpandu akan dilancarkan menyasarkan bangunan tersebut dengan alasan lokasi tersebut menjadi lokasi yang digunakan oleh Pejuang Hamas.

Untuk pengetahuan pembaca, bangunan tersebut bukan sahaja menempatkan pusat media antarabangsa sebaliknya ia juga turut dilengkapi dengan beberapa unit kediaman pangsapuri dan pejabat-pejabat lain.
Tindakan tentera Israel ini disifatkan sebagai satu usaha untuk mengekang media dari melaporkan apa yang terjadi. Namun begitu, jurucakap tentera Israel menafikannya.
Sumber & Gambar: Reuters
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang Korea Sulli Ditemui Mati, SM Entertainment Masih Belum Beri Kenyataan Rasmi
Industri hiburan Kpop dikejutkan dengan kematian seorang bekas ahli kumpulan f (x) yang juga merupakan penghibur dan pelakon, Sulli.
Masa kematian dilaporkan sekitar pukul 4 petang waktu tempatan. Menurut pihak polis Seongnam, rakan sekerja Sulli menjumpai mayat individu tersebut di apartmennya sekitar jam 4.30 petang.
Polis kini sedang memeriksa sama ada Sulli meninggalkan nota bunuh diri dan sedang menyiasat butiran sebenar kejadian tersebut.
Buat masa ini, pihak SM Entertainment masih belum memberi maklum balas berkenaan laporan tersebut.
Gadis berusia 25 tahun ini juga menjadi cameo Hotel De Luna dan pernah mencetuskan kontroversi antaranya sering memuat naik foto tanpa memakai bra dan menjadi selebriti yang mempunyai attitude yang kurang baik.
Apa-apa pun, kita tunggu pengesahan pihak polis dan pihak pengurusan mereka.
Sumber: Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

