Rakan kami yang sedang bercuti di sana juga mengalami keadaan cuaca panas melampau yang kini sedang melanda Jepun.
Negara matahari terbit itu sedang mengalami situasi heatwave atau kawasan tompok merah yang telah merebak teruk. Sehingga ke hari ini, bandaraya Tokyo saja sudah mencatatkan peningkatan suhu setinggi 41.1 darjah Celsius, jauh lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur yang mencatatkan purata suhu 32 darjah Celsius.
Ads
Isnin lalu, pihak berkuasa Jepun telahpun mengeluarkan amaran baru berkenaan heatwave ini ke peringkat nasional. Masakan tidak, dalam dua minggu pertama bulan Julai saja, sekurang-kurangnya 15 orang rakyat meninggal manakala lebih 12,000 orang dikuarantin di wad hospital akibat bencana ini.
Ads
Laporan CNN pula berkata angka maut tersebut mungkin telah mencecah 44 orang sejak 9 Julai lalu.
Teruk tu!
Untuk pengetahuan korang, purata suhu 41.1 darjah Celsius yang dicatatkan di Kumagaya, Saitama berhampiran Tokyo adalah 12 darjah lebih tinggi daripada suhu biasa di Jepun. Berpuluh-puluh bandar di Jepun juga dikatakan telah mencecah atau melebihi 40 darjah Celsius, menurut laporan agensi meteorologi Jepun.
Jika korang mempunyai perancangan untuk ke Jepun dalam masa terdekat ataupun korang mempunyai kenalan yang akan ke sana, langkah berjaga-jaga amatlah dituntut untuk mengelakkan strok haba. Tambahan pula, situasi cuaca melampau ini dilihat belum menunjukkan tanda-tanda bakal surut sehingga Ogos kelak.
Jika akan ke Jepun atau mempunyai kenalan di sana, korang dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang cukup dalam bilik berhawa dingin di samping mengambil minuman secukupnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak semua orang pernah mencuba Artificial Intelligence (AI).
Jadi, apabila KidZania Mutiara Damansara memberi peluang selama sebulan untuk mencuba games berkonsepkan AI dan robotik, kami terfikir – why not alaminya sendiri.
Dari 18 Ogos lalu sehingga 16 September ini, KidZania anjurkan KidZ & Tech 3.0 untuk tahun ini. Sesuailah dengan trend sekarang yang menjurus kepada robotik, teknologi seperti smart house dan smart driving, aktiviti ini telah memberi kami dan pengunjung lain mencuba beberapa jenis games yang ada.
Jom tengok apa yang ada!
01
Emoji Scavenger Hunt
Dibawakan oleh Google Malaysia, korang boleh bermain dengan seluruh keluarga. Peserta diberi emoji pada telefon dan kami perlu mencari emoji tersebut di sekeliling. Nak tangkap gambar yang sepadan dengan emoji pun ambil masa tau, it is not that easy!
Kemudian, barulah clue seterusnya diberikan.
02
Makeblock mBots
Yes, buat robot sendiri. Kami juga dicabar untuk mengendalikan Drone Obstacle Challenge. Dengan menggunakan Airblocks itu, kami perlu menerbangkan robot magnet dan mengatasi halangan di trek udara.
03
AR Greeting Card
Mungkin aktiviti di Design Studio ini tak segah dengan props meletop. Namun, korang pernah tak mencipta greeting card menggunakan Augmented Reality? Tak kan… This is one of the coolest thing ever, legit.
04
Forensic Science
Kami perlu menyiasat lokasi jenayah menggunakan finger prints dan cahaya UV.
Tak kisahlah jika teknologi sudah berkembang kepada bantuan AI, fingerprint tetap fingerprint. Seperti yang korang tahu, setiap ibu jari adalah berbeza. Tapi bagaimana untuk membezakannya, itulah yang kami pelajari.
UV Light Experiment juga adalah sesuatu yang selalu kita tonton di dalam filem dan drama bersiri penyiasatan. Haa, sekarang boleh acah-acah jadi investigator kejap.
05
Light Tail Photography
Bagi penggemar fotografi, korang dah terbiasa melihat efek light tail kan? Why not, dengan menggunakan U Mobile Clone Photography ni, korang cipta sendiri foto dengan efek cantik ini. Barulah nampak pro sikit.
It is worth the visit!
Cuba datang sendiri ke KidZ & Tech 3.0 di KidZania KL pada setiap hari sehingga 16 September ini. Klik kidzania.com.my untuk dapatkan maklumat lanjut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah sidang media secara maya telah diadakan pada hari ini oleh Ace Talents, sebuah syarikat pengurusan bakat, memperkenalkan kumpulan boyband terbaru iaitu ‘Unknown’ yang terdiri daripada 5 orang anak muda yang berbakat ini.
Ace Talents yang juga merupakan sebuah syarikat rakaman, mengakui yang mereka baru sahaja menapak di industri ini dan kumpulan Unknown merupakan ‘produk’ kedua dihasilkan daripada agensi mereka. Sebelum ini, mereka telah melancarkan sebuah lagu bersama seorang bakat muda iaitu Alif Adham, 15 tahun, salah seorang pemenang rancangan Ceria Megastar Ministar anjuran Astro.
Kumpulan Unknown ini terdiri daripada 5 anak muda yang berbakat iaitu Momo, atau nama penuhnya Muhammad Shazrul Affandy, 19, Izmeer Ibrahim atau dikenali sebagai Izmeer, 18, Awangku Zaq Amirul, dikenali sebagai Zaq, 17, Adam Hafidh, dikenali sebagai Haf, 19, dan juga Ameer Nor Azam, dipanggil Ameer, berusia 18 tahun.
Susunan dari kiri barisan atas, Zaq, Ameer, Haf, dari kiri barisan bawah, Izmeer dan Momo
Walaupun mereka masih mentah didalam industri muzik, kumpulan ini mengatakan yang mereka ingin mencuba yang terbaik untuk menempah nama di industri ini, dan salah satu impian mereka adalah untuk mengembalikan semula era boyband seperti dahulu kala dan mereka juga mengambil inspirasi daripada semua ‘hip-hop’ legend terdahulu dan diantaranya adalah Ruffedge, dimana salah seorang ahlinya juga merupakan penerbit lagu single terbaru mereka ‘Jangan Marah Baby Sayang’ yang bakal dilancarkan pada hari esok, 28 Mei 2021 di Youtube channel ‘Ace Talents’.
Kumpulan ‘Unknown’ ini juga pernah menerima kecaman daripada warga netizen yang menyamakan mereka dengan kumpulan boyband terkenal di Korea Selatan iaitu BTS (Bangtan Boys) dan mereka menafikan kenyataan warga netizen.
Momo (Shazrul Affandy)
“Kami tidak berniat untuk meniru mana-mana artis, termasuklah artis Kpop, kami cuma ingin menonjolkan diri dan bakat yang kami ada..”
ujar Momo (Muhammad Shazrul Affandy), yang merupakan adik kepada penyanyi Chubb-E dan salah seorang ahli dalam kumpulan Unknown ini. Walaubagaimanapun, kontroversi ini juga telah menyebabkan nama mereka mula dikenali dan juga telah mendapat perhatian daripada warga netizen akan kewujudan kumpulan mereka.
Apabila ditanyakan didalam sidang media, tentang penghasilan idea nama kumpulan ini, mereka mengatakan yang setelah melalui proses perbincangan sesama mereka dan juga Azan (Ruffedge). Pada mulanya mereka tidak tahu untuk meletak nama kumpulan mereka walaupun setelah beberapa cadangan nama yang diberikan, namun, dengan secara tiba-tiba, tercetusnya idea untuk menamakan kumpulan mereka sebagai ‘Unknown’ kerana ramai yang tidak kenal mereka, dan apabila diterjemahkan ke Bahasa Inggeris, ianya menjadi ‘Unknown’ iaitu ‘tidak dikenali’.
Dari kiri, Ameer, Zaq, Momo, Izmeer dan Haf
Azan Ruffedge juga memberikan komentar beliau terhadap 5 anak muda berbakat ini, yang ianya tidak mudah untuk mencari bakat seperti mereka yang pandai mengharmoni, dan mempunyai vokal yang baik. Setelah mengadakan ujibakat, Ace Talents bercadang untuk memanggil kelima-lima anak muda ini untuk digandingkan bersama dan menubuhkan sebuah kumpulan. Setelah mereka serasi selama beberapa bulan, barulah mereka diberi lagu untuk dinyanyikan bersama.
Sumber: Harian Metro
Pengarah urusan Ace Talents, Puan Azuine Alonto berkata yang beliau mempunyai harapan yang besar terhadap kumpulan ini, dan beliau juga tidak menafikan bakat kelima-lima anak muda ini didalam industri muzik, dan beliau juga yakin yang Unknown akan dapat pergi lebih jauh, kerana setiap seorang daripada mereka mempunyai bakat yang tersendiri. Ianya tidak akan menjadi satu masalah buat mereka, kerana selain daripada bakat nyanyian, mereka juga berbakat dalam bidang pengacaraan dan lakonan.
Saksikan lirik video single terbaru mereka ‘Jangan Marah Baby Sayang’ yang bakal dilancarkan di Youtube pada jam 4.00 petang esok!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah namanya rezeki. Jika sebelum ini Lindsay dikatakan telah berkahwin dengan jutawan dari negara Arab iaitu Bader Shammas dan telah memeluk agama Islam.
Terkini, menerusi salah satu foto di akaun Instagramnya, Lohan mengumumkan dia kini sedang hamil anak pertama. Dalam foto yang dimuat naik, Lohan menunjukkan gaun dengan model bodysuit berwarna putih.
Di tengah-tengah baju itu, terdapat tulisan, ‘Coming soon…’. Sementara itu, dalam keterangan foto tersebut, Lindsay Lohan mengakui sangat bersemangat menyambut kehadiran anak pertamanya.
“We are blessed and excited!,” tulis Lohan dalam keterangan foto itu
Rata-rata rakan-rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah dan menyambut gembira berita kehamilan Lohan ini.
Seperti yang diketahui, Lindsay Lohan dan Bader Shammas telah mendirikan rumah tangga sejak 2 Julai 2022. Sebelum mereka nekad untuk berkahwin, mereka sudah bercinta dan mengenali selama tiga tahun.
Bagaimanapun, sebelum bersama Shammas, Lindsay Lohan pernah bertunang dengan ahli perniagaan Rusia, Egor Tarabasov pada 2016. Bagaimanapun, kedua-duanya berpisah pada 2017, kerana Lohan mengakui dia sering diseksa Tarabasov.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!