Terbaru, ADOR iaitu sebuah label di bawah naungan syarikat hiburan dan teknologi terkenal HYBE, telah memfailkan saman terhadap ahli kumpulan NewJeans, Danielle atau nama sebenar Danielle June Marsh (21), dengan tuntutan penalti dan ganti rugi berjumlah 33.1 bilion Korea Won (kira-kira RM92.6 juta) susulan penamatan kontrak eksklusif yang dimaklumkan oleh artis tersebut pada November lalu.
Menurut sumber industri hiburan pada 9 Januari lalu, ADOR menuntut 30 bilion won sebagai penalti kontrak serta tambahan 3.1 bilion Korea Won (kira-kira RM8.68 juta) sebagai ganti rugi akibat pemberhentian aktiviti dan kegagalan melaksanakan penggambaran iklan yang telah dirancang sebelum ini.
Pada masa yang sama, ADOR turut memfailkan saman ganti rugi berasingan bernilai 10 bilion Korea Won (RM28 juta) terhadap ibu Danielle dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif ADOR, Min Hee-jin, dengan mendakwa kedua-dua individu tersebut bertanggungjawab terhadap pemergian NewJeans daripada agensi serta kelewatan kemunculan semula kumpulan itu, yang mengakibatkan kerugian kepada syarikat.
Ads
Difahamkan, jika mengikut terma kontrak eksklusif antara ADOR dan ahli-ahli NewJeans, penalti ditetapkan berdasarkan purata pendapatan bulanan bagi tempoh dua tahun sebelum tarikh penamatan kontrak, didarab dengan jumlah bulan kontrak yang masih berbaki. Kaedah pengiraan ini selaras dengan kontrak eksklusif standard untuk artis budaya popular yang ditetapkan oleh kerajaan Korea Selatan.
Dalam tempoh dua tahun sebelum 29 November 2024, ADOR merekodkan pendapatan sekitar 110.3 bilion Korea Won pada tahun 2023 dan kira-kira 111.2 bilion Korea Won pada tahun 2024, dengan NewJeans sebagai satu-satunya artis di bawah naungan syarikat tersebut. Berdasarkan angka ini, pendapatan tahunan setiap ahli dianggarkan sekitar 22 bilion Korea Won (RM61.6 juta), atau kira-kira 1.8 bilion Korea Won sebulan bagi Danielle.
Ads
Dengan mengambil kira baki tempoh kontrak yang masih sekitar 56 bulan, jumlah penalti yang terhasil secara matematik dianggarkan mencecah 100 bilion Korea Won. Namun, ADOR memilih untuk memfailkan tuntutan hanya satu pertiga daripada jumlah tersebut selepas mempertimbangkan potensi pendapatan masa depan Danielle serta kebarangkalian tuntutan itu diterima oleh mahkamah.
Ads
Di samping itu, menurut pakar undang-undang, peguam An Seul-a menjelaskan bahawa terdapat kes terdahulu di mana mahkamah tidak menerima klausa penalti sepenuhnya dan mengisytiharkan sebahagiannya sebagai tidak sah selepas menilai pelbagai faktor, termasuk struktur pendapatan sebenar dan tempoh kontrak yang masih berbaki. Oleh itu, tuntutan sekitar 30 bilion Korea Won dilihat sebagai satu jumlah yang lebih munasabah serta realistik dari sudut perundangan.
Sementara itu, sumber industri hiburan turut menyatakan bahawa kebiasaannya pertikaian penalti timbul apabila artis mendakwa penamatan kontrak eksklusif adalah berasas. Namun dalam kes ini, kontrak eksklusif antara ADOR dan Danielle dilihat masih sah, sekaligus menjadikan keupayaan agensi untuk membuktikan jumlah kerugian sebenar sebagai faktor utama dalam perbicaraan yang bakal berlangsung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, pelakon karya popular Lagenda Budak Setan itu ada memuat naik klip video pendek yang menyatakan perasaan seorang bapa yang terlalu merindui anak-anaknya.
Selain itu, dalam klip tersebut juga merakamkan momen indah Farid dan keluarga kecilnya sewaktu mereka menunaikan ibadah umrah bersama, baru-baru ini.
“Rindunya pada meraka Ya Allah…Sampaikan pada mereka Ya Allah kerana aku tidak mampu…” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri pelbagai reaksi pengikutnya dan rakan artis. Rata-ratanya menitipkan doa agar polemik rumah tangga antara pelakon itu dan Diana Danielle dapat diperbaiki semula.
“Allah bersama orang-orang yang sabar… moga dipermudahkan segala urusan,” komen seorang pengikutnya.
“Insya-Allah, Allah permudahkan… banyakkan berdoa… Insya-Allah, hubungan anak-anak dengan ayah takkan putus. Doa yang baik-baik,” komen pengikut yang lain.
“Kejar dia jika sayang.. Jangan sakitinya jangan burukkan dia.. jadi suami dan ayah yang mampu mendidik, Insya-Allah ada jalan… Go ! Go ! Kejar sampai dapat semula … Kalau betul-betul sayang,” tulis lagi pengguna lain.
Sebelum ini, Diana dilaporkan memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada awal bulan lalu atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq. Sekadar informasi, Farid Kamil dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dah nama pun satu keluarga, mesti adik-beradik korang ada macam-macam perangai kan? Dari yang sulung, sampailah ke bongsu, masing-masing mempunyai karakter yang berbeza, betul tak?
Jom kita tengok antara karakter-karakter dalam adik-beradik daripada anak pertama hinggalah yang ketujuh. Kesemua karakter ini dinilai berdasarkan pemerhatian sekeliling. Mungkin saja ada yang tepat atau tidak, ia tetap bergantung pada individu itu sendiri.
Anak sulung
1. Matang
2. Mudah memaafkan
3. Nampak garang tapi sebenarnya lembut hati
4. Penyayang
5. Caring
Instagram: Rozita Che Wan
Anak kedua
1. Keras kepala
2. Susah nak lupa orang yang dia sayang
3. Berdikari
4. Suka buat hal sendiri
5. Pemaaf
Anak ketiga
1. Sensitif, mudah menangis
2. Sweet, caring
3. Kalau marah macam singa, tapi cepat lembut hati
4. Tak suka cerita masalah pada orang lain
5. Manja
Instagram Raysha Rizrose
Anak keempat
1. Tak suka susahkan orang lain
2. Mempunyai suara yang sedap
3. Pendiam bila ada masalah
4. Nampak sombong, tapi sebenarnya tak
5. Tak pandai memujuk!
Anak kelima
1. Mahu perhatian lebih
2. Pandai berdikari tapi sengaja tak tunjuk
3. Suka tidur lambat tapi susah nak bangun tidur
4. Suka buat benda pelik
5. Berfikiran matang tapi bersikap seperti orang tak matang. Hiks!
Instagram Emma Maembong
Anak keenam
1. Bersikap tenang
2. Pandai ambil hati
3. Rajin
4. Kadang-kadang kelakar
5. Manja
Anak ketujuh
1. Mempunyai semangat yang tinggi
2. Sangat teliti dalam sesuatu perkara
3. Suka menyakat dan kenakan orang lain
4. Sangat kuat cemburu
5. Pandai menarik perhatian orang sekeliling
Amacam, sama tak dengan perangai korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bahkan ada segelintir peminat yang sudah mula ‘fangirl’ dengan watak Sham yang dimainkan oleh bekas Hero Remaja 2017/18 ini.
“Bila kita dah kawin ini, harapan untuk orang fangirl terhadap kita kurang sedikit jadi bila ada peminta yang mula fangirl, ada rasa macam sedikit terkejut. Auto rasa muda sedikit,” selorohnya ketika ditemui di upacara Viu Upfront minggu lalu.
Pelakon berusia 29 tahun itu turut berterima kasih kepada penonton yang banyak menyokong selama ini dan pada masa yang sama masih hormat terhadap gelarannya sebagai seorang suami.
“Saya sangat bersyukur dengan penerimaan penonton terutama apabila momen-momen dari drama tersebut tular di aplikasi TikTok. Harapan saya agar sokongan yang diterima oleh From Saga With Love akan berterusan ke musim kedua akan datang,” komennya lagi.
Apabila ditanyakan tentang reaksi isteri tercinta, pelakon lulusan pengurusan perniagaan Universiti Malaya ini merasakan dirinya bertuah kerana mempunyai tulang belakang yang sangat memahami.
“Sejujurnya tiada isu cemburu kerana my wife tengok cerita ini sekali dengan saya dan memang selama ini, dia sangat menyokong karier saya. Apa-apa pun, adalah penting untuk kita sebagai pelakon to be professional dengan rakan lakonan lain, terutama apabila berada di dalam set penggambaran.
“So kita boleh bezakan dengan jelas antara lakonan dan realiti. Tapi in real life, saya tetap romantik terhadap isteri saya,” selorohnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Ikmal Amry
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!