Nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekali lagi trending di media sosial gara-gara sebuah video yang menunjukan beliau menggunakan water jet untuk membersihkan lantai yang tiada kesan sisa banjir ataupun lumpur.
Dalam video yang dimuat naik itu oleh pengguna Twitter @dylawok, kelihatan Datuk Seri Rina Harun sedang membersihkan balkoni di Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi yang telah dijadikan pusat penempatan sementara (PPS) sambil aksinya dirakam oleh jurufoto sambil diperhatikan oleh beberapa individu lain.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 1.2 juta kali.
Rina,
Kau cuci apa tu hanat, situ lumpur semua orang dah bersihkan apa lagi yang kau buat? Elok ambil water jet tu sembur otak kau!#DaruratBanjirpic.twitter.com/FFW0xrwBR4
Namun begitu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat kemudiannya menafikan yang tindakan tersebut hanyalah sekadar ‘berposing’, sebaliknya kawasan sekolah tersebut yang digunakan sebagai PPS perlu dibersihkan sebelum dipulangkan kembali kepada pihak sekolah.
Ads
“JKM selaku jabatan yang menguruskan operasi ini telah memohon kesudian YB Datuk Seri Rina untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan oleh pihak sekolah sukar dicuci sebelum ini.
“Memandangkan peralatan jet air sedia ada di lokasi pembersihan, YB Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM dan beliau melakukan kerja tersebut dengan dada yang lapang dan hati yang terbuka.
“JKM sekali lagi ingin menegaskanbahawa keterlibatan YB Datuk Seri Rina bukanlah sekadar membersihkan simen tersebut, malah beliau telah bersama-sama melakukan kerja-kerja pembersihan dan susun atur logistic lain di sekolah berkenaan,” menurut kenyataan itu.
Ads
Dalam kenyataan media itu lagi, JKM menyatakan bahasa tidak adil untuk buat para warganet untuk membuat tohmahan dan memperlekehkan usaha Rina Harun dalam operasi pembersihan tersebut.
JKM juga menyeru agar masyarakat tampil mendaftar sebagai sukarelawan keluarga Malaysia dalam misi membantu operasi pasca banjir.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi korang yang menetap di sekitar Lembah Klang, pastinya korang perasan situasi hujan lebat yang berlaku kebelakangan ini.
Jika sebelum ini, viral video insiden dinding cermin berdekatan dengan sebuah mesin ATM Maybank pecah dek angin kuat. Semalam satu lagi insiden berpunca hujan lebat berlaku.
Hujan lebat dan angin kencang yang melanda ibu kota petang tadi telah mengakibatkan seorang penghantar makanan meninggal dunia kerana dihempap pokok tumbang di Alam Damai, Taman Len Seng, Cheras.
Video semasa hujan lebat berlaku
Melalui video perkongsian laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis. Dilihat orang ramai membantu, pemuda Melayu berusia 20 tahun itu tidak sedarkan diri selepas dihempap pokok tumbang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Sahkan rider Grab maut
“Sebaik tiba di lokasi pada jam 4.28 petang, pasukan bomba diketuai Zaimi Mat Yusuf Ahmad bersama lima anggota melaporkan seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.”
“Pada masa sama, pasukan bomba turut memotong dan mengalihkan pokok tumbang seterusnya memastikan kawasan dalam keadaan selamat,” katanya
Al-fatihah (dengan bacaan) kami ucapkan buat remaja ini, moga rohnya dicucuri rahmat dari Allah dibulan mulia. Moga korang semua mengambil iktibar atas apa yang berlaku terutama dimusim hujan ini.
Ketika hujan lebat dan petir, perkara penting perlu diketahui bagi melindungi diri daripada disambar kilat.
Tiada satu tempat di luar yang selamat jika ribut petir berlaku di kawasan berkenaan.
Jika mendengar guruh di langit, ketahuilah kilat atau petir adalah cukup dekat untuk menyambar anda.
Apabila mendengar guruh, segera beralih ke tempat perlindungan lebih selamat.
Contoh tempat berlindung yang selamat adalah bangunan besar atau di dalam kenderaan bertutup dan berbumbung besi.
Tunggu di tempat perlindungan selamat itu sekurang-kurangnya 30 minit selepas anda mendengar guruh terakhir.
Tip keselamatan ketika berada di dalam bangunan
Jauhikabel telefon, komputer dan peralatan elektrik lain yang akan meletakkan anda dalam hubungan secara langsung dengan elektrik.
Jauhi paip tembaga atau besi, termasuk sinki, tab mandi dan kepala paip.
Jauhi tingkap dan pintu atau berehat di luar anjung.
Jangan berbaring di atas lantai konkrit atau bersandar pada dinding konkrit.
Jika terperangkap di luar, langkah ini boleh mengurangkan risiko dipanah petir.
Segera turun dari kawasan tinggi seperti bukit, rabung atau puncak gunung
Jangan berbaring di atas tanah
Jangan menggunakan pokok sebagai tempat berlindung
Jangan menggunakan tebing atau kawasan berbatu untuk berlindung
Segera keluar dan jauhi kolam, tasik dan takungan air
Jauhi objek yang boleh mengalirkan elektrik (pagar kawat berduri, talian elektrik atau telefon dan lain-lain.)
Jika seseorang dipanah petir:
Jangan bimbang, mangsa tidak membawa sebarang cas elektrik, malahan mangsa mungkin memerlukan perubatan dan perhatian segera.
Awasi keadaan mangsa dan mulakan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), jika perlu.
Demi melancarkan dan mempercepatkan proses pemberian vaksin, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil telahpun mula beroperasi sejak Isnin, 21 Jun 2021. Dengan kapasiti 10,000 dos sehari, PPV ini akan menumpukan kepada pemohon di bawah 40 tahun di sekitar Lembah Klang.
Seluruh trek balapan stadium itu bertukar wajah menjadi ruang urusan vaksinasi selaras dengan Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini merupakan salah satu usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjayakan inisiatif yang diterajui oleh Khairy Jamaluddin dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui penggunaan fasiliti secara optimum.
Seramai 60 sukarelawan MYVAC di bawah kelolaan KBS akan berkhidmat di Stadium Nasional Bukit Jalil dan jumlah itu akan ditambah mengikut keperluan.
Justeru itu, orang ramai diminta untuk segera mendaftar dan sentiasa menyemak status janji temu mereka melalui aplikasi MySejahtera.
Tinjauan REMAJA di media sosial mendapati ramai yang telah berkongsi foto OOTD mereka sebaik selesai menerima suntikan dos vaksin. Tidak keterlaluan sekiranya kami rasakan PPV ini merupakan lokasi OOTD vaksin terbaik! Bukan mudah ya untuk mengambil foto di berlatar belakang stadium kosong seperti ini.
Lihat sajalah beberapa OOTD yang mencuri tumpuan kami.
REMAJA pasti ramai yang berharap agar proses pemberian vaksin akan bergerak pantas kerana masyarakat sudah menyedari bahawa mereka memerlukan vaskin itu untuk meningkatkan imunisasi badan menentang penularan wabak pandemik COVID-19 yang masih berleluasa.
Diharap semuanya berjalan lancar dan sama-samalah kita berdoa agar inisiatif pemberian vaksin di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil dan di PVV lain mampu memberikan kita kehidupan seperti sedia kala.
Bila berbicara soal gaji, jumlah sebenarnya adalah rahsia dan dalam mana-mana syarikat sekali pun di Malaysia, pendapatan anda adalah kerahsiaan yang tidak patut dikongsikan dengan orang lain.
Pernah tak anda terfikir berapa agaknya gaji yang diperolehi oleh rakan sekerja anda? Ataupun gaji yang dibawa pulang oleh bos anda? Kadang-kadang pasti tertanya, adakah kita dibayar setara dengan kerja yang dilakukan berbanding orang lain?
Itulah uniknya syarikat yang berpangkalan di Seattle, Washington ini. Di Molly Moon’s Handmade Ice Cream, semua 152 orang dari pangkat paling tinggi ke pangkat paling rendah tahu gaji setiap pekerja di dalam syarikat tersebut. Dalam temubual bersama Vice News pada tahun 2019, Molly Moon Neitzel yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas jenama tersebut berkata, “Kita memiliki beratus tahun tradisi berkisar wang. Bagi saya perkara ini direka terdahulu oleh lelaki kulit putih yang mahu menafikan hak wanita dan juga mereka yang bukan berkulit putih.”
Untuk melakukan polisi ini, dia berbincang secara telus dengan bahagian sumber manusia syarikatnya untuk memastikan gaji pekerja setimpal dengan jenis pekerjaan mereka.
Dalam temubual tersebut, Molly sebagai CEO membawa pulang kita-kira lebih USD27 ribu sebulan dan Cef Pastri pula membawa pulang kira-kira USD6250 sebulan manakala pekerja paling rendah gajinya dibayar sebanyak USD18 sejam.
Antara aiskrim yang dijual di Molly Moon’s Homemade Ice Cream.
.
Kalau dihitung 5 hari seminggu bekerja selama 8 jam sehari dan didarab dengan 22 hari bekerja, pekerja paling rendah bayarannya di syarikat ini membawa pulang kira-kira USD3168 sebulan.
***P/S – USD18 sejam nak dibandingkan dengan RM5 sejam kalau bekerja di syarikat makanan segera di Malaysia! Oh jauhnya beza!