Jika pembaca REMAJA masih ingat, pasukan gergasi Eropah, Manchester United, pernah mencuri perhatian orang ramai apabila memuat naik satu video TikTok menggunakan lagu dari Malaysia dan meletakkan kapsyen dalam bahasa Melayu, sehingga membuatkan warganet berfikir bahawa pengendali akaun tersebut benar-benar rakyat Malaysia.
Terbaharu, Skuad The Red Devils itu sekali lagi berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia apabila memuat naik jadual permainan bagi bulan Januari menggunakan bahasa Melayu, menerusi akaun Instagram rasmi milik pasukan tersebut.
“Memulakan tahun 2023 dengan lima perlawanan pada bulan pertama,” tulis United di dalam ruangan kapsyen.
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan jadual berserta kapsyen hantaran itu yang menggunakan bahasa Melayu selain dibanjiri oleh rakyat Malaysia yang rata-rata dilihat mempersoalkan siapakah pengendali di sebalik oakaun tersebut.
“Serius lah, Admin cuba selfie,” seloroh seorang pengguna.
Ads
“Aduh Salah Channel ke ini? Admin orang mana?” komen lagi pengguna lain.
Ads
“Wah, pandai cakap Melayu,” balas juga seorang pengguna.
Kini, perkongsian itu telah meraih lebih 30 ribu tanda suka dan 362 jumlah komen. Sekadar informasi, Manchester United Football Club ialah sebuah kelab sepak bola professional Inggeris yang menyertai pada Liga Premier Inggris pada tahun 1878.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menyertai perkhemahan antara hobi disukai ramai anak muda yang sukakan aktiviti lasak. Memanjat gunung atau bukit biasanya memerlukan masa beberapa hari untuk disertai. Bukan saja menguji fizikal, ia turut menguji minda bagaimana untuk mengatasi rintangan jika ada bahaya datang secara tiba-tiba.
Namun hobi lasak ini juga boleh membawa padah jika tidak berhati-hati.
Di Russia, viral satu video menunjukkan sepasukan doktor mengeluarkan seekor ular kecil berukuran 1.2 meter dari mulut seorang gadis yang melakukan aktiviti perkhemahan di hadapan rumahnya.
Dalam video tersebut, kelihatan sepasukan doktor memasukkan sejenis alat sebelum mengeluarkan seekor ular kecil yang tidak pasti masih hidup atau tidak dari tekaknya. Malah sebelum dikeluarkan salah seorang dari team perubatan sempat berkata “kita tengok apa yang ada di tekaknya”.
Ternyata amat mengejutkan dan menggelikan kerana yang dikeluarkan adalah seekor ular, ianya agak panjang dan berwarna putih.
Sebelum pasukan perubatan mengeluarkan ular berkenaan, selepas aktiviti berkhemah itu, gadis ini bertemu doktor kerana merasa ada sesuatu di tekaknya selain rasa tidak sedap badan.
Kementerian Kesihatan Dagestan, satu daerah di Russia mengatakan mereka sedang menyiasat video yang tular di media sosial tersebut.Sementara itu Patimat Abdurashidova, pengarah hospital di Daerah Levashinsky berkata, dia tidak tahu tentang pembedahan yang dilakukan di hospitalnya dan berjanji akan menyiasatnya.
Dalam pada itu anak muda terus dinasihati agar tidak melakukan aktiviti perkhemahan di rumah kerana ular berpotensi memasuki tubuh mereka melalui mulut. Dalam pada itu selepas video itu tular, ada mengatakan ia bukan ular tapi cacing besar atau parasite. Namun melihat kepada besarnya binatang berkenaan, orang ramai mempercayai ianya adalah anak ular.
Saksikan video di bawah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengalaman biasanya mengajar seseorang itu erti kehidupan. Kesusahan masa lalu memberinya nikmat syukur yang tidak terhingga. Sebagai membalas nikmat kehidupan sempurna selepas melalui detik susah semasa belajar dahulu, Aifa Azman, 25 yang juga pemilik Drastix Café bertindak memberikan makanan secara percuma bagi mana-mana pelajar universiti yang memerlukan makanan.
Perkongsiannya sejak semalam mula menjadi viral apabila dia memuat turun di laman twitternya untuk memberi makan kepada pelajar yang mengalami masalah kewangan untuk membeli makanan berat seperti nasi, asyik makan maggi dan ikat perut berlapar, mari datang ke Drastix Café untuk dapatkan nasi percuma.
Ternyata, ramai pelajar yang memberikan respon termasuk sudah ada yang mula datang mulai semalam semenjak status ini dimuat turun semalam, 19 September 2018.
REMAJA menghubungi Aifa bagi berkongsi statusnya. Secara jujurnya, kata Aifa dia tidak menyangka perkongsiannya itu menjadi viral.
“Saya mendapat banyak maklum balas dari pelajar yang mengadu mereka makan maggi saja seharian. Ada yang minta datang hantar ke kolej tempat belajar, ada yang kata susah nak datang sebab tak ada kenderaan tapi ada juga yang datang tapi masih malu-malu kerana seolah-olah tak percaya ada makanan free yang café saya sediakan. Namun buat masa ini kami tidak ada lagi membuat penghantaran makan kerana kekangan masa dan pekejar cuma bagi mana-mana pelajar yang datang makan di cafe ini, kami akan beri secara percuma tanpa mengira had atau jumlah bilangan pelajar yang datang,” katanya berkongsi cerita.
Menu yang disediakan ringkas tapi mengenyangkan iaitu NASI BUJANG. Menunya, nasi kosong, telur dadar, sup kosong dan sambal belacan. Namun kata anak muda berjiwa murni ini, kadang kala dia akan memberikan nasi goreng, ikut mana yang senang dimasak.
Inilah Aifa, pemiik Drastix Cafe yang berjiwa besar dan berhati mulia
Kata Aifa dia tidak kisah seberapa ramai pelajar yang datang, semuanya akan diberi makan secara percuma dari jam 10 pagi-10 malam setiap hari. Drastix Café hanya ditutup pada hari Sabtu dan Ahad, hari selebihnya dibuka.
Ditanya bagaimana idea murni ini tercetus, kata Aifa, suatu ketika dahulu dia biasa memasak dan memberikannya kepada golongan gelandangan di Kuala Lumpur. Namun sejak membuka Drastix Café yang terletak di Unit Kedai 5, Tingkat 1, Blok 2, Kondominium Kristal, Jalan Pualam 7/32 Seksyen 7 Shah Alam, masanya agak terhad.
“Bila duduk sendirian, saya terfikirkan cara untuk membantu orang lain dengan memberikan mereka makanan makanan tapi kali ini dengan cara yang berbeza di mana saya mahu berikan untuk pelajar universiti dan pelajar yang memerlukan makanan,’ katanya ketika dihubungi.
Ditanya adakah dia punya pengalaman “pahit” ketika zaman belajar itu tidak punya wang untuk membeli makanan, Aifa berkata disebabkan dia sudah melalui semua pengalaman itulah maka dia mahu membalas semua nikmat Allah berikan iaitu kesenangan ini dengan memberi makanan secara percuma untuk mana-mana pelajar memerlukannya.
“Saya dulu orang susah. Ujian ketika belajar di UniKL Mitec dalam bidang Industrial Logistik. Mak sakit dan saya tak boleh minta pada ayah kerana takut akan membebankan lagi kewangannya kerana banyak perbelanjaan untuk biayai emak.
“Kalau ayah bagi RM50, itulah duit saya gunakan untuk sebulan. Saya selalu makan maggi. Kalau kawan-kawan sebilik makan nasi, saya akan duduk jauh-jauh di meja belajar sambil makan Maggi atau hadap telefon bimbit atau buat kerja. Pura-pura sibuk kata orang sedangkan itu cara saya saya untuk tidak meminta simpati pada kawan-kawan.
“Jadi saya faham bila tak ada duit nak beli makanan. Alhamdulillah, Allah berikan nikmat rezeki ini, tambah-tambah bila berkahwin lagi Allah murahkan rezeki,”kata pasangan hidup kepada Fareez Farid ini.
Kata Aifa inilah cafe kecilnya. Tak megah pun tak insya Allah penuh dengan kasih sayang
Menu ayam buttermilk yang amat popular di cafenya. Staff ada 3 orang dan kata Aifa kalau tak cukup orang, dia akan sinsing lengan baju turun memasak
Dalam pada itu, Aifa menjelaskan sejak status itu viral sejak semalam, sudah ada dua individu yang sudi berkongsi kewangan dengan niat untuk bersedekah sama. Paling menarik, jika dua hari lalu menunya Nasi bujang, esok hari Jumaat bersamaan 21 September 2018, menunya ialah NASI PUTIH DAN AYAM MASAK MERAH.
“Saya ingin mengajak mana-mana pelajar yang kesempitan wang untuk datang makan ke café ini. Jangan malu-malu, datang saja ke sini dan nikmatilah rezeki ini secara percuma,” kata Aifa yang memaklumkan cafenya menjual menu al carte dan antara menu paling top di kedainya ialah nasi putih + ayam butter milk.
So, bagi pelajar sekitar Shah Alam atau kawasan terdekat, kalau korang kesempitan kewangan, selalu makan maggi, sudi-sudilah datang ke Drastix Café yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ini ya. Seperti kata anak kelahiran Selangor ini, dia lagi gembira kalau ada ramai pelajar yang mahu datang makan di kedainya kerana ia diberikan secara percuma.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Industri seni Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn, pada Rabu sekitar jam 11 pagi.
Menerusi laporan media tempatan, pemergian pelakon drama bersiri remaja Cili Padi ini disahkan rakan baiknya iaitu Haiza Hanafi selepas dimaklumkan anak angkat Allahyarham iaitu Hanif.
Menurut anak angkatnya itu, urusan proses pengurusan jenazah dan pengebumian masih dalam perbincangan bersama keluarga arwah.
Sebelum itu, dia memberitahu, Jaafar ditahan di wad Hospital Sultan Idris Shah Serdang sejak kelmarin akibat berlaku pendarahan semasa membuang air besar.
Allahyarham Jaafar Onn dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang pada usia 73 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER:BH Online.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!