Seharusnya tiada tempat dan tidak wajar berlakunya keganasan dalam dunia sukan, terutamanya antara jurulatih dan pemain, apatah lagi melibatkan atlet kanak-kanak dan remaja.
Baru-baru ini, satu video tular di media sosial yang menyaksikan seorang jurulatih dilihat menampar dua pemain bola tampar, di mana kedua-duanya dipercayai berumur bawah 14 tahun.
Kejadian tersebut berlaku semasa Kejohanan Bola Tampar Remaja U14 Malaysia 2022 di Johor pada 16 Disember, perlawanan tempat ketiga dan keempat bagi kategori perempuan menyaksikan Melaka menentang Johor di SJK (C) Pei Hwa.
Menerusi video perlawanan yang disiarkan secara langsung di Facebook pada 20 minit 20 saat, jurulatih itu dilihat telah menampar dua pemainnya disebabkan pasukan berkenaan kehilangan satu mata dalam perlawanan sebelum tamat masa dipanggil.
Sehubungan itu, kontroversi yang mengelilingi jurulatih bola tampar menimbulkan kemarahan ramai, termasuk ada yang mendakwa dia mempunyai masa lalu yang ‘bermasalah’.
“Saya nyahkunci akaun hanya untuk balas perkara ini. Cikgu adi/hadi ini memang ‘problematic gila’, konon terpaling bawa nama vb melaka dibawah MAVA lah BS sahaja semua. Ada kes dengan PPD kena hantar ke hujung melaka sebab kes fasal pelajar. Mohon ‘educate’ cikgu ini urgh, siapa yang kenal depan-depan tahulah perangainya,” balas pengguna @audenhuxley menerusi satu ciapan di Twitter.
Ads
“Rasa kes ini Yang Berhormat kena tanya semua pemain itu. Risau mereka takut, diam tidak mahu beritahu apa sebenarnya di sebalik yang berlaku. Kalau di ruang awam pun boleh tampar-tampar macam itu. Jatuhkan air muka. Sentuhan mana lagi yang jurularih itu pernah buat atas kononnya mahu mengajar?” komen juga pengguna @Kar|ParkHyun.
Video tular tersebut juga turut mendapat perhatian Menteri Belia Dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh. Beliau menyifatkan tindakan jurulatih itu adalah tidak wajar selain akan membincangkan perkara berkenaan dengan lebih lanjut bersama Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek.
Ads
“Ini adalah salah. Saya telah bercakap dengan (Menteri Pendidikan) Fadhlina Sidek dan kami sedang mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan insiden itu,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.
Tidak kiralah apa jua keadaan sekalipun, jurulatih tidak sepatutnya ‘meletakkan’ tangan mereka pada pemain, terutamanya apabila mereka adalah gadis bawah umur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bila sebut tentang ‘sale’, mesti ramai yang excited terutamanya kaum perempuan. Betul tak? Pantang dengar perkataan diskaun, promosi dan jualan murah, kalau tak beli pun at least mesti nak cuci mata melihat barangan apa yang dijual dengan harga murah.
Bagi korang yang tak suka shopping, rugilah! Sebab dah masuk akhir tahun ni memang banyak jenama-jenama besar yang akan buat sale gila-gila.
11.11 telah dipilih sebagai tarikh promosi besar-besaran yang digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk memberi banyak pilihan kepada pengguna pada harga yang menarik.
Tak percaya?
Jom kita lihat antara jenama yang membuat tawaran istimewa pada 11.11 nanti.
1. Celcom
Celcom menawarkan tawaran menarik selama 11 hari bermula 1 November lalu, dalam bentuk rebat dan diskaun pembelian smartphone. Paling menarik, 11 unit iPhone 11 akan dijual pada harga RM11 saja untuk pembeli bertuah.
Pergh, biar betul?
Pembeli bertuah yang dipilih setiap hari bermula 1 hingga 11 November dan sekiranya korang terpilih untuk membeli iPhone 11 pada harga RM11, korang akan dihubungi menerusi telefon dan emel serta jawab 3 soalan mudah untuk pengesahan.
2. AliExpress
Korang boleh mendapatkan diskaun sehingga 99% hanya di AliExpress. Ha, gila kan? Pembeli boleh mendapatkan barangan terbaik dari seluruh dunia dengan harga tak masuk akal. Selain itu, korang juga boleh bermain online games di website mereka untuk merebut kupon bagi membuat pembelian.
3. Watsons
Tidak terkecuali, Watsons juga turut menawarkan diskaun sehingga 88% sempena promosi besar-besaran 11.11. Lihat website mereka untuk pilihan barangan menarik yang boleh dibeli dengan harga runtuh.
4. Shopee
Shopee 11.11 Big Sale menawarkan pelbagai diskaun eksklusif, termasuk penghantaran percuma bagi perbelanjaan minimum RM11, pulangan tunai harian sehingga 111% dan peluang untuk membeli sebuah Toyota Vios dengan hanya RM1.
Biar betul?
5. Lazada
Selain daripada membeli-belah secara online, pembeli juga boleh mengambil bahagian dalam sesi live game untuk memenangi hadiah hebat dan boleh menonton persembahan daripada artis-artis terkenal. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan Collectible Vouchers sehingga RM11,000,000 dengan tawaran serendah RM0.99 dan hadiah bernilai RM200,000.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malang sememangnya tak berbau, terutamanya apabila kita sedang khusyuk berseronok.
Insiden ini berlaku di sebuah lokasi percutian bernama Air Terjun Na Muang 2 yang terletak di Koh Samui, Thailand. Menurut laporan media di sana, lokasi rekreasi tersebut sememangnya popular di kalangan pelancong asing dan mereka akan menjadikannya sebagai salah satu lokasi wajib jika berkunjung ke sana.
Ini termasuklah seorang pelancong dari Perancis pada hari Khamis lalu.
Lelaki 33 tahun itu dilaporkan terjatuh daripada salah satu lokasi licin di air terjun tersebut semasa sedang cuba untuk berswafoto ataupun mengambil selfie.
Lebih mengejutkan apabila polis juga melaporkan bahawa terdapat satu lagi kes sama yang telah berlaku pada bulan Julai tahun lalu dan ia melibatkan seorang pelancong Sepanyol. Akibat terlalu teruja untuk merakamkan momen semasa bercuti, mereka mengendahkan keselamatan sendiri semasa berdiri di atas batu licin.
”Kami mengambil masa berjam-jam untuk mendapatkan semula tubuh mangsa kerana air terjun ini licin dan curam. Kini kami menutuo sementara kawasan terjatuh itu untuk mengelakkan pengunjung lain menemui nasib yang sama,” kata seorang leftenan yang ditemu ramah oleh mereka.
*
Koh Samui sememangnya popular di kalangan pelancong asing dan pulau itu adalah salah satu sebab bagaimana Thailand mampu menarik seramai 35 juta pelancong pada setiap tahun ke negara itu.
Namun akibat insiden seperti ini yang semakin keran berlaku, ramai yang ragu-ragu tentang faktor keselamatan yang tidak dititik beratkan oleh penguat kuasa di sana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila tibanya bulan Ramadan, antara juadah yang paling dicari-cari oleh orang ramai sudah semestinya kuih tepung pelita. Maklumlah kuih ini selalunya hanya boleh dapat dalam bulan puasa je.
Sesuai untuk dimakan oleh semua golongan umur, tepung pelita yang dijual di bazar Ramadan pun selalu ‘laku keras’ dan habis. Dalam banyak-banyak kuih tepung pelita, Tepung Pelita Paya Jaras yang paling terkenal dalam kalangan warga Kuala Lumpur kerana dikatakan masih menggunakan resipi yang diwaris sejak sekian lama.
Namun berita tidak baik untuk semua pengemar kuih ini, pengusaha Tepung Pelita Paya Jaras mengatakan penjualan kuih tradisional popular ini tidak akan beroperasi untuk Ramadan tahun ini memandangkan pandemik COVID-19 melanda negara.
Mengakui ramai yang kecewa dengan keputusan untuk tidak membuat kuih berkenaan tahun ini, pemiliknya, Watie Abdul Rahman, 48 tahun dan suami, Nadzri Taris, 46 tahun terpaksa berbuat demikian demi kebaikan semua rakyat Malaysia.
Memetik laporan Awani, pengusaha mengatakan apabila berniaga, mereka memerlukan pergerakan yang banyak untuk memenuhi permintaan dan barang-barang yang disalurkan kepada orang.
Maka, demi menyahut permintaan kerajaan menyarankan untuk patuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19, pengusaha mengambil keputusan untuk tidak menjual bagi Ramadan tahun ini.
Beliau mengakui keputusan untuk tidak membuat jualan Tepung Pelita terkenal itu tahun ini mungkin menjejaskan satu-satunya pendapatan beliau dan suami semasa bulan Ramadan. Namun, baginya, keuntungan adalah perkara kedua, dan lebih penting adalah usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Begitu juga terhadap jualan dalam talian, mereka tidak akan melakukan operasi berkenaan bagi mengelakkan sebarang pergerakan terutama sepanjang PKP.
Adui, baru terasa- rasa kesedapan kuih tepung pelita dekat tekak penulis ni.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!