Masih menjadi negara pilihan biarpun perairan negara sudah dikawal ketat oleh pihak berkuasa. Berita kemasukan beratus-ratus pelarian Rohingya semalam ternyata menakutkan rakyat Malaysia kerana di sebalik rasa simpati, rupanya ada sindiket yang memang sengaja membawa masuk mereka ke negara ini.
Laporan Harian Metro, sindiket pendatang asing tanpa izin (Pati) etnik Rohingya dikesan sengaja membocorkan bot dan merosakkan enjin dengan teruk sehingga tidak dapat dibaiki supaya dapat mendarat ke perairan negara.
National Task Force (NTF) dalam satu kenyataan berkata, kerosakan yang dialami bot dinaiki 269 Pati etnik Rohingya yang menceroboh perairan Langkawi menyebabkan tindakan pengusiran tidak dapat dilakukan.
Sehubungan itu, Kapal Maritim (KM) Kimanis memberikan bantuan makanan dan air bersih yang secukupnya kepada Pati berkenaan.
Menurut kenyataan itu, atas dasar kemanusiaan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan bot berkenaan ditunda ke Jeti Teluk Ewa Langkawi.
Ads
"Pegawai Pemerintah Maritim Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Langkawi menerima maklumat berkenaan 10.30 malam semalam dan sebuah bot RH9 dari Pasukan Polis Marin dan KM Kimanis dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia diatur gerak ke kawasan terbabit untuk melaksanakan operasi pemantauan dan pengusiran.
"Pada 5 pagi ini, KM Kimanis mengesan lokasi serta memintas bot itu di perairan Langkawi dan bersedia melaksanakan proses pengusiran bot ke perairan antarabangsa," katanya.
Ads
Kenyataan itu menjelaskan lagi, ketika KM Kimanis menghampiri bot itu, 53 Pati terjun ke laut kemudian berenang menuju ke pantai dan kesemua mereka berjaya ditahan APMM yang bersedia di daratan. "Ketika pemeriksaan ke atas bot dijalankan didapati seramai 216 orang dan satu mayat wanita dijumpai di dalam bot itu.
"Pemeriksaan juga mendapati kesan bot sengaja dibocorkan dan enjin bot juga mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat dibaiki," katanya.
Ads
NTF turut memaklumkan, semua Pati itu kini ditahan dan diletakkan sementara di Kem Bina Negara Wawasan Langkawi.
"Mayat wanita yang dijumpai dibot itu diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.
"Sehingga semalam seramai 396 orang Pati, 108 orang tekong dan 11 orang penyeludup ditahan, manakala seramai 140 Pati, enam orang tekong dan 22 buah bot diusir ketika cuba mencerobohi sempadan negara," katanya.
Masyarakat digesa untuk terus memberi kerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat berkenaan dengan aktiviti anasir asing sama ada membabitkan Pati, aktiviti penyeludupan, pencerobohan sempadan atau sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan melalui talian hotline Pusat Operasi NTF (011-62511223). Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja yang pernah viral satu ketika dahulu, Wani Comel atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira telah pun menghembuskan nafasnya pada pukul 9 malam semalam akibat virus COVID-19.
Berita ini dimuat naik menerusi hantaran akaun Instagramnya menerusi ahli keluarga kawan baiknya yang turut meninggal dunia pada hari yang sama kerana COVID-19 juga.
Sebelum ini Remaja pernah menyiarkan tentang kisah seorang suri rumah yang mewujudkan siaran YouTube bagi berkongsi resipi dan cara hidup mereka sekeluarga. Sugu Pavithra mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia kerana keikhlasan hatinya jelas terselah pada setiap video yang dimuat naik.
Terkini, Sugu dikatakan telah berkongsi kegembiraan yang diperoleh selepas hampir enam bulan berkecimpungan sebagai Youtuber.
Hadiah tersebut diberikan berikutan kejayaan saluran YouTube Sugu Pavithra mendapat lebih 100,000 pelanggan (subcribers).
Wah, bertuah badan. Memang rezeki Sugu sekeluarga. Inilah dikatakan rezeki memang tak pernah salah alamat!
Menariknya, bagi meraikan ‘kemenangan’ itu, pasangan muda yang masing-masing berusia 28 dan 29 tahun itu turut membeli sebiji kek sebagai tanda perhargaan serta hidangan KFC yang diagihkan kepada jiran terdekat.
Menerusi video terbaru berdurasi 11 minit 31 saat itu, pasangan muda itu berkongsi keterujaan berkenaan dengan membuka bungkusan hadiah ‘Silver Play Button’ secara terbuka sambil disaksikan oleh ahli keluarga serta jiran tetangga.
Rata-rata netizen memuji tindakan pasangan ini.
Dah memang tertulis rezeki Sugu Pavithra dan keluarganya. Semoga dengan kejayaan ini dapat membuatkan wanita ini lebih bersemangat untuk berkongsi resipi dan menjana pendapatan daripada hasil perkongsiannya di YouTube.
Min pun terasa nak buat akaun youtube la, mana tahu boleh berjaya macam Sugu Pavitra…hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas pengumuman pembatalan kemunculan Red Velvet di SBS Gayo Daejeon, SM Entertainment kini sudah pun mengeluarkan kenyataan kedua yang menjelaskan dengan lebih terperinci tentang kecederaan yang menimpa salah seorang ahli kumpulan tersebut, iaitu Wendy.
Pihak pengurusan itu mendedahkan Wendy telah mengalami beberapa kecederaan serius dan akan sepenuhnya memberi tumpuan kepada proses pemulihan untuk masa terdekat.
Semasa rehearsal untuk persembahan individunya di SBS Gayo Daejeon, Wendy telah jatuh dari pentas. Gadis itu segera dipindahkan ke hospital untuk pemeriksaan menyeluruh dan mereka mendedahkan dia mengalami kecederaan pada wajah, pinggul sebelah kanan serta pergelangan tangannya.
Buat masa ini, Wendy sedang menunggu pemeriksaan tambahan selepas menerima rawatan kecemasan di hospital.
Kelab peminat mereka, Reveluv turut meluahkan rasa pada kepada pihak SBS kerana tidak membuat permintaan maaf terhadap Red Velvet, Wendy dan SM Entertainment. Mereka juga marah apabila SBS menyiarkan persembahan Red Velvet semasa pra-rekod sebelum kecederaan yang menimpa Wendy.
Semoga Wendy cepat sembuh dan kembali aktif seperti dahulu..