Peserta paling muda Hero Remaja 2020, Hariz Hamdan telah pun membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk dirinya mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air.
Merupakan ‘adik bongsu’ dalam pencarian Hero Remaja musim lalu, Hariz terus melangkah maju ke hadapan apabila wajahnya kini sering tampil di kaca televisyen mahu pun di dada akhbar.
Remaja sempat menemu bual Hariz Hamdan untuk bertanyakan perkembangan terbarunya selepas tamat pencarian Hero Remaja 2020.
Ads
“Alhamdulillah Hariz kini sudah menerima beberapa tawaran berlakon dan masih ada drama yang belum bersiaran di kaca TV lagi. Hariz juga sepatutnya menjalani penggambaran drama 30 episod tetapi disebabkan PKP, kami semua terpaksa menangguhkannya. Filem Banglo Seksyen 12 juga masih belum mendapat tarikh tayangan dan buat masa sekarang memang Hariz duduk di rumah sambil cuba untuk memperbaiki diri serta memantapkan kemahiran lakonan,”
Remaja berusia 19 tahun ini turut bekerjasama dengan jenama-jenama fesyen popular seperti Coach, Michael Kors, Hugo Boss dan Guess bagi mempromosikan branding mereka di media sosial.
Ads
“Selepas habis Hero Remaja, Hariz mula berjinak-jinak dalam bidang modeling terlebih dahulu. Selepas itu, barulah sedikit demi sedikit Hariz mendapat tawaran berlakon hingga sekarang. Fokus Hariz sekarang memang untuk bidang lakonan dan Hariz juga banyak menyertai kelas lakonan yang dianjurkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Fauziah Ahmad Daud, Elly Suriaty, Fauziah Nawi dan terbaru, Hariz turut sama menimba ilmu di kelas lakonan Nabila Huda,” jelas remaja berusia 19 tahun ini.
Melihatkan kejayaan rakan-rakan seperjuangan seperti Nadhir, Meerqeen dan Aniq, Hariz turut rasa bersyukur dan berbangga kerana mereka mampu untuk pergi sejauh ini. Siapa sangka, pelakon ‘Single Terlalu Lama’ ini yang dahulunya tidak berkeyakinan tinggi dan malu untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenalinya, Hariz berjaya membuktikan dia kini lebih berani dan yakin beraksi di hadapan kamera.
Ads
“Memang benar, dulu Hariz seorang yang tidak berkeyakinan dan pemalu. Tapi, pengalaman banyak mengajar dan Hariz kini lebih yakin kerana sudah terbiasa berjumpa dan bekerja dengan ramai orang. Daripada situ, Hariz belajar untuk memperbaiki kelemahan diri,”
Bercakap soal pendidikan, sebelum ini Hariz telah pun menjalani pengajian secara online pada semester pertama di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), namun dek kerana sukar untuk memberikan komitmen antara pelajaran dan kerjaya, pemuda ini bernekad untuk menangguhkan pelajarannya sebentar.
“Tidak dinafikan ketika itu Hariz memang di dalam dilema untuk memilih sama ada meneruskan pengajian atau pun memasuki industri hiburan. Tapi selepas berbincang dengan keluarga dan fikir semasak-masaknya, Hariz mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu pelajaran. Sukar untuk Hariz melakukan dua kerja dalam satu masa, jadi mungkin ini adalah jalan terbaik. Walau bagaimanapun, Hariz tetap akan menyambung pelajaran suatu hari nanti,” jelasnya lagi.
Kami di Remaja mengucapkan selamat maju jaya buat Hariz Hamdan dan semoga beliau terus sukses dalam bidang yang diceburinya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Namanya pernah viral selepas kemunculan dalam Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME 2019) sebagai pembawa trofi menarik perhatian penonton. Malah, Remaja juga pernah menemu bual anak muda yang berusia 19 tahun ini, Jabir Meftah.
Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, Jabir turut mengambil kesempatan untuk datang ke sesi uji bakat Hero Remaja 2020.
"Jabir masuk Hero Remaja sebab Jabir nak jadikan semua orang yang pada hari ini seorang juara. Macam mana Jabir nak buat? Kena tunggu.. Hehe!
"Jabir nak buat satu perubahan yang orang selalunya jadikan sebagai satu standard dalam pertandingan. Beauty and brain. Jabir nak bawa pendekatan ketiga iaitu budi bahasa. Semua orang ada beauty dan brain tapi tak semua memiliki budi bahasa,"
"Selain itu, Jabir juga ada misi untuk mengajak anak muda bersama-sama menggiatkan kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, kalau kita lihat 50 tahun lepas dan hari ini, boleh dikatakan hampir 50 peratus pokok-pokok telah pun ditebang. Jadi, tahun depan Jabir mempunyai misi untuk menanam 1 juta pokok dan saya perlukan sokongan anak muda untuk menjayakan matlamat ini," jelas Jabir.
Good luck kami ucapkan buat Jabir dan semua peserta uji bakat yang hadir hari ini. Untuk korang yang masih ingin mencuba nasib dalam Hero Remaja 2020, jangan lupa datang esok di hari terakhir uji bakat.
Pendaftaran bermula jam 9 pagi sehingga jam 4 petang di Kumpulan Media Karangkraf Shah Alam.
See you guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aisar Khaledd baru-baru ini telah pun membuat panggilan prank kepada rakan-rakan selebritinya dengan tujuan untuk meminjam duit.
Aisar berpura-pura ingin meminjam duit daripada rakan-rakannya dengan alasan sedang sesak kerana belum mendapat bayaran daripada kliennya. Jelas Aisar lagi, video ini adalah untuk menunjukkan erti persahabatan sebenar dimana kita boleh melihat siapa kawan yang akan membantu tatkala kita berada dalam kesusahan.
Antara yang dihubungi adalah finalis Hero Remaja 2017 Safwan Nazri, Harris Annuar dan Ikmal Amry. Video yang dimuat naik di channel YouTubenya semalam telah pun mendapat lebih daripada 60,000 tontonan dengan hampir 600 komen.
Walaupun pada mulanya mereka seakan terkejut apabila menerima panggilan tersebut secara tiba-tiba, namun semuanya bersikap ‘sporting’ dan sanggup memberikan wang seperti yang diminta oleh Aisar.
Mereka langsung tidak nampak berkira, tetapi apa yang menarik perhatian kami adalah perbualan diantara Aisar dan Ikmal Amry.
Aisar: Kau tau tak payment aku semua tak masuk lagi dowh, boleh tak kalau aku nak pinjam duit kau Am?
Ikmal Amry: Pinjam duit? Hm, boleh tapi sampai beribu-ribu ke? Aku pun macam nak kahwin kan. Nak kena simpan duit
Mendengarkan perbualan ini, kami seakan memahami kesungguhan Ikmal Amry yang sedang berkerja keras untuk menyimpan duit kerana ingin berkahwin pada akhir tahun ini. Hiks!
Walau bagaimanapun, Ikmal masih lagi sudi memberikan wangnya untuk dipinjamkan kepada Aisar.
Hm, kawan macam ni la yang kita cari kan? Hehe!
Selain daripada finalis Hero Remaja 2017, video panggilan prank ini turut dilakukan pada Aedy Ashraf, Didie Astilah dan Syasya Rushdiena.
Paling best adalah mesej yang ditinggalkan oleh Aedy Ashraf iaitu “Jangan kedekut dengan kawan-kawan, kalau orang mintak tu bagi je”.
Memang win la apa yang dipesan oleh Aedy Ashraf ni. Hiks!
Korang boleh tonton video penuh dibawah untuk melihat gelagat mereka.
Orang kata kawan ketawa memang ramai, tapi nak cari kawan menangis tu yang susah. So, kalau korang memang mempunyai kawan yang ada diwaktu susah dan senang, jagalah mereka sebaiknya ya?
Sejak kebelakangan ini, nama finalis Hero Remaja 2017, Ikmal Amry sering menjadi sebutan netizen kerana berita mengenai dirinya disalah erti. Baru-baru ini, telah tular di beberapa ruangan media digital mengenai Ikmal yang dikatakan memuat naik gambar tidak berbaju di laman Instagram untuk menarik perhatian pihak produksi.
Syarikat pengurusannya, Absolut Management telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa penyataan yang dikeluarkan dari mulut Ikmal Amry telah pun disalah tafsir dan kurang tepat sama sekali.
Remaja menghubungi tuan badan sendiri untuk bertanyakan tentang hal ini.
“Kenyataan saya telah disalah tafsir. Sebenarnya Am cakap Am ni tidaklah sehebat mana macam Syafiq Kyle dan Aedy Ashraf yang sudah ada nama dan orang dah kenal sebagai seorang pelakon. Am baru nak masuk dalam industri ini, jadi untuk menaikkan keyakinan diri, Am ke gymnasium untuk buat badan. Am nak bagi orang nampak yang Am juga seorang pelakon dan itu sahaja yang Am jelaskan,” jawabnya.
Ikmal Amry juga tidak menyebut seperti apa yang diterbitkan oleh media pada 28 Ogos lalu yang bertajuk “Sedar diri tidak hebat berlakon, Ikmal Amry tak berbaju di IG untuk tarik perhatian produksi”.
Korang boleh baca kenyataan rasmi sepenuhnya yang dikeluarkan oleh Absolut Management seperti yang tertera di bawah.
Ikmal Amry turut berasa kesal dengan apa yang berlaku dan berharap agar penyokongnya tidak salah anggap dengan kenyataannya itu.
“Am amat berterima kasih kepada penyokong yang tetap setia memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat Am. Sejujurnya, Am tidaklah begitu tertekan dengan isu ini, tapi Am harap agar ia tidak disalah erti dan memberi tanggapan yang tidak baik kepada kerjaya Am nanti,” jelasnya yang bakal muncul dalam beberapa buah drama televisyen akan datang.
Diharap penjelasan ini dapat memberikan pencerahan bagi menjernihkan segala salah faham yang berlaku. Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat Ikmal Amry, dan jadikan hal ini sebagai salah satu semangat untuk anda terus berusaha gigih dalam menjadi anak seni yang dihormati.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan empat episod telahpun ditayangkan setakat ini, tiba masa untuk pencarian Dewi Remaja 2025 memasuki separuh yang kedua. Adakah momentum sembilan orang finalis yang...