Ajal maut di tangan Allah. Ternyata kita sebagai manusia harus belajar redha dalam apa jua keadaan menimpa. Sudah pasti dalam setiap kehidupan kita inginkan yang terbaik namun Allah lebih mengetahui segala-galanya.
Petanda berat hati turun memancing menjadi detik akhir seorang abang bertemu adiknya sebelum bot dinaiki adiknya itu karam dipukul ribut.
Jelas Sufri Daud, 60, rombongan pemancing kelihatan teruja, bersemangat nak turun ke laut, malah dah buat persiapan sejak seminggu lalu untuk memancing dan mencandat sotong sebelum tragedi menimpa.
Sufri berkata, daripada 20 pemancing yang menaiki bot berkenaan, separuh daripadanya adalah ahli keluarganya yang tinggal di Kampung Padang Tok La, Pasir Mas.
Katanya, ini termasuk adiknya, Harun Daud, 58 yang masih hilang di laut bersama tiga lagi pemancing.
Sufri berkata, dia juga sepatutnya menyertai kumpulan itu namun membatalkan hasrat kerana memikirkan kesihatan diri.
"Adik (Harun) pun ada melahirkan hasrat tak mahu pergi (turun ke laut) sebab ada anaknya balik kampung, tapi dipujuk rakan-rakan dan dia teruskan niat nak pergi memancing dan candat sotong.
"Setahu saya, adik jarang turun ke laut, kalau ada pun dua kali setahun sahaja, kalau memancing pun di kawasan kuala berdekatan, rakan-rakan yang ikuti kumpulan ini juga kebanyakkannya pertama kali ke laut," katanya ketika ditemui di Pengkalan Petah, di Bachok, awal pagi tadi.
Sufri berkata, dia juga sempat makan tengah hari bersama dua anak sepupunya, iaitu Muhammad Zaki Muhammad Nordin,32,dan Mohd Syafizan Daud,40-an yang meninggal dunia dalam kejadian itu sebelum mereka berlepas ke laut di jeti Kuala Besar pada 3 petang.
Katanya, dia mengetahui kejadian menimpa kumpulan itu pada 12.30 tengah malam apabila dihubungi anak saudara.
"Mereka rancang nak berada di laut semalaman dan sepatutnya pulang pagi ini, namun keluarga reda dengan kejadian yang berlaku dan berharap adik dan tiga lagi mangsa dijumpai," katanya.


Anda mungkin berminat dengan
Dalam kejadian 8.30 malam tadi, empat pemancing maut, empat lagi hilang dan 12 mangsa selamat apabila bot rekreasi laut yang membawa pelancong terbalik dibadai ribut dan ombak besar di kawasan perairan berhampiran Kuala Kemasin, di Bachok
Mangsa maut adalah Mohamad Zaki; Mohd Syafizan; Wan Aminuddin Wan Hussin, 60-an dan juragan bot warganegara Thailand dikenali dengan nama Pokta,50-an.
Mangsa hilang pula termasuk Harun, Che Wadi Bakar,40-an; Arman Ismail, 43 dan Syafiq Abdul Halim, 30. Sumber : Harian Metro
∞
Islamophobia atau ketakutan terhadap Islam merupakan satu gejala yang telah lama bernanah pada masyarakat dunia, namun hanya kebelakangan ini saja ia semakin menjadi-jadi.

Baru-baru ini seorang bilal berusia 70-an ditikam di sebuah masjid di London ketika melaungkan azan Asar semalam.
Menurut BBC, suspek berusia 29 tahun itu telah pun ditahan atas tuduhan ‘ cubaan untuk melakukan pembunuhan ‘ namun menganggap insiden ini bukan serangan pengganas.
Perdana Menteri Britain, Boris Johnson turut memuat naik status di twitter meluahkan kekesalan atas insiden yang belaku ini.
“Kejadian seperti ini tak patut berlaku, lagi-lagi di tempat beribadah. Doa saya untuk semua orang yang terkesan dengan insiden ini.”
Dalam satu kenyataan dipetik Central Mosque Trust berkata bahawa penyerang itu segera diberkas oleh jemaah yang ada pada ketika itu sehingga polis tiba dan menahannya.
Gambar-gambar yang dikongsi di media sosial dari dalam masjid di Regent’s Park menunjukkan seorang lelaki kulit putih berbaju merah ditahan dan digari oleh pegawai polis.
Berapa saksi mengatakan, bilal ii telah ditikam di bahagian leher dan suspek yang menikamnya ini dikatakan sering datang ke masjid tersebut sejak enam bulan lalu.
Apa yang mengejutkan, lelaki ini berani melakukan perkara ini walaupun terdapat lebih kurang 100 orang di dalam masjid ketika insiden ini berlaku.

Update terkini menerusi twitter melaporkan bilal tersebut dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital.
Makin melampau Islamophobia ni, bersyukur la kita di Malaysia masih dapat melakukan ibadah dengan selamat.
∞
Wah bagusnya… inilah dinamakan berkongsi rezeki!
Sebelum ini Remaja pernah menyiarkan tentang kisah seorang suri rumah yang mewujudkan siaran YouTube bagi berkongsi resipi dan cara hidup mereka sekeluarga. Sugu Pavithra mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia kerana keikhlasan hatinya jelas terselah pada setiap video yang dimuat naik.

Terkini, Sugu dikatakan telah berkongsi kegembiraan yang diperoleh selepas hampir enam bulan berkecimpungan sebagai Youtuber.
Hadiah tersebut diberikan berikutan kejayaan saluran YouTube Sugu Pavithra mendapat lebih 100,000 pelanggan (subcribers).
Wah, bertuah badan. Memang rezeki Sugu sekeluarga. Inilah dikatakan rezeki memang tak pernah salah alamat!
Menariknya, bagi meraikan ‘kemenangan’ itu, pasangan muda yang masing-masing berusia 28 dan 29 tahun itu turut membeli sebiji kek sebagai tanda perhargaan serta hidangan KFC yang diagihkan kepada jiran terdekat.
Menerusi video terbaru berdurasi 11 minit 31 saat itu, pasangan muda itu berkongsi keterujaan berkenaan dengan membuka bungkusan hadiah ‘Silver Play Button’ secara terbuka sambil disaksikan oleh ahli keluarga serta jiran tetangga.

Rata-rata netizen memuji tindakan pasangan ini.


Dah memang tertulis rezeki Sugu Pavithra dan keluarganya. Semoga dengan kejayaan ini dapat membuatkan wanita ini lebih bersemangat untuk berkongsi resipi dan menjana pendapatan daripada hasil perkongsiannya di YouTube.
Min pun terasa nak buat akaun youtube la, mana tahu boleh berjaya macam Sugu Pavitra…hehehe
∞
Memang seramkan kalau kenderaan tiba-tiba hilang fungsi walau kereta dalam keadaan elok semuanya.
Bayangkan nak tekan brek, brek tak berfungsi, seolah-olah ada “benda” kawal kenderaan kita. Pengalaman dikongsi seorang gadis mengenai pengalaman seram ketika melalui Jalan Endau -Mersing bebeberapa hari lepas di mana kenderaan dipandunya hilang fungsi secara tiba-tiba merupakan satu pengalaman sukar dilupakan.
Lebih menakutkan saat keretanya terhoyang hayang, kenderaan di belakang dinaiki oleh ahli keluarganya menyaksikan semua peristiwa itu.Kata gadis ini, dia terasa ada “benda” memaut stereng keretanya dan mengawal kenderaan tersebut.
Iskh,memang seram sangat-sangat kalau kena begini.
Baca pengalaman seramnya ketika melalui Jalan Endau – Mersing ini.
Kejadian 5 Sept 2020
Dari kampung dan on the way nak balik Pontian semalam. Sebab Ahad akak dah start mengajar. Seingat diri ni, sebelum kejadian tengah lalu sebelah lori sebab jalan dua hala.
Kemalangan ini jadi dekat Jalan Endau – Mersing dan masa tu dalam keadaan hujan renyai-renyai. Dan keadaan jalan raya lurus masa tu.
Ada “benda” paut dan kawal stereng ketika hujan renyai
Lillahitalla diri yang bawak kereta ni sendiri rasa dan nampak ada benda paut stereng kereta tu ke kiri. Dia paut habis dan memang rasa benda tu alih stereng ke kiri dekat jalan yang lurus.
Dah cuba paut balik stereng tu ke kanan dan kaki terus tekan brek automatik. Tapi semua tak function. Hanya mampu jerit adikkkkkk adikkk Allahhh Allahhh Allahhhhhh je masa tu.
Dah mengucap siap-siap. Teringat-ingat kereta terbalik banyak kali sebelum hentam tebing. Tangan pegang adik bongsu dekat sebelah. Fikir mati je. And fikir dah tak dapat jumpa mak dengan abah lagi .


Along dengan mak follow dari belakang guna kereta lain. Dorang nampak dengan mata sendiri keadaan kereta kita orang berpusing and terbalik beberapa kali sebelum hentam tebing.
Tak dapat imagine kalau kereta terbalik and stop tengah-tengah jalan mesti kena sodok dengan lori besar dekat belakang. Mesti sekarang aku dengan adik dah takde Allah. Takut sangat takut tak sempat mintak ampun dengan mak abah dengan Allah.
Syukur Allah masih beri peluang kedua atas diri ni dan adik bongsu. Allah masih lindungi keluarga kami. Sumpah trauma. Sumpah takut. Takut and takut. And trauma. Trauma sangat2. Kereta total lost.
*bila masuk kecemasan semalam MA tanya semua tentang kejadian. And dia cakap memang kebanyakan org yang accident dekat situ mesti meninggal. Yang hidup akan cerita ternampak benda ghaib.
Tak sangka terjadi dekat diri sendiri. Percaya atau tidak sebagai orang islam memang kena percaya kepada benda ghaib. Sampai skg aku trauma sebab jelas dan nyata ada benda paut stereng habis ke kiri secara tiba – tiba dekat jalan lurus . Wallahualam
Kredit : Bella Huda
∞