Pelakon dan usahawan terkenal, Adam Corrie sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi pandangan peribadinya mengenai dunia pendidikan, khususnya tentang keputusan menghantar anak ke sekolah kebangsaan walaupun beliau berbangsa Cina.
Menurut Adam, pemilihan sekolah tidak seharusnya dinilai berdasarkan kaum atau latar belakang semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira minat dan keselesaan anak itu sendiri.
“Walaupun saya berbangsa Cina, saya memilih untuk menghantar anak ke sekolah kebangsaan.
“Bukan kerana saya tidak mahu anak belajar Mandarin, tetapi kerana anak saya sendiri tidak berminat,” katanya.
Ads
Jelas Adam, beliau pernah mencuba menghantar anaknya ke tadika Cina sebelum ini sebagai pendedahan awal, namun mendapati anaknya tidak menunjukkan kecenderungan terhadap pembelajaran tersebut. Dari situ, beliau memilih untuk tidak memaksa dan memberi ruang kepada anaknya berkembang mengikut minat sendiri.
Mengulas lanjut, Adam menegaskan bahawa setiap anak memiliki potensi, minat dan laluan pembelajaran yang berbeza. Justeru, peranan ibu bapa bukanlah untuk menentukan segala-galanya, tetapi menjadi penyokong yang memahami keperluan emosi dan perkembangan anak-anak.
Ads
Beliau turut menutup perkongsian tersebut dengan pesanan yang cukup menyentuh hati, mengajak ibu bapa agar sentiasa berlapang dada dan bersangka baik dalam mendidik anak-anak.
“Setiap anak ada minat dan laluan pembelajaran masing-masing.
Ads
“Tugas kita sebagai ibu bapa adalah menyokong, bukan memaksa. Senyum selalu, selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di bulan Ramadan ini ramai yang mengambil peluang untuk menurunkan berat badan kerana kita sebagai umat Islam wajib untuk menjalani ibadah berpuasa. Jadi, waktu inilah yang terbaik untuk kita cuba mengawal pengambilan makanan selain daripada menahan diri daripada kerap mengunyah.
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, berpuasa juga tidak menghalang korang untuk melakukan aktiviti bersenam, malah ia lebih bagus kerana dapat membakar lemak dengan cepat.
Gambar hiasan
Namun, tahu tak korang bahawa wanita yang cergas dan sihat cenderung membakar lebih banyak lemak ketika mereka bersenam berbanding lelaki?
Menurut laporan Astro Awani, dua kajian oleh Pusat Pemakanan, Latihan dan Metabolisme di University of Bath menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi keupayaan individu untuk membakar lemak badan ketika bersukan.
Teknik tubuh membakar lemak penting untuk kesihatan metabolism, kepekaan insulin dan mengurangkan risiko diabetes jenis dua.
Bagi sukan seperti berlari atau berbasikal, cara tubuh membakar lemak dapat menentukan perbezaan kejayaan atau kegagalan.
Gambar hiasan
Kajian mendapati bahawa wanita biasanya lebih bergantung pada lemak sebagai sumber bahan bakar semasa latihan daripada lelaki.
Kajian pertama diterbitkan dalam International Journal of Sport Nutrition & Exercise Medicine, melibatkan 73 orang dewasa yang sihat berusia antara 19 hingga 63 tahun. Ia menguji faktor gaya hidup dan biologi untuk pembakaran lemak yang optimum dengan meminta peserta untuk mengambil bahagian dalam ujian kecergasan berbasikal.
Ollie Chrzanowski-Smith mengetuai kajian yang melihat bagaimana lemak dibakar sebagai bahan bakar. Peserta mengambil bahagian dalam ujian berbasikal tambahan yang meningkat dalam intensiti dari masa ke masa. Penunggang basikal menunggang hingga letih dalam tempoh masa antara 20 hingga 30 minit.
Hasilnya mendapati wanita dan mereka yang sihat secara fizikal, tepat di sepanjang peringkat umur, membakar lemak dengan lebih cekap ketika bersenam.
Kajian kedua yang diterbitkan jurnal Experimental Physiology, mengambil tahap lebih jauh untuk meneroka faktor molekul dalam otot dan tisu lemak yang menentukan bagaimana lemak dibakar.
Eksperimen ini melibatkan penyelidik yang mengambil biopsi lemak dan otot peserta untuk menganalisis bagaimana perbezaan protein dalam lemak dan tisu otot dapat mempengaruhi kemampuan mereka untuk membakar lemak.
Gambar hiasan
Ia mendapati bahawa protein dalam otot-otot yang terlibat dalam memecah lemak tersimpan menjadi asid lemak yang lebih kecil dan protein yang terlibat dalam mengangkut asid lemak ke dalam mitokondria dalam otot (pusat tenaga sel) secara konsisten dengan kemampuan yang lebih besar untuk membakar lemak.
Penyelidikan juga mendapati, kemampuan membakar lemak sebagai bahan bakar melindungi terhadap kenaikan berat badan di masa depan sekali gus memastikan pengurusan berat badan yang baik. Pengurusan berat badan terutama mengenai keseimbangan tenaga, jadi untuk menurunkan berat badan, kita perlu makan lebih sedikit kalori daripada yang kita habiskan melalui metabolisme dan aktiviti fizikal.
Namun, mereka dengan kemampuan yang lebih tinggi untuk membakar lemak sebagai bahan bakar agak terlindung dari kenaikan berat badan di masa depan, mungkin berkaitan dengan cara pembakaran lemak mempengaruhi pengambilan makanan dan perbelanjaan tenaga.
Penyelidikan sebelumnya dari pasukan yang sama menunjukkan bagaimana atlet yang bersaing dalam acara jarak jauh akan lebih cepat habis simpanan karbohidrat ketika bersenam.
Ini bererti bahawa kemampuan atlet untuk memanfaatkan simpanan lemak untuk membakarnya menjadi penting untuk prestasi mereka.
Pada akhirnya, keupayaan yang lebih besar untuk membakar lemak sebagai bahan bakar mempunyai potensi manfaat bagi atlet ketahanan.
So guys, ambil peluang ini untuk turunkan berat badan sepanjang bulan puasa. Untung-untung raya nanti badan dah cantik. Hehe!
Langkah pasukan bola sepak Portugal yang terhenti di pusingan 16 pasukan terbaik UEFA UERO 2020, Isnin lalu masih sukar untuk dihadam oleh skuad dan peminat Portugal.
Impian juara bertahan itu untuk sampai ke perlawanan terakhir tersekat dengan kekalahan 0-1 kepada Belgium. Lalu ia memberi ruang kepada 8 pasukan lain seperti The Red Devils, Switzerland, Czech Republic, Denmark, Ukraine, England dan dua lagi nama besar iaitu Sepanyol (juara EURO 2012 & Piala Dunia 2010) serta Itali (juara Piala Dunia 2006) untuk menjulang piala tersebut.
Penyerang utama Portugal iaitu Cristiano Ronaldo umpamanya kelihatan kecewa dengan keputusan tersebut. Menerusi hantaran di Instagram, beliau memohon maaf kerana tidak dapat melaksanakan impian rakyat Portugal.
Namun, biarpun diselubungi rasa kecewa, nampaknya pengaruh Ronaldo langsung tidak terkesan. Malah, jumlah pengikut Instagram pemain kelab Juventus itu terus mencanak dan pendapatan yang diperolehinya menerusi aplikasi media sosial itu juga meningkat.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Hopper HQ, Ronaldo merupakan penerima pendapatan tertinggi di Instagram dan atlet paling dikenali di Instagram; sekaligus mengenepikan ‘saingan’ terdekatnya seperti Dwayne ‘The Rock’ Johnson, Ariana Grande dan Kylie Jenner.
Dengan sejumlah 308 juta orang pengikut yang dikumpul Ronaldo, pemain berusia 36 tahun ini dilaporkan memperolehi kira-kira RM6.6 juta setiap kali beliau memuat naik hantaran di Instagram. Jumlah itu adalah 54% lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Bayangkan sajalah, ketika lagenda bola sepak Argentina, Diego Maradona meninggal dunia, muat naik takziah Ronaldo memperolehi 20 juta likes. Agak-agak, berapa nilai pendapatan yang diperolehinya menerusi satu hantaran itu saja?
Tidak hairanlah Ronaldo tidak kisah dengan tindakannya mengalihkan botol minuman Coca Cola di atas meja sidang media EURO 2020 bulan lalu walapun ia dipercayai membuatkan syarikat minuman gergasi itu tidak berpuas hati.
Masyarakat Malaysia ni memang benar-benar kreatif. Kenapa kami katakan sedemikian? Ada individu yang menjual kata-kata semangat di aplikasi Shopee dengan harga serendah 0.20 sen.
Ha, unik dan kreatif kan?
Seller yang dikenali sebagai alk_network ini telah menjual kata-kata semangat dan jangan korang tak percaya, ‘kata-kata semangat’ itu telah pun habis dijual.
Apa yang menariknya, seller itu juga ada meninggalkan kenyataan sebelum pelanggan membuat pesanan. Antara yang ditulis adalah seperti berikut:
• Jangan beli banyak-banyak. Beli satu dah cukup
• Sekiranya anda order lebih daripada satu, saya akan tetap memberi SATU. Dan duit lebihan anda itu, akan saya masuk ke tabung bantuan awam yang memerlukan
• Ini service ucapan yang buat anda “happy” sepanjang hari. JANGAN beli jika anda dah terlalu happy
• JANGAN MARAH saya sekiranya kata2 dan memes diberikan agak hambar(KEBANYAKKAN) kerana point utama saya hanya menjual KATA-KATA SEMANGAT sahaja
• Disini, Saya mengaku bahawa saya pakai memes yg ada di Internet. Dan Saya mengolah semula untuk memberi kata semangat untuk anda
• Service ini, hanya untuk Suka-suka sahaja. Amat Sesuai bagi mereka yang “tak tahu kat mana nak abiskan balance duit shopeepay”
• Sekiranya Saya tak balas chat, beerti saya sedang tidur/makan atau pergi kedai cari roti gardenia
• Jadi saya berharap anda tunggu sehingga saya balas chat ya
• Sekiranya anda mahu refund, beritahu saya. Saya akan pulangkan wang anda melalui TnGo E-WALLET anda
• Pepatah Main China mengatakan – “apa guna kalau tidak berbelanja duit baki yang ada, kalau tak menghabiskannya ke kedai ni”
Lebih menghiburkan, pelanggan turut bersikap ‘sporting’ dan meninggalkan komen lucu selepas membuat pembelian.
Macam-macam betul. Kami yang baca pun boleh tergelak. Disebabkan ramai yang stres sepanjang tempoh PKP, mungkin ini cara untuk menghiburkan orang lain. Lagi pun, seller tak paksa pun untuk korang beli, sekadar suka-suka.
Aktor berpengalaman, Kamal Adli berkongsi bahawa Ramadan tahun ini terasa sangat berbeza, lebih-lebih lagi selepas hidup bersendirian.“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik...