Jika dahulu, ramai akan merasa gentar sekiranya mereka dipakaikan gelang berwarna merah jambu yang mewajibkan mereka untuk kuarantin di rumah atau di pusat pengawasan Covid-19 (CAC).
Terbaru, ada satu lagi warna gelang terbaru yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Gelang berwarna hitam berbelang ini dikhususkan untuk golongan antivaksin yang disekat oleh pihak kerajaan daripada bergerak bebas. Ini demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan orang ramai setelah negara melebihi kadar vaksinasi dewasa 90%.
Ads
Selain itu, secara tidak langsung, masyarakat akan sedar akan keberadaan golongan antivaksin di kawasan awam lalu menjauhi mereka.
Adakah rupa gelang hitam berbelang itu kelihatan seperti ini? Sumber Foto Hiasan : Support Store
Tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, gelang hitam berbelang adalah satu bentuk amaran kepada golongan antivaksin yang bukan saja memilih untuk tidak mahu divaksin. Malah ada dalam kalangan mereka yang menyebarkan berita palsu secara lantang di media sosial berkenaan proses vaksinasi lalu mempengaruhi kejiranan, ahli keluarga dan rakan lain.
Ads
Dengan adanya gelang ini, mereka tidak lagi boleh bergerak bebas seperti memasuki premis, dikenakan larangan dine-in dan larangan rentas negeri. Malah, KJ juga berkata ia akan. “menyusahkan hidup golongan antivaksin.” Fuh..
Dalam pada itu, ada yang mengesyorkan sekiranya aplikasi MySejahtera menyediakan label baharu seperti ‘Tidak Mahu Divaksin’ dan ‘Dikecualikan Vaksin’ bagi membezakan golongan antivaksin dan mereka yang tidak divaksin kerana masalah kesihatan.
Selepas video iklan kempen ramadan jenama Kitsui, jenama pakaian tempatan, Leeyanarahman pula mencuri perhatian apabila menutup wajah salah seorang modelnya yang dipercayai adalah Marissa Dania.
Menerusi sebuah hantaran di TikTok, jenama tersebut memuat naik video yang memaparkan tiga orang model memperagakan baju raya mereka namun wajah salah seorang model tersebut telah di ‘cencored’.
Meninjau di ruangan komen, meskipun dikaburkan, rata-rata warganet dapat mengenalpasti model tersebut adalah anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu.
“Hahaha itu Marissa kan,” komen seorang pengguna.
“I can hear Malia’s ‘Menari lah Marissa’ hahaha,” tulis juga pengguna lain.
Trend ‘censored’ wajah ini mula tular selepas jenama Kitsui menutup wajah aktres Ruhainies gara-gara terpalit dengan kontroversi ditangkap khalwat.
Terdahulu, Marissa pernah terpalit dengan isu dakwaan merosakkan rumah tangga orang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bagi kebanyakan individu normal,sifat malu adalah perkara biasa sekiranya melakukan sesuatu perkara yang janggal di khalayak ramai. Lagi-lagi di majlis pernikahan kita.
Bagi sesetengah orang, mungkin menganggap situasi ini biasa namun banyak rakaman video seperti ini seakan mengikut ‘trend’ di media sosial dan ia dilihat seperti ‘tidak sopan’. Malah, perkara ini makin menjadi-jadi mungkin ‘dibuat-buat’ agar menjadi ‘content’.
Hal ini telah menarik perhatian Ustazah Sharifah Zahidah memberi sedikit teguran dan pandangan tentang situasi ini. Secara peribadinya mengatakan bahawa gelagat ‘pengantin malu-malu’ ini boleh mendatangkan fitnah daripada orang yang menonton video terbabit.
“Saya rasa, macam semakin trending pula video ‘pengantin malu-malu’ untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian diviralkan dengan caption yang menunjukkan ‘betapa muslimah’ dan ‘betapa sucinya’ pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini. Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang.”
Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk lintuk badannya ke kiri dan ke kanan. Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit-sentuh sikit-tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi, lepas tu main cuit tarik cuit tarik – sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah.
Sweet dan comel katanya bila pengantin malu-malu pada sentuhan pertama.
Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan lucah dan memalukan dari penonton dan memakan masa lebih lama, lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang.
Saya teringat Syeikh saya di Syria dulu pernah berpesan;
“Real muslimah when they feel shy, it shows on their faces and not their inappropriate action. But people know. And people respect them out of knowing that. Just like the story of Musa with daughters of Nabi Syuib alaihissalam…”
Pesanan akhir beliau,
“…. If you really feel shy, you wont giggle out of your shyness. Shyness is an act that uplift a woman. Giggling out of shyness (gedik) just makes women a target for bad and unappropriate jokes..”
Ya, begitulah. Wanita muslimah yang benar-benar malu untuk acara sarung cincin, takkan tergedik tunjuk malu dan membiar diri menjadi bahan gelak dan usikan ramai orang. Yang betul-betul malu, akan kaku (tetapi tetap matang dan mampu memberi kerjasama) lantas menyegerakan proses sehingga tak mengundang apa-apa usikan dan imaginasi liar terhadap mempelai.
Kita ibu yang ada anak perempuan ni, nasihatkan anak-anak gadis kita yang bakal berumahtangga kelak. Jika benar-benar malu dan tak selesa, tangguhkan acara dan jadikan ianya sesi tertutup saja. Simple. Bukan meneruskan acara buat tatapan umum sehingga jadi satu sesi usikan yang menggores maruah wanita. Saya yang lihat, terasa jauh lagi malu. Percayalah, tak sweet pun begitu.
Wanita yang high class adalah wanita yang setiap gerak gerinya terpandu dan membuatkan dia mendapat lebih banyak penghormatan dari orang. Bukan jadi bahan usikan-usikan galak orang sekeliling, katanya.
Saya sayang kalian, adik-adik muda yang bakal berumahtangga. Kerana itu saya menulis. Supaya trend ini tak semakin galak dan kian diviralkan. Simpan malu-malu kalian di depan suami dalam saat peribadi kalian. Biar kalian saja yang menikmati saat-saat malu itu. Jangan pertontonkan kepada kami secara percuma. Ianya menggores kemuliaan kalian.
Apa pandangan korang? Moga jadi peringatan kepada semua…
Coklat Toblerone ini memang tidak asing dengan tekak orang Malaysia dan rata-rata dari kita membesar dengan coklat ini.
Coklat Toblerone digabungkan dengan butiran nougat dan kacang yang lazat menjadikan pencinta coklat gila dengan hanya satu gigitan. Tapi, korang perasan tak dengan bungkusan coklat Toblerone? Ada gambar gunungkan, itu adalah Gunung Matterhorn di Swiss.
Syarikat pembuat coklat Toblerone tidak akan menggunakan lagi imej puncak gunung Matterhorn sebagai logo(Photo by Mireya Acierto / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)
Namun, setelah 50 tahun mengunakan logo gunung indah tersebut pada bungkusan. Syarikat pembuat coklat Toblerone tidak akan menggunakan lagi imej puncak gunung Matterhorn sebagai logo pada bungkusan produk itu.
Menurut syarikat yang dimiliki oleh syarikat Amerika Syarikat (AS) Mondelez itu pembungkusan Toblerone akan dikemas kini selari dengan keputusan untuk memindahkan beberapa pengeluaran luar daripada Switzerland yang mempunyai peraturan ketat mengenai penggunaan simbol negara, lapor United Press International (UPI).
“Reka bentuk baharu pembungkusan akan dimodenkan dan diperkemas sejajar dengan estetik geometri dan segi tiga,” menurut seorang jurucakap Mondelez.
Pembungkusan baharu akan menyertakan logo yang tersendiri yang diinspirasi daripada arkib Toblerone dan disertakan dengan tandatangan pengasas Toblerone, lapor BBC.
Menurut The Guardian, pada 2017 Switzerland meluluskan undang-undang yang menyekat penggunaan simbol nasional pada makanan dan pembungkusan industri. Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada bahan mentah sesuatu produk mesti diperolehi dari negara tersebut agar produk itu boleh ditandakan sebagai dikeluarkan di Switzerland.
Untuk info, imej Matterhorn mula diperkenalkan pada tahun 1970.
Ilustrasi Swiss – Pemandangan Gunung Matterhorn di Zermatt, Swiss (SHUTTERSTOCK/Jakl Lubos).(SHUTTERSTOCK/Jakl Lubos)
Fakta Ringkas Tentang Gunung Matterhorn
Matterhorn adalah gunung ke-10 tertinggi di Switzerland dan salah satu daripada 48 puncak Switzerland yang melebihi ketinggian 4,000 meter.
Ia telah didaki sejak tahun 1800. Gunung Matterhorn, yang mempunyai bentuk seperti piramid gergasi, ternyata telah didaki sejak tahun 1800-an, pada tahun 1865 tepatnya.
Lokasinya di Valais Alps. Juga dikenali sebagai Pennine Alps, di sempadan Switzerland dan Itali.
Walaupun ia memberi inspirasi kepada pendaki di seluruh dunia untuk mendakinya, Gunung Matterhorn masih merupakan gunung yang sangat sukar untuk didaki.
Selain sebagai antara gunung paling popular di dunia, Gunung Matterhorn yang sebelum 1865 merupakan kawasan terpencil dikatakan sebagai gunung yang paling banyak diambil gambar.
Selain boleh mendaki, Gunung Matterhorn juga boleh dijadikan tempat bermain ski atau papan salji kerana mempunyai Kawasan Ski Zermatt/Breuil-Cervinia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!