Coklat Toblerone ini memang tidak asing dengan tekak orang Malaysia dan rata-rata dari kita membesar dengan coklat ini.

Coklat Toblerone digabungkan dengan butiran nougat dan kacang yang lazat menjadikan pencinta coklat gila dengan hanya satu gigitan. Tapi, korang perasan tak dengan bungkusan coklat Toblerone? Ada gambar gunungkan, itu adalah Gunung Matterhorn di Swiss.

ARTIKEL BERKAITAN : Nyum! Pelajar Fesyen Ini Kecap Populariti Sebabkan ‘Kasut Kek’ & ‘Baju Coklat’

Lebih 50 Tahun Guna Imej Gunung Matterhorn, Coklat Toblerone Beralih Bungkusan Baharu
Syarikat pembuat coklat Toblerone tidak akan menggunakan lagi imej puncak gunung Matterhorn sebagai logo(Photo by Mireya Acierto / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / Getty Images via AFP)

Namun, setelah 50 tahun mengunakan logo gunung indah tersebut pada bungkusan. Syarikat pembuat coklat Toblerone tidak akan menggunakan lagi imej puncak gunung Matterhorn sebagai logo pada bungkusan produk itu.

Menurut syarikat yang dimiliki oleh syarikat Amerika Syarikat (AS) Mondelez itu pembungkusan Toblerone akan dikemas kini selari dengan keputusan untuk memindahkan beberapa pengeluaran luar daripada Switzerland yang mempunyai peraturan ketat mengenai penggunaan simbol negara, lapor United Press International (UPI).

IKLAN

“Reka bentuk baharu pembungkusan akan dimodenkan dan diperkemas sejajar dengan estetik geometri dan segi tiga,” menurut seorang jurucakap Mondelez.
Pembungkusan baharu akan menyertakan logo yang tersendiri yang diinspirasi daripada arkib Toblerone dan disertakan dengan tandatangan pengasas Toblerone, lapor BBC.

Menurut The Guardian, pada 2017 Switzerland meluluskan undang-undang yang menyekat penggunaan simbol nasional pada makanan dan pembungkusan industri. Sekurang-kurangnya 80 peratus daripada bahan mentah sesuatu produk mesti diperolehi dari negara tersebut agar produk itu boleh ditandakan sebagai dikeluarkan di Switzerland.

Untuk info, imej Matterhorn mula diperkenalkan pada tahun 1970.

IKLAN
Lebih 50 Tahun Guna Imej Gunung Matterhorn, Coklat Toblerone Beralih Bungkusan Baharu
Ilustrasi Swiss – Pemandangan Gunung Matterhorn di Zermatt, Swiss (SHUTTERSTOCK/Jakl Lubos).(SHUTTERSTOCK/Jakl Lubos)

Fakta Ringkas Tentang Gunung Matterhorn

  • Matterhorn adalah gunung ke-10 tertinggi di Switzerland dan salah satu daripada 48 puncak Switzerland yang melebihi ketinggian 4,000 meter.
  • Ia telah didaki sejak tahun 1800. Gunung Matterhorn, yang mempunyai bentuk seperti piramid gergasi, ternyata telah didaki sejak tahun 1800-an, pada tahun 1865 tepatnya.
  • Lokasinya di Valais Alps. Juga dikenali sebagai Pennine Alps, di sempadan Switzerland dan Itali.
  • Walaupun ia memberi inspirasi kepada pendaki di seluruh dunia untuk mendakinya, Gunung Matterhorn masih merupakan gunung yang sangat sukar untuk didaki.
  • Selain sebagai antara gunung paling popular di dunia, Gunung Matterhorn yang sebelum 1865 merupakan kawasan terpencil dikatakan sebagai gunung yang paling banyak diambil gambar.
  • Selain boleh mendaki, Gunung Matterhorn juga boleh dijadikan tempat bermain ski atau papan salji kerana mempunyai Kawasan Ski Zermatt/Breuil-Cervinia.

BACA LAGI : Resipi Popia Salut Coklat Yang Pernah Viral, Sangat Mudah Dibuat!

Sumber : BERNAMA, BBC

IKLAN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI