Seperti yang kita tahu, anak sulung Putera Harry dan Meghan Markle tidak memiliki sebarang gelaran istimewa DiRaja dan hanya dikenali sebagai Master Archie Harrison Mountbatten-Windsor. Namun begitu dia akan mewarisi gelaran istimewa yang telah diberikan kepada ayahandanya, Putera Harry.
Sewaktu melangsungkan perkahwinan dengan Meghan Markle, Putera Harry dan isterinya itu telah dianugerahkan dengan tiga gelaran iaitu Duke dan Duchess of Sussex, Earl dan Countess of Dumbarton serta Baron dan Baroness Kilkeel. Selesa dengan gelaran Duke dan Duchess of Sussex, pasangan ini tidak menggunakan dua lagi gelaran yang dianugerahkan kepada mereka.
Putera Harry bersama anak sulungnya. Sumber gambar: People
Gelaran Earl of Dumberton merupakan gelaran yang diwarisi yang mana Archie akan menggunakan gelaran tersebut, namun begitu Meghan dan Putera Harry tidak bersetuju dan tidak akan menggunakan gelaran tersebut untuk anak sulung mereka. Mengapa?
Ads
Hanya kerana gelaran Earl of Dumbarton memiliki perkataan ‘Dumb’ di dalamnya, yang bermaksud bodoh. Mereka bimbang nanti Archie membesar dan di usik oleh rakan sebaya dengan perkataan tersebut dan menjadikan dia tidak selesa. Dalam satu sumber DiRaja yang diberitahu kepada Telegraph, bukan hanya Meghan yang tidak bersetuju bahkan perkara itu disokong Harry, inilah sebabnya Archie hanya digelar Master dan bukannya Earl.
Ads
Ketika mengumumkan kelahiran Archie kepada umum pada tahun 2019. Sumber gambar: Observer
Untuk pengetahuan pembaca Remaja, gelaran Earl of Dumbarton ini sebenarnya sudah tidak digunakan dan pupus pada tahun 1794. Gelaran ini dihidupkan kembali oleh Ratu Elizabeth II sebagai hadiah kepada Putera Harry. Gelaran ini merupakan gelaran bangsawan Scottish merujuk kepada kawasan Dumbarton yang terletak di Dunbartonshire Barat, Scotland.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suara yang merdu, sisik yang menawan dan rambut merah menyala semestinya sering disinonimkan dengan sifat watak utama dalam cerita dongeng Disney, The Little Mermaid.
Masih segar lagi di ingatan, betapa cantiknya puteri duyung filem animasi Disney tersebut apabila ianya mula ditayangkan di kaca televisyen pada tahun 1989. Maka, alangkah bahagianya apabila team Remaja kali ini dijemput untuk menyaksikan tayangan eksklusif filem adaptasi aksi langsung ini minggu lepas.
Filem arahan Bob Marshall ini berkisarkan Ariel, seekor ikan duyung muda yang cantik dan dahagakan pengembaraan. Anak bongsu kepada anak perempuan Raja Triton ini juga mempunyai keinginan yang membuak-buak untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia di seberang laut.
Satu insiden ketika ribut taufan telah membawanya berjumpa dengan Putera Eric dan akhirnya jatuh cinta dengan sifat manusia tersebut. Namun, demi mengejar cinta tersebut, dia harus membuat perjanjian dengan ahli sihir laut jahat, Ursula, yang memberinya peluang untuk mengalami kehidupan di atas tanah tetapi akhirnya meletakkan nyawanya dan mahkota bapanya dalam bahaya.
Haaaa… anda nak tahu pengakhiran kepada cerita ini? Pastikan anda menonton The Little Mermaid di pawagam terdekat mulai 25 Mei ini tau!
Secara jujurnya, pemilihan bintang Halle Bailey untuk memegang watak Ariel adalah keputusan yang tepat. Lakonannya yang ekspresif, bertenaga dan sangat natural harus dipuji terutama sekali.
Tambahan lagi, lunak suaranya dan gaya nyanyiannya amat bersesuaian sekali, sehinggakan penonton terasa seperti mereka juga berada di dunia bawah laut. Baik dari segi fizikal dan emosi, dia semestinya layak menjadi bintang utama.
Walaupun ada sesetengah adegan yang sedikit meleret, namun kehadiran tiga watak “BFF” kepada Ariel berjaya menarik balik perhatian penonton. Watak ikan tropika Flounder (disuarakan oleh Jacob Tremblay), ketam laut Sebastian (Daveed Diggs) dan burung camar Scuttle (Awkwafina) berjaya membuatkan penonton tidak kering gusi dan terhibur sepanjang filem tersebut berjalan.
Secara konklusinya, filem berdurasi 2 jam 25 minit ini pasti tidak akan menghampakan mereka yang menonton. Tidak kira tua atau muda, setiap lapisan generasi pasti akan terhibur dan seronok. Happy watching!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belajar sambil mendengar muzik banyak manfaatnya. Malah, ramai yang mempraktikkannya kerana sesetengah genre muzik membantu dalam penumpuan terhadap pembelajaran di samping tidak rasa bosan.
Dr Fadzilah Kamsah Minta Henti Belajar Sambil Dengar Muzik
Dr Fadzilah Kamsah Minta Henti Dengar Muzik Sambil Belajar
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@xproofficial) apabila pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah mengingatkan para pelajar untuk tidak mendengar muzik sambil mengulang kaji pelajaran.
“Jangan sesekali letak muzik dekat telinga semasa belajar. Anda menipu diri sendiri. Lebih 80% pelajar suka belajar sambil dengar muzik, dengar sesuatu dekat telinga. Betul tak betul?
“Jadi Nabi SAW bersabda yang maksudnya, ‘Buatlah sesuatu kerja pada satu masa, sebab kamu cuma ada satu hati’. Cuba fikir secara logikal, kita belajar matematik tapi kita dengar lagu yang sangat mendayu-dayu dekat telinga.
“Mana lebih seronok? Matematik yang kita belajar atau lagu dekat telinga?” kata Dr Fadzilah Kamsah.
Hati Manusia Lebih Mudah Tertumpu Kepada Perkara Yang Menarik
Menurut beliau, rata-rata pelajar akan lebih tertumpu kepada muzik berbanding subjek yang sedang dipelajari pada ketika itu.
“Hati akan lebih tertarik pada benda yang menarik. Nak dengar muzik boleh tapi jangan masa belajar. Nak dengar muzik boleh waktu rehat, waktu santai okaylah. Kita manusia biasa suka pada hiburan, ala kadarlah.
Dengar Muzik Sambil Belajar Adalah Kerja Sia-sia
Pakar motivasi itu turut menyifatkan bahawa melakukan kedua-dua perkara tersebut dalam satu masa adalah satu kerja sia-sia.
“Awak akan teringat seni kata melodi lagu (dan) lupa subjek matter atau kandungan, butir-butir (maklumat) dalam subjek yang anda pelajari,” ujarnya di akhir perkongsian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh pakar motivasi berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Namun, beberapa hari ini nama Syed Mokhtar sering diperkata selepas selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan beliau menerusi syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyalurkan peruntukan RM10 juta kepada pesawah miskin bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan serta menegur Syed Mokhtar agar mengurangkan tindakan memonopoli beras dalam negara.
Mari kita kenali ikon Melayu Islam yang paling berjaya di dalam bidang perniagaan ini melalui perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Jalan Para Solihin .
SIAPA SEBENARNYA TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY?
Sebut saja nama Yayasan Al-Bukhary, umum pasti mengetahui siapakah pengasas kepada salah satu yayasan badan kebajikan yang paling dikenali di Malaysia, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.
Beliau merupakan salah seorang usahawan Islam yang terkaya di Malaysia dan merupakan jutawan ke-32 terkaya di Asia Tenggara menurut majalah Forbes. Di sebalik kelibatnya sebagai jutawan, Tan Sri Syed Mokhtar turut dikenali sebagai seorang dermawan dan aktif dalam kerja-kerja amal.
Beliau dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 12 Disember 1951, dan merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik. Sebelum menetap di Kedah, bapanya Syed Nor mengembara sehingga ke Asia Tengah untuk berniaga sebelum kemudian berpindah ke selatan Thailand.
Semasa di situ, bapanya berulang alik dari Sadao ke Hatyai sebelum memilih menetap di Kedah pada tahun 1940-an. Dalam satu temubual bersama The Star, Tan Sri Syed Mokhtar mengakui kehidupan semasa kecilnya berada dalam keadaan serba kekurangan.
Masa kecilnya dihabiskan dengan membantu keluarganya untuk menambah pendapatan harian bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Ketika beliau masih di alam persekolahan, beliau sentiasa membantu ibunya menjual sayur-sayuran di Pasar Jalan Telok Wan Jah. Manakala selepas pulang dari sekolah, beliau akan membantu bapanya menternak lembu dan kerbau di pusat kuarantin berhampiran dengan stesen keretaapi Alor Setar.
FAKTA MENARIK MENGENAI LELAKI MELAYU TERKAYA DI MALAYSIA INI…
1. Gaji pertama beliau beliau beri kepada ibunya separuh dan separuh lagi kepada orang yang tidak mampu.
2. Beliau HANYA menggunakan sebuah kereta PROTON PERDANA kemana sahaja beliau pergi dan mempunyai seorang pemandu setia dengannya yang juga bertindak sebagai ‘bodyguard’ oleh kerana dia tidak mempunyai pengawal peribadi yang lain.
3. Beliau mempunyai YAYASAN AL BUKHARY dimana kebanyakan keuntungan syarikat diserahkan ke dalam yayasan ini untuk pembangunan ummah.
4. Kadangkala, beliau hanya berkain pelikat dan berselipar keluar bersiar-siar sehingga orang tak percaya itu adalah orang Melayu terkaya di Malaysia
5. Beliau banyak menyelamatkan syarikat Melayu yang kebanyakannya bankrup dan rugi teruk.
6. Beliau juga membantu umat Islam dengan pemilikan syarikat roti Gardenia bagi menjamin kesucian dan kehalalan produk tersebut.
7. Beliau banyak membina masjid dan surau tempat kita beribadat selama ini sama ada dalam negara dan luar negara.
8. Beliau seorang yang tidak sukakan populariti, jarang kita nampak beliau di kaca TV atau sebagainya malah kebaikan yang dilakukannya pun ramai tidak tahu sehingga mendatangkan fitnah seperti hari ini.
9. Beliau ada membina KOMPLEKS AL-BUKHARI di Alor Setar dan disinilah terletaknya rumah anak2 yatim, rumah orang2 Tua, tadika, sekolah, universiti dan sebagainya yang ditanggung penuh oleh beliau.
10. Pada tahun ini 2022, Tan Sri Syed Mokhtar merekodkan jumlah kekayaan sebanyak 1.3 billion USD.
Jika korang ingin membaca lebih detail tentang kupasan mengenai isu melibatkan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang terkenal kerana kekayaan serta sifat dermawannya boleh baca di page facebook Jalan Para Solihin.