Suara yang merdu, sisik yang menawan dan rambut merah menyala semestinya sering disinonimkan dengan sifat watak utama dalam cerita dongeng Disney, The Little Mermaid.
Masih segar lagi di ingatan, betapa cantiknya puteri duyung filem animasi Disney tersebut apabila ianya mula ditayangkan di kaca televisyen pada tahun 1989. Maka, alangkah bahagianya apabila team Remaja kali ini dijemput untuk menyaksikan tayangan eksklusif filem adaptasi aksi langsung ini minggu lepas.
Filem arahan Bob Marshall ini berkisarkan Ariel, seekor ikan duyung muda yang cantik dan dahagakan pengembaraan. Anak bongsu kepada anak perempuan Raja Triton ini juga mempunyai keinginan yang membuak-buak untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia di seberang laut.
Ads
Satu insiden ketika ribut taufan telah membawanya berjumpa dengan Putera Eric dan akhirnya jatuh cinta dengan sifat manusia tersebut. Namun, demi mengejar cinta tersebut, dia harus membuat perjanjian dengan ahli sihir laut jahat, Ursula, yang memberinya peluang untuk mengalami kehidupan di atas tanah tetapi akhirnya meletakkan nyawanya dan mahkota bapanya dalam bahaya.
Haaaa… anda nak tahu pengakhiran kepada cerita ini? Pastikan anda menonton The Little Mermaid di pawagam terdekat mulai 25 Mei ini tau!
Secara jujurnya, pemilihan bintang Halle Bailey untuk memegang watak Ariel adalah keputusan yang tepat. Lakonannya yang ekspresif, bertenaga dan sangat natural harus dipuji terutama sekali.
Ads
Tambahan lagi, lunak suaranya dan gaya nyanyiannya amat bersesuaian sekali, sehinggakan penonton terasa seperti mereka juga berada di dunia bawah laut. Baik dari segi fizikal dan emosi, dia semestinya layak menjadi bintang utama.
Walaupun ada sesetengah adegan yang sedikit meleret, namun kehadiran tiga watak “BFF” kepada Ariel berjaya menarik balik perhatian penonton. Watak ikan tropika Flounder (disuarakan oleh Jacob Tremblay), ketam laut Sebastian (Daveed Diggs) dan burung camar Scuttle (Awkwafina) berjaya membuatkan penonton tidak kering gusi dan terhibur sepanjang filem tersebut berjalan.
Ads
Secara konklusinya, filem berdurasi 2 jam 25 minit ini pasti tidak akan menghampakan mereka yang menonton. Tidak kira tua atau muda, setiap lapisan generasi pasti akan terhibur dan seronok. Happy watching!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Barah atau kanser adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan.
Di negara kita, Malaysia National Cancer Registry Report 2012-2016 melaporkan kanser tertinggi di Malaysia dan dalam kalangan wanita ialah kanser payudara, manakala kanser tertinggi di kalangan lelaki ialah kanser kolorektal.
Laporan itu disediakan Institut Kanser Negara dan diterbitkan setiap lima tahun bagi melihat trend penyakit kanser di negara ini dan tindakan KKM seterusnya terutama langkah pencegahan.
Berikut kami senaraikan antara 10 jenis kanser tertinggi dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Sehingga kini, pakar-pakar masih tidak menemui penyebab sebenar kanser payudara yang menjadi sebab utama kematian wanita di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Namun, pakar kesihatan bersetuju bahawa faktor usia yang semakin meningkat dan sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser ini menambah lagi risiko terhadap kanser ini.
Kebanyakan kanser termasuk Kanser Payudara di Malaysia hanya dikesan pada Tahap 3 dan 4 yang mana pada tahap ini rawatan pemulihan tidak lagi berkesan. Malaysian Study on Cancer Survival’ yang diterbitkan pada Oktober 2018 menunjukkan semakin lewat kanser dikesan, semakin rendah kadar survival pesakit.
Menurut kajian itu, nisbah risiko kematian akibat kanser yang dikesan pada tahap 4 berbanding tahap 1 adalah 7.52 kali ganda lebih tinggi.
Kanser Payudara boleh dirawat jika dikesan di peringkat awal dengan melakukan ujian saringan, salah satunya Mamogram.
Faktor boleh ubah seperti mengekalkan berat badan ideal, makan secara sihat, kerap bersenam, tidak merokok dan tidak minum alkohol boleh mengurangkan risiko terhadap kanser ini.
Para wanita juga dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri di rumah atau pemeriksaan di klinik mahu pun hospital setidak-tidaknya setahun sekali.
Jom sama-sama tingkatkan kesedaran tentang kanser di kalangan kaum keluarga dan juga rakan-rakan terdekat.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim ialah seorang tokoh yang sangat dikenali dalam dunia perniagaan di Malaysia.
Beliau adalah pemilik dan Pengarah Urusan Weststar, sebuah syarikat yang terkenal dalam industri penerbangan dan automotif. Kisah kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada ramai terumatanya anak remaja.
Latar Belakang dan Awal Kerjaya
Tan Sri Syed Azman membesar dalam keluarga sederhana di Alor Setar, Kedah. Selepas menamatkan perkhidmatan sebagai anggota tentera, beliau mengambil keputusan berani untuk menceburi bidang perniagaan. Dengan modal yang terhad, beliau memulakan perniagaan menjual kereta terpakai. Keberanian dan keyakinan beliau dalam mengambil risiko membuahkan hasil apabila perniagaannya mula berkembang dan mendapat perhatian ramai.
Penubuhan Weststar
Pada tahun 2003, Tan Sri Syed Azman menubuhkan Weststar Group, yang bermula dengan penjualan kenderaan. Beliau kemudian memperluaskan perniagaannya ke dalam industri penerbangan dengan menubuhkan Weststar Aviation Services. Kini, Weststar Aviation Services adalah salah satu penyedia perkhidmatan helikopter terbesar di Asia Tenggara, yang menawarkan perkhidmatan untuk industri minyak dan gas serta perubatan kecemasan.
Kejayaan dan Pengiktirafan
Di bawah kepimpinan Tan Sri Syed Azman, Weststar telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah. Beliau diiktiraf sebagai salah satu usahawan paling berjaya di Malaysia dan sering dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam forum-forum perniagaan.
Selain daripada kejayaan dalam perniagaan, Tan Sri Syed Azman juga aktif dalam kegiatan kebajikan. Beliau sering menyumbang kepada program komuniti dan pendidikan serta membantu golongan yang memerlukan.
Inspirasi Kepada Generasi Muda
Kisah kejayaan Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim adalah satu inspirasi besar kepada generasi muda. Beliau membuktikan bahawa dengan semangat juang yang tinggi, ketabahan, dan keberanian untuk mengambil risiko, kejayaan boleh dicapai. Beliau juga menunjukkan bahawa latar belakang bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan besar dalam hidup.
Bagi mereka yang bercita-cita untuk berjaya dalam perniagaan, Tan Sri Syed Azman adalah contoh yang patut diikuti. Kejayaan beliau mengajar kita bahawa dengan visi yang jelas, strategi yang bijak, dan dedikasi yang tinggi, apa sahaja impian boleh direalisasikan.
Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim bukan sahaja seorang usahawan yang berjaya, tetapi juga seorang pemimpin yang dihormati dan seorang insan yang berjasa kepada masyarakat.
Semoga kisah inspirasi beliau terus memberi motivasi kepada kita semua untuk berusaha mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim durian tiba lagi dan adalah masanya bagi para penggemar durian untuk menikmati rasa lazat “Raja Buah”! Walaupun tak tertahan, durian mempunyai bau yang kuat, berlarutan pada nafas kita meskipun setelah beberapa jam ianya dimakan.
Dengan formulasi Listerine yang terbukti secara klinikal berkesan dapat membunuh kuman yang mengakibatkan mulut berbau, plak dan masalah gusi sehingga 99.9%, kini anda dapat menikmati durian tanpa perlu risau tentang “nafas durian”.
Atasi masalah nafas berbau durian dengan hanya berkumur dengan Listerine selama 30 saat untuk membasmi bakteria dalam rongga mulut yang boleh menyebabkan nafas berbau.
Bukan sahaja nafas anda menjadi lebih segar, malah ia juga membantu dengan penjagaan kesihatan mulut secara menyeluruh!
Selain itu, Listerine Pocket Mist juga wajib ada untuk individu yang sentiasa bergerak dan memerlukan penyegaran segera: semburan oral bersaiz mudah dibawa dan menghapuskan 99% kuman yang menyebabkan nafas berbau!
Menangi Kenduri Durian & Baucer GrabFood dengan Peraduan Listerine X Watsons “Swish & Win”!
Tahun ini, Listerine kembali dengan peraduan “Swish & Win”, yang dianjurkan dengan kerjasama Watsons Malaysia. Sertai untuk memenangi hadiah bernilai RM15,000, termasuk kenduri durian yang menakjubkan dan baucer GrabFood!
Cara Menyertai:
Langkah 1 – Beli RM30 & ke atas produk Listerine® dalam satu resit di Watsons.
Langkah 2 – Jawab soalan mudah: Apakah yang boleh anda gunakan untuk menghilangkan nafas berbau durian? Sebutkan satu produk Listerine®.
Langkah 3 – WhatsApp resit anda dengan <NAMA PENUH> <JAWAPAN> ke 016-208 3532
Hadiah:
10 x baucer Kenduri Durian bernilai RM1,000 setiap satu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Listerine PR
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!