Buat pertama kalinya Indonesia mengadaptasi permainan video ke layar perak dengan dibintangi oleh barisan pelakon seperti Caitlin Halderman, Jefri Nichol, Marsha Aruan dan Ciccio Manassero.
DreadOut mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang mencari populariti dengan merakam pengembaraan mereka disebuah bangunan terbiar dan memuat naik video di media sosial. Kumpulan remaja ini telah memasuki kawasan terlarang dan tanpa sengaja, seorang daripada mereka telah membaca mantra bahasa sunda kuno yang boleh membuka portal ke alam lain.
Filem ini cuba menonjolkan unsur-unsur yang terdapat seperti dalam permainan video DreadOut, salah satunya adalah dengan kehadiran perempuan berkebaya merah yang dilakonkan oleh Rima Melati Adams. Banyak lagi elemen sama yang berkait dengan game tersebut dan antaranya adalah logo ular yang berbentuk segitiga dan kelibat hantu pocong yang muncul dalam filem ini.
Permulaan cerita sedikit perlahan mungkin kerana watak yang ada agak ramai dan pengarah mahu mengembangkan setiap karakter kumpulan remaja ini. Perlahan-lahan ia membawa penonton menyelusuri pengembaraan mereka ke alam maya.
Ads
Lakonan Linda (Caitlin Halderman), selaku watak utama juga boleh dianggap sebagai ‘hero’ dalam filem ini harus dipuji kerana peranannya dalam filem ini amat besar dan menjadi tunjang utama kepada setiap jalan cerita.
Bukan hanya kisah seram semata-mata, korang juga bakal melihat nilai setia kawan yang ada dalam kumpulan remaja ini. Buktinya, apabila ada kawan yang terperangkap di alam maya, seboleh-bolehnya mereka ingin menyelamatkan kawan-kawan yang lain tanpa ada timbul rasa pentingkan diri sendiri.
Ads
Watak Erik, Jessica, Beni, Dian dan Alex menguatkan lagi plot cerita dengan perbezaan karakter masing-masing. Selain daripada teman sekolah mereka, tak pasal-pasal pak guard bangunan tersebut pun menjadi mangsa.
Unsur humor yang diselitkan juga mampu membuatkan penonton tertawa dengan scene-scene yang agak menghiburkan. Jadi, korang tak hanya rasa takut malah turut terhibur dengan setiap aksi yang dipaparkan dalam filem DreadOut ini.
Ads
Nah, tak perlulah korang nak bercakap soal di mana logiknya filem ini kerana ia memang mengikut sepenuhnya konsep permainan vidieo yang popular di Indonesia.
Ada part yang akan buat korang tutup telinga, tutup mata. So, kalau nak tahu macam mana seramnya filem ini, apa kata korang saksikan sendiri DreadOut yang bakal ditayangkan pada 18 April ini di seluruh pawagam tanah air.
Pssttt, pssttt.. Jangan sampai korang termimpi-mimpi pulak makcik berkebaya merah tu. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebenarnya banyak drama menarik lain kat Netflix tau!
Minggu ini tentunya sangat memuaskan hati peminat siri Stranger Things apabila musim ketiga drama tersebut kini boleh diakses di aplikasi Netflix.
Namun begitu, jangan tak tahu ya bahawa ada lagi drama-drama lain yang not bad untuk ditonton di aplikasi tersebut.
Bukan sahaja ia mempunyai mesej tersendiri namun plot twist drama tersebut pasti membuatkan korang mind-blown!
The Chilling Adventure Of Sabrina
Mengisahkan Sabrina yang merupakan separuh manusia dan separuh ahli Sihir. Selama 16 tahun dia mempunyai kehidupan yang normal hinggalah semasa usiannya mencecah 16 tahun.
Umbrella Academy
Cerita ini berkisarkan 7 orang yang mempunyai kuasa yang luar biasa. Dibesarkan oleh seorang bapa angkat yang tidak berperikemanusiaan, kesemua mereka mempunyai satu tujuan sahaja iaitu menjadi superhero. Semua berubah bila bapa angkat mereka meninggal dunia dan harus bersatu kembali untuk merungkai kematian bapa angkat mereka itu.
The Haunting Of The Hill House
Cerita ini berkisarkan satu keluarga yang tinggal di sebuah rumah berhantu yang seterusnya membawa kepad tragedi yang menghantui mereka hingga bertahun lamanya.
You
Drama ini mengisahkan obsesi seorang lelaki kepada seorang wanita hingga dia sanggup melakukan apa sahaja untuk wanita tersebut. Sekali pandang macam lelaki itu tidak bahaya namun sebenarnya…
Sex Education
Drama komedi yang menceritakan kisah-kisah yang dihadapi remaja ketika membesar. Cukup menyeronokkan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasalah, Malaysia kan terkenal dengan musim perayaannya yang pelbagai.
Kita ada Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Natal, Musim Gawai….eh banyaklah kalau nak senaraikan semua!
Dan setiap kali rakyat Malaysia menyambut musim perayaan je, pasti ada promosi yang menarik menanti!
Sempena perayaan Tahun Baru Cina nanti, AirAsia akan mengadakan diskaun tiket penerbangan dan bagi penerbangan domestik, harga bermula dari RM18 dan penerbangan antarabangsa bermula dari RM48 sahaja.
Kalau nak diikutkan, promosi ini telah bermula dua hari lalu, iaitu pada 13 Januari dan akan berakhir sehingga 19 Januari 2020. Tempoh penerbangan bagi promosi ini adalah dari September hingga Mac 2021.
Jom kita tengok, bulan September hingga Mac tu ada cuti panjang tak..
Kalau tak silap, ada Hari Keputraan YDP Agong, 3 hari, Hari Malaysia, boleh pegi sampai 5 hari.
Macam biasa, tempahan boleh dilakukan di laman web AirAsia. So apa ditunggu lagi, cepat la beli tiket penerbangan tengah promosi ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, DJ terkenal, Alan Walker membuat pengumuman mengejutkan melalui media sosial mengenai penundaan konsertnya yang bakal berlangsung di Sunway Lagoon pada 22 Jun ini.
Alan melalui aplikasi Instagram berkata, dia terpaksa menundakan konsert ini kepada tarikh lain atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan walaupun telah banyak persiapan yang telah dilakukan untuk konsert kali ini.
Kredit: Instagram Alan Walker
“Kepada peminat, rakan-rakan dan Walkers Malaysia yang dikasihi! Beberapa minggu yang lalu, pasukan saya telah bekerja keras untuk menyusun pertunjukan Walkerworld terbesar kami hingga kini di Kuala Lumpur, Malaysia untuk Sabtu ini”
“Lawatan saya ke KL beberapa minggu lalu untuk mempromosikan pertunjukan ini, di mana saya juga berpeluang bertemu dengan ramai daripada anda, telah membuatkan kami lebih teruja untuk pertunjukan yang akan datang ini”
Kredit: Instagram Alan Walker
“Namun, dengan dukacita saya perlu memaklumkan bahawa disebabkan oleh keadaan yang tidak dapat dijangka, tidak diingini, dan sangat malang yang sepenuhnya di luar kawalan saya dan pasukan saya. Kami terpaksa menangguhkan pertunjukan Walkerworld kami di Malaysia pada Sabtu, 22 Jun ini, hingga tarikh yang akan ditentukan pada penghujung tahun ini,” katanya.
Alan turut meminta maaf kerana pengumuman ini dibuat pada saat akhir iaitu sehari sebelum hari konsert yang patutnya berlangsung pada Sabtu, esok.
Kredit: Instagram Alan Walker
“Saya sangat minta maaf kerana pengumuman ini dibuat pada minit-minit terakhir dan kerana mengecewakan anda semua, tetapi saya berjanji untuk memenuhi komitmen kami kepada setiap orang yang telah membeli tiket untuk pertunjukan ini dan telah dengan sabar menantikan kedatangan Walkerworld di Malaysia”
Jelasnya, dia akan kembali semula dengan pertunjukkan lebih baik pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Dalam pada itu, bagi peminat yang sudah membeli tiket juga boleh mendapatkan duit bayaran balik tiket dari penganjur, Megatix sekiranya mereka tidak mahu menunggu tarikh yang akan dimaklumkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!