Tiada perkataan lain yang boleh digambarkan oleh penulis dan rakan media lain yang duduk di barisan hadapan (fine, barisan kedua) pentas pertunjukan fesyen Rizalman For Zalora yang berlangsung hari ini selain daripada wow!

Dua bulan sudah berlalu sejak gambar teaser koleksi Rizalman For Zalora ini dimuat naik di media sosial milik jenama Rizalman dan akhirnya hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat fesyen tanah air tiba juga.

“10 Out Of 10!” Pertunjukan Fesyen RIZALMAN FOR ZALORA Bak Set Filem Bollywood

Terlebih dahulu, paparan teaser koleksi ini sudah berjaya menarik rasa ingin tahu di kalangan netizen. Mengapa Rizalman memilih kebudayaan masyarakat India sebagai idea pakaian Hari Raya? Apa signifikan watak Paro, Kunti dan Tuan Tanah dalam koleksi Rizalman For Zalora? Mengapa Izara Aisyah menjadi muse beliau pada kali ini?

Trust us, bermacam-macam soalan dilontarkan oleh netizen di ruang komen.

Namun, Dato Rizalman tidak mudah melatah dengan komen sebegitu. Malah, if you look at it from another point of view, komen sebegini menunjukkan netizen sebenarnya tertarik dengan kelainan yang dibawa oleh beliau.

“10 Out Of 10!” Pertunjukan Fesyen RIZALMAN FOR ZALORA Bak Set Filem Bollywood

10 Minit Untuk Intro Je

Bertempat di Stadium Chin Woo Kuala Lumpur, Dato’ Rizalman sememangnya terkenal sebagai penggiat seni fesyen tanah air yang gemar tampil lain daripada yang lain demi mencabar landasan fesyen sedia ada di Malaysia. Jika orang lain mengambil jalan A, beliau pastinya memilih jalan B, atau C.

IKLAN

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

A post shared by Eds Arippin (@edsarippin) on

Ibarat berada di set penggambaran filem Bollywood, susunan prop, muzik dan poster yang dipasang semuanya begitu kena dengan konsep masyarakat India.

Kalau tak, tak adalah introduction music hampir 10 minit dipasangkan pada speaker! Hehe..nak bagi mood dan feel datang katanya.

Beralih kepada persembahan fesyen yang dipamerkan untuk koleksi Rizalman For Zalora ini, penulis dan para jemputan sememangnya menantikan untuk melihatnya secara LIVE.

IKLAN

Walaupun Rizalman telah memuat naik lebih 20 imej kempen dengan pakaian raya berbeza di Instagram, penulis merasakan seperti banyak lagi sebenarnya pakaian yang ditawarkan untuk koleksi kali ini.

“10 Out Of 10!” Pertunjukan Fesyen RIZALMAN FOR ZALORA Bak Set Filem Bollywood
Foto: Razlan Johari

 

“10 Out Of 10!” Pertunjukan Fesyen RIZALMAN FOR ZALORA Bak Set Filem Bollywood
Foto: Razlan Johari

 

“10 Out Of 10!” Pertunjukan Fesyen RIZALMAN FOR ZALORA Bak Set Filem Bollywood
Foto: Razlan Johari

 

“10 Out Of 10!” Pertunjukan Fesyen RIZALMAN FOR ZALORA Bak Set Filem Bollywood
Foto: Razlan Johari

 

IKLAN

Setiap pakaian raya yang disarungkan oleh model lelaki dan perempuan sememangnya kena dengan tema, namun masih moden untuk korang gayakan ke acara-acara dan majlis tertentu. Dari perincian yang diletakkan pada pakaian koleksi ini, penulis dapat membayangkan betapa banyak research yang dilakukan oleh team pereka Rizalman bagi memastikan kepuasan pembeli dijamin 100 peratus.

Di penghujung acara, kami dikejutkan dengan persembahan encore tarian Bollywood oleh penari berpakaian serba hitam dan oleh Izara Aisyah serta Dato’ Rizalman sendiri!

Apapun, tahniah penulis ucapkan kepada team Rizalman dan semua yang terlibat sejak awal tahun ini lagi. Diharap agar lebih ramai pereka fesyen yang mengikut jejak langkah Rizalman (bukan meniru design-nya okay!) untuk mempersembahkan sesuatu yang istimewa setiap kali tibanya musim perayaan Aidilfitiri.

Maklumlah, Raya kan setahun sekali – haruslah ia diraikan sehabis baik.

“10 Out Of 10!” Pertunjukan Fesyen RIZALMAN FOR ZALORA Bak Set Filem Bollywood

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI