Sebelum ini, Remaja pernah menemubual Nabil Aqil, finalis Hero Remaja 2017 yang teruja dengan kemunculan filem pertamanya Takut Ke Tak pada April lepas. Namun, disebabkan wabak pandemik yang melanda dunia, filem itu ditangguhkan tayangannya.

“Sejujurnya saya memang berasa sedikit kecewa dan sedih kerana filem Takut Ke Tak ditangguhkan tayangannya. Mana tidaknya, ia merupakan filem pertama saya dan sudah tentu saya rasa teruja ingin berkongsi bersama peminat. Namun, saya faham dengan situasi pandemik yang berlaku tahun ini. Apa-apa pun, kita semua perlu akur dengan apa yang terjadi dan saya percaya ada hikmah di setiap apa yang berlaku sekarang,” jelas Nabil.

Memegang watak Abas, seorang pelajar jurusan filem yang terpaksa mengambil semula subjek yang telah gagal, pemuda ini perlu melakukan assignment menerbitkan filem seram. Sepanjang penggambaran untuk menyelesaikan tugasan kerjanya itu, telah berlaku beberapa pengalaman seram yang perlu mereka hadapi.

IKLAN

“Sebelum ini saya telah menghadiri sesi casting yang telah dianjurkan oleh produksi Jazzy Pictures, tak sangka pula bila mereka memberi peluang untuk saya bersama-sama berlakon dalam filem ini. Ia merupakan pengalaman pertama saya berlakon filem. Walaupun berasa gementar, tetapi saya sangat enjoy dan banyak ilmu yang saya dapat ketika di set penggambaran,” katanya lagi.

IKLAN

Bukan hanya sedih dengan penangguhan filemnya itu, Nabil sempat meluahkan perasaannya kepada kami dengan menyatakan tahun ini, ada dua perkara yang membuatkan dia berasa sedikit agak sedih dan kecewa.

“Saya faham tahun 2020 merupakan tahun yang begitu menguji masyarakat dunia. Seperti saya, ada dua perkara yang saya sedih tahun ini, yang pertama kerana penangguhan tayangan filem dan kedua, majalah Remaja yang saya jadi cover terpaksa dikeluarkan secara online kerana PKP tempoh hari. Hehe!”

IKLAN

“Tapi macam saya cakap tadi, saya sedar dan perlu akur dengan situasi semasa. Apa-apa pun kita perlu redha dan berdoa agar wabak pandemik ini berakhir segera,” tambahnya lagi.

Sabarlah Nabil, tahun ini memang ramai yang struggle untuk melalui hari-hari yang mendatang. Sama-samalah kita doakan agar keadaan pulih seperti biasa.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI