Safwan Nazri, satu-satunya Finalis Hero Remaja 2017 yang berasal dari negeri jelapang padi merupakan seorang bekas Viners/Instagrammers yang agak terkenal menghasilkan video-video komedi dan viral bersama kawan baiknya. Bagaimanakah dia mampu meraih perhatian yang hebat sehingga berjaya mendapat jutaan view? Jom, kita selongkar rahsia Safwan Nazri.

Semasa aktif di Vine dahulu, apakah username yang Safwan guna?
Sejak dari dulu saya menggunakan nama sendiri sebagai username iaitu Safwan Nazri. Saya hasilkan video-video ini bersama kawan baik saya sendiri iaitu Arif Shamsul (Ayiep).

Bila Safwan mula berjinak-jinak dengan dunia penghasilan content video di media sosial?
Saya mula buat video pertama kira-kira pada dua tahun lepas. Tapi saya buat sekejap sahaja dalam setahun lebih, sekarang bukanlah berhenti tapi agak kurang sikit. Dulu buat Vine pendek saja dengan durasi 6 saat, kemudian Instagram 30 saat yang kini sudah jadi seminit.

Safwan Nazri Pernah Hasilkan Video Yang Mendapat Jumlah View Mencecah 2 Juta!

Bagaimana dengan konsep content video yang selalu Safwan hasilkan?
Kalau orang yang mengikuti video saya pasti perasan konsepnya lebuh berunsur komedi. Tapi ia bukan bermakna komedi kosong tetapi mempunyai mesej. Biasanya saya dapat idea dari benda-benda viral serta apa yang hot pada masa tersebut.

Adakah Safwan dalam video sama dengan Safwan dalam dunia sebenar?
Ya, saya macam nilah. Apa yang orang tengok saya dalam video yang saya hasilkan, begitulah saya di luar. Cuma selepas bergelar sebagai Finalis Hero Remaja 2017, saya kena tone down sikitlah buat lawak yang bukan-bukan (ketawa).

IKLAN

Apakah content video yang paling banyak dapat view?
Video pasal solat view cecah hampir 2 juta, di Facebook. Ramai yg dm saya ucapkan terima kasih sebab ingatkan mereka tentang kepentingan solat. Saya hasilkan pada bulan puasa dua tahun lepas. Saya rasa tak sangka. Judul video itu, Pray.

Mana dapat idea?
Mulanya saya hanya up video percakapan seperti ceramah sahaja. View tak banyak, hanya dapat lebih kurang 300 view sahaja. Kemudian saya dan Ayiep dapat idea untuk buatkan video lebih menarik dengan penyampaian bersahaja dan pantas. Syukur, ia dapat sambutan yang kami sendiri tidak jangka.

Biasanya berapa lama duration video yang Safwan hasilkan?
Tak lama. Apa yang saya dapati pengguna laman media sosial tak suka video berdurasi panjang. Tempoh terbaik ialah antara 3 hingga 5 minit. Apatah lagi kalau penceritaan itu tidak sampai. Saya sudah merasa kena kecam dulu tapi anggap ia sebagai satu kritikan membina. Bagi saya less is more, harus ringkas tapi padat.

IKLAN

Safwan Nazri Pernah Hasilkan Video Yang Mendapat Jumlah View Mencecah 2 Juta!

Bagaimana proses Safwan hasilkan video? 
Saya bersyukur kerana dulu bekejrsama sama dengan kawan baik sendiri iaitu Ayiep. Semua editing video, audio serta pacing jalan cerita dia yang jaga. Kami hanya gunakan software mana yang ada sahaja iaitu Video Maker. Saya pula membantu dari segi skrip, storyline dan mencari mood sesuai dengan bahan cerita.

Pernah collab dengan pembikin video content yang lain?
Ya, saya pernah bekerjasama dengan Stark Production dan pernah jumpa dan kongsi idea dengan viner atau youtubers yang lain. Bila fikir semula sangat seronok pengalaman buat video ni.

IKLAN

Selepas bergelar Finalis Hero Remaja 2017, adakah Safwan akan terus hasilakan video di media sosial?
Sebelum ini saya fokus di dunia digital. Bila masuk pertandingan ini saya nak kembangkan bakat untuk mencebur diri dalam industri hiburan. Saya rasa peluang yang diberikan majalah Remaja untuk saya sangat besar. Saya harap patform Hero Remaja ini dapat membuka peluang kepada saya untuk menjadi anak seni seperti senior-senior Hero Remaja terdahulu.

Siapa pembikin content video yang paling Safwan gemari?
Lokman Podolski. Sebab dia memang lawak tahap gaban! (ketawa)

Apa tip boleh Safwan kongsikan untuk pembaca remaja?
Nak hasilkan video pertama sekali kena ada idea. Observe apa yang berlaku di sekeliling kita. Orang akan suka sesuatu yang boleh relate dengan mereka. Penyampaian juga harus kena dengan personaliti kita; jangan buat melebih-lebih sampai menjengkelkan orang.

Jangan lupa untuk terus mengundi Safwan Nazri di Pencarian Hero Remaja 2017 di sini!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI