Jika di Korea Selatan, masyarakat di sana suka untuk ‘memanjakan’ diri dengan menikmati hidangan desert ‘Bingsu’ yang mempunyai susu cair, jeli hijau seperti cendol, kacang, jagung dan sebagainya. Di Malaysia pula, kita wajib berbangga dengan cendol durian!
Sejak ditularkan oleh gerai Rojak & Cendol Medan Selera Delima, Seksyen 24 Shah Alam, sekarang seluruh Lembah Klang sudah mempunyai port menarik untuk korang nikmati cendol durian. Mungkin rasanya akan berbeza dari satu tempat ke satu tempat. Tetapi esennya masih durian dan cendol.
REMAJA senaraikan 9 port menarik di sekitar Lembah Klang untuk korang cuba. Kami sendiri telah ke beberapa tempat ini dan rasaya memang oomph lah!
Cendol Durian Power, Kampung Baru
Yass, ini merupakan tempat popular bagi warga Kuala Lumpur yang sedang OTW balik dari tempat kerja. Terletak di Jalan Raja Alang, cendol durian di sini cukup popular sehinggakan kami pernah terserempak dengan pengunjung dari Seremban yang sanggup ke sini untuk menikmati cendol durian, wow! Semangkuk cendol durian dijual pada harga RM12 manakala bagi yang nak tapau, ia berharga RM14. IG: @nur_asyhikin
Cendol Durian Taman Bolton Sri Gombak (Mels Corner)
Okay, sebelum korang kecam kenapa harga cendol durian di sini (RM15) lebih mahal daripada tempat lain, korang kena cuba dulu rasanya. Memang mengancam bagi penggemar durian dan penggemar cendol bagi yang nak order cendol biasa. Terbaru, penulis juga diberitahu ada sistem drive thru di sini untuk pengunjung. Kelas! IG: @kuiskandarsyah
Ads
Rojak & Cendol, Medan Selera Delima, Seksyen 24 Shah Alam
Sebagai peneraju kepada raja segala cendol durian, Rojak & Cendol merupakan idea genius Mohd Hafez Hamed yang memutuskan untuk menambah durian sebagai salah satu pilihan cendol yang ada. Kali terakhir penulis kunjungi Rojak & Cendol (semalam), harga untuk semangkuk durian cendol adalah RM27. Namun janganlah terkejut kerana mereka ada menyediakan beberapa jenis durian. Ada yang lebih murah sedikit daripada durian D24. Biasalah, harga D24 pun dah mencecah RM90 ke atas. Terpaksalah bayar kalau nak yang sedap, kan? Apapun, rasa dia memang terbaik! IG: @mek_ood
ABC Durian Tok Mat’s Cafe, Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam
Kalau korang masih bukan merupakan peminat cendol atau ABC Durian yang tegar, atau masih tak tahu nak buat pilihan cendol yang mana, kami syorkan lokasi ini. Bukan hanya satu perisa tapi sampai dua sekali mereka berikan! Durian campur dengan mangga, hebat kan. Dekat sini pun ada disediakan Coconut Shake Oreo yang sedap. IG: @tokmatscafe
Ads
Durian King Cendol TTDI
Port ini sebenarnya sudah menemui orang ramai sejak tahun lepas. To be honest, rasanya tidaklah se-masyuk yang kami harapkan pada peringkat awal. But (that is a BIG but), mereka tidak sama sekali berhenti daripada memperbaiki rasa durian cendol di sini sehingga sedap dan diminati ramai. Kini, semangkuk durian cendol berharga RM15, okay lah kan dengan standard lokasi TTDI? IG: @illyariffin
Cendol Durian Pulut Special Nangka, Taman Cempaka Ampang
Tempatnya simple je, di bawah khemah di tepi jalan. Tetapi disebabkan rasa manis pada durian yang digunakan, semua rasa bahang pun dah tak ingat. Bagi yang pentingkan kualiti durian untuk cendol, ini adalah tempatnya. IG: @arfsml
Ads
Warisan Kak Aini Wangsa Maju
Bagi yang menetap atau belajar di sekitar kawasan Wangsa Maju, Sri Rampai dan Gombak, mesti korang pernah dengar tentang cendol durian Warisan Kak Aini. Durian D24 yang digunakan membuatkan harganya lebih berbaloi berbanding tempat lain, iaitu RM10 je. Dekat sini pun ada cendol combo mangga dan durian pada harga RM17. IG: @warisan.kakaini
Go Local Cafe, Suria Mall Presint 3, Putrajaya.
Penduduk Putrajaya tak perlu lagi merantau keluar kalau nak cari cendol durian. Walaupun secara teknikalnya, Putrajaya bukanlah termasuk dalam kawasan Lembah Klang tapi disebabkan oleh variasi topping yang disediakan di sini, we just cannot leave this place out. Order je jagung, tapai, laici atau nangka bersama durian korang. IG: @burn_abdul
Durian SS2 House, Sungei Pencala
Dulunya, Durian SS2 hanya popular sebagai port untuk makan durian semata. Tetapi sekarang, cendol durian Musang king pun ada di sini dan menjadi menu yang dicari-cari oleh pengunjung. Selain daripada portion cendol duriannya yang ‘ikhlas’, kalau korang nak ‘belasah’ durian saja di sini pun boleh. Mereka ada menyediakan bufet durian ‘All-You-Can-Eat’ yang bermula daripada harga RM30/seorang hingga RM98/ seorang. Bergantung kepada jenis durian dan stok.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat korang yang tengah nak beli kereta, beberapa jenama kereta termasuk keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga antara RM2,000 hingga RM3,000 selepas perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan sekurang-kurangnya lima jenama kenderaan termasuklah model Perodua, Honda, Toyota, BMW dan Volkswagen akan turun harga.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata berdasarkan struktur cukai baru, hampir semua model Perodua akan menyaksikan harga lebih rendah.
Wah, kalau macam ni ada chance la korang nak tukar kereta baru kan. Hiks!
Jom kita tengok antara senarai kereta yang bakal diturunkan harga.
1. Perodua Axia
Harga: RM40,390
Sebelum ini: RM41,497
2. Perodua MyVi 1.5
Harga: RM54,090
Sebelum ini: RM55,300
3. Honda Jazz 1.5
Harga: RM83,633
Sebelum ini: RM85,750
4. Toyata Vios
Harga: RM93,200
Sebelum ini: RM93,980
5. BMW
Harga: RM185,800
Sebelum ini: RM188,800
6. Volkswagen Polo
Harga: RM74,900
Sebelum ini: RM76,888
Moga dengan penurunan harga kereta ni dapatlah sedikit sebanyak membantu korang untuk beli kereta sendiri. Namun begitu, ukur baju di badan sendiri ya. Jangan sebab harga kereta turun, korang pergi beli yang diluar kemampuan pula.
Pengalaman berpantang selepas melahirkan anak sememangnya menjadi antara fasa paling mencabar buat wanita, lebih-lebih lagi jika berdepan komplikasi kesihatan. Situasi itu turut dilalui oleh pelakon popular, Elisya Sandha, apabila dia mengalami jangkitan luka pembedahan selepas bersalin anak kedua, sehingga menjejaskan kesihatan fizikal dan emosinya.
Menurut laporan hibglam, Elisya masih tidak percaya kini bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata. Namun, tempoh berpantang yang sepatutnya membantu memulihkan diri menjadi sebaliknya apabila dia terpaksa menanggung kesakitan berpanjangan.
“Tempat pembedahan C-Sect saya luka dan ada jangkitan. Duduk, baring, berjalan semua tidak selesa. Saya alami sakit kepala yang teruk sehingga mengganggu tempoh 44 hari berpantang saya,” katanya.
Tambah Elisya, situasi tersebut turut menjejaskan kesihatan mental sehingga membuatkan dia murung dan hampir mengalami tekanan perasaan (depression).
Hanya Suami Tempat Mengadu
Meskipun diuji dengan keadaan kesihatan yang tidak stabil, Elisya tetap memilih untuk merahsiakan keadaan sebenar daripada ibu kandung dan ibu mentuanya bagi mengelakkan mereka risau. Hanya suaminya, Uzair Haqimy Azman, mengetahui keadaan sebenar memandangkan dia sentiasa berada di sisi.
“Banyak perkara berlaku dalam tempoh pantang yang menyebabkan saya murung, tetapi alhamdulillah, dengan sokongan suami dan melihat anak-anak, saya perlahan-lahan dapat semangat saya kembali,” jelas Elisya.
Ibu Mertua Prihatin, Sokongan Moral Jadi Kekuatan
Dalam masa yang sama, Elisya turut menghargai keprihatinan ibu mentuanya, pelakon terkenal Sheila Rusly, yang sentiasa mengambil berat terhadap pemakanan dan keperluan sepanjang dia berpantang.
“Saya bersyukur kerana ibu mentua sangat ambil berat tentang pemakanan dan memastikan saya makan mengikut keperluan ibu berpantang. Cuma saya memilih untuk tidak memberitahu mengenai keadaan kesihatan diri kerana tidak mahu mereka risau,” katanya.
Untuk rekod, Elisya selamat melahirkan anak kedua, seorang bayi lelaki diberi nama Bahtera Elhaq, pada Mei lalu. Pasangan ini turut memiliki seorang anak perempuan, Bunga Elhaq, yang kini berusia tiga tahun.
Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021, dan kini membina keluarga kecil bahagia mereka bersama dua cahaya mata tersayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kemelut yang dilalui oleh industri penerbangan tempata untuk bertahan dengan cabaran musim pandemik pada tahun ini, ramai kru dan pekerja telahpun kehilangan pekerjaan.
Pada minggu lalu sahaja, syarikat penerbangan Malindo Air dilaporkan terpaksa menamatkan perkhidmatan lebih 2,000 kakitangannya demi mengecilkan kos serta kerugian yang ditanggung.
Itu belum lagi menyentuh beberapa lagi syarikat penerbangan tempatan yang terpaksa mengambil jalan penyelesaian yang sama.
Melihat kepada situasi semasa itu, pengarah yang terkenal dengan naskah drama popular seperti Nur, Adellea Sofea dan Dendam Cinta Arissa iaitu Shahrulezad Mohameddin telahpun menghulurkan pertolongan dengan menawarkan peluang untuk menjadi pelakon dalam sebuah drama terbitannya, tak lama lagi.
Menerusi posting di Instagram miliknya, Shahrulezad yang mesra dengan panggilan Budak Ijat berkata, “Kepada bekas kru kabin Malindo Air dan AirAsia, kami memahami situasi kalian. Hantarkan kepada saya profil kamu dan mungkin kita boleh lakukan ujibakat secara atas talian.
“Mungkin kamu akan menjadi wajah baharu untuk siri televisyen kami yang akan datang.. let’s do magic! Tawaran ini bukan hanya untuk bekas kru kabin saja tau.. sesiapa yang berminat pun boleh cuba,” jelasnya.
So, korang kenal mana-mana kenalan yang merupakan kru kabin yang terpaksa melepaskan jawatan?
Minta mereka yang berminat menjadi pelakon untuk menghubungi penerbit eksekutif di Radius One, Hisham Karim. DM saja profil masing-masing, mana tahu kami akan melihat wajah korang di televisyen pula selepas ini.