Pengalaman berpantang selepas melahirkan anak sememangnya menjadi antara fasa paling mencabar buat wanita, lebih-lebih lagi jika berdepan komplikasi kesihatan. Situasi itu turut dilalui oleh pelakon popular, Elisya Sandha, apabila dia mengalami jangkitan luka pembedahan selepas bersalin anak kedua, sehingga menjejaskan kesihatan fizikal dan emosinya.
Menurut laporan hibglam, Elisya masih tidak percaya kini bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata. Namun, tempoh berpantang yang sepatutnya membantu memulihkan diri menjadi sebaliknya apabila dia terpaksa menanggung kesakitan berpanjangan.
“Tempat pembedahan C-Sect saya luka dan ada jangkitan. Duduk, baring, berjalan semua tidak selesa. Saya alami sakit kepala yang teruk sehingga mengganggu tempoh 44 hari berpantang saya,” katanya.
Tambah Elisya, situasi tersebut turut menjejaskan kesihatan mental sehingga membuatkan dia murung dan hampir mengalami tekanan perasaan (depression).
Hanya Suami Tempat Mengadu
Meskipun diuji dengan keadaan kesihatan yang tidak stabil, Elisya tetap memilih untuk merahsiakan keadaan sebenar daripada ibu kandung dan ibu mentuanya bagi mengelakkan mereka risau. Hanya suaminya, Uzair Haqimy Azman, mengetahui keadaan sebenar memandangkan dia sentiasa berada di sisi.
Ads
“Banyak perkara berlaku dalam tempoh pantang yang menyebabkan saya murung, tetapi alhamdulillah, dengan sokongan suami dan melihat anak-anak, saya perlahan-lahan dapat semangat saya kembali,” jelas Elisya.
Ibu Mertua Prihatin, Sokongan Moral Jadi Kekuatan
Dalam masa yang sama, Elisya turut menghargai keprihatinan ibu mentuanya, pelakon terkenal Sheila Rusly, yang sentiasa mengambil berat terhadap pemakanan dan keperluan sepanjang dia berpantang.
Ads
“Saya bersyukur kerana ibu mentua sangat ambil berat tentang pemakanan dan memastikan saya makan mengikut keperluan ibu berpantang. Cuma saya memilih untuk tidak memberitahu mengenai keadaan kesihatan diri kerana tidak mahu mereka risau,” katanya.
Untuk rekod, Elisya selamat melahirkan anak kedua, seorang bayi lelaki diberi nama Bahtera Elhaq, pada Mei lalu. Pasangan ini turut memiliki seorang anak perempuan, Bunga Elhaq, yang kini berusia tiga tahun.
Ads
Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021, dan kini membina keluarga kecil bahagia mereka bersama dua cahaya mata tersayang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Emma Maembong dan suami tercinta, Shazli Azhar memilih nama Shakil Aryan Shah untuk bayi keduanya yang dilahirkan, pada petang Rabu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram putera sulungnya, Shariq Gabriel, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu memuat naik video memperlihatkan reaksi Gabriel saat pertama kali bertemu dengan adiknya.
“Meeting my new baby brother, Syakil Aryan Shah,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Menerusi video itu rata-rata netizen merasa sebak melihat momen-momen manis Emma bersama anak-anaknya.
Emma turut mendedikasikan video itu buat cahaya mata sulungnya itu yang selama ini telah mengajarnya bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang baik.
“You will always be my firstborn, terima kasih sebab banyak ajar mama,” coretnya lagi.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada tanggal 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang kini berusia dua tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila kehilangan anak diusia yang muda apatah lagi ia merupakan kemalangan langgar lari.
Pemergian tonggak penyerang bola sepak Perak B-19, Muhammad Izzat Shah Ibrahim yang baru berusia 18 tahun meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di hadapan Pejabat Sub Renjer Hutan Chemor, Jalan Kuala Kangsar malam tadi.
Allahyarham merupakan bekas pelajar SMK Clifford, Kuala Kangsar dan telah menyertai pasukan Perak B-19 sejak Disember 2019.
Menurut Sinar Harian pula, Polis sedang mengesan saksi langgar lari yang mengorbankan pemain pasukan bola sepak Piala Belia Perak di Jalan Kuala Kangsar dekat Chemor malam tadi.
Katanya, pada jam 11.55 malam, mayat Muhammad Izzat Shah yang beralamat di Kampung Kuala Sayong Hilir ditemui terbaring di atas jalan raya manakala motosikalnya dengan nombor pendaftaran AHK 2239 berada dalam jarak 40 meter dari mayat mangsa.
Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pula, kes melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta yang nombor pendaftarannya tidak pasti.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Muhammad Izzat Shah Ibrahim,18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai dilanggar sebuah kereta.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam satu kenyataan berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Chemor menuju ke Klebang.
Al Fatihah (dengan bacaan untuk arwah). Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Sumber : Sinar Harian, Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tan Sri Michelle Yeoh berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk peranannya dalam filem Everything Everywhere All at Once pada majlis anugerah paling berprestij Hollywood yang diadakan di Teater Dolby di Los Angeles.
Beliau juga menjadi wanita Asia pertama yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Oscar.
Menampilkan lakonan cemerlang, Michelle berjaya mengalahkan empat calon lain untuk kategori itu yang terdiri daripada Cate Blanchett (Tár), Andrea Riseborough (To Leslie), Ana de Armas (Blonde) dan Michelle Williams (The Fabelmans).
Terdahulu, dua lagi pelakon yang berlakon bersama Michelle dalam filem tersebut, Jamie Lee Curtis dan Ke Huy Quan masing-masing menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Wanita dan Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki.
Dengan kemenangan tersebut, ia menjadi satu momen yang hebat untuk wanita berusia 61 tahun ini dengan kemenangan berterusan pada majlis anugerah yang paling diidamkan. Beliau sebelum ini memenangi Persembahan Terbaik oleh Pelakon dalam Filem, Muzikal atau Komedi di Anugerah Golden Globes baru-baru ini.
Bulan lalu, Michelle menjadi pelakon Asia pertama yang memenangi Anugerah Screen Actors Guild 2023 untuk Persembahan Cemerlang oleh Pelakon Wanita dalam Peranan Utama
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada usia kebanyakan anak muda masih tercari-cari hala tuju kerjaya, seorang mahasiswa berusia 24 tahun ini pula sudah mengumpul pengalaman dalam lebih 20 jenis...