Sering kali kita melihat wajah tampan selebriti lelaki Korea yang rata-ratanya mempunyai susuk tubuh yang menawan dengan bentuk badan ideal.
Namun begitu, pernah tak korang terbayang bagaimanakah agaknya sekiranya mereka ini berbadan gempal?
Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai AbiBaharudin telah pun membuat editing dengan menghasilkan gambar selebriti-selebriti lelaki Korea menjadi obes. Lain sungguh jadinya. Hiks!
Jom kita lihat antara selebriti berikut yang telah diedit menjadi ‘obes’.
Setakat hari ini, 800 juta orang di seluruh dunia mempunyai akaun Instagram. Laman sosial ini sudah menjadi platform masa kini yang digunakan sama ada untuk bisnes, peribadi malah grup untuk memuat naik apa saja aktiviti yang dilakukan.
Laman web Statista memaklumkan, sebanyak 25 juta profil perniagaan direkodkan di Instagram pada bulan September dan jumlah itu terus meningkat berbanding hanya 15 juta profil direkodkan pada bulan Julai.
Bisnes begitu berkembang di Instagram dengan 25 juta profil perniagaan direkodkan- sumber Statista
Ternyata media sosial ini menjadi salah satu platform terkini untuk melariskan perniagaan sekalipun Instagram baru saja melancarkannya pada Julai 2016. Dalam tempoh setahun lebih ini, sudah wujud 25 juta profil perniagaan sekali gus memberi gambaran Instagram adalah cara terbaru untuk berhubung dengan pengguna. Dan ia benar-benar berjaya.
Sehingga Mac 2017, sebanyak 80 peratus pengguna Instagram mempunyai perniagaan masing-masing dan pada November lalu, seramai 200 juta Instagrammers melawat profil perniagaan setiap hari.
Sehingga September 2017, Instagram mempunyai dua juta pengiklan aktif setiap bulan – peningkatan sepuluh kali ganda sejak Mac 2016. Instagram terus menjadi batu loncatan penting untuk mengembangkan lagi perniagaan malah terus meningkat di kalangan profesional dan menjadi daya tarikan kepada pihak pengiklan.
Ternyata, apa saja peluang untuk menjadi duit, harus direbut dengan mudah. Inilah yang dilakukan oleh beberapa selebriti terkenal dan jaguh dunia untuk membuat duit dengan cara mudah dalam platform atas talian ini.
CR mempunyai 113 juta follower dan pengiklan harus membayar lebih RM500,000 untuk menepek di Instanya
Jika sebahagian kita mengenali Cristiano Ronaldo kerana kekacakan dan kehebatan beraksi dipadang, setakat hari ini, bintang bola sepak ini mempunyai jumlah follower paling ramai itu 113 juta orang di Instagram.
Bukan saja popular tetapi bagi pengiklan yang ingin mengiklankan barangan mereka, perlu membayar RM500,000 hanya untuk sekali iklan. Untungkan, jadi orang kacak dan ternama ini!
Neymar menjadi bintang sukan kedua paling popular di Instagram dengan lebih 83 juta pengikut.
Di tempat kedua ialah Neymar dengan pengikut seramai 83 juta orang. Lionel Messi, David Becham dan ditangga ke enam adalah lagenda bola keranjang LeBron James yang mempunyai 33.5 juta orang.
Korang boleh semak lagi senarai bintang sukan yang mempunyai pengikut paling ramai.
Senarai 10 bintang sukan paling ramai pengikut di Instagram- sumber Statista
Tapi jangan ingat follower saja ramai, tetapi sebenarnya ia boleh mendatangkan duit dengan mudah.
Ini dapat dilihat pada analisis yang dikeluarkan oleh Influencer DB iaitu Jamie Oliver yang mempunyai 6 juta pengikut mampu memperoleh pendapatan lumayan di mana mana-mana pengiklan yang mahu meletakkan iklan di Instagram chef paling popular ini harus membayar USD27,406 bersamaan RM150,000 sekali iklan.
Senarai chef popular yang mampu menjana duit dengan dunia masakan
Jika mahu dibuat perbandingan dengan Cristiano Ronaldo yang jauh lebih tinggi, tetapi ia sudah mencukupi buat Jamie Oliver yang hanya seorang chef dikenali dalam dunia masakan.
Sekali iklan lebih RM150,000. Banyak beb..jadi chef jer
Di tempat kedua chef yang mempunyai ramai pengikut ialah Gordan Ramsay iaitu seramai 3.55 juta diikuti Martha Steward yang mempunyai pengikut 1.61 juta pengikut.
Neelofa paling ramai pengikut dengan 5.3 juta orang
Bukan saja cantik tapi memang meletop Neelofakan..
Jangan pandang sebelah mata pada artis Malaysia. Artis cantik Neelofa yang baru dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif di Air Asia selain dikatakan meletup dengan drama Suri Hati Mr Pilot ini mempunyai 5.3 juta pengikut di Instagram sekali gus memotong Nora Danish yang pernah mengungguli tempat pertama sautu ketika dahulu. Terkini Nora hanya mempunyai 5 juta pengikut di laman Instagramnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Manusia hanya mampu merancang dan Allah menentukan. Jika sebelum ini, di instagramnya, Saphira Indah, pelakon filem Eiffel I’m In Love dan Eiffel I’m In Love 2 sering menulis kata-kata indah agar dirinya dan bayi dalam kandungan sentiasa selamat tetapi Allah menyayangi dirinya apabila dia dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.
Memetik berita Astro Awani, allahyarham Saphira Indah meninggal dunia dalam keadaan dirinya hamil enam bulan pada Rabu di Jakarta, Indonesia.
Saphira, 32, dilaporkan media tempatan mengalami sesak nafas selama lima hari sebelum dibawa ke hospital.
Suami pelakon itu, Rico Hidros Daeng berkata, keadaan isterinya itu bertambah kritikal pada hari kelima sebelum menghembuskan nafas terakhir.“Sebenarnya dia hanya sesak nafas biasa. Tetapi pada hari kelima, keadannya bertambah teruk. Dia mengalami masalah pernafasan,” katanya ketika ditemui di Tanjung Priok, Jakarta Utara pada Khamis.
Barisan pelakon Eiffle I’m In loveAllahyarham Saphira dan suami merai hari bahagia menunggu kehadiran anak kedua namun Allah lebih sayangkannya
Saphira yang membawa watak Uni dalam filem yang menjalani penggambaran di kota Paris itu juga dikatakan amat mengambil berat kesihatan dirinya yang sedang hamil anak kedua.
Menurut Rico, Saphira juga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ganjil atau sebagainya.
“Tiada keluhan sakit yang teruk kerana setiap bulan, dia tidak pernah mengabaikan pemeriksaan kesihatan, malah makan minumnya turut dijaga rapi.
“Ajal datang dalam pelbagai cara. Kadang-kadang orang yang sedang duduk pun boleh meninggal dunia. Jadi kita tidak mampu untuk jangka bila kita akan mati,” katanya.
Jenazah Saphira dikebumikan di Tanah Perkuburan Budi Darma, Tanjuk Priok, Jakarta Utara pada pukul 10 pagi (waktu Indonesia Barat) Khamis.
Selain siri filem Eiffel I’m In Love, aktres itu juga berpeluang membintangi beberapa buah filem lain antaranya Virgin 3: Satu Malam Mengubah Segalanya (2011), Poconggg Juga Pocong (2011), Rumah Kosong (2014) dan Villa 603 (2015).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengharumkan Malaysia apabila pencapaian seni beliau diiktiraf hingga dijadikan bahan pembelajaran di sekolah Filipina.
Baru-baru ini, seorang pelajar dari negara tersebut berkongsi penemuan menarik apabila menemui bab khas mengenai penyanyi nombor satu negara ini dalam sebuah buku teks. Biografi itu diberi tajuk “Siti Nurhaliza: Golden Voice and Heart of Asia”, menggambarkan betapa besar pengaruh beliau dalam dunia muzik serantau.
Dalam buku itu, perjalanan seni Siti dikisahkan sejak mula menapak di pentas Malaysia, kejayaan menjuarai pertandingan Voice of Asia di Kazakhstan pada tahun 1996, sehinggalah beliau diangkat sebagai ikon muzik yang dihormati di seluruh Asia.
Pendedahan ini sekali gus mencetuskan rasa bangga rakyat Malaysia apabila nama dan kejayaan Siti Nurhaliza bukan sahaja diiktiraf di peringkat antarabangsa, malah dijadikan contoh teladan buat pelajar di luar negara.
Di media sosial, ramai netizen menyifatkan perkara ini sebagai bukti bahawa Siti Nurhaliza bukan sekadar penyanyi legenda tempatan, sebaliknya ikon budaya Asia Tenggara. Malah, ada yang menyebut beliau sebagai ‘warisan negara’ yang sewajarnya dihargai sepanjang zaman.
Dengan pencapaian cemerlang yang diraih lebih dua dekad, Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa bakat, kerja keras dan dedikasi mampu menjulang nama Malaysia di mata dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.