Masalah gangguan jalur lebar bukan hal baru di Malaysia. Line selalu hang sampai rasa nak hempas phone, hiks!
Minggu ini pun berlaku gangguan ke atas perkhidmatan Maxis yang membuatkan ramai penggunanya marah. Sebelum ini pun, bukan hanya Maxis pernah buat hal tapi talian seperti Digi dan Celcom pun pernah mengalaminya.
Kalau kita sebelum ini tertanya-tanya takkanlah syarikat jalur lebar tiada inisiatif membaiki taraf perkhidmatan mereka.
Nampaknya dalam Belanjawan 2020 yang diumumkan hari ini mempunyai berita baik untuk perkhidmatan jalur lebar.
Dalam laporan Bernama sebentar tadi, kerajaan akan membangunkan infrastruktur yang diperlukan bagi membentuk Digital Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) sepanjang tempoh lima tahun.
Ia akan menyediakan liputan berkelajuan tinggi komprehensif dan jaringan digital yang berkualiti di seluruh negara termasuklah di kawasan luar bandar.
Ads
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 petang tadi.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini berkata pelan ini akan melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM21.6 bilion, melalui kerjasama sektor awam dan swasta.
“Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan membiayai lebih separuh daripada pelaburan yang diperlukan, dengan pelaburan oleh sektor swasta dalam bidang telekomunikasi melalui geran padanan.
“Sebagai sebahagian daripada NFCP, kerajaan akan meningkatkan kesalinghubungan di kawasan pedalaman Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak, bagi memastikan tiada pihak yang terpinggir dalam agenda digital negara.
Ads
”SKMM akan memperuntukkan RM250 juta untuk menyediakan akses jalur lebar melalui teknologi satelit,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM210 juta untuk mempercepatkan infrastruktur digital di bangunan awam terutamanya di sekolah dan kawasan berimpak tinggi seperti taman perindustrian di mana keutamaan akan diberikan kepada lokasi di negeri yang dapat memudahkan dan mempercepat pelaksanaan NFCP.
Tambah beliau lagi, kesungguhan melaksanakan NFCP adalah penting dalam memperkenalkan teknologi dan perkhidmatan 5G kepada rakyat, justeru bagi menggalakkan pembangunan teknologi oleh syarikat Malaysia dalam menghadapi gelombang perubahan 5G di seluruh dunia, yang 100 kali lebih pantas berbanding 4G, kerajaan akan memperkenalkan Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta.
Seluruh dunia sudah mulai berubah ke 5G dan Malaysia juga bakal menyusul..
Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM25 juta untuk menyediakan dana geran padanan secara bidaan, untuk menggalakkan lebih banyak projek perintis aplikasi digital bagi dron penghantar, kenderaan pandu sendiri, teknologi ‘blockchain’ serta produk dan perkhidmatan lain yang memanfaatkan pelaburan dalam infrastruktur gentian optik dan 5G.
“Kandungan digital boleh menjana nilai ekonomi, misalnya pendapatan industri permainan video dunia melebihi USD150 bilion pada masa ini adalah lebih tinggi berbanding gabungan hasil industri muzik dan filem, oleh itu, kerajaan akan memperuntukkan RM20 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk memupuk jaguh tempatan dalam menghasilkan kandungan digital, khususnya dalam bidang yang sedang berkembang pesat seperti e-Permainan, animasi dan seni digital,” katanya.
Lim berkata, bagi memastikan kemakmuran bersama dengan syarikat digital yang berjaya, kerajaan akan memperkenalkan konsep Tanggungjawab Sosial Digital (DSR) yang merupakan komitmen sektor perniagaan untuk meningkatkan keupayaan tenaga kerja masa depan dengan kemahiran digital, untuk masyarakat yang memerlukan.
“Untuk tujuan ini, sumbangan sektor swasta dalam aktiviti DSR akan diberikan potongan cukai,” kata beliau.
Dengan pengumuman ini, harapnya jaringan internet selepas ini akan lebih lancar lah ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih 300 juta pengguna Twitter seluruh dunia dinasihatkan hari ini untuk menukar kata laluan akaun masing-masing.
Ini berikutan isu virus yang menular di media sosial itu dan ia diyakini boleh menggodam maklumat peribadi pengguna Twitter.
Virus dah mula ‘berterbangan’..?
Pihak Twitter masih belum menerima bukti dan punca kepada virus tersebut. Malah mereka belum mendedahkan jumlah kes sebenar akaun digodam yang telah berlaku baru-baru ini.
Namun, syarikat itu menerusi Ketua Pegawai Teknologi Twitternya, Parag Agrawal menyaran agar semua penggunanya menukar kata laluan untuk mengelakkan risiko.
Katanya lagi, pihak Twitter kesal dengan apa yang telah berlaku dan sedang melakukan siasatan segera.
Amaran Twitter kepada kita semua.
* * * * *
Isu ini berlaku hanya selepas isu puluhan juta akaun dan maklumat peribadi pengguna Facebook digodam dan disalah gunakan.
Ia bertukar serius sehingga memerlukan pengasasnya, Mark Zuckerberg menjawab dan memberikan susulan tindakan secara terbuka dengan Senator Ted Cruz di perhimpunan kongres Amerika Syarikat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah hangat sebelum ini apabila mirip muka Tracie Sinidol, juara Dewi Remaja 2022 dikatakan saling tak tumpah dengan pelakon kebanggaan tanah air, Mira Filzah.
Bahkan apabila gambarnya berdiri di sebelah pelakon kelahiran Perak itu tular di media sosial, ramai peminat yang menggesa agar kedua insan berbakat itu berlakon dalam satu drama yang sama sebagai adik beradik.
Akhirnya keinginan warganet tercapai jua apabila dua selebriti ini digandingkan dalam drama Imam Instant Ustazah Scammer. Peranan kameo yang dilakonkan juara Dewi Remaja itu meraih pelbagai reaksi dari netizen, dengan ramai yang bersetuju iras mukanya hampir 100 peratus sama dengan pelakon utama drama itu.
Video klip yang telah meraih hampir 2 juta tontonan di laman TikTok itu turut mengandungi 720 komen dari para pengguna.
“Tracie sebijik weh miraa. Kalau Qasrina takdela sebijik tapi ini memang betul-betul sama,” komen seorang pengguna.
“Dah dua kembar mira filzah dalam drama ini,” seloroh pengguna lain.
“Astaga, mengucap aku sebab ingatkan Mira Filzah bukak tudung. Nasib baik tengok sampai habis,” komen warganet.
Bahkan pelakon berusia 30 tahun itu turut berkongsi beberapa gambarnya bersama Tracie di laman Instagramnya untuk mempromosikan episod terakhir drama Imam Instant Ustazah Scammer.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan juga Ahli Parlimen Muar hari ini meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan rakyat Malaysia.
Semalam, bekas Menteri Belia dan Sukan ini memohon pertolongan daripada orang ramai untuk membantunya membayar baki ikat jamin seperti yang diperintahkan oleh mahkamah pada pagi Khamis 22 Julai 2021.
Terbaru, Syed Saddiq melalui laman sosialnya meluahkan rasa terharu dan menerima sumbangan daripada rakyat Malaysia sebanyak lebih dari RM700K dalam masa 24 jam untuk membayar baki ikat jaminnya.
Sebanyak 9,836 penyumbang telah membantunya dan beliau juga telah menutup tabung sumbangan kerana dana yang diperoleh melebihi daripada apa yang sepatutnya.
Terdahulu, ahli politik muda itu telah dibicarakan atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM1 juta daripada dana milik Parti Pribumi Bersatu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi pada Khamis pagi.
Ya, tak semua pihak yang akan bersetuju dengan beberapa kepercayaan dasar Syed Saddiq. Tetapi itu kerana mereka melihat golongan remaja dan belia ini perlu mengikut telunjuk yang diberi, bukannya berfikir serta berdiri di atas usaha sendiri.
Moga kes Syed Saddiq ini selesai dengan baik hendaknya. Rakyat Malaysia bab bagi sumbangan memang bagus kan…ni penulis sangat setuju..