Setiap kali filem seram ditayangkan di pawagam pasti dapat sambutan luar biasa daripada masyarakat Malaysia. Walaupun rasa takut nak tengok, tapi kalau ada filem hantu je mesti penuh panggung.
Mungkin sebab sikap ingin tahu dan suka perasaan cemas tu yang buatkan ramai orang serbu panggung wayang.
Namun, masih ada yang tak tahu bahawa terdapat beberapa cerita yang difilemkan itu sebenarnya adalah kisah benar.
Berikut merupakan antara 9 filem seram terkenal yang diadaptasi daripada kisah sebenar.
1. The Exorcism of Emily Rose (2005)

Filem ini mengisahkan seorang budak yang bernama Anneliese telah dirasuk dan dikatakan salah satu rakaman audio di dalam babak filem tersebut merupakan rakaman asal yang telah direkodkan semasa upacara menghalau syaitan dilakukan. Kisah ini terjadi pada 49 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1968.
2. The Exorcist (1973)

Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Roland Doe yang dirasuk pada tahun 1949. Hal ini menjadikan penduduk di sekeliling hidup dalam ketakutan sehingga ada yang telah membukukan peristiwa yang mengerikan itu.
3. The Texas Chainsaw Massacre (1974)

Filem ini berkisarkan tentang sekumpulan rakan-rakan yang menjadi mangsa kepada sebuah keluarga kanibal ketika dalam perjalanan untuk melawat sebuah rumah ladang lama. Watak Leatherface dan butiran plot di dalam filem ini telah diilhamkan oleh jenayah hidup sebenar pembunuh bersiri Ed Gein.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa buah negara yang telah mengharamkan tayangan filem ini kerana aduan tentang keganasan filem tersebut. Namun begitu, berjaya meraih kutipan lebih daripada $30 juta dan menjadi antara salah satu filem seram terbaik dalam sejarah pawagam.
4. A Nightmare On Elm Street (2010)

Ramai yang menyangka bahawa filem ini adalah hanya rekaan semata-mata. Sebenarnya, filem ini adalah berdasarkan sekumpulan pelarian dari Vietnam yang mati dibunuh dalam mimpi. Menurut pihak medik pada ketika itu, tiada sebarang kesan pergelutan atau pendarahan dalaman pada tubuh mayat-mayat tersebut.
5. The Amityville Horror (2015)

Filem ini mengisahkan tentang kejadian yang berlaku dalam sebuah rumah yang didiami oleh keluarga Lutz di Amityville pada tahun 1975.
6. The Possession (2012)

Kisah benar ini mengisahkan tentang seorang remaja wanita yang membeli sebuah kotak antik yang dijual di laman Ebay. Tanpa disedari rupa-rupanya kotak tersebut adalah kotak puaka yang sesiapa sahaja memilikinya akan berhadapan dengan kejadian paranormal.
7. Anabelle (2014)

Anda mungkin berminat dengan
Filem ini mengisahkan tentang sebuah anak patung yang berpuaka. Menurut legenda, seorang anak kecil telah dibunuh dengan kejam dan rohnya berpindah ke dalam anak patung miliknya. Sesiapa sahaja yang memiliki anak patung tersebut akan berakhir dengan kematian yang tragis. Dilaporkan juga, anak patung tersebut kini disimpan di muzium pameran Warren Occult di Amerika Syarikat.
8. The Conjuring (2013)

Diambil daripada kisah pengalaman sepasang suami isteri yang bekerja sebagai penyiasat paranormal. Kes yang paling tragik penah dikendalikan oleh mereka adalah kes anak patung Annabelle, di mana terdapat sebuah keluarga yang memiliki anak patung tersebut dan sering diganggu makhluk halus.
9. The Conjuring 2 (2016)

Sama seperti filem pertamanya, The Conjuring juga mengisahkan tentang pengalaman suami isteri tersebut yang mengendalikan kes Enfield yang berlaku di England pada tahun 1978.
Tak dinafikan bila menonton filem seram orang putih ni memang boleh meremang bulu roma. Tapi, kalau filem seram dekat Malaysia ni pulak apa komen korang?
∞
Ternyata ajal belum menjemput.
Dalam satu kejadian yang tular di media massa petang ini, tular rakaman sebuah kereta remuk di Jalan Sungai Besi apabila dihempap kepingan konkrit pada jam 5.48 petang berhampiran TBS.
Walau bagaimana pun, di sebalik kepingan konkrit itu, dimaklumkan wanita yang berada di dalam kenderaan itu terselamat .
Memetik laporan Harian Metro, tular satu rakaman video menunjukkan mangsa dibantu keluar daripada kenderaannya oleh orang ramai selepas dihempap konkrit berkenaan.
Video berdurasi 27 saat itu turut menunjukkan konkrit sebesar satu meter persegi yang menghempap bumbung kereta mangsa.



Insiden berkenaan disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.
"Kepingan konkrit pembinaan lebuh raya anggaran satu meter persegi jatuh atas kereta Proton Saga FLX milik mangsa.
"Mangsa cedera di tangan dan (sudah) dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk di lokasi dan satu lorong terpaksa ditutup bagi kerja mengalihkan kenderaan.
Katanya, kerja pengalihan dan pembukaan semula lorong mengambil masa selama dua jam.
∞
Jika sebelum ini Didi & Friends menarik perhatian bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa menerusi lagu Mengantuknya Mumia, kini siri kartun kelahiran Malaysia ini turut menukar lirik sempena Ramadan.

Masih mengekal rentak Mengantuknya Mumia, pihak pengurusan mereka hanya menukar lirik bersesuaian dengan bulan Ramadan ini.
Baru sahaja dilancarkan tiga hari lalu di YouTube, Laparnya Mumia sudah menerima lebih daripada 1 juta tontonan.
Wah, memang hebat!
Lagu ini menerima respon positif netizen di laman rasmi Facebook Didi & Friends Malaysia, malah komen-komen mereka juga dibalas sporting oleh Didi. Hiks!



Tak sabarnya nak dengan lagu raya Mumia pula lepas ni. Hehe!
∞
Seruan untuk tindakan undang-undang diambil terhadap peminat Arsenal yang didakwa telah melakukan isyarat perkauman terhadap pemain bola sepak terkenal, Son Heung Min telah melibatkan pihak Polis Metropolitan London untuk turut campur tangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Khas Buat Yang Selalu Lewat Check In, Gelongsor Di Airport Ini Betul-Betul Praktikal!

Insiden malang yang mencemari perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Arsenal baru-baru ini menjadi peringatan yang jelas bahawa industri bola sepak masih belum terlepas dari cengkaman isu perkauman.
Perlawanan mendebarkan itu telah menjadi saksi kepada insiden perkauman yang terjadi kepada pemain utama dan kapten Tottenham, Son Heung Min.

Son ketika itu dilaporkan sedang memainkan peranan penting dalam perlawanan sengit di Stadium Emirates.
Dengan kedua-dua pasukan berhempas-pulas untuk meraih kemenangan, Son berjaya menjaringkan dua gol untuk pasukannya.
Kedua-dua golnya telah memberikan sinar harapan kepada penyokong Spurs, yang mengidamkan kemenangan di laman Arsenal.
Bagaimanapun, sebuah insiden malang telah mencemari kemeriahan sambutan gol pertama Son.

Ketika dia sedang bergembira pada saat itu, seorang peminat daripada orang ramai telah dirakam kamera membuat isyarat perkauman terhadap kapten Tottenham itu.
Perbuatan keji sebegini tidak mempunyai tempat dalam dunia bola sepak, sukan yang dibina di atas rasa hormat antara satu sama lain dan semangat kerja berpasukan kolektif.
Imej membimbangkan tersebut turut tular dengan cepat, dengan peminat dari kedua-dua kelab, menyatakan kemarahan mereka dan mengutuk perbuatan itu.
Seruan untuk tindakan tegas turut kedengaran, bukan sahaja untuk kelab mengambil pendirian tetapi juga untuk menyeru pihak Polis Metropolitan London untuk campur tangan.
BACA LAGI: “Bersyukur Sangat..” 6 Tahun Cedok Pengalaman Sebagai Model Hijabi, Qasrina Karim Capai Tuah Pada 2023 – REMAJA
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Koreaboo, Soompi
∞