Seruan untuk tindakan undang-undang diambil terhadap peminat Arsenal yang didakwa telah melakukan isyarat perkauman terhadap pemain bola sepak terkenal, Son Heung Min telah melibatkan pihak Polis Metropolitan London untuk turut campur tangan.
Insiden malang yang mencemari perlawanan antara Tottenham Hotspur dan Arsenal baru-baru ini menjadi peringatan yang jelas bahawa industri bola sepak masih belum terlepas dari cengkaman isu perkauman.
Perlawanan mendebarkan itu telah menjadi saksi kepada insiden perkauman yang terjadi kepada pemain utama dan kapten Tottenham, Son Heung Min.
Son ketika itu dilaporkan sedang memainkan peranan penting dalam perlawanan sengit di Stadium Emirates.
Ads
Dengan kedua-dua pasukan berhempas-pulas untuk meraih kemenangan, Son berjaya menjaringkan dua gol untuk pasukannya.
Kedua-dua golnya telah memberikan sinar harapan kepada penyokong Spurs, yang mengidamkan kemenangan di laman Arsenal.
Bagaimanapun, sebuah insiden malang telah mencemari kemeriahan sambutan gol pertama Son.
Ads
Ketika dia sedang bergembira pada saat itu, seorang peminat daripada orang ramai telah dirakam kamera membuat isyarat perkauman terhadap kapten Tottenham itu.
Perbuatan keji sebegini tidak mempunyai tempat dalam dunia bola sepak, sukan yang dibina di atas rasa hormat antara satu sama lain dan semangat kerja berpasukan kolektif.
Imej membimbangkan tersebut turut tular dengan cepat, dengan peminat dari kedua-dua kelab, menyatakan kemarahan mereka dan mengutuk perbuatan itu.
Ads
Seruan untuk tindakan tegas turut kedengaran, bukan sahaja untuk kelab mengambil pendirian tetapi juga untuk menyeru pihak Polis Metropolitan London untuk campur tangan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Koreaboo, Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambutan Hari Kebangsaan ke-62 kelmarin nyata mempunyai tema yang istimewa. Berbeza dengan tema pada tahun-tahun sebelum ini, tema ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ telah dipilih.
Ia membawa maksud bersih daripada peribadi dan pemikiran negatif serta kotor.
Malah, ia membawa maksud kita sebagai rakyat haruslah ‘bersih’ daripada rasuah dan nilai-nilai yang boleh menggugat perpaduan masyarakat.
Namun, korang sure ke kita ni sememangnya ‘bersih’ secara literal?
Nampaknya, tidak.
Instagram: @aimanariffinnn
Seorang remaja berusia 18 tahun telah menyatakan kekecewaannya 2 hari lalu selepas berada di lokasi sambutan ambang merdeka.
Menerusi posting di Instagram-nya, Aiman Ariffin memuat naik foto betapa kotornya kawasan sekitar selepas orang ramai bergembira dengan sambutan tersebut.
Aiman mengambil inisiatif untuk stay back selama 2 jam untuk mengutip sampah yang ditinggalkan oleh ribuan orang ramai yang jelas tidak kisah dengan budaya membuang sampah merata-rata.
Instagram: @aimanariffinnn
Tulisnya dalam entri tersebut, “Malam ambang Merdeka seharusnya disambut dengan kegembiraan dan tawa, tetapi ia membuatkan saya jijik dengan betapa kita suka mengabaikan perkara yang bukan menjadi keutamaan kita.
“Ramai anak muda terasuh mindanya bahawa pembuangan sampah secara merata bukanlah satu masalah yang besar.
“Jujurnya, kejayaan sebuah negara tak boleh diukur dengan ketinggian pencakar langitnya, tetapi diukur dengan rakyatnya sendiri. Malaysia Bersih?”
Catit Aiman lagi, dia terkejut dengan sejumlah besar sampah yang bersepah hanya beberapa saat selepas detik kiraan Hari Kebangsaan dan jeritan “Merdeka!”. Malah dia turut memuat naik foto jumlah sampah yang telah dikutipnya selepas tempoh 5 minit je. Perghh, boleh muat 3 plastik sampah besar.
Itulah nilai saman fitnah yang difailkan oleh bekas Menteri Kebudayaa, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir terhadap ahli perniagaan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman membabitkan dakwaan hutang pelaburang bernilai puluhan juta Ringgit.
Memetik laporan Bernama, Abdul Kadir, 84 telahpun menfailkan saman tersebut pada 6 September 2023 berikutan dakwaan kononnya Aliff Syukri telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya di Instagram dan Facebook pada 2 Julai 2023.
Datuk Seri Aliff Shukri Kamaruzaman.
Kenyataan Aliff itu membawa maksud antaranya; Abdul Kadir berhutang dengannya berjuta-juta Ringgit selain gambar Abdul Kadir diletakkan pada kenyataan tersebut lantas mengundang komen negatif daripada pembaca dan pengikut Aliff sendiri yang ramai di platform media sosial.
Justeru, Abdul Kadir menuntut pihak Aliff membayar RM70 juta untuk libel (fitnah bertulis) dan ganti rugi yang dinilai oleh mahkamah. Selain itu, Abdul Kadir juga menuntut Aliff memberikan aku janji bertulis untuk tidak lagi menyiarkan sebarang fitnah terhadap beliau dan menuntut permohonan maaf tanpa syarat yang harus disiarkan di akaun media sosial Aliff dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah ini.
Dalam pada itu, peguam Mohd Tajudin Abd Razak yang mewakili Aliff berkata, pihak defendan akan mengemukakan dua saksi iaitu anak guamnya sendiri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid untuk memberi keterangan di mahkamah pada tiga hari perbicaraan kes saman yang ditetapkan Mahkamah Tinggi; iaitu bermula 6 Januari 2026.
Dugaan Syawal betul ya untuk Datuk Seri Aliff Syukri seisi keluarga!
Bersabarlah Datuk Seri..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat tiga di pusat membeli-belah Suria KLCC kira-kira pada jam 1.52 petang, hari ini.
Insiden tersebut telah disahkan oleh Ketua Polis daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Muhammad Zainal Abdullah setelah pihak menerima laporan berkenaan kejadian tersbut pada waktu tersebut.
Biarpun punca di sebalik tindakan lelaki terbabit masih cuba untuk dikenal pasti dalam siasatan pihak polis, jelas tindakan terbabit timbul hasil gangguan emosi mangsa.
Ini setelah hasil siasatan awal menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa bertindak terjun tanpa paksaan. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber Foto : Twitter
Laporan oleh Sinar Harian pula berkata mangsa berusia 25 tahun itu dan mempunyai kad rawatan psikiatri dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTA) Klang berdasarkan dokumen yang ditemui di dalam beg galas milik mangsa.
Terdahulu, beberapa keping foto yang menunjukkan lelaki tersebut terbaring di atas lantai setelah bertindak terjun tular di media sosial Twitter.
REMAJA merasakan kejadian anak muda yang tidak teragak-agak mengambil nyawa mereka sendiri ini adalah refleksi kepada kelemahan sistem pendidikan negara yang masih belum sampai ke tahap kesedaran kesihatan mental seseorang.
Isu seperti tekanan jiwa, depresi dan kekecewaan emosi seringkali dianggap sebagai perkara remeh dan ‘boleh diubati’ dengan berpaling kepada agama. Ya itu benar.
Namun rawatan terhadap keadaan emosi seseorang juga seharusnya ditangani dengan cara psikologi yang berkesan dan ilmu yang diberikan kepada anak muda mengenai kondisi mental seseorang sebaya dengan mereka dan cara-cara menangani sebarang jenis tekanan perasaan.
Sekurang-kurang, setiap daripada kita wajib mengetahui akan talian bantuan yang boleh dicapai dalam situasi tekanan perasaan. Contoh terdekat adalah pihak Befrienders yang boleh dihubungi seperti di bawah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!