Hujan lebat untuk tempoh beberapa hari ini berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan ribut, risiko banjir boleh menjadi lebih buruk.
Terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dan Waspada.
Menurut Astro Awani, antara negeri yang mengalami cuaca buruk hari ini ialah Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sabah.
Johor : Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Pahang : Kuantan, Pekan dan Rompin. Amaran cuaca waspada itu turut dikeluarkan di Pahang (Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera)
Bagi amaran cuaca waspada dengan hujan lebat pula dijangka berlaku melibatkan keseluruhan negeri Kelantan dan Terengganu.
Sabah : Tuaran, Ranau, Kota Belud, Telupid, Beluran, Sandakan dan Kudat.
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia.
Terbaru, jaguh boling remaja negara, Ethan Damien Goh melakar sejarah apabila muncul sebagai juara bagi Kejohanan Boling Antarabangsa Terbuka Malaysia ke-43 di Petaling Jaya pada Ahad.
Kejayaan tersebut diraih selepas atlet berusia 15 tahun itu mengejutkan rakan senegara yang juga juara bertahan, Hafiz Zainuddin 220-180 dalam aksi final di Sunway Mega Lanes.
Dalam pada itu, ini merupakan gelaran pertamanya bersama skuad senior dan kejayaan tersebut amat sukar dipercayai kerana bersaing dengan ramai pemain berpengalaman.
Kredit foto: Kosmo
“Saya sangat teruja dapat bermain dalam perlawanan akhir. Kejayaan ini tidak dijangka, namun saya sangat bangga dengan cara saya beraksi hari ini (Ahad),” katanya.
Sehubungan itu, kejayaan tersebut membolehkan Ethan memperoleh wang besar RM50,000, manakala Hafiz meraih RM25,000 dan Luke Doyle dari Australia membawa pulang RM13,000 setelah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Terbuka Malaysia menarik penyertaan pemain boling bertaraf dunia termasuk Rafiq Ismail, Ahmad Muaz Fishol serta juara Jelajah PBA,Tun Hakim Tun Hasnul Azam.
Walau bagaimanapun, Ethan langsung tidak gentar dengan nama-nama besar dan kejayaan tersebut akan dikenang sebagai salah satu kejutan terbesar dalam sejarah kejohanan.
Kredit foto: FB ABF OnlineKredit foto: FB ABF Online
Dalam pusingan pertama final stepladder, Hafiz menewaskan Doyle 219-182 untuk mendapatkan peluang merebut gelaran. Namun Ethan lebih awal memperagakan impiannya untuk mendahului pusingan Masters dengan jumlah lapan permainan yang hebat menerusi 1,998 jatuhan pin mengatasi Doyle (1,876) dan Hafiz (1,755).
“Saya tidak pernah melalui perlawanan stepladder seperti ini. Ia pengalaman berharga. Saya tidak dapat melakukannya tanpa keluarga, jurulatih dan semua yang telah menyokong saya.
“Sejujurnya, saya terlalu teruja dan tidak tahu apa lagi yang boleh saya katakan,” katanya.
Sekadar info, pemain kidal yang kini menuntut di Maple Leaf Kingsley International School di Putra Heights itu mewakili Sarawak dalam kejohanan tempatan. Selepas meraih kejayaan besar, Ethan memasang impian untuk menyertai pasukan kebangsaan bagi Piala Dunia Remaja di Sweden pada 15 hingga 22 Jun depan.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, atlet Sabah Bartholomew Marius berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 memasang impian untuk membantu ibunya membina semula rumah warisan yang ditinggalkan bapa di negeri kelahirannya itu.
Beliau berkata, mimpinya itu bakal terlaksana sekiranya menerima insentif daripada kerajaan negeri Bumi di Bawah Bayu itu bersempena kejayaannya meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F33 (kecacatan fizikal) selepas meraih emas pada acara sama pada edisi 2022 lalu.
“Ayah sudah tiada, tapi tinggalkan rumah warisan untuk keluarga, rumah lama, jadi saya mahu tolong mak buat semula rumah itu, saya anak sulung daripada tiga orang adik beradik, jadi mesti saya mahu beri kesenangan kepada mak dan adik-adik”
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sarawak menyaksikan Bartholomew meraih pingat emas selepas melakukan lontaran sejauh 5.94m di hadapan pencabar dari Sarawak Marshall Lu Canner dengan catatan 5.25m dan pingat gangsa menjadi milik Hilman Zafri Zulkifli dari Selangor (5.08m).
Sementara itu, acara lompat jauh T11 (kecacatan fizikal) menyaksikan atlet Pulau Pinang Sulaiman Nor Azizan meraih pingat emas dengan lompatan sejauh 4.13m mengatasi atlet Kedah Mohd Fitry Abd Ghani dengan lompatan 4.05m, manakala pingat gangsa menjadi milik Jeffery Ajang dari Sarawak (3.26m).
Sulaiman menyifatkan kejayaannya hari ini merupakan tuah buatnya kerana beliau tidak sempat melakukan persiapan rapi dan hanya menjalani latihan sebanyak dua kali sebelum temasya berlangsung kerana kesibukannya bekerja sebagai tukang urut di Selangor.
Sumber artikel dan foto: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila tibanya musim ‘raja buah’, iaitu durian, pastinya para penggemar buah ini tidak melepaskan peluang yang ada untuk mendapatkannya demi kepuasan. Antara jenis durian yang mendapat permintaan ramai ialah seperti Musang King, IOI, D24 serta jenis kampung.
Makan, makan juga… tapi harus berpada-pada. Anda harus tahu, selain bertindak sebagai penawar kepada tubuh badan, buah durian juga akan memudaratkan manusia jika dimakan secara berlebihan.
Menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan (@DoktorSamhan), buah durian boleh berfungsi sebagai penawar kerana mempunyai khasiatnya tersendiri. Ini antara khasiatnya:
Isi buah durian yang tidak mempunyai kolesterol adalah baik untuk kesihatan kerana kolesterol boleh menyebabkan jantung tersumbat. Selain itu, lemak tak tepu juga bagus untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
Tinggi Anti Oksidan
Anti oksidan dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan mampu mengelakkan kerosakan sel penyebab kanser.
Diperkaya Dengan Asid Folik
Asid folik yang dikenali sebagai folat merupakan salah satu komponen vitamin B9 yang diperlukan untuk penghasilan darah dan sel baharu setiap hari merangkumi seluruh bahagian tubuh seperti kulit, rambut serta kuku.
Individu yang mengalami masalah kekurangan darah iaitu Anemia sangat sesuai untuk memakan buah durian untuk menghasilkan lebih banyak darah merah dalam tubuh badan.
Tinggi Kandungan Serat Dan Fiber
Buah durian juga mempunyai kandungan serat dan fiber yang tinggi untuk membantu melancarkan sistem penghadaman bagi mereka yang sering mengalami masalah sembelit.
Mengandungi Asid Amino, Tryptophan
Tryptophan merupakan sejenis asid amino yang menghasilkan hormon serotonin serta melatonin dalam tubuh badan. Dengan adanya Tryptophan, ia dapat membantu mereka yang mengalami masalah sukar untuk tidur (Insomnia), kemurungan dan mengurangkan stres.
Namun begitu, ia akan menjadi ‘racun’ jika diambil berlebihan. Doktor Samhan menjelaskan pakar nutrisi menasihati orang ramai agar mengambil 100 gram atau dua ulas kecil sahaja bagi setiap hidanga.
Ini pula antara kesan yang boleh berlaku jika anda memakan buah durian secara berlebihan:
Tinggi Kalori
Buah durian mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Mereka yang memakan buah durian secara berlebihan boleh mengakibatkan masalah kegemukkan kerana pengambilan kalori yang banyak.
Tinggi Kandungan Gula
Mereka yang menghidap penyakit kencing manis dan masalah buah pinggang tidak digalakkan untuk memakan buah durian secara berlebihan kerana buah ini mengandungi kandungan gula agak tinggi.
Boleh Menyebabkan Masalah Gastrik
Buah durian akan membebaskan gas serta alkohol semasa ia dihadam dan boleh mengakibatkan ketidakselesaan serta keradangan perut.
Badan Boleh Menjadi Panas
Tindak balas kimia dan proses metabolisma semasa proses penghadaman membuatkan badan menjadi panas dan tidak selesa.
Tak salah nak makan durian, tapi biarlah berpada-pada. Ingat ya, kuantiti yang paling digalakkan oleh pakar nutrisi adalah dua ulas sahaja bagi setiap hidangan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.