
Terbaru, sebanyak lapan (8) buah universiti di Malaysia tersenarai dalam 15 universiti terbaik di Asia Tenggara menurut satu kajian yang dijalankan oleh laman sesawang QS Top Universities.
Menurut QS Top Universities, bagi tahun 2024, Universiti Malaya berada pada tangga ketiga universiti terbaik di Asean dan berada di tangga ke-60 dunia di belakang Universiti Nasional Singapura yang berada di tangga pertama, manakala Universiti Teknologi Nanyang juga dari Singapura di tangga kedua.

Jelas laman terbabit, Universiti Malaya turut berada di tangga ke-11 universiti terbaik di Asia.
Dalam pada itu, selepas Universiti Malaya, empat (4) lagi universiti awam negara turut tersenaria di tangga keempat hingga kelapan terbaik di Asean dengan turutan Universiti kebangsaan Malaysia (138 terbaik dunia), Universiti Sains Malaysia (146), Universiti Putra Malaysia (148) dan Universiti Teknologi Malaysia (181).
Selain itu, turut tersenarai dalam top 15 universiti terbaik di Asean adalah tiga buah universiti swasta Malaysia iaitu di tangga ke-11, Taylor’s Universiti (251), tangga ke- 13 UCSI University (265) dan ditangga ke-14 adalah Universiti Teknologi Petronas (269).
Sumber: Kosmo
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu Moral & Keselamatan Pelajar: Remaja Ditahan Dalam Kes Rogol Berkumpulan Di Baling

Isu moral dan keselamatan pelajar kembali menjadi perhatian apabila empat remaja — termasuk tiga pelajar sekolah menengah dan seorang bekas pelajar — ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes rogol berkumpulan dan penyebaran bahan lucah di media sosial.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali, laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 53 tahun selepas guru disiplin sekolah memaklumkan terdapat penularan rakaman video anaknya dalam keadaan bogel.
Butiran Kes Rogol Berkumpulan Di Baling
Menurut sumber Berita Harian, hasil siasatan awal mendapati kejadian rogol berkumpulan itu berlaku beberapa kali antara Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi dalam kawasan sekolah, termasuk di dalam bilik darjah. Rakaman video yang tersebar di media sosial dipercayai dirakam oleh suspek sendiri.

Ketika tangkapan dilakukan pada jam 9.30 malam Ahad lalu, polis menahan empat suspek terbabit dan merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut. Kesemua mereka kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan serta kesalahan menghantar pornografi kanak-kanak.
Polis Seru Ibu Bapa Lebih Peka
Polis menegaskan pihaknya memandang serius kes ini dan menyeru ibu bapa serta penjaga supaya lebih peka terhadap kegiatan dan pergerakan anak-anak, terutama dalam kalangan remaja. Pemantauan terhadap penggunaan telefon bimbit dan media sosial juga perlu diberi perhatian bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.
Punca & Realiti Gelap Dunia Remaja
Kejadian ini sekali lagi membuka mata masyarakat terhadap realiti gelap yang semakin meresap ke dunia pelajar sekolah — pengaruh rakan sebaya, ketagihan media sosial, dan kurangnya didikan tentang sempadan seksualiti menjadi antara punca utama masalah sebegini.
Sekolah sepatutnya menjadi tempat mendidik akhlak dan membentuk masa depan, bukan lokasi berlakunya jenayah. Dalam era dunia digital ini, pendidikan seks dan nilai moral bukan lagi topik tabu — ia perlu diajar dengan bijak supaya remaja tahu membezakan antara kasih sayang, nafsu dan jenayah.
Didikan Moral Sebagai Benteng Keselamatan
Remaja hari ini perlu sedar bahawa setiap tindakan meninggalkan kesan besar dalam hidup sendiri dan orang lain. Jangan biarkan satu kesilapan menghancurkan masa depan yang baru bermula. Pendidikan moral dan kesedaran seksual perlu diterapkan dari awal agar mereka memahami batas dan tanggungjawab diri.
Seruan Majalah Remaja
Majalah Remaja menyeru semua pihak — ibu bapa, guru dan pelajar — untuk kembali memandang serius soal nilai dan tanggungjawab diri. Kerana remaja bukan sekadar pelapis masa depan, tetapi juga cerminan moral bangsa. Tindakan hari ini menentukan siapa kita pada masa hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mahu Sihat Dan Jadi Ibu, Bekas Anggota Crayon Pop – Cho A Kongsi Kisah Berjuang Lawan Kanser Serviks Sehingga Beri Kesan Kepada Tahap Kesuburan

Bekas penyanyi K-Pop yang juga merupakan anggota Crayon Pop, Cho A baru-baru ini berkongsi kisah menyayat hati apabila didiagnosis menghidap kanser serviks pada Mei tahun lalu.
Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya pada 14 Oktober lalu, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Dancing Queen’ itu berkata dia pada awalnya tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia menghidap penyakit itu di usia muda.
“Saya didiagnosis menghidap kanser pada umur 33 tahun, yang mana ia sepatutnya menjadi usia yang paling membahagiakan dalam hidup saya. Pada Mei 2023, selama tahun awal pertama saya menjalankan kehidupan sebagai pengantin baru, saya ambil keputusan untuk pergi buat pemeriksaan prenatal secara kerap tapi waktu itu juga saya dapat khabar yang mengejutkan, saya ada kanser serviks.”

“Pada awalnya saya tak percaya sebab macam tak mungkin saya muda dan sihat ada kanser. Saya siap tanya pada doktor sama ada itu salah diagnosis dan pergi ke 5 hospital terbaik yang lain dengan harapan dapat keputusan yang berbeza,” ujarnya lagi.
Cho A atau nama sebenar Heo Min Jin (34) kemudian turut menceritakan pengalaman di mana dia perlu menjalankan ujian seperti MRI dan PET CT Scan selepas mengetahui sel kansernya masih berada di tahap satu (1) dengan tumor bersaiz 3 sentimeter.
Menurut doktor yang merawat Cho A, kemungkinan untuk dia mendapatkan anak juga akan memberi kesan kerana tahap kesuburannya.

Katanya, “Dunia saya seperti hancur selepas mendengar hal itu. Saya juga sedih sampai menangis tersedu-sedu, dan waktu itu adalah waktu paling sukar dalam hidup saya.”
Meskipun hampir berputus asa, namun suaminya tetap memberikan sokongan dan semangat untuk tidak pernah menyerah dan Cho A juga berusaha sebaik mungkin untuk mengecilkan tumor berkenaan dengan belajar mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.

Dalam pada itu, bekas penyanyi itu juga difahamkan telah menjalankan pembedahan dan kini tahap kesuburannya semakin membaik.
“Saya baru saja lulus untuk rawatan seterusnya dan dalam masa terdekat saya akan jalani pembedahan untuk melindungi kesuburan kandungan saya pula,” jelasnya menerusi perkongsian yang sama.
Tambahnya, kini dia bebas dari kanser tetapi untuk peringkat awal dia perlu melalui prosedur pengikatan rahim terlebih dahulu.
Cho A juga berkata bahawa masih banyak lagi rintangan yang perlu dilalui, berharap suatu hari dia akan seorang ibu dan mempunyai anak pada masa akan datang.
Di akhir perkongsiannya, dia berharap menerusi kisah yang dikongsi olehnya itu mampu memberi harapan dan sinar kepada sesiapa sahaja yang mengalami pengalaman yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Macam Mimpi Jadi Kenyataan” – Neelofa Tak Sangka Dah Hafal 10 Bab Bahasa Arab!

Kalau rasa susah sangat nak belajar Bahasa Arab atau apa-apa je subjek yang ‘killer’, percayalah, korang bukan sorang-sorang. Selebriti popular, ikon wanita berhijab dan bekas Juara Dewi Remaja 2009/10, Neelofa, sendiri pernah melalui fasa itu. Malah, dia pernah terkandas banyak kali bila cuba nak kuasai bahasa Al-Quran ni.
Tapi siapa sangka, berkat usaha dan doa tanpa henti, Neelofa kini dah berjaya menguasai 10 topik penting dalam pembelajaran Bahasa Arab! Memang sesuatu yang tak pernah dia bayangkan sebelum ini.

“Macam Tak Percaya Dah Sampai Sini”
Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa, 36, meluahkan rasa syukur yang tak terhingga dengan pencapaian dirinya dalam menguasai bahasa Al-Quran. Walaupun dia sedar perjalanan masih panjang, kejayaan ini dah cukup buat dia rasa terharu.
“Sekarang dah bab 10 buku satu, panjang lagi perjalanan, cuma macam tak percaya boleh sampai di sini. Moga Allah lapangkan dada, pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman untuk kuasai ilmu bahasa ini. Semua milik Allah,” tulisnya.
Pernah Gagal, Pernah Give Up
Neelofa dengan jujur mengakui, sebelum ini dia dah banyak kali cuba belajar Bahasa Arab. Tapi, disebabkan komitmen kerja, kekangan masa, dan mindset sendiri, dia selalu give up separuh jalan.
“Macam mimpi jadi kenyataan. Dari dulu selalu doa nak kuasai Bahasa Arab untuk faham Al-Quran, nak baca Al-Quran macam baca buku cerita. Nak belajar banyak hadis dan boleh bercakap kalau di Tanah Suci, tapi tak tahu macam mana nak buat. Dah cuba banyak kali ambil kelas namun separuh jalan sebab susah, mindset dan sibuk,” katanya.

Dari Dewi Remaja Ke Pencinta Ilmu
Buat korang yang mungkin kenal Neelofa dari zaman dia menang Dewi Remaja 2009/10, korang mesti tahu dia antara ikon wanita muda yang berjaya dalam pelbagai bidang — dari dunia hiburan, perniagaan, hingga jadi inspirasi penghijrahan.
Tapi hari ini, Neelofa lebih selesa fokus kepada ilmu, keluarga dan mendekatkan diri dengan agama. Bersama suaminya, PU Riz, Neelofa aktif belajar dan berkongsi perjalanan ilmu mereka.
Walaupun susah, Neelofa tak pernah berhenti berdoa, terutama waktu malam-malam mustajab. Dia terus memohon supaya hatinya dilembutkan untuk memahami dan mencintai bahasa yang jadi kunci isi kandungan Al-Quran.

Kini, dengan semangat baru sebagai isteri dan ibu, Neelofa lebih fokus dalam mengejar kecantikan dalaman berbanding glamor dunia hiburan.
Buat korang yang tengah struggle nak belajar apa-apa pun, ingat kata kunci ni — jangan putus asa, ubah mindset, dan doa jangan pernah tinggal. Kalau Neelofa, dari Juara Dewi Remaja ke pentas antarabangsa, kini boleh hafal 10 bab Bahasa Arab, korang pun boleh capai apa je impian korang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

