Selalu kita tertanya-tanya agaknya betul ke jin ni wujud? Lagi-lagi pada zaman moden yang kononnya ramai bersikap acuh tak acuh dengan makhluk ghaib ni.
Menurut Khalifah Mail Online, secanggih mana pun teknologi dan perubahan zaman, makhluk yang bernama jin akan sentiasa ada walaupun tak semua yang berbuat jahat kepada manusia.
Persoalannya, dekat mana sebenarnya jin ni tinggal?
Dalam hadis-hadis Rasulullah SAW secara jelas ada menyebut bahawa di dunia ini ada tempat-tempat yang memang menjadi ‘port’ kegemaran jin. Nak tau dekat mana? Jom semak.
1. Tempat-tempat kotor
Antara tempat kotor yang sering dihuni jin adalah seperti tandas dan tempat pembuangan sampah. Oleh kerana itu, sebelum masuk tandas pun ada bacaan doa yang perlu dibaca bagi melindungi daripada jin-jin ini.
Namun begitu, menurut sebuah hadis ada mengatakan bahawa tandas yang kotor didiami oleh jin kafir, manakala jin Muslim pula berada di tandas yang bersih.
2. Lubang
Rasulullah SAW melarang umatnya kencing di lubang, sama ada lubang seperti sarang binatang atau yang seakan-akan dengannya kerana boleh mengganggu habitat dan menyakiti binatang tersebut.
Ads
Selain itu adalah kerana lubang juga merupakan tempat tinggal jin.
3. Tanah perkuburan
Tempat ini disukai jin kerana persekitarannya sunyi dan jauh daripada umat manusia yang ramai.
4. Kandang unta
Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah dan Imam Ahmad, Rasulullah SAW membolehkan umatnya solat di kandang kambing namun melarang solat di kandang unta.
Ads
“Janganlah kalian solat dalam kandang-kandang unta kerana di sana terdapat syaitan, solatlah di kandang biri-biri kerana dia membawa berkat,” (HR Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah).
5. Pasar
Jin juga suka tinggal di pasar sebagaimana hadis sahih Muslim, terutama pasar yang banyak mempraktikkan penipuan dan sikap tidak jujur.
6. Laut/Air
Jin kafir suka tinggal di laut. Malah, tempat iblis juga berada di lautan seperti yang tertulis pada hadis dalam sahih Muslim.
Jin yang tinggal di rumah manusia mungkin kerana tiga sebab ini iaitu yang pertama, manusia tersebut memang memelihara hubungan dengan jin.
Kedua, tidak sengaja mengundang kehadiran jin kerana kelakuan anggota keluarga mengundang jin, misalnya perbuatan syirik dan maksiat.
Ketiga, jin memang sudah ada di dalam rumah tersebut tanpa di undang. Ada jin yang tinggal untuk mengganggu keamanan rumah tangga penghuni rumah, namun ada juga jin yang hanya ‘menetap’ di situ tanpa mencampuri urusan dunia manusia.
8. Dalam masjid
Kadang-kadang ada juga kita dengar tentang kisah orang yang tidur di masjid berubah kedudukan kerana dipindahkan oleh jin tanpa sedar.
Maka, ini jelas menunjukkan bahawa mungkin jin memang wujud di dalam masjid, lebih-lebih lagi jin Muslim yang ingin menunaikan solat di masjid.
“Wahai Rasulullah SAW izinkanlah kami (para jin) untuk turut melaksanakan solat dengan cara berjemaah bersama di masjid mu.” Kemudian Allah menurunkan firmanNya, “Dan sesungguhnya masjid-masjid itu milik Allah, dan jangan sampai kalian menyembah seorang pun di dalamnya di samping menyembah Allah,” QS. Jin ayat 18 HR Ibnu Abi Hatim.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bencana banjir yang melanda Malaysia telahpun memasuki minggu kedua dengan beberapa negeri serta lokasi baharu yang kini sedang bersiap siaga bagi berdepan dengan kemungkinan hujan lebat berterusan serta banjir kilat. Ini termasuklah di Utara dan Pantai Timur Semenanjung seperti di negeri Kelantan yang telah mengeluarkan amaran cuaca buruk.
Tahukah korang, sebenarnya bukan Malaysia sahaja yang perlu berdepan dengan bencana akhir tahun ini. Beberapa negara di garisan Khatulistiwa lain turut melaporkan kejadian banjir buruk. Ada yang baru berlarutan selama seminggu dua seperti di Malaysia, ada juga yang telah berdepan dengan hujan lebat serta banjir besar selama sebulan (OMG) seperti yang terjadi di Brazil.
Pandangan atas menunjukkan seorang lelaki yang berjalan dalam banjir di Itajuipe, Bahia pada 27 Disember lalu. Sumber Foto : ReutersSumber Foto : Reuters
Menurut laporan, angka korban di Brazil akibat banjir besar yang melanca negeri Bahia di Timur Laut negara itu telah meningkat kepada 20 orang pada Isnin lalu dengan 63,000 penduduk lain kehilangan tempat tinggal.
Kata Gabenor Bahia iaitu Rui Costa, ini merupakan bencana tebesar dalam sejarah negeri ini dan ia berpunca daripada, “Kesilapan yang dilakukan selama bertahun-tahun”.
Untuk pengetahuan, Bahia mempunyai kira-kira 15 juta penduduk. Biarpun banjir yang dialami mereka sudah berlarutan sejak beberapa minggu lalu (yakni sejak bulan November), namun ia menjadi semakin buruk pada akhir minggu lalu apabila dua buah empangan di bandar Jusiappe dan Itambe runtuh dan menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.
Seorang mangsa menggunakan tilam bagi menyelamatkan diri di kawasan rumahnya di Itabuna, Bahia. Sumber Foto : Reuters
Menurut akhbar O Globo, pihak berkuasa sedang memantau keadaan 10 buah empangan lain sekiranya ada yang mempunyai tanda-tanda berdepan keruntuhan.
Akibat empangan yang pecah itu, kebanyakan rumah penduduk dan jalan utama di beberapa perbandaran di Selatan negeri itu ditenggelami air sejak Khamis minggu lalu. Tambah menyukarkan kerja-kerja menyelamar apabila arus deras yang dibawa Sungai Cachoeira yang dilaporkan melimpah.
Banjir di Bahia yang semakin teruk akibat paras air di sungai Cachoeira yang meningkat. Sumber Foto : Reuters
Nasib mereka baik apabila paras air di sungai tersebut dijangka pulih dalam masa beberapa hari lagi sejak sekarang.
Nampaknya, seluruh dunia kini sedang ‘menangis’ dengan kesan-kesan perubahan iklim dan kerakusan manusia yang menceroboh alam semulajadi atas tiket pembangunan negara. Sekiranya keadaan ini berterusan, tidak mustahil bencana yang lebih teruk boleh berlaku tidak lama lagi termasuklah di Malaysia sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Harapan peminat untuk menyaksikan pasangan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth kembali bersama hancur apabila pelakon filem The Hunger Game itu memfailkan penceraiannya dengan aktress yang terkenal dengan karakter Hannah Montana itu.
Susulan itu, ramai yang kelihatan menyalahkan penyanyi lagu Wrecking Ball apatah lagi foto dia bercuti dengan kekasihya, Kaitlynn Carter tersebar di media sosial.
Katanya, kecurangan Miley membuatkan Liam mengambil keputusan tersebut.
Mungkin tidak tahan dikecam, Miley menggunakan laman Twitter untuk memberikan penjelasan panjang lebar mengenai perkara tersebut.
“Saya boleh menerima pilihan hidup yang saya inginkan tapi saya harus bersikap terbuka dengan peminat yang saya sayangi dan juga orang ramai.
“Apa yang saya tidak boleh terima adalah apabila saya dikatakan menipu untuk tutup kesalahan yang sudah saya lakukan. Tiada apa yang saya ingin sembunyikan.
“Ia bukanlah satu rahsia yang saya sangat suka berparti semasa masih remaja dan di awal 20-an, saya bukan sahaja merokok malah turut berjinak-jinak dengan dadah malah saya bereksperimentasi dengan dadah dan lagu paling popular saya adalah mengenai tarian yang tah apa-apa dan sedut dadah di bilik air.
“Saya terkantoi dan curang dalam hubungan semasa masih mudah dan hilang perjanjian besar dengan Walmart semasa berumur 17 tahun sebab kantoi hisap bong.
“Saya kena halau keluar dari sebuah hotel di Transylvania kerana membelikan Liam kek berbentuk penis dan menghisapnya. Saya berayun di atas wrecking ball secara berbogel. Rasanya lagi banyak foto bogel saya di dalam internet berbanding wanita lain dalam sejarah.
“Tapi sebenarnya, setelah Liam dan saya kembali bersama, saya benar-benar maksudkannya dan saya sangat komited. Tiada rahsia untuk didedahkan di sini.
“Saya belajar dari pengalaman, saya tidak sempurna, saya tak mahu jadi pun. Ia bosan! Saya membesar di depan korang semua tapi yang paling penting ialah saya dah grow up!
“Saya boleh mengaku banyak benda tapi saya tidak mahu mengatakan yang perkahwinan saya berakhir kerana kecurangan saya. Saya dan Liam dah bersama selama 10 tahun. Apa yang saya katakan sebelum ini adalah benar.
“Saya sayangkan Liam dan akan sentiasa sayangkan dia. Tapi, dalam tempoh ini sayai ingin membuat satu keputusan yang terbaik untuk saya dimana saya harus meninggalkan kehidupan saya sebelum ini. Saya berada di saat yang tersihat dan paling gembira dalam hidup saya kini.
“Korang semua boleh cakap saya twerking, hisap dadah, mulut jahat semua tapi saya bukanlah seorang penipu. Saya dengan bangga boleh cakap yang saya berada di satu tahap berbeza berbanding dengan waktu saya muda dahulu,” tulisnya.
Miley dan Liam berkahwin dalam satu majlis tertutup pada Disember tahun lalu. Namun, pasangan tersebut sudah bersama hampir 10 tahun sejak berlakon sama dalam filem The Last Song.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara dunia lapan kali, ratu squasy negara Nicol Ann David telah pun dikurniakan Panglima Jasa Ngera (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ dengan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Nicol David antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara semalam.
Sesi kedua istiadat itu melibatkan 201 penerima iaitu 12 penerima PJN, enam penerima Johan Mangku Negara (JMN), Johan Setia Mahkota (JSM) (tujuh), Johan Setia Diraja (JSD) (dua), Kesatria Mangku Negara (KMM) (18), Kesatria Setia Diraja (KSD) (lima), Ahli Mangku Negara (AMN) (36), Pingat Pangkuan Negara (PPN) (85) dan Bentara Setia Diraja (BSJ) (30).
Istiadat berlangsung dalam keadaan norma baharu susulan wabak pandemik COVID-19 yang masih menular dengan tetamu yang hadir perlu memakai pelitup muka, disaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera dibalai keselamatan Istana Negara.
Rata-rata masyarakat Malaysia membanjiri ruang komen di hantaran Facebook Nicol David dengan ucapan tahniah dan menyifatkan anugerah penghargaan ini sememangnya layak diberikan kepada beliau.
Kami di Remaja juga ingin mengucapkan tahniah buat ratu dan lagenda squasy negara atas penghargaan yang telah dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong ini. Semoga ia menjadi pembakar semangat buat para atlet muda untuk bekerja keras mencapai kejayaan seperti yang telah diraih oleh Datuk Nicol David.