Sebelum meraikan Hari Natal yang merupakan salah satu keraian paling utama dalam keluarga diraja Britain, pasangan Prince & Princess of Wales telah sempat berangkat ke Boston, Amerika Syarikat awal bulan ini.
Kehadiran Putera William dan isteri, Kate Middleton di sana amat dinanti-nantikan oleh rakyat Boston memandangkan ia adalah jelajah Amerika Syarikat pertama mereka sejak tahun 2014 sewaktu mereka melawat bandaraya New York. Ini juga merupakan jelajah ke luar negara mereka sejak kemangkatan Ratu Elizabeth II pada September lalu.
Banyak aktiviti yang telah mereka jalankan di Boston namun tumpuan tentunya terarah kepada acara pemberian anugerah Earthshot Prize yang merupakan inisiatif Putera William pada tahun 2019.
Kate tidak melepaskan momen bermakna ini untuk sekali lagi tampil elegan setelah sekian lama tidak berbuat sedemikian dalam gaun elegan.
Kate jelas tidak mengecewakan apabila dia memilih gaun ‘off the shoulder’ rekaan Solace London berwarna hijau neon. Beliau kemudian menggayakannya dengan rantai choker serta anting-anting dalam rona sama yang pernah dipakai oleh mendiang Puteri Diana, satu masa dahulu.
Menariknya, gaun Kate ini bukanlah gaun baharu sebaliknya disewa daripada HURR iaitu platform menyewa pakaian di United Kingdom. Keputusan untuk menyewa ini adalah selari dengan kod pemakaian acara Earthshot Prize yang meminta jemputannya tidak memberi gaun serta sut baharu demi mewar-warkan ‘sustainable fashion’ ataupun kelestarian fesyen.
Jom lihat 7 gaun elegan lain yang pernah disarungkan oleh Kate Middleton dan menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan fesyenista sedunia.
01
Pada Acara Santap Negara pertama di Great Britain selepas Putera Charles dinobatkan sebagai Raja Charles ke-3, ia juga merupakan acara penting dalam kalendar Kate memandangkan ini adalah kemunculan pertamanya sebagai Princess of Wales.
Ads
Kate tampil dalam gaun bermantel serba putih rekaan Jenny Packham. Ia cukup elegan dengan taburan manik pada bahagian bahu; ditambah pula dengan aksesori tiara ‘Lover’s Knot’ yang pernah disarungkannya beberapa kali sebelum ini.
02
Biarpun berbadan dua, Kate masih mampu menawan orang ramai di muzium seni Metropoolitan di New York bagi acara santapan ulang tahun ke-600 St. Andrews. Sekali lagi, Kate mempercayai rekaan Jenny Packham.
03
Kate dan Putera William merupakan di antara ahli diraja yang menyokong industri pembikinan seni filem dan berkenan berangkat ke acara tayangan perdanan filem terbitan Great Britain seperti francais filem popular, James Bond.
Kali pertama Kate tampil di tayangan perdana James Bond adalah bagi filem Spectre pada tahun 2015 dalam gaun rekaan Jenny Packham. Biarpun sederhana dalam rekaannya dan lebih tertutup, Kate tampak ‘mahal’ dan berlainan daripada jemputan selebriti lain.
Ads
04
Kate memberikan penghargaan kepada francais filem James Bond dengan menyarungkan gaun keemasan; simbolik kepada filem ketiganya, Goldfinger dari tahun 1964.
Gaun rekaan Jenny Packham ini masih menjadi bualan fesyenista seluruh dunia; bukan sahaja disebabkan rekaan eksklusifnya tetapi disebabkan momen malam itu yang memperlihatkan betapa elegannya Kate Middleton sebagai bakal Ratu Great Britain, satu hari nanti.
Tampil berseri seperti biasa, warna hijau sememangnya adalah warna bersesuaian dengan Kate. Dalam persalinan gaun ‘off the shoulder’ hasil ciptaan pereka fesyen kegemarannya, Jenny Packham (you should know that by now); Kate menghadiri acara santapan yang dihoskan oleh Gabenor Jeneral Jamaica di Kingston, awal tahun ini. Ia adalah antara momen istimewa yang menyaksikan Kate memilih gaun dengan perincian ruffle pada bahagian bahu.
04
Bagi kemunculan pertama Kate selepas disatukan dengan Putera William, Kate menyarungkan salah satu gaun kegemaran beliaun rekaan Jenny Packham. Setelah memperagakannya sewaktu acara gala bagi menyambut ulang tahun ke-10 ARK (Absolute Return for Kids), Kate kembali memakai gaun yang sama lima tahun kemudian bagi sebuah lagi acara gala.
07
Kate sememangnya memahami konsep pemakaian yang bertepatan dengan acara, negara dan konsep menghormati sensitiviti masyarakat serta agama. Sewaktu lawatan rasmi ke Pakistan yang merupakan sebuah negara majoriti Muslim, Kate tidak janggal menggayakan kurta dan Shalwar Kameez. Untuk acara puncaknya pula, Kate memilih gaun Jenny Packham berona hijau dengan anting-anting yang dicarinya di Pakistan.
Korang tahu tak, Kate juga pernah menyarungkan selendang sewaktu melawat Kuala Lumpur pada tahun 2012?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jeans merupakan salah satu item wajib dan bff bagi Remaja.
Pemilihan pakaian amat penting untuk keselesaan waktu bergerak atau melakukan apa-apa aktiviti. Jadi, tidak hairanlah wanita sentiasa dalam dilema memilih pakaian yang paling sesuai dengan diri mereka walaupun sekadar memilih sepasang seluar jeans.
Jika sebelum ini trend skinny jeans menjadi pilihan kerana mampu menonjolkan sisi ramping dengan ilusi tinggi lampai,namun baru-baru ini tular video yang dimuat naik di aplikasi TikTok yang mencetuskan perbalahan di antara generasi milenial dan generasi Z.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda tersebut telah meminta orang ramai untuk tidak memakai skinny jeans disebabkan tidak ‘in’ lagi di tahun 2021 ini.
Manakala bagi trend terkini, generasi Z mengatakan fesyen yang terbaru adalah baggy jeans, seluar yoga serta chinos. Fesyen tersebut merupakan yang terkini dan memberikan gaya yang segar serta membuatkan setiap pakaian mereka kelihatan up to date.
Tak mengapa, nah beli 5 jenis jeans ini katanya barulah up to date mengikut laporan majalah ELLE
1. Upcycled Jeans
2. Super Baggy Jeans
3. Neutral And Natural Jeans
4. Straight Leg Jeans
5. Flared Jeans
Rentetan daripada itu, Lindsay Albanese iaitu seorang pakar fesyen mengatakan era skinny jeans tidak akan pernah pupus. Ini kerana skinny jeans mempunyai fungsi dan kepelbagaiannya tersendiri.
“Skinny jeans sangat mudah dipakai. Tidak kira apa jenamanya, skinny jeans memberikan keselesaan dan sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian”, ujar Lindsay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Huynh Thi Thanh Thuy dari Vietnam berjaya mengenepikan 70 wakil negara lain untuk dimahkotakan sebagai Miss International 2024 pada Selesa malam, sekaligus menjadi ratu ke-62 pernah memenangi pertandingan ratu cantik tersebut.
Bertempat di Tokyo Dome City Hall, Jepun; malam kemuncak ini bertambah manis apabila Thuy, 22 mencatat sejarah sebagai wakil dari Vietnam pertama yang memenangi Miss International 2024 sepanjang penyertaan negara itu.
Usai diumumkan sebagai Miss International 2024, Thuy dimahkotakan oleh pemenang edisi lalu, Andrea Rubio dari Venezuela.
Empat wakil lain melengkap kedudukan Top 5 dan ia terdiri daripada (mengikut susunan naib juara sehingga pemenang tempat kelima) Camila Ribera Roca dari Bolivia, Alba Perez dari Sepanyol, Sakra Guerrero dari Venezuela dan Sophie Kirana dari Indonesia.
Wakil Malaysia, Ashlyn Ooi tidak berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 20 wakil terbaik pada tahun ini.
Menariknya mengenai Thuy, gadis kelahiran Da Nang, Vietnam ini merupakan seorang pelajar cemerlang di peringkat sekolah apabila pernah dianugerahkan sebagai pemenang tempat kedua pertandingan Sastera Vietnam pada tahun 2019-2020.
Kini, Thuy sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Bahasa Inggeris di Fakulti Pendidikan Bahasa Antarabangsa, University Da Nang.
Sebelum mewakili Vietnam di Jepun bagi pertandingan Miss International 2024, Thuy terlebih dahulu memenangi pertandingan Miss Vietnam 2022 pada 23 Disember 2022 di Ho Chi Minh City.
Sebagai info, ini merupakan kali pertama organisasi Miss Vietnam menghantar juaranya ke pertandingan Miss International. Terdahulu, juara Miss Vietnam akan mewakili negara itu ke pertandingan Miss Word yang dianggap sebagai pertandingan ratu cantik paling berprestij di mata pemerhati negara berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanggapan bahawa produk jenama mewah dan mahal saja berkualiti dalam rutin solekan harian ternyata meleset.
Banyak pilihan jenama alat solekan dan maskara terutamanya dijual pada harga yang lebih berpatutan. Maskara antara benda wajib wanita gunakan setiap hari. Kalau dah pakai setiap hari, haruslah berjimat juga.
Ini REMAJA sempat senaraikan pilihan maskara yang murah dari harga bawah RM30 yang korang boleh terus cari di drugstore berhampiran korang!
SILKYGIRL Lash Prism Water Proof Mascara 01 – RM19.50 (jika tengah promosi korang boleh dapat murah dari ini)
Maskara paling murah, senang tanggal dan memberi impak bulu mata lebat serta lentik. Antara maskara best-selling dari SilkyGirl.
RIMMEL Waterproof Mascara – RM23.90
Maskara dengan formula kalis air yang terbaik! Ia mampu melebatkan bulu mata tanpa hasil yang comot.
ESSENCE I Love Extreme Volume Waterproof Mascara – RM15.00
Sesuai untuk bulu mata Asia, maska ini memberi efek bulu mata lebih panjang, melebatkan serta melentik untuk jangka masa yang baik (sekurang-kurangnya 8 jam lebih baik atau lebih lama).
SILKYGIRL Big Eye Mascara Black – RM31.50
Maskara Kalis Air dari SILKYGIRL ini mampu memanjangkan bulu mata sehingga 80% lebih panjang dengan tambahan 20% lilitan. Ia kalis air dan merupakan maskara filem yang boleh dicuci dan dibersihkan dengan berkesan menggunakan air suam.
WARDAH Eyexpert The Volume Expert Mascara – RM27.60
Jenama WARDAH tak pernah kalah dalam mengeluarkan maskara. Koleksi maskara kali ini memberi litupan bulu mata menyeluruh untuk kesan lentik dan tahan lama. Ia membantu untuk memisahkan, menggulung dan menebal setiap helai dengan mudah untuk melengkapkan penampilan solekan mata korang tanpa bulu mata bergumpal.
IN2IT Lash Define Mascara with Fibre – RM 29.90
‘Lash Define’, sangat hitam, maskara super panjang, melebatkan memanjangkan dan melentikkan bulu mata. Benar-benar kalis air, dan tiada masalah ‘mata panda’. Maskara ini juga memanjangkan bulu mata dengan ketara, dengan menggunakan serat nilon mikro. Mudah digunakan, dan cepat kering, tetapi mesti ditanggalkan dengan penanggal maskara.
Satu sahaja nasihat penulis, korang yang kerap pakai maskara jangan malas mencuci solekan okay. Pastikan bersihkan bahagian mata sebelum tidur sebaiknya. Jangan sampai nak cantik boleh memberi risiko kesihatan mata pula ya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!