Jeans merupakan salah satu item wajib dan bff bagi Remaja.
Pemilihan pakaian amat penting untuk keselesaan waktu bergerak atau melakukan apa-apa aktiviti. Jadi, tidak hairanlah wanita sentiasa dalam dilema memilih pakaian yang paling sesuai dengan diri mereka walaupun sekadar memilih sepasang seluar jeans.
Jika sebelum ini trend skinny jeans menjadi pilihan kerana mampu menonjolkan sisi ramping dengan ilusi tinggi lampai,namun baru-baru ini tular video yang dimuat naik di aplikasi TikTok yang mencetuskan perbalahan di antara generasi milenial dan generasi Z.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda tersebut telah meminta orang ramai untuk tidak memakai skinny jeans disebabkan tidak ‘in’ lagi di tahun 2021 ini.
Manakala bagi trend terkini, generasi Z mengatakan fesyen yang terbaru adalah baggy jeans, seluar yoga serta chinos. Fesyen tersebut merupakan yang terkini dan memberikan gaya yang segar serta membuatkan setiap pakaian mereka kelihatan up to date.
Ads
Tak mengapa, nah beli 5 jenis jeans ini katanya barulah up to date mengikut laporan majalah ELLE
Rentetan daripada itu, Lindsay Albanese iaitu seorang pakar fesyen mengatakan era skinny jeans tidak akan pernah pupus. Ini kerana skinny jeans mempunyai fungsi dan kepelbagaiannya tersendiri.
“Skinny jeans sangat mudah dipakai. Tidak kira apa jenamanya, skinny jeans memberikan keselesaan dan sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian”, ujar Lindsay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh hari ini tentang trend menipiskan bibir yang menjadi kegilaan masyarakat Asia. Pembedahan yang tidak mengambil masa lama, antara 15-30 minit sahaja selain kos agak murah RM8000 membuatkan ramai gadis remaja berlumba-lumba melakukannya?
Trend ini dah sampai ke Malaysia ke belum? Saja-saja je tanya!
Nipiskan bibir melalui pembedahan kini jadi trend di Asia
Bukan apa, masyarakat kita antara mereka yang gemar meniru. Kalau tidak tak adalah trend kening bulu pelepah, trend bulu hidung bersepah dan banyak lagi terus menjadi kegilaan.
Sebelum berani-berani nak cuba, konon nak nampak cantik, baca penjelasan dari Pakar Estetik, Dr Rushmini Maris Ismail yang juga merupakan Pakar Hormon dan Sakit Puan dari Marissa Aesthetic mengenai isu ini.
Risiko pembedahan ini tumbuhnya keloid @ parut besar di bibir – Dr Rushmini
Katanya, setiap manusia itu cantik. Ketidaksempurnaan yang sering dirasakan sebagai satu beban itulah sebenarnya yang membuatkan wajah seseorang kelihatan jauh lebih cantik berbanding melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik.
jelas Dr Rushimi, sebagai pakar estetik, dia tidak menolak pembedahan menipiskan bibir ini kerana kecantikan wajah seseorang bergantung kepada simetri wajahnya.
“Nipiskan bibir mungkin trend baru kerana setiap manusia itu bergantung kepada simetri wajahnya. Tapi apa yang harus mereka fahami, kalau kita hanya menipiskan bibir, mungkin jarak antara hidung, kening, mata dan sebagainya sudah jadi tidak sekata.
“Bila bibir sudah sempurna, kita rasakan cantik, simetri wajah ini mungkin tidak sesuai dengan bentuk hidung dan mata pula. Jadi kita akan cuba melakukan pembedahan lain semata-mata henda nampak sempurna. Jadi tak akan ada kesudahan,” katanya ketika dihubungi.
Apa itu keloid?
Inilah keloid atau parut besar yang tumbuh selepas pembedahan
Dalam setiap pembedahan, pasti wujud risiko, sama ada sedikit atau banyak.
“Apabila kita melakukan pembedahan, ada sesetengah jenis manusia mempunyai masalah dengan keloid atau parut besar. Bayangkan, kalau tubuh kita tak sesuai kerana seorang individu itu berbeza setiap satu, keloid besar akan tumbuh di bibirnya dan terus kekal di situ.
“Untuk nampak cantik pula, kita buat pembedahan, lagi dan lagi. Inilah satu-satunya risiko pembedahan iaitu keloid @ parut hidup,” katanya.
Memberikan pandangan secara peribadi, bukan sebagai pakar estetik, kata Dr Rusmini, ketidaksempurnaan itulah sebenarnya yang mencantikkan seseorang.
“Saya selalu perhatikan, yang ganjil itulah sebenarnya cantik. Itu menjadikan mereka berbeza dari orang lain. Kalau terlalu memilih sempura, kita tak akan pernah puas kerana kita akan ketagihan melakukan pembedahan demi pembedahan semata-mata hendak nampak cantik,”katanya.
Sebaik-baiknya, kalau betul-betul hendak cantik atau mahu mencantikan wajah, kata Dr Rushmini, jangan lakukan pembedahan secara kekal. Sebaliknya perbaiki (enhance) wajah dengan pelbagai teknik sedia ada. Contohnya kalau bibir gelap, kita boleh cerahkannya dengan teknik rawatan sedia ada.
Jadi sebelum mencuba-cuba, bacalah dan fikirlah betul-betul ya. Jangan sampai terlampau nak cantik jadi hodoh pula. Lelaki ini biasanya akan beralih mencari lain kalau kekasihnya sudah tidak cantik. Betul ke kenyataan ini wahai lelaki? Cuba komen sikit!
Sedikit tips dan info mengenai bibir
Bibir yang sihat berwarna sedikit kemerahan dan kelihatan lembap meskipun tidak disapu sebarang losen atau pelembap bibir. Kulit bibir yang tipis akan berwarna sekata.
Masalah pada bibir yang sering terjadi adalah kulit bibir kering dan mengelupas. Biasa bila kita alah pada gincu atau losyen. Masalah lain adalah ulser mulut iaitu luka kecil dalam mulut.
Ambillah Vitamin C dengan banyak dan ubat sapuan bagi meredakan masalah ini. Sapukan juga lips conditioner yang mengandungi vitamin dan pelembap tinggi yang baik untuk bibir.
Kalau ulser sudah merebak, antibitik diperlukan. Ada masalah lebih serius, gusi dan halitosis iaitu mulut berbau akan terjadi. Kalau ini terjadi, jumpa doktor tanpa bertangguh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalunya bila kita menyentuh soal pemakaian atau penggunaan kanta lekap, pastinya lebih cenderung kepada pengguna yang sudah dewasa. Tapi tahukah anda bahawa kanak-kanak dan remaja juga boleh menggunakannya dengan selamat?
Dengan menggunakan kaedah yang betul serta tip yang diberikan oleh optometrist, golongan kanak-kanak dan remaja boleh menggunakan kanta lekap dalam kegiatan harian terutamanya untuk pembelajaran di dalam kelas.
Di Amerika Syarikat sahaja, lebih 4 juta pengguna di bawah umur 18 tahun menggunakan kanta lekap secara harian. Secara fizikalnya, mata kanak-kanak bertoleransi dengan kanta lekap pada usia muda. Malah ada sesetengah kes melibatkan bayi menggunakannya disebabkan kondisi congenital cataracts yang berlaku ketika lahir.
Menurut Association of Malaysian Optometrist (AMO) yang turut melancarkan National Eye Health Awareness Campaign (NEHA) 2017 semalam, ramai kanak-kanak di Malaysia menggunakan kanta lekap pada usia antara 15 hingga 16 tahun. Malah, ada juga yang mula menggunakan lebih awal jika mereka mampu mengendalikan penggunaan dengan cara yang betul. Apakah yang perlu dilakukan sebelum mereka mula menggunakan kanta lekap?
Jumpa optometrist untuk dapatkan pemeriksaan secara komprehensif
a. bagi memastikan keadaan mata sihat dan sesuai untuk menggunakan kanta lekap
b. preskripsi kanta lengkapyang betul akan diberikan oleh optometrist
c. memberikan kanta lekap yang bersaiz sesuai dengan mata
Bagaimana pula dengan kriteria kanta lekap yang baik untuk digunakan oleh kanak-kanak dan remaja?
a. Kanta lekap pakai buang secara harian merupakan pilihan yang paling baik dan menyihatkan. Ia akan dibuang selepas seharian digunakan atau sebelum tidur.
b. Material kanta lekap yang breathable. Seperti kesemua tissu yang lain, mata juga memerlukan oksigen bagi mematikan ia sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kanta lekap yang breathable membenarkan oksigen memasuki menerusinya supaya mata kekal sihat.
c. Permukaan yang lembut dan licin. Ini agar mata berasa lebih selesa, apatah lagi untuk kegunaan sepanjang hari.
Tip Menggunakan Kanta Lekap
*ketahui lebih lanjut tentang penggunaan kanta lekap untuk kanak dan remaja di laman web AMO, www.amoptom.org atau boleh hubungi 011-2610 2040
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
SIapa sangka, gelaran pertandingan ratu cantik yang sama boleh bertukar tangan di antara dua beradik secara ‘back-to-back’!
Begitulah keajaiban yang berlaku kepada Thanu Shri yang baru-baru ini dinobatkan sebagai Miss Eco Malaysia 2023 sempena pentas akhir pertandingan ratu cantik, Ratu Wanita Malaya.
Thanu yang anggun menyarungkan busana rekaan Fyza Alexandra pada malam Sabtu lalu telahpun mengenepikan saingan 17 lagi jelitawan sekaligus bakal menjadi wakil Malaysia ke pertandingan Miss Eco International pada tahun hadapan.
Menariknya, Thanu telah dimahkotakan oleh adiknya sendiri, Prasana Shri yang juga merupakan Miss Eco International 2022!
Jelas riak wajah Prasana yang terkejut dan teruja apabila nama Thanu diumumkan.
Prasana, 25 merupakan seorang graduan jurusan pergigian telahpun membanggakan negara setelah berjaya meletakkan dirinya pada kedudukan tempat kelima sewaktu pertandingan dilangsungkan di Mesir, Mac lalu. Tidak cukup sekadar itu, Prasana juga telah dinobatkan sebagai pemenang dua kategori sampingan iaitu Best in Evening Gown dan Miss Elegant.
Persoalannya kini, mampukah Thanu mengulang kecemerlangan yang telah dipahat oleh Prasana bahkan melakukan yang lebih baik pada edisi tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan. Tidak mustahil Thanu dan Prasana akan berganding bahu bagi memastikan persiapan Malaysia kelak sudah tersiap-sedia.
Menerusi segmen soal jawab pada malam kemuncak Ratu Wanita Malaya itu, Thanu telahpun ditanya apakah perkara yang ingin diperolehinya menerusi penyertaan dalam pertandingan ratu cantik seperti ini.
Thanu bermula yakin dengan menyatakan, “Saya percaya saya telah menemui diri sebenar, kekuatan dan kelemahan saya, ia adalah sebentuk pencapaian untuk saya..,” namun dirinya terhenti di tengah ayat.
Thanu tidak berputus asa dan kembali menyambung jawapannya dengan berkata, “Saya percaya saya dapat menemui diri sebenar dengan mempelajari kekuatan dan kelemahan sendiri yang membolehkan saya untuk mencapai kekuatan serta penambahbaikan diri.
“Saya percaya yang saya telah mecapainya dan disebabkan itulah saya berdiri di atas pentas ini pada malam ini.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.