8 Fakta Tentang Lelaki Yang Perempuan Wajib Tahu Kalau Nak Hubungan #TillJannah

1494

Sering kali lelaki dipersalahkan dalam gagalnya sesebuah hubungan. Namun, ada beberapa perkara yang sebenarnya mungkin perempuan belum cukup mengenali ‘perangai’ sebenar lelaki.

Tidak mahu hanya menyalahkan mereka, apa kata anda cuba untuk kenal dengan lebih dalam tentang beberapa fakta tentang kaum Adam ini. Segelintir lelaki memang nampak seperti tidak ‘ambil pusing’ dalam perhubungan, tetapi sebenarnya ada maksud di sebalik setiap perilaku ini.

Jom semak lapan fakta tentang lelaki yang wajib perempuan ambil tahu kalau tak nak hubungan kecundang di tengah jalan.

1. Lelaki boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan prihatin.

2. Bila lelaki cakap, “Hmm tengoklah dulu”. Itu bermakna dia TIDAK atau kurang setuju.

3. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus terang, mengharapkan perempuan memahami maksudnya.

4. Lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

5. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa sedih. Cuma, dia tak tunjuk depan orang.

6. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

7. Lelaki bukanlah sempurna 100 peratus, jadi perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat-hebat daripada mereka. Mereka juga punya kelemahan. Terima seadanya.

8. Lelaki mudah dipujuk. Belanja choki-choki je, terus mood bertukar.

 

 

CER KOMEN SIKIT