Sebagai seorang manusia, kita semua pasti akan melalui proses menua dan tidak ada yang terkecuali termasuk para selebriti dan beberapa individu popular yang anda minati.
Meskipun, ada di antara mereka yang kekal tampak awet muda, pelakon terkenal Korea Selatan, Gong Yoo baru -baru ini meluahkan perasaan bagaimana beliau menerima seadanya kerutan yang mula muncul di wajahnya.
Kredit: Gong Yoo
Berbeza dengan kebanyakan orang yang risau pada tanda-tanda penuaan, Gong Yoo atau nama sebenarnya Gong Ji-cheol (46) menganggap kerutan di wajah sebagai lumrah semulajadi dan juga tanda dari kehidupan yang mempesona.
Hal tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon yang pernah mewarnai Goblin, Train To Busan dan Coffee Prince dalam sebuah temubual bersama The Korea Times bagi mempromosikan drama bersiri terbarunya berjudul Trunk yang bakal ditayangkan di Netflix.
Ads
Kredit: Gong Yoo
“Saya suka kerutan di wajah saya sebab itu boleh menjadi sebahagian dari mise-en-scene (elemen visual) saya sebagai seorang pelakon. Jadi, saya tidak menolak proses penuaan,” jelasnya.
Walaupun begitu, beliau juga mengaku pada awalnya terkejut dengan beberapa perubahan seperti kemunculan eyelid (kelopak mata ganda) secara tiba-tiba seiring bertambahnya usia.
Kredit: Gong Yoo
“Awalnya saya rasa aneh sebab ada perubahan yang terjadi disebabkan penuaan. Saya suka mata saya yang memang tiada eyelid sebelum ini.Jadi, rasa agak sedikit janggal tapi saya okay saja,” ujarnya.
Ads
Sementara itu, Gong Yoo juga turut meraih perhatian para penonton drama bersiri popular Korea Selatan baru-baru ini apabila muncul sebagai watak kameo dalam Squid Game 2 yang turut diterajui oleh Lee Jung-jae, Lee Byung-hun, Im Si-wan, Kang Ha-neul, Wi Ha-joon, T.O.P, Park Gyu-young, Lee Jin-wook, Park Sung-hoon, dan Yang Dong-geun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ads
Dari lagu kegemaran mereka, apa yang mereka akan bawa kalau hilang di angkasa, hingga pandangan mereka tentang DURIAN—semuanya ada dalam video ni! 🌟CRAVITY adalah kumpulan K-pop yang terdiri daripada 9 ahli berbakat: Serim, Allen, Jungmo, Wonjin, Minhee, Hyeongjun, Taeyoung, Seongmin, dan Kangmin. Mereka dikenali dengan konsep yang penuh tenaga dan muzik yang catchy.
Jangan lupa tonton temubual penuh semangat bersama CRAVITY! 💥
Kumpulan popular Pop Rock antarabangsa, Panic! At The Disco (PATD) mengumumkan mereka sudah tidak lagi bergerak sebagai sebuah kumpulan, selepas 20 tahun bersama.
Perkara tersebut dikongsikan oleh vokalis kumpulan itu, Brendon Urie, menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut vokalis yang popular dengan lagu I Write Sins Not Tragedies itu, kini adalah waktu yang tepat untuk mereka membawa haluan masing-masing selain dirinya juga mahu memberi tumpuan penuh terhadap keluarga tercintanya.
“Membesar di Vegas, saya tidak pernah bayangkan ke mana takdir hidup ini akan membawa saya. Begitu banyak tempat di seluruh dunia dan ramai kawan yang saya temui di sepanjang perjalanan itu.
“Tetapi adakalanya sebuah perjalanan harus dihentikan agar sebuah perialanan baharu dapat bermula. Kami sudah lama menyimpan perkard ini dan mungkin ada yang sudah mendengar bahawa saya dan isteri, Sarah, akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Saya ada tanggungjawab baharu dan perjalanan untuk membina keluarga ini sangat mengujakan buat saya. Saya kena letakkan fokus dan tenaga kepada keluarga sebab keutamaan itu pada mereka. Jadi dengan itu, secara rasminya, PATD tidak akan lagi ada,” katanya.
Di kesempatan itu juga, Brendon menitipkan penghargaan buat semua yang tidak pernah berhenti menyokong kumpulan itu, dari seawal penubuhannya hingga ke hari ini.
“Terima kasih kerana telah menyokong kami selama ini. Agak lama juga untuk saya menyusun ayat terbaik untuk memberitahu mengenai perkara ini. Sukar untuk saya kerana anda semua tahu betapa kumpulan ini juga amat bermakna untuk saya.
“Kami sangat berbesar hati dapat berkongsi pentas dengan ramai bakat-bakat hebat selama ini selain menghargai semua peminat,” ujarnya panjang.
Dalam pada itu, Brendon juga memaklumkan konsert jelajah United Kingdom (UK) dan Eropah yang dijadual berlangsung pada Februari dan Mac ini tetap akan dijalankan mengikut perancangan asal.
Sekadar informasi, PATD mula ditubuhkan oleh Brendon pada tahun 2004 bersama rakan baiknya, Urie, Ryan Ross, Spencer Smith dan Brent Wilson. Antara lagu hits Panic! At The Disco ialah House Of Memories, High Hopes, Nine in the Afternoon, Death of a Bachelor dan Me!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hitam dan putih seringkali menjadi pilihan warna anak muda dalam menghias ruang kediaman mereka. Nampak cool dan trendy, kombinasi dua warna ini memang ‘in’ sepanjang zaman.
Skema warna ini paling mudah digabungkan. Hanya perlu hitam, putih dan kelabu untuk merealisasikan konsep moden bertemakan hitam dan putih.
Konsep ini memberi kesan formal, serius, kemas dan tersusun pada ruang. Sesiapa yang memilih tema ini pastinya seorang yang ada gaya, serius dan jaga penampilan.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang perlu korang alert sebelum memilih konsep ini untuk dekorasi rumah atau ruang bilik.
1. Pastikan kuantiti warna betul, jangan guna warna hitam berlebihan supaya rumah korang tak menjadi gua kelam. Hiks!
2. Tambahkan sedikit warna nature seperti daun hijau atau lantai kayu kerana ia akan menghidupkan ruang. Ruang taklah jadi keras dan kaku nanti.
Berikut merupakan reference lain yang korang boleh rujuk untuk mendapat sedikit sebanak idea mendekorasi rumah.
Itu saja tip yang perlu korang ikut sekiranya nak deko rumah guna warna hitam dan putih. Ia juga memerlukan sedikit keberanian kerana tak ramai orang yang berani menggunakan warna hitam dalam sesebuah ruang.
Persis remaja yang baru tamat pengajian tinggi, supermodel dan aktres Nasha Aziz memang tak dimamah usia, tersangatlah awet muda! Meniti usia 52 tahun, wajah figura ini tetap cantik seperti dahulu. Sekiranya kamu tertanya-tanya apa yang Nasha lakukan, inilah petua yang sering diamalkan!
Menurut netizen, Nasha Aziz sering mengamalkan tabiat mandi awal pagi sebelum subuh.
Sangat cantik secara semula jadi, antara petua kecantikan yang Nasha amalkan adalah, mandi di awal pagi atau mandi sebelum waktu Subuh. Rajin mandi pagi sebelum waktu Subuh, tabiat ini membuatkan Nasha tampil awet muda dan tak nampak tua.
Selain itu, terdapat netizen yang mendedahkan rahsia awet muda Nasha dimana didakwa dia sering mandi awal pagi.
“Yes betul tu umur dia 51 tahun. Dia ni rajin mandi awal pagi sebelum subuh. Awet muda,” tulisnya.
Rahsia Nasha Aziz Mandi Sebelum Subuh
Untuk pengetahuan kamu, mandi awal pagi lebih-lebih lagi sebelum waktu Subuh menggunakan air sejuk ini ada banyak manfaatnya. Antaranya adalah:
Kulit menjadi semakin lembut dan halus
Kuku menjadi lebih sihat, kuat dan tak mudah retak
Peredaran darah lebih lancar menjadikan badan semakin sihat dan bertenaga
Meningkatkan hormon testosteron (lelaki) dan estrogen (wanita)
Risiko mendapat darah tinggi dapat dielakkan
Mengurangkan stress dan lebih menenangkan
Meningkatkan sel darah putih
Bukan hanya dengan mandi awal pagi korang boleh awet muda, Nasha juga sangat menjaga pemakanannya, bijak mengawal emosi dan mementingkan kesihatan mental.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas pemain sayap pasukan bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha, meluahkan rasa rindu terhadap anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees, yang meninggal dunia, dua hari...