Suatu ketika dahulu, sinetron Indonesia pernah mendapat tempat di hati penonton Malaysia dan rata-rata daripada mereka sering menantikan setiap episod walaupun ada yang terpaksa menunggu selama bertahun untuk menghabiskan satu sinetron.

Kita semua sudah sedia maklum bahawa drama dari negara jiran ini memang terkenal dengan jumlah episodnya yang sangat banyak. Setakat 100 hingga 200 episod sudah menjadi kebiasaan bagi peminat drama Indonesia di negara ini.

Namun begitu, tahukah korang bahawa terdapat sinetron Indonesia yang ditayangkan sehingga ribuan episod? Ha, agaknya berapa tahun nak tunggu episod akhir drama tersebut kan. Hiks!

Berikut kami senaraikan antara sinetron yang mempunyai episod paling panjang di stesen televisyen Indonesia.

1. Tukang Ojek Pangkalan

Ditayangkan sejak April 2015, sinetron ini memiliki kira-kira sekitar 2,500 episod dan ditayangkan di Indonesia selama beberapa tahun. Drama ini turut menerima penganugerahan di Indonesian Television Awards 2019 dan Gobel Awards 2019 sebagai Program Sinetron Serial Terfavorit.

IKLAN

2. Tukang Bubur Naik Haji

Sejak 2017 hingga 2021, sinetron ini telah menghiburkan penonton dengan sebanyak 2,185 episod. Dibintangi oleh Mat Solar, kisah Haji Sulam dan keluarganya berhasil mencuri hati penonton sinetron sehingga watak Mat Solar ditukar kepada pelakon-pelakon lain.

3. Dunia Terbalik

Ditayangkan pada tahun 2017, sinetron ini mempunyai 2,200 episod yang memaparkan kisah kehidupan para suami yang ditinggalkan isteri kerana bekerja di luar negeri.

4. Anak Langit

Memaparkan kisah kehidupan anak remaja geng motor, sinetron yang mempunyai sebanyak 1,560 episod ini dibintangi oleh Stefan William, Marcella Daryanani, Ranti Maria, Ammar Zoni dan ramai lagi. Namun, setelah pandemik COVID-19 pihak produksi belum lagi menyambung penggambaran drama ini.

IKLAN

5. Bajaj Bajuri

Ditayangkan pada 2002 dan tamat pada tahun 2007, Bajaj Bajuri menjadi salah satu sinetron komedi popular di Indonesia. Siri ini juga dibintangi oleh Mat Solar dengan jumlah episod sebanyak 1,291. Bajaj Bajuri menceritakan tentang kehidupan sederhana keluarga Bajuri dan Oneng yang sangat dekat dengan masyarakat Indonesia.

6. Jodoh Wasiat Bapak

Sinetron bertemakan horror, keagamaan dan mistik ini pada awalnya diberi judul Jodoh Penghantar Jenazah, tetapi ditukar menjadi Jodoh Wasiat Bapak. Ia ditayangkan sebanyak 1,042 episod di kaca televisyen.

7. Cinta Fitri

Ditayangkan sebanyak 1,002 episod di dua stesen televisyen berbeza, Cinta Fitri merupakan sinetron bergenre romantis dan drama ini juga mengangkat nama Shireen Sungkar dan Teuku Wisnu sebagai pelakon baharu.

IKLAN

Fuh, punyalah banyak episod sampai makan tahun nak habiskan satu siri. Korang sanggup ke nak tonton drama panjang-panjang macam ni? Hehe!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=wbbIGGPiHeM

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI