Begitulah kemas kini terbaru yang dimaklumkan oleh peserta Big Stage Alpha (BSA), Araff Mohamed setelah mengalami tekanan darah terlalu tinggi di minggu keempat pertandingan, malam tadi.
Araff, 19 dilaporkan hampir pengsan usai selesai persembahan berkumpulan menerusi lagu Ayuh dengan ahli lain termasuklah Daniel Sher, Que, Aweenit dan Allan Andresn.
Araff terlantar di belakang pentas sambil anggota perubatan mengambil bacaan tekanan darahnya kerana remaja itu difahamkan mempunyai sejarah tekanan darah tinggi sebelum ini.
Selepas berehat sementara menantikan giliran persembahan solo, Araff kembali ke pentas dengan kudrat yang ada untuk menyampaikan lagu Kau Pun Sama nyanyian asal Syamel. Araff seterusnya terpaksa dipapah dan dikejarkan ke Hospital Shah Alam berdekatan untuk mendapatkan rawatan susulan.
Ads
Pagi ini, wakil Araff yang berada di sana mengesahkan keadaan penyanyi itu stabil dan perjuangannya dalam BSA tidak akan terganggu dengan insiden kesihatan tersebut.
Walaupun menerima pujian dek tenaga yang diberikan termasuklah gerak tari di atas pentas, prestasi Araff malam tadi dilihat merundum apabila sekadar mengutip markah 58.10 peratus untuk berada di tangga ketujuh terbaik.
Ads
Anak kelahiran Kedah itu dikira bernasib baik apabila terlepas daripada penyingkiran biarpun markahnya dengan peserta Bottom 3, Aweenit hanya berbeza 0.1% peratus sahaja.
BSA minggu keempat menyaksikan Que meninggalkan pertandingan setelah juri tetap, Dato’ Syafinas Selamat mewakili barisan juri lain termasuklah Edry Abdul Halim, Hael Husaini dan Dato’ AC Mizal bersepakat untuk tidak menggunakan Imuniti X bagi menyelamatkannya.
Sembilan orang peserta BSA yang berjaya melangkah ke minggu kelima (mengikut pungutan markah malam tadi) ialah Rizal Rasid, Izat Ibrahim, Ariel Fesol, Ray-D, Daniel Sher, Afiq Sky, Araff, Aweenit dan Allan Andersn.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘TOTALLY insane!’, itu yang dilalui penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Jangan, Wani Kayrie dalam perjuangan menuntut ilmu.
Walaupun melalui detik mencabar dalam semester lalu, dia ternyata gembira dengan pencapaiannya itu.
Menerusi laman Instagram, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 22, yang menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjanan Muda Undang-Undang dan Perdagangan berkongsi perjalanannya yang mencabar.
“So close but Alhamdulillah! Another dean’s list. Tak tahu nak nangis ke nak happy. To have 7 subjects in one semester is totally insane!
“But so proud that I made it through this hectic and challenging journey. Rezeki juga dapat group mates yang sangat membantu dan memahami,” coretnya.
Dalam pada itu, Wani turut memohon doa orang ramai untuknya dalam mengharungi dua semester lagi.
“Terima kasih semua yang sentiasa support Wani dalam pelajaran dan sentiasa mendoakan kejayaan Wani.
“2 more semester to go for my Bachelor life. Doakan Wani berjaya mengharungi segala ujian dan cabaran yang akan mendatang ya!” ujarnya.
Wani turut berkongsi slip keputusan peperiksaannya untuk tatapan umum.
Sementara itu, Majalah Remaja sempat menemubual penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Jangan tersebut. Menurut Wani, dia melanjutkan pelajaran sepenuh masa disamping menjadi selebriti di masa yang sama. Jadi disebabkan itu, tiada waktu belajar yang tetap untuk dia belajar setiap hari. Malah, dia mengakui hanya dirumah atau ada masa terluang baru dia sempat membuka buku untuk mengulangkaji pelajaran.
Cari tip belajar yang sesuai
Jadi, apa yang dilakukan oleh Wani sehingga dia boleh mendapat keputusan Dekan pada setiap semester? Dia mengakui bahawa setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk mencapai kejayaan. Namun baginya, ini 5 tip yang dilakukan dan dilihat sesuai dengan semua lapisan umur yang bergelar pelajar.
1. Sesuaikan dengan situasi
Menurut Wani, disebabkan dia bergelar pelajar dan selebriti sepenuh masa. Jadi dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Malah, membahagikan masa juga sangat penting. Selalunya Wani akan belajar sewaktu malam selepas semua kerja siap.
2. Rajin Bertanya
Wani menasihatkan semua pelajar agar jangan malu dan takut bertanya jika tidak tahu. Jangan berpura-pura tahu kerana itu hanya akan merugikan diri sendiri. Wani sendiri mengakui bahawa dia akan bertanya sehabis mungkin di dalam kelas, kerana itu sahaja waktu yang dia ada untuk fokus dalam pelajaran.
3. Bijak Pilih Rakan
Rakan juga merupakan aspek yang penting kalau kita ingin berjaya. Hal ini kerana kehidupan menjadi pelajar universiti memerlukan kita untuk berkerja dalam kumpulan. Jadi, ia mampu memburukkan dan mencacatkan keputusan di akhir sem jika korang tersalah pilih ahli kumpulan. Wani bersyukur diberikan rezeki dapat group mates yang sangat membantu dan memahami
4. Jaga Waktu Tidur
Menurut Wani, dia sangat mementingkan waktu tidur. Wani turut mengakui bahawa waktu tidur paling lewat bagi Wani ialah pukul 1 pagi. Hal ini kerana bagi seorang pelajar waktu rehat sangat penting lagi-lagi yang berkerja sambil belajar ini.
5. Jangan Pandang Rendah Pada Orang Lain
Paling penting, jangan pernah memandang rendah pada orang lain walaupun korang selalu mendapat keputusan yang cemerlang. Hal ini kerana tidak semua aspek kita akan menjadi terbaik. Kadang-kala idea dan nasihat orang lain juga dapat membantu untuk kita berjaya.
Selain itu, Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa, pensyarah/guru, kawan dan orang sekeliling.
“Bagi saya yang juga merupakan pelajar dan juga sedang berkerja, melakukan dua perkara dalam satu masa yang sama bukanlah senang. Namun, tetapkan niat dan tujuan kenapa korang menjadi seorang pelajar. Niat itu sangat penting, jika niat kita baik. InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan,” tambahnya lagi.
Tahniah Wani! Kalau Wani boleh buat, kenapa pula korang tak boleh kan? Moga Wani Kayrie dapat memberi inspirasi buat semua yang sedang menuntut ilmu untuk gapai anugerah dekan tiap sem.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehadiran penyanyi, Zizi Kirana bersama suaminya, Yusuf Bahrin ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis mencuri perhatian ramai apabila ia dikaitkan dengan urusan rumah tangga pasangan itu.
Zizi yang tampil mengenakan jubah hitam dilihat hadir sekitar jam 8.40 pagi dan ditemani pelakon, Ummi Aida.
Bagaimanapun, pengacara itu memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai tujuan sebenar kehadirannya ke mahkamah berkenaan. Menurut aktivis kemanusiaan itu, dia sendiri tidak mengetahui secara terperinci urusan yang akan dilakukan.
“Doakan yang baik-baik, insya-ALLAH semoga semua urusan dipermudahkan untuk kedua-dua pihak,” katanya ringkas kepada media.
Dalam masa sama, Zizi turut mengesahkan ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke Mahkamah Rendah Syariah.
Terdahulu pada 26 Oktober 2025, media melaporkan penyanyi itu memilih untuk tidak memberi sebarang penjelasan berhubung dakwaan isu rumah tangga yang dikatakan sedang bergolak.
Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan ketika rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak sah sekiranya Anugerah Akademi (Oscars) yang meraikan filem-filem terbaik Hollywood sepanjang tahun lalu tidak terpalit dengan kontroversi di sebalik pemilihan pemenangnya.
Dalam acara Oscars ke-97 yang bersiaran dari Dolby Theater di Los Angeles sebentar tadi, kemenangan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik telah berpihak kepada pelakon muda, Mikey Madison menerusi lakonan memberangsangkan dalam filem Anora.
Mikey, 25 mengenepikan saingan sengit terutamanya daripada Hollywood darling, Demi Moore (The Substance); Cynthia Erivo (Wicked), Fernanda Torres (I’m Still Here) dan Karla Sofía Gascón (Emilia Pérez).
Mikey Madison.Demi Moore.
Sebelum ini, Mikey membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik di anugerah BAFTA (anugerah perfileman di Great Britain yang sama tarafnya dengan Oscars) setelah para juri terpikat dengan watak lakonannya sebagai seorang pekerja seks bernama Ani yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Ivan, jejaka dari Rusia yang berkuasa.
Biarpun pengkritik filem rata-rata memuji kredibiliti lakonan Mikey dalam filem Anora, masih ramai yang tidak begitu mengenali dengan lebih dekat siapakah gerangan pelakon berkulit cerah ini.
Jom lihat 5 fakta menarik mengenai Mikey Madison.
01
Biarpun Mikey berasal dari San Fernando Valley di Los Angelas, ibu bapanya merupakan pakar psikologi dan tidak terlibat dalam industri perfileman seperti majoriti pendatang baharu Hollywood yang lain pada masa kini.
02
Mikey disekolahkan di rumah bersama empat lagi adik-beradik lain. Oleh itu ketika membesar, Mikey mempunyai masa untuk bergiat dalam pertandingan menunggang kuda sama seperti yang pernah dilakukan oleh ibunya dan neneknya.
03
Tidak lama kemudian, Mikey memilih untuk meninggalkan bidang sukan tersebut kerana ingin menceburi dunia lakonan yang boleh memakan masa yang lama. Ibunya menyokong sepenuhnya minat Mikey itu dan mendaftarkannya ke dalam kelas lakonan.
“Saya tertarik dengan intimasi dan connection yang hadir dalam dunia lakonan. Bagi saya, ia amatlah berani, mendalam dan beremosi. Kesemua itu adalah perasaan yang saya tidak terokai sebagai seorang penunggang kuda dahulu,” katanya dalam satu temubual bersama Vogue.
04
Sebelum Anora dan Scream V, Mikey terlebih dahulu melakonankan watak utama pertamanya pada tahun 2017 menerusi sebuah filem indie berjudul Liza, Liza, Skies Are Grey.
Mikey juga pernah menjayakan watak berskala kecil dalam filem Once Upon A Time… In Hollywood arahan Quentin Tarantino. Scream V merupakan filem yang benar-benar menjulang populariti Mikey apabila gandingannya bersama Jenna Ortega berjaya mencuri tumpuan penonton. Terbaru, Mikey juga muncul dalam filem Lady In The Lake.
05
Watak Ani dalam filem Anora ditulis khas oleh pengarahnya, Sean Baker setelah beliau menonton lakonan Mikey dalam filem seram, Scream V. Namun menurut Sean sewaktu menerima trofi Pengarah Terbaik Oscars ke-97 sebentar tadi, beliau benar-benar merasakan Mikey sesuai membawakan watak Ani itu setelah menontonnya dalam filem Once Upon A Time… In Hollywood.
Sebaik dilamar oleh Sean untuk melakonkan watak Ani, Mikey tidak menunggu lama menyatakan persetujuannya dan merasakan dirinya adalah pelakon wanita paling bertuah di dunia apabila menerima pelawaan tersebut.
Dalam ucapan kemenangannya di Oscars, Mikey sekali lagi mendedikasikan kemenangannya itu kepada komuniti pekerja seks seperti yang pernah dilakukannya di anugerah BAFTA.
“Saya juga ingin sekali lagi mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada komuniti pekerja seks. Saya akan terus menyokong dan menjadi sekutu wanita-wanita luar biasa ini.
“Peluang bertemu dengan wanita-wanita daripada komuniti tersebut adalah salah satu sorotan terbaik saya sepanjang pengalaman (membintangi Anora).”
Tahniah Mikey Madison setelah menjadi salah seorang pelakon wanita termuda pernah menjulang trofi keramat tersebut di pentas berprestij Oscars.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...