Impian memiliki segulung ijazah pastinya ada dalam hati semua orang.
Walaupun bergelar selebriti, pelakon dan penyanyi pada usia yang muda, 7 orang selebriti muda pilihan REMAJA ini membuktikan mereka mampu membahagikan masa antara masa peribadi, karier dan pendidikan.
* * * * *
Mawar Rashid
Hari ini, bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini telah membuktikan bahawa usaha adalah segala-galanya. Tak kisahlah dengan status Mawar sekarang yang sudah bergelar isteri serta ibu yang bakal menimang cahaya mata bersama suami Raf Yaakob, Mawar tidak menjadikan itu alasan untuk tidak memiliki segulung ijazah.
Dalam perkongsian instastory Dato’ Fazley Yaakob, beliau berkata, “Bang Long bangga sangat dengan Mawar. You deserve it all!”
Tahniah sekali lagi Mawar yang kini menjadi graduan Management & Science University (MSU).
* * * * *
Wany Hasrita
Bukan calang-calang jurusan yang diambil oleh penyanyi ini. Pada Ogos tahun lalu, Wany telah berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan daripada Management & Science University (MSU), Shah Alam.
“Alhamdulillah saya sangat gembira kerana penat lelah selama 3 tahun terhasil juga. Cuma sedih sedikit kerana ayah tidak boleh berada di sini atas urusan kerja,” katanya.
“Sepanjang bergelar penyanyi, saya tak mempunyai masalah untuk pelajaran kerana segala bentuk persembahan dan promosi berlaku selepas tamat praktikal dan ujian.”
Ads
* * * * *
Juliana Evans
Mungkin kerana tempoh 4 tahun telah berlalu, ramai yang terlupa bahawa pelakon cantik, Juliana Evans pernah mencatatkan keputusan cemerlang untuk pelajarannya.
Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Jue kembali memuat naik foto di bawah pada hari ini untuk mengingatkan kepada semua orang bahawa semua orang boleh berjaya jika mereka fokus terhadap apa yang mereka lakukan.
“(Foto) ini akan selalu mengingatkan saya tentang susah payah, motivasi dan impian saya. Dan dengan pengorbanan, saya berjaya memperoleh impian. Fokus pada apa yang kamu impikan dan usaha sendiri (jangan harapkan usaha orang lain.”
“How I wish I can go back in time,” kata penuntut Western Michigan University ini.
* * * * *
Asyraf Aley
Seorang lagi pelakon yang mementingkan pelajaran walaupun kariernya sudah bermula. Memilih Taylor’s University sebagai alma mater untuk pengajiannya, Asyraf meluahkan ucapan terima kasih kepada semua yang sama-sama menyokong keputusannya untuk belajar dan bekerja pada masa yang sama.
Ads
Kata si tinggi lampai ini, “Terima kasih kepada semua rakan dan pensyarah yang telah membuatkan hidup saya di universiti lebih bermakna. Dan juga kepada kamu yang sentiasa memberikan sokongan, I am so grateful!
* * * * *
Mira Filzah
Tengok wajah Mira Filzah, mesti dah boleh agak Mira ni golongan terpelajar kan..? Hehe
2 tahun lalu, Mira telah membanggakan ramai pihak termasuklah ibu bapa, keluarga dan peminat semua dengan kejayaannya menamatkan pengajian dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Comel je tengok Mira pakai robe tu.
Mira yang pernah berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak usia 17 tahun lagi mengambil jurusan tersebut kerana minatnya untuk menjadi usahawan.
Juga grad pada tahun 2016 adalah pelakon, Nadzmi Adhwa. Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik Dan Multimedia (fuh panjangnya!) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nadzmi juga bersyukur kerana penat membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya terbalas juga akhirnya.
“Tentunya, ibu bapa saya ingin saya berjaya dalam bidang akademik terlebih dahulu. Namun saya pula berlakon sambiil belajar kerana rezeki ada di situ.
“Memang kena gigih dan berusaha jika nak lakukan dua perkara dalam satu masa. Pelajaranlah jaminan untuk masa depan.”
* * * * *
Najwa Latif
Selalu kan kita nampak iklan Najwa Latif menyanyi secara busking di televisyen? Hehe. Itu adalah sebahagian daripada projek Najwa semasa menuntut di UniTAR dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris.
Najwa nampak tidak hentikan pelajaran di situ saja. Bermula September tahun lalu, Najwa memilih untuk meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana pula di Universiti Malaya (UM) walaupun dia pada mulanya ingin memilih United Kingdom.
“Saya batalkan hasrat untuk ke UK kerana memikirkan keluarga. Ibu seperti tidak sedap hati untuk melepaskan saya ke sana tambahan pula ia adalah kali pertama saya bakal ke tempat jauh dari keluarga.
“Saya tidak kisah di mana-mana saja, asalkan boleh belajar. Di UM, saya mengambil Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TEaSL) pula.”
* * * * *
Sebenarnya, masih ramai lagi golongan selebriti yang berpendidikan. Antaranya termasuklah Hanis Zalikha, Lisa Surihani, Vanidah Imran, Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Safwan Nazri, Daiyan Trisha dan ramai lagi. Malah, ada juga yang sedang belajar seperti Atisha Khan (adik kepada Neelofa & vlogger di YouTube), Cupcake Aishah dan Johanis Sani (Vlogger & influencer).
Ternyata, pendidikan mengajar mereka untuk lebih matang berfikir dan menentukan hala tuju karier. Kalau mereka boleh buat, korang pun boleh!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Irama dan lirik lagu Antara Anyir Dan Jakarta merupakan sebuah naskah seni yang malar segar. Keindahan dan harmoni lagu tersebut cukup mesra sebagai halwa telinga, masih relevan sehingga sekarang biarpun sudah lebih tiga dekad usianya.
Kelmarin khabar duka melanda dunia muzik nusantara apabila komposer lagu tersebut, Oddie Agam telah disahkan meninggal dunia. Turut berduka mendengar perkhabaran itu adalah Datuk Sheila Majid yang merupakan penyanyi lagu popular tersebut.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya, ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, “Kami amat berdukacita dengan khabar Ini. Saya sudah lama mengenali arwah. Sebelum menjadi penyanyi lagi.
“Dialah pencipta lagu Indonesia yang pertama yang telah mengharumkan nama saya ke Indonesia dengan lagu-lagu seperti Antara Anyer dan Jakarta, Aku Cinta Padamu,Tua Sebelum Waktu , Begitulah Cinta dan beberapa lagu lagi, malah sebelum mengenali dia sebagai komposer dia juga adalah rakan keluarga kami.”
Selain itu Shiela juga menyifatkan yang pemergian komposer tersebut ibarat hilangnya sebahagian karier muzik dalam hidupnya.
“Saya berasa sangat sedih, ibarat sebahagian karier muzikal saya telah hilang. Muzik anda akan sentiasa bersinar dihati kami Agam. Terima kasih untuk semua lagu-lagu indah yang anda tulis. Semoga tenang di sana,” jelas beliau lagi.
Memetik laporan Kompas, komposer tersebut meninggal dunia di Rumah Sakit Persahabatan, Jakarta Selatan pada usia 68 tahun akibat kegagalan fungsi buah pinggang. Allahyarham juga dilaporkan pernah diserang angin ahmar pada tahun 2017.
Sudah menjadi kebiasaan orang ramai apabila melakukan aktiviti rekreasi di luar, mereka akan menggunakan sunscreen dan juga body lotion bagi mengelakkan kulit daripada terbakar. Lebih-lebih lagi individu yang melakukan aktiviti di pulau seperti snorkeling dan diving.
Namun begitu, sedarkah korang bahawa penggunaan losyen badan dan krim pelindung matahari yang digunakan itu boleh mengancam kepupusan batu karang?
Menurut Bernama, pakar penyelidik batu karang Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Tan Chun Hong mengatakan sunscreen dan losyen badan berfungsi dengan membentuk satu lapisan atas permukaan kulit untuk menghalang cahaya matahari.
Jadi, jika seseorang itu berada di dalam laut, kajian menunjukkan losyen badan dan sunscreen akan larut dalam air yang mana ia akan menyebabkan bahan kimia yang ada diserap dan terkumpul dalam badan batu karang.
Gambar hiasan
Sehingga mencapai tahap tertentu, ia boleh mengakibatkan kelunturan warna, merosakkan DNA, menyebabkan tumbesaran terbantut dalam tahap juvenil dan juga boleh mengakibatkan kematian batu karang jika kuantiti yang diserap terlalu tinggi.
Kandungan dalam krim pelindung matahari yang berbahaya kepada batu karang antaranya seperti Oxybenzone, Benzophenone-1, Benzophenone-8, OD-PABA, 4-Methylbenzylidene camphor, 3-Benzylidene camphor, nano-Titanium dioxide, nano-Zinc oxide, Octinoxate dan Octocrylene.
Namun begitu, jelas beliau lagi, kesalahan ini tidak boleh ditunding kepada pelancong semata-mata kerana mereka tidak tahu mengenai impak aktiviti rekreasi itu, kerana tidak diberi kesedaran dan pendidikan yang mencukupi.
Beliau juga menegaskan penggunaan sunscreen dan losyen badan yang organik dapat membantu mengurangkan ancaman kemusnahan terhadap batu karang.
Gambar hiasan
Antara faktor-faktor ancaman kemusnahan batu karang adalah arus ombak kuat serta tsunami dan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pemanasan global seperti El Nino, seterusnya berlaku fenomena kelunturan warna yang menyebabkan batu karang itu mati.
Kami pasti individu yang gemar melakukan aktiviti scuba ini adalah seorang pencinta alam sekitar. Jadi selepas ini, diharap korang akan lebih peka dan menggunakan produk organik sahaja bagi penggunaan sunscreen dan losyen badan untuk tidak memberi kesan kepada tumbuhan dalam air.
Peminat fesyen di Kuala Lumpur boleh menganggap diri mereka bertuah apabila Kuala Lumpur menjadi SATU-SATUNYA ibu negara di rantau Asia Tenggara pilihan jenama fesyen antarabangsa, Dior.
Sempana musim perayaan Natal tidak lama lagi, Dior telah memilih Pavilion Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi hiasan krismas mereka di seluruh dunia. Malaysia mungkin sekali mendapat ‘treatment’ istimewa ini disebabkan cawangan butik Dior yang baru saja dibuka di Pavilion.
Menurut jenama dari Perancis itu, hiasan krismas di pintu utama kompleks membeli belah ini diilhamkan daripada pertunjukan fesyen bagi koleksi Dior Cruise 2021 pada bulan Julai lalu. Motif dan warna hiasan ‘luminarie’ ini diilhamkan daripada motif koleksi tersebut
Sekiranya korang tidak menyambutnya sekalipun, korang tidak dapat menidakkan betapa indahnya hiasan berupa pokok krismas bersaiz mega, motih burung, seranggan & bunga-bungaan serta cahaya hangat daripada hiasan ini.
Untuk pengetahuan, Kuala Lumpur merupakan salah satu dari sebahagian kecil lokasi pilihan Dior pada tahun ini.
Jom lihat kota fesyen mana lagi yang terpilih.
.
.
Rue Saint-Honore di Paris, Perancis
Sumber Foto: Instagram Dior
.
.
Plaza 66 di Shanghai, China
Sumber Foto: Instagram DiorSumber Foto: Instagram Dior
.
.
Ginza Six di Tokyo, Jepun
Sumber Foto: Instagram Dior
.
.
Menara 101 di Taipei, Taiwan
Sumber Foto: Instagram Dior
*
*
Hiasan krismas Dior di bandar manakah yang lebih menarik?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!