Laa ilaaha illallah adalah sebuah kalimat yang sangat agung bagi umat Islam.
Keimanan seseorang harus selalu diperharui agar tetap kukuh. Syeikh Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawi menyatakan Rasulullah shallallahu alaihi wasallam telah mengajari kita bagaimana caranya memperbaharui iman. Menurutnya cukup seseorang umat Islam memperbanyak mengucapkan kalimat “Laa Ilaaha Illaallah”
“Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah bersabda perbaharuilah keimanan kalian!” Ditanyakan,” “Ya Rasulullah, bagaimanakah kami memperbaharui iman kami? Baginda bersabda, “Perbanyaklah mengucapkan Laa Ilaaha Illaallah.” (HR Ahmad dan Thabrani).
Dipetik Republika, Syeikh Maulana Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi mengatakan, kalimat Laa Ilaaha Illaallah merupakan zikir yang paling utama.
Dari Jabir bin Abdillah, Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, zikir yang paling utama adalah Laa Ilaaha Illaallah dan doa yang paling utama adalah Alhamdulillah.” (HR Tirmidzi).
Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullah mengatakan, “Kalimat tauhid (Laa Ilaaha Illaallah) memiliki keutamaan yang sangat agung yang tidak mungkin boleh dikira.” Tapi kebanyakan kita tidak tahu keutamaan kalimat tauhid atau tahlil ini.
Berikut adalah tujuh keutamaan kalimat Laa Ilaaha Illaallah ;
Kalimat Laa Ilaaha Illaallah
1. Kalimat Laa Ilaaha Illaallah merupakan harga sebuah syurga.
Ads
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, “Barang siapa yang akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘laa ilaaha illallah,’ maka dia akan masuk syurga,” (HR. Abu Dawud no. 1621).
2. Kalimat Laa Ilaaha Illaallah adalah kebaikan yang paling utama,
Abu Dzar berkata, “Katakanlah padaku wahai Rasulullah, ajarilah aku amalan yang dapat mendekatkanku pada syurga dan menjauhkanku dari neraka.”
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Apabila engkau melakukan kejelekan (dosa), maka lakukanlah kebaikan kerana dengan melakukan kebaikan itu engkau akan mendapatkan sepuluh kebaikan.”
Lalu Abu Dzar berkata lagi, “Wahai Rasulullah, apakah ‘laa ilaaha illallah’ merupakan kebaikan?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Kalimat itu (laa ilaaha illallah) merupakan kebaikan yang paling utama. Kalimat itu dapat menghapuskan berbagai dosa dan kesalahan.”
3. Kalimat Laa Ilaaha Illaallah adalah zikir yang paling utama.
Dari Jabir rodhiyallohu ‘anhu, dari Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda: “Zikir yang paling utama adalah laa ilaaha illallah dan doa yang paling utama adalah Alhamdulillah,” (HR. Ibnu Majah, An Nasa’I Shohih Targhib wa Tarhib: 1526 ).
Ads
4. Kalimat Laa Ilaaha Illaallah adalah pelindung dari api neraka bagi orang yang beriman dan diharamkan tubuhnya dari api neraka yang menyala.
Dari Umar radhiyallahu ‘anhu ia berkata: Saya mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sungguh aku akan mengajarkan sebuah kalimat, tidaklah seorang hamba mengucapkannya dengan benar dari hatinya, lalu ia mati di atas keyakinan itu, kecuali (Allah) mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Iaitu kalimat laa ilaaha illallah,” (HR. Hakim-Shohih Targhib wa Tarhib: 1528).
Suatu saat Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam mendengar muadzin mengucapkan ‘Asyhadu allaa ilaaha illallah.’ Lalu Baginda mengatakan pada muadzin tadi, “Engkau terbebas dari neraka,” (HR. Muslim no. 873).
5. Kalimat Laa Ilaaha Illaallah adalah zikir dan perantara doa.
Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam Baginda bersabda, Musa berkata: Wahai Tuhanku ajarkanlah kepadaku sesuatu, yang aku akan berzikir dan berdoa kepadaMu dengannya.
Allah berfirman: Wahai Musa ucapkanlah Laa ilaaha illallah. Musa berkata: Wahai Tuhanku seluruh hambaMu mengucapkan kalimat ini. Allah berfirman: Wahai Musa! Seandainya langit tingkat tujuh dan apa yang ada di dalamnya serta bumi tingkat tujuh selain Aku diletakkan di suatu timbangan, dan laa ilaaha illallah diletakkan di timbangan yang lain, maka akan berat timbangan laa ilaaha illallah,” (HR. Ibnu Hibban, Hakim-Fathul Bari: 11/28).
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat (apabila) masih ada orang yang menyebut laa ilaaha illallah,” (HR. Ibnu Hibban, Ta’liqotul Hisan: 6809, Ash Shohihah: 3016).
7. Dzikir Laa ilaaha illallah pahalanya paling banyak.
Sebagaimana terdapat dalam shohihain (Bukhari-Muslim) dari Abu Hurairoh radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Baginda bersabda, “Barangsiapa mengucapkan ‘laa ilaaha illallah wahdahu laa syarika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay-in qodiir’ (tidak ada sesuatu yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kerajaan dan segala pujian. Dia-lah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu) dalam sehari sebanyak 100 kali, maka baginya sama dengan sepuluh budak (yang dimerdekakan), dicatat baginya 100 kebaikan, dihapus darinya 100 sikap buruk, dan dia akan terlindung dari syaitan pada siang hingga petang harinya, serta tidak ada yang lebih utama darinya kecuali orang yang membacanya lebih banyak dari itu,” (HR. Bukhari no. 3293 dan HR. Muslim no. 7018).
Dan masih banyak lagi keagungan–keagungan zikir tahlil “Laa ilaaha illaallah.” Marilah kita berzikir “laa ilaaha illaallah” sebanyak–banyaknya dengan hati yang tulus ikhlas di waktu pagi dan petang, sebagaimana firman Allah “Wahai orang–orang beriman, berzikirlah kepada Allah, sebanyak–banyaknya,” (Al- Ahdzab: 41).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sememangnya, Malaysia kaya dengan khazanah alam sekitar yang tidak ternilai harganya.
Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 795KM persegi. Namun bukan calang-calang ya apa yang boleh terokai di negeri ini! Kalau sebelum ini ramai yang beranggapan Perlis hanyalah ‘tempat persinggahan’ untuk ke Thailand dan Pulau Langkawi — namun kini Perlis sudah mula menjadi salah satu lokasi ‘hidden gem’ di Malaysia yang menawarkan ‘world-class tourism experience’ untuk semua!
Siapa sangka ada suasana ala diluar negara apabila fenomena hutan yang boleh bertukar warna. Lebih menarik lagi fenomena ini akan berlaku hanya setahun sekali di kawasan bukit batu kapur Kg, Syed Omar, Perlis.
Jadi, ikuti perkongsian daripada Perlis Nature and Wildlife (PNW) untuk mengetahui maklumat mengenai bukit ini dengan lebih lanjut.
Fenomena hutan bertukar warna di Perlis
Colour changing forest in Perlis. Hari ini PNW berkesempatan melawat lokasi hutan bertukar warna yang hanya berlaku setahun sekali di Perlis! Dijangka seawal hujung bulan kita dapat melihat fenomena perubahan warna pada pokok-pokok hutan ini di kawasan bukit batu kapur Kg. Syed Omar, Perlis. Nantikan.
Perkongsian berikut adalah gambar tahun lepas 2022 yang dirakamkan di tempat sama.
Setiap kali tiba musim angin timur (kemarau) di Perlis, PNW tidak sesekali melepaskan peluang untuk merakamkan gambar pokok-pokok dipterokarpa yang bertukar warna seperti di musim luruh.
Gambar: Perlis Nature Wildlife
Di Malaysia, flora batu kapur terdiri dari 1,250 spesis di mana beberapa peratus daripadanya adalah dari jenis pokok kayu dipterokarpa. Untuk negeri Perlis, jenis dipterokarpa pamah yang dapat dilihat di hampir semua bukit-bukit terdiri daripada spesis meranti, merawan, cengal, mersawa dan lain-lain. Ada di antara spesis tersebut dikelaskan berada di dalam kategori endemik Perlis, Langkawi dan Selatan Thailand.
Iklim sub tropika di negeri Perlis dengan purata tahunan taburan hujan 2,000 mm menjadikan pokok-pokok dipterokarpa hidup subur untuk pusingan berbunga setahun sekali bermula penghujung bulan April setiap tahun.
Gambar: Perlis Nature Wildlife
Ketika musim kemarau seawal Disember sehingga Mac, pokok-pokok ini akan mula meluruhkan daun sebelum kembali berputik di awal bulan April. Kitaran ini memberikan pemandangan seperti musim luruh yang hanya dapat dilihat di dinding-dinding bukit batu kapur.
Gambar-gambar berikut dirakamkan di Bukit Nyatoh, Kg. Syed Omar, Perlis kira-kira 9 kilometer dari Kangar. Perlis sedang mengalami musim angin timur yang sejuk pada waktu malam dan panas berangin pada waktu siang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai individu yang beragama Islam, sudah menjadi kewajipan kita untuk memastikan segala makanan yang diambil mempunyai status halal. Bukan ketika berada di luar negara sahaja, di negara kita sendiri juga tidak semua restoran atau makanan yang dijual adalah halal.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam, maka mereka juga bertanggungjawab dalam memastikan status halal yang melibat industri makanan. Mungkin kita sering tertanya-tanya bagaimana untuk mengenalpasti status halal yang disahkan oleh JAKIM ini, jadi kali ini kami ingin berkongsi sebanyak 84 logo halal daripada 46 buah negara seluruh dunia yang telah disahkan oleh JAKIM.
Informasi ini dikongsikan oleh Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Facebooknya dan logo-logo halal luar negara ini adalah senarai terbaru yang dibuat sehingga 1 Disember 2020.
Dengan adanya logo halal ini, pengguna boleh mengenalpasti logo-logo halal luar negara diiktiraf JAKIM pada produk import yang dijual dipasaran. Ia juga memberi kemudahan kepada pengimport untu mengenalpasti produk yang ingin diimport masuk ke Malaysia mempunyai sijil halal yang diiktiraf JAKIM bagi mengelakkan kerugian dan keraguan.
Selain itu, rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam yang akan melancong ke luar negara boleh menyimpan informasi tentang logo-logo halal diiktiraf JAKIM di negara yang dikunjungi.
Kredit foto: freemalaysiatoday.com
Korang juga boleh memuat turun dalam format PDF untuk senarai logo-logo tersebut setakat 1 Disember 2020, klik disini.
Dengan adanya perkongsian ini, maka tidaklah masyarakat Islam ragu-ragu lagi untuk memastikan status halal bagi restoran makanan di luar negara.
Minuman 3 in 1 menjadi pilihan kebanyakan daripada kita kerana ia mudah disediakan dan boleh dibawa kemana sahaja disebabkan saiznya yang kecil.
Minuman 3 in 1 sering dipromosikan sebagai minuman untuk tenaga, cepat, mudah dan pantas, mengandungi vitamin dan khasiat tambahan, fiber, kalsium dan ada juga yang mengeluarkan minuman segera ini bersama kandungan kacip fatimah, tongkat ali, ginseng dan macam-macam lagi.
Namun begitu, menurut Public Health Malaysia, sebenarnya jika ada minuman yang dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambah tenaga, vitamin atau khasiat, tetapi kandungannya amat SEDIKIT sekali.
Gambar hiasan
Ia tidak memberikan kesan dalam penjagaan kesihatan, sebalikya ia mengandungi kandungan gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.
Selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Antara minuman 3 in 1 yang menjadi pilihan ramai adalah Nescafe. Oleh yang demikian, seorang dietitian yang dikenali sebagai Mohd Khairul Azuan telah pun meletakkan aturan minuman sachet kopi ini. Beliau membuat perbandingan mengikut label nutrisi masing-masing.
Jadi, korang boleh pilih mengikut keperluan dan rajinkan membaca label.
Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, korang disarankan untuk memilih minuman yang rendah kalori.
Pesakit kencing manis pula tidak digalakkan minum, tetapi kalau nak minum juga, pilih yang rendah gula.
Untuk mengurangkan lemak, pilih yang rendah lemak.
Secara keseluruhan, Nescafe Blend & Blew boleh dikatakan seimbang untuk peminat minuman 3 in 1. Latte caramel bolehlah diminum untuk hari yang terlalu stress, dan yang lain-lain itu perlu fikir sendiri bila nak minum.
Kalau boleh, elakkan minum minuman sachet ini, tetapi jika memang nak minum juga, kurangkan dan pilihlah mengikut apa yang telah diajar oleh dietitian ini.