Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Sempena Hari Bapa tahun ini, Remaja ingin menyenaraikan antara beberapa filem tentang kisah seorang ayah yang korang boleh tonton bersama keluarga.

Banyak mesej dan pengajaran yang disampaikan menerusi filem-filem ini. Jom kita lihat antara filem-filem menarik berkaitan dengan bapa.

1. Onward

Mengisahkan tentang Ian dan Barley Lightfoot yang merupakan adik beradik bunian yang tinggal di pinggir bandar sebuah dunia fantasi, di mana manusia tidak wujud. Sebaliknya ia didiami oleh makhluk seperti bunian, troll, ikan duyung dan macam-macam lagi. Suatu hari, kedua-dua remaja itu memulakan pengembaraan demi meneroka jika masih ada lagi kuasa magik di dunia.

Mereka berharap untuk menggunakan kuasa magik bagi meluangkan masa sehari bersama bapa mereka, yang meninggal ketika mereka masih kecil. Apabila salah seorang daripada mereka cuba menghidupkan semula bapa mereka menggunakan satu sihir, hanya bahagian bawah badan bapa mereka yang muncul. Memandangkan sihir itu hanya bertahan selama 24 jam, mereka perlu mencari jalan untuk mengembalikan bahagian atas badan bapa mereka sebelum terlambat.

IKLAN

2. The Pursuit of Happyness

Mengisahkan tentang seorang ayah yang sanggup bekorban hingga menghancurkan rumahtangganya demi untuk memberi anak lelakinya kehidupan yang lebih baik. Bab paling sedih ialah bilamana Will dan anaknya terlalu miskin dan melarat sehinggakan terpaksa tidur di dalam tandas awam.

3. I Am Sam

Kisah menyayat hati seorang bapa angkat yang mempunyai IQ rendah dan mempunyai seorang anak angkat yang bijak.

4. The Game Plan

Seorang bintang bolasepak Amerika yang tiba-tiba terpaksa menjaga anak perempuannya yang agak nakal apabila kekasihnya meninggal dunia. Daripada seorang yang bersikap berpoya-poya. The Rock perlahan-lahan berubah menjadi seorang bapa yang amat bertanggungjawab.

IKLAN

5. Raya and The Last Dragon

Menceritakan tentang sebuah tanah naga yang wujud daripada 5 puak, namun tidak lagi didiami oleh naga kecuali hanya tinggal seekor naga yang bernama Susi. Ketika kuasa jahat menyerang tanah tersebut, seorang pejuang wanita yang dikenali sebagai Raya mencari naga terakhir, Susi yang dipercayai boleh menyelamatkan masyarakat dunia daripada terus menjadi batu. Susi juga berusaha untuk menghidupkan ayahnya yang telah menjadi batu.

6. Papadom

Kisah seorang bapa yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga isterinya terbunuh dalam satu kemalangan. Sejak itu, dia bersumpah untuk menjaga anak tunggal perempuannya dengan baik. Cuma, dia bersifat terlalu mengongkong sehingga membuatkan anaknya tidak selesa.

IKLAN

7. Definitely Maybe

Kisah seorang anak perempuan yang bergilir-gilir dijaga oleh ibu bapanya yang dah bercerai. Semasa si anak dijaga oleh bapanya, mereka memaksa bapanya bercerita tentang kisah cinta ayahnya itu dari mula sehingggalah bapanya itu bertemu dengan ibu anak tersebut.mud

Bagi mereka yang berhati lembut dan mudah menangis, sediakanlah tisu sebelum menonton ya kerana filem-filem ini mampu membuatkan korang mengalir air mata. Hiks!

Selamat menonton!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI