Seorang lagi selebriti K-pop telahpun mengadakan acara Fan Meeting di Kuala Lumpur semalam. Kali ini, tiba giliran ahli grup Astro dan pelakon K-drama, Cha Eun-Woo.

 

Bertempat di Cheras Kuala Lumpur, Eun-Woo yang menginjak populariti sebagai seorang pelakon sejak drama bersiri popular Rookie Historian: Goo Hae Ryung berjaya memenuhkan seluruh dewan dengan peminat yang rata-rata merupakan remaja belasan tahun.

Nyanyikan Lagu Aizat Amdan, Fans Puji Effort Cha Eun-Woo Hafal Lirik BM

Acara fan-meeting ‘Just One 10 Minute’ di Kuala Lumpur tersebut merupakan acara terakhir dalam siri jelajah Eun-Woo yang sebelum ini bertandang ke Hong Kong, Taipei, Bangkok dan Manila.

Tak hairanlah apabila ada peminat yang sanggup ‘terbang’ dari luar negara semata-mata untuk berjumpa idola mereka ini di depan mata.

*

Sepeeti kebiasaan di acara fan-meeting, ia akan dipenuhi dengan sesi nyanyian beberapa buah lagu, permainan di atas pentas dan juga interaksi dengan penonton.

IKLAN

Cuma apa yang membezakan fan-meeting semalam adalah apabila Eun-Woo memberikan effort untuk menyanyikan lagu ‘Sampai Ke Hari Tua’ nyanyian asal Aizat Amdan!

Menurut sumber terdekat, lirik tersebut telah ditulis semula dalam tulisan Hangul untuk memudahkan Eun-Woo menghafal dan hasilnya, ramai yang terpaku semasa dia mula menyanyikan bait, “Jika ‘ku radio dan engkau lagunya..”

*Melting*

*

IKLAN

Di samping itu, penonton turut mengetahui beberapa info terbaru mengenai Eun-Woo melalui sesi kenal.

Jom tengok apa yang dijawab olehnya semalam:

Nyanyikan Lagu Aizat Amdan, Fans Puji Effort Cha Eun-Woo Hafal Lirik BM

Warna pakaian yang membuatkan kamu selesa: Biru

IKLAN

Bagaimana kamu describe Kuala Lumpur: Langit Biru

Nickname kepada peminat Malaysia: Sky

Apakah yang kamu selalu pegang semasa tertidur: Smart phone

Bagaimana kamu mendapat nickname Felix: Saya mendapatnya semasa di kelas tusyen Bahasa Inggeris. Felix bermaksud Lelaki Bertuah.

*

There you go! Yang penting seluruh dewan tidak berhenti memberikan sokongan kepadanya. Kami berharap agar Eun-Woo akan kembali ke Malaysia bersama ahli grup Astro yang lain.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI