Selepas kejayaan Mael Totey The Movie, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal mengangkat Muhammad Syahmi Sazli sebagai Ikon Pengarah Muda. Pengiktirafan ini diberi kerana melihat usaha anak muda ini dengan arahan karya pertama filemnya yang berjaya mengutip lebih RM7 juta di Astro First.
Menurut Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, sebuah majlis apresiasi bagi menghargai individu yang berjaya dalam bidang perfileman negara akan diadakan pada awal tahun hadapan.
Syahmi Sazli dilihat bukan sahaja berjaya dalam usahanya tetapi juga telah mengangkat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk turut sama menjayakan filem tersebut. Pemuda ini telah membuktikan bahawa dia mampu berjaya tanpa meminta bantuan pihak lain, termasuklah FINAS.
Ads
Zakaria turut menegaskan bahawa pengarah muda yang lain juga perlu menghasilkan karya yang dikehendaki golongan muda yang bukan hanya tertumpu kepada kisah stereotaip sebaliknya lebih kepada membawa anak muda untuk membina bangsa dan negara menerusi karya mereka.
“Kita tidak mahu berterusan kisah cinta seperti orang kaya berkahwin dengan orang miskin tetapi mesti mempunyai idea bagaimana dapat memberi semangat kepada golongan muda dalam membina negara,” jelasnya lagi.
Syahmi juga memberitahu bahawa dia merancang untuk menghasilkan sebuah lagi filem baru pada hujung tahun hadapan dan akan memulakan penggambaran dijangka pada Mac 2021.
Ads
“Kejayaan Mael Totey akan menjadi perangsang kepada saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan akan menggunakan pelakon yang sama untuk filem berlatarbelakangkan kehidupan rakyat Kelantan,” katanya.
Orang kuat Mael Totey The Movie
Syabas kami ucapkan buat Syahmi Sazli dan team produksinya kerana berjaya membuka mata masyarakat Malaysia dengan menghasilkan karya-karya asli yang pastinya mampu menarik perhatian penonton.
Diharap kejayaan anak Kelantan ini dapat memberikan inspirasi kepada ramai lagi anak muda untuk mereka terus berjuang dan tidak berputus asa.
Bagi yang telahpun menonton filem epik Joker di pawagam sejak 3 minggu lalu, pastinya korang tak terlepas daripada merasa kagum dengan sinematografi filem tersebut.
Walaupun masih mengambil tempat di Gotham City aka New York seperti filem-filem Batman sebelum ini, namun ada perbezaan untuk Joker berdasarkan jalan ceritanya.
Lokasi pilihan pengarah tampak lebih ‘dark’ dan real.
Antara yang kekal dalam ingatan penonton ialah adegan Joker menaiki dan menurun tangga tinggi.
Di pra-klimaks filem itu pula, Joker dilihat menari sambil menuruni tangga tersebut sebelum dikejar oleh 2 orang pegawai polis.
Well, kini tangga yang terletak di 167th Street (di antara Jerome & Anderson Avenue), Bronx New York itu telah berubah menjadi lokasi popular untuk mengambil foto OOTD; terutamanya di kalangan pelancong.
Jom lihat 6 foto kegemaran kami yang dimuat naik oleh peminat filem Joker. Aihh, jealous-nya! Kami pun nak ke sana.
.
.
.
.
.
Peringatan bagi korang yang berniat untuk ke sana. Kawasan tersebut dikategorikan sebagai tak selamat.
Pelancong juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan bergerak dalam kumpulan.
Buatnya Joker sebenar keluar nanti…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik pejam celik, dah 13 tahun rupanya grup popular K-pop Girl’s Generation (SNSD) muncul dengan lagu debut Into The New World. Sampai ke hari ini, lagu itu masih menjadi di antara lagu kegemaran penulis!
Sempena hari istimewa ini, SNSD telahpun berjaya berkumpul semalam. Walaupun kini sibuk dengan kerjaya dan kehidupan solo masing-masing di lokasi berbeza segenap dunia, lapan orang ahlinya masih mampu untuk meluangkan masa bersama.
Taeyeon, Tiffany, YoonA, Yuri, Hyoyeon, Sooyoung, Sunny dan Seohyun kelihatan cukup ceria dalam foto yang dimuat naik oleh YoonA menerusi akaun Instagram-nya sebentar tadi. Obviously, bekas ahli SNSD, Jessica Jung tidak kelihatan dalam foto tersebut.
Walaupun SNSD tidak lagi sama seperti semasa masih mempunyai 9 orang ahli (bagi pendapat penulis), namun persahabatan di antara 8 orang ahlinya itu cukup hebat.
*
REMAJA ingin mengimbas semula 13 stail berbeza SNSD. Seriously, setiap satu daripadanya adalah cukup ikonik dan masih diingati ramai sehinggalah ke hari ini.
Kami senaraikan mengikut yang 0 err – kurang kami minati sehinggalah stail terbaik yang pernah SNSD sarungkan.
13
Paparazzi
12
Time Machine
11
The Boys
10
Kissing You
09
I Got A Boy
08
Mr. Taxi
07
Into The New World
06
Girl’s Generation
05
Hoot
04
Run Devil Run
03
Oh!
02
Gee
01
Tell Me Your Wish (Genie)
Korang setuju dengan senarai REMAJA ini?
Semalam, YoonA mengumumkan tidak lagi akan menyambung kontrak bersama jenama innisfree selepas 11 tahun setia menjadi duta mereka.
Jom lihat apa produk kegemaran YoonA keluaran innisfree yang diamalkan oleh YoonA untuk mendapatkan kulit flawless.
Siapa kata selebriti tempatan bukan daripada kelompok golongan yang berpendidikan?
Semakin zaman merubah, semakin jelas daya keinginan selebriti di Malaysia untuk memiliki segulung ijazah dalam bidang yang mereka minat. Malahan, ada juga dalam kalangan mereka yang sanggup mengenepikan seketika soal kerjaya dunia hiburan demi memastikan jurusan yang diikuti dalam ditamatkan dengan keputusan membanggakan.
Salah satu jurusan paling popular yang pernah diambil oleh selebriti Malaysia tentuanya adalah jurusan undang-undang. Tidak hairanlah mereka ini cukup cergas dan bijak apabila mengutarakan hujah-hujah pendapat sewaktu sesi temubual bersama media!
Jom lihat lima selebriti pilihan REMAJA yang pernah bergelar graduan perundangan.
FATHIA LATIFF
Ya, nama Fathia Latiff cukup hangat diperkatakan pada minggu ini setelah foto beliau bersama fail kes di sebuah firma guaman tersebar luas dan disalah erti oleh sesetengah pihak yang menyangka dirinya kini bergelar peguam.
Fathia menjelaskan bahawa dia tidak berkhidmat sebagai peguam. Sebaliknya, dia kini bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman.
Cuma apa yang pasti, Fathia pernah bergelar penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang lepasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sehingga tahun 2014.
Yuna
Penyanyi yang telahpun menempah nama di peringkat antarabangsa, Yunalis Dato’ Mat Zara’ai atau lebih terkenal dengan nama pentasnya, Yuna merupakan salah seorang penyanyi tempatan yang sejak awal dikenali sebagai selebriti bijak.
Hadir dengan imej penyanyi berhijab pada tahun 2009 yang pada waktu itu bukanlah suatu kebiasaan dalam industri seni hiburan tempatan, barulah ramai yang menyedari bahawa Yuna merupakan graduan Undang-Undang daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM). Begitupun, Yuna pada masa itu sudah menyatakan beliau tidak bercadang mempraktikkan undang-undang sebagai kerjaya.
Fahrin Ahmad
Patutlah petah berkata-kata sebagai seorang pengacara program bual bicara, graduan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang rupanya! Fahrin merupakan produk keluaran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Menariknya, Fahrin pernah belajar di dalam satu kampus yang sama dengan isterinya, Elena Eleas lebih 20 tahun yang lalu! Kongsinya, mereka bergambar untuk pertama kalinya sewaktu majlis makan malam matrikulasi pengajian undang-undang. Namun pada waktu itu, mereka hanya saling mengenali tetapi tidak berkawan sehinggalah masing-masing membawa haluan hidup sendiri selama 7 tahun.
Lisa Surihani
Yes! Datin Lisa Surihani yang merupakan suri hati (see what we did there, hehe) kepada pelakon dan pengarah, Datuk Yusry Abdul Halim ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Aberystwyth University di Wales, United Kingdom.
Biarpun tidak mengamalkan apa yang dipelajarinya itu ke dalam kerjaya seharian apabila Lisa terlebih dahulu mengukir populariti menerusi bidang lakonan, Lisa merupakan salah seorang selebriti tempatan yang cukup aktif memperjuangkan isu-isu penting dan semasa sehinggakan beliau dilantik sebagai duta Dana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Kanak-Kanak (UNICEF) pada tahun 2017.
AZWAN ALI
Haa, jangan pandang Diva AA sebelah mata tau! Azwan Haji Ali sememangnya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mementingkan penddiikan. Azwan yang memulakan kerjaya sebagai pembaca berita dan pengacara di saluran TV3 sekitar lewat era 1990-an kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991.
Tidak hairanlah pada tahun 2018, Azwan yakin untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 di Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa sebagai calon bebas dengan menggunakan logo gajah bagi menentang abangnya, Datuk Seri Azmin Ali. Penglibatan Azwan dalam kancah politik pada waktu itu diperbualkan oleh semua platform media namun akhirnya, beliau tewas juga dalam perebutan kerusi apabila sekadar meraih 90 undi.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi yang pernah mencipta nama menerusi Akademi Fantasia, Nubhan, kembali menjadi tumpuan bukan kerana lagu terbaru, tetapi kerana kejayaan luar biasanya dalam bidang pertanian...