Ramai sedia maklum, bukan saja Selebriti, bahkan rakyat Korea gemar untuk membuat pembedahan plastik untuk tampak lebih cantik dan tampan.
Namun tak semua, artis Korea melakukan pembedahan plastik untuk tampil cantik dan runcing. Perubahan wajah mereka juga boleh disebabkan oleh diet yang ketat dan penurunan berat badan.
Lihat transformasi mereka ini.
Jihyo TWICE
Bercerita mengenai diet artis Korea, Jihyo TWICE adalah salah satu bukti diet mampu mengubah wajah seseorang setelah penurunan berat badan. Boleh dilihat wajah Jihyo sebelum TWICE terbentuk hampir lebih kurang sama. Tapi sekarang memang lebih tirus dan wajahnya lebih tajam.
Seolhyun AOA
Ads
Sama seperti Jihyo, gambar lama Seolhyun masih boleh kita kenal. Tapi ada satu perubahan drastik pada bentuk wajahnya yang membuatkan Seolhyun kelihatan semakin jelita dari dulu. Hal ini berpunca dari diet yang diamalkannya sehingga muka idol kpop ini nampak lebih kecil dan sempurna.
Bae Suzy
Memang tidak boleh diragukan, Bae Suzy bertuah memiliki wajah cantik sejak dilahirkan. Tapi seperti kebanyakan artis Korea, mereka berusaha diet bersungguh-sungguh untuk tampil menawan.
Mina Gugudan
Ads
Mina Gugudan memang mengakui pernah melakukan rutin diet yang ketat hingga hanya mengambil rumpai laut dan salad sahaja. Setelah turun 13kg, korang boleh nampak hasil transformasi pada wajah Mina ini. Fuhh!
Umji GFriend
Penampilan Umji dulu memang comel dek kerana pipinya yang chubby. Tapi seiring dengan peredaran masa dan umur, idol ini sekarang kelihatan lebih tirus dan runcing. Ehhh…tapi jangan salah sangka ia bukan kerana pembedahan plastik namun ramai peminat menganggap ia hasil dari rutin dietnya.
Ads
Song Jieun
Song Jieun yang dahulunya ahli kumpulan SECRET juga pernah mengamalkan diet yang ketat. Hasilnya, seiring dengan penurunan berat bdan, pipinya yang dulu chubby kini nampak lebih tirus dan gorgeous sangat.
Lizzy
Wajah Lizzy dalam kumpulan girlband After School memang jelas berbeza dari awal pembabitan hingga ke sekarang. Satu perubahan yangdrastik ialah dari pipi yang tembam kepada pipi yang lebih tirus yang membuatkan wajahnya tampak lebih kecil dari sebelumnya. Hal ini juga kerana hasil diet yang diamalannya.
Wah, penulis terinspirasi terus tengok wajah tirus dorang ni. Okay esok start diet balik lah…hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bulan ini terdapat 9 lagi drama Korea terbaharu yang bakal ditayangkan. Antara yang menjadi pilihan adalah drama enam episod lakonan Ji Chang Wook dalam The Sound Of Magic yang akan ditayangkan di saluran Netflix.
Selain itu, banyak lagi drama menarik yang bakal mencuri hati penonton dan berikut adalah senarai kdrama terbaharu bulan Mei 2022.
Doctor Lawyer
Mengisahkan tentang pakar bedah yang bertukar kerjaya menjadi seorang peguam setelah kehilangan segalanya. Han Yi Han, seorang Peguam Penyelewengan Perubatan yang pernah menjadi doktor dengan kelayakan dalam dua bidang pakar perubatan, mempunyai kepakaran dalam bidang pembedahan umum dan pembedahan toraks.
Woori the Virgin
Drama ini menceritakan tentang seorang wanita yang begitu menjaga kesuciannya, namun akibat kecuaian ahli perubatan dia akhirnya hamil. Oh Woo Ri pergi ke klinik Pakar Wanita dan Sakit Puan untuk pemeriksaan rutin, dek kerana kesilapan doktor wanita ini hamil sebab disuntik sperma.
Eve
Lee La-El dan keluarganya telah dimusnahkan oleh seorang yang mempunyai kuasa, dia memutuskan untuk membalas dendam demi dirinya dan keluarganya dengan menunggu selama 13 tahun.
Bloody Heart
Mengisahkan tentang Ayahanda Lee Tae menggulingkan raja dengan bantuan Park Gye Won dan ayahandanya menjadi raja dinasti baharu. Selepas menggantikan ayahandanya itu, Lee Tae kemudiannya memegang takhta raya dan mahu memerintah kerajaan sebagai raja dengan kuasa mutlak, tetapi dihalang oleh Perdana Menteri Park Gye Won. Park Gye Won lebih berkuasa dan berpengaruh daripada raja.
Welcome To Wedding Hell
Drama ini berkisarkan tentang sepasang kekasih yang sudah menjalinkan hubungan selama dua tahun dan bakal berkahwin. Sewaktu membuat persiapan perkahwinan, mereka menghadapi banyak masalah.
Kiss Sixth Sense
Kisah tentang Ye Sul yang boleh melihat masa hadapan apabila mencium seseorang. Dia secara tidak sengaja tercium leher majikannya dan ‘melihat’ mereka akan tidur bersama pada masa akan datang.
Rose Mansion
Drama bergenre thriller ini mengungkap kebenaran disebalik kehilangan kakaknya. Ji Na pergi ke pangsapuri Rose Mansion, kediaman ibu bapanya dan di sana dia menghadapi sebuah kes yang tidak dijangka. Dia tidak boleh mempercayai penduduk di Rose Mansion dan Ji Na mencari kebenaran tentang kehilangan kakaknya dengan bantuan Detektif Min Soo.
There Is No Go Pil Soo
Kisah bromance yang merupakan pemilik restoran ayam dan lelaki berimpian besar yang menjalani pelbagai pasang surut dalam kehidupan.
The Sound of Magic
Yoon A Yi merupakan seorang pelajar sekolah menengah tetapi perlu menyara adiknya dengan bekerja sambilan. Dia tidak tahu di mana ibu dan bapanya berada. Walaupun hidup susah, dia sentiasa menduduki tempat teratas di sekolah dalam bidang akademik. Menampilkan lakonan Ji Chang Wook bersama Choi Sung Eun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas lebih kurang setahun edisi Dewi Remaja 2018/2019 melabuhkan tirainya, Aween Ismail yang merupakan finalis dan juga Dewi Inspirasi sudah mula berjinak-jinak dalam industri lakonan tanah air.
Bermula dengan drama Setelah Terlafaznya Akad, Aween kini mengorak langkah setapak lagi apabila bakal membintangi telefilem Mael Totey The Movie arahan Youtuber popular, Syahmi Sazli.
“Sebenarnya dari akhir tahun lalu Syahmi ada menghubungi Aween dan bertanyakan soal harga bayaran jika hendak bekerjasama. Alhamdulillah, pada awal Jun lalu kami telah bersepakat untuk turut sama menjayakan telefilem Mael Totey The Movie,”
“InsyaAllah penggambaran bakal dimulakan pada 12 Julai ini dan adakan lokasinya adalah 100 peratus dijalankan di Kelantan. Cerita Mael Totey The Movie ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang inginkan seorang wanita dan dia berusaha keras bagi mendapatkannya dengan melakukan pelbagai usaha. Apa yang menariknya, korang bakal lihat watak Aween yang berbeza dengan kehidupan sebenar,”
Mungkin ada yang tidak faham dengan maksud Totey yang menjadi tajuk bagi telefilem ini, Aween turut menjelaskan maksud sebenar perkataan tersebut.
“Ramai juga yang ingin tahu apa yang dimaksudkan Totey dalam tajuk cerita ni. Ia sebenarnya adalah gelaran bagi orang Kelantan, di mana kalau namanya Ismail, Totey tu macam satu gelaran bagi mereka sahaja,” jelasnya.
Khabarnya, Mael Totey The Movie asalnya akan ditayangkan di pawagam tetapi terpaksa dibatalkan gara-gara wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara. Oleh yang demikian, telefilem ini akan ditayangkan di Astro First pada penghujung tahun ini.
Selain Aween Ismail, telefilem ini juga turut dibintangi sendiri oleh pengarahnya, Syahmi Sazli serta Yoe Parey, Asif, Catriona Ross dan Emaleen Minhad.
“Harapan Aween agar Mael Totey The Movie ini dapat sambutan daripada para penonton, dan paling penting korang dapat pengajaran daripada telefilem ini kerana ia bukan hanya sekadar cerita. Jangan lupa langgan Astro First untuk menonton lakonan Aween nanti. Hehe..,” sambungnya lagi.
Sama-sama kita nantikan telefilem Mael Totey The Movie ini dan pastinya banyak adengan lucu yang bakal menghiburkan korang nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat ‘OG’ naskah drama serta filem keluaran Korea Selatan sejak era 90-an hingga awal dekad milenium, pastinya korang tahu betapa sukarnya mereka untuk meraih perhatian penonton dunia serta pengkritik antarabangsa biarpun rata-rata naskah mereka mempunyai jalan cerita menarik, para pelakon berbakat serta mempunyai elemen ‘relatablity’ dengan para penonton.
But good things do come to those who wait.
Sejak kebelakangan ini, industri perfileman serta drama Korea Selatan semakin mendapat tempat di hati para pengkritik. Mungkin disebabkan gelombang populariti dalam kalangan peminat. Mungkin juga disebabkan peluang untuk naskah-naskah ini menemui segmen penonton baharu menerusi platform penstriman atas talian seperti Netflix, iQIYI, VIU dan macam-macam platform seumpamanya.
Apapun, industri K-movie dan K-drama semakin ke hadapan dan semakin berani untuk membuktikan kreativiti serta kualiti yang dimilikinya.
Sekiranya pada tahun 2020, filem Parasite menang besar di Anugerah Akademi menerusi enam kategori (wow!) iaitu Filem Terbaik, Filem Antarabangsa Terbaik, Pengarah Terbaik, Skrip Asal terbaik Rekaan Produksi Terbaik dan Suntingan Terbaik; pada tahun 2021 dan 2022, dua lagi insan telah membanggakan industri perfileman Korea Selatan.
Mereka ialah Youn Yuh-jung yang dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Akademi 2021 menerusi filem Minari dan terbaru, O Yeong-su yang diangkat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Siri, Minisiri atau Filem Televisyen menerusi drama Squid Game di Anugerah Golden Globes 2022 yang berlangsung (atau secara teknikalnya tidak dilangsungkan) baru-baru ini.
Kini, tiba giliran untuk pencalonan Anugerah SAG atau Screen Actor Guilds Awards pula diumumkan dan menariknya, drama Squid Game sekali lagi tercalon menerusi kategori lakonan!
Pelakon utamanya, Lee Jung-jae tercalon bagi kategori Persembahan Pelakon Lelaki Terbaik bagi watak Seung Gi-Hun, Persembahan Aksi Terbaik bagi Barisan Stun dan Persembahan Barisan Pelakon Terbaik dalam Drama Bersiri.
Satu lagi nama yang membanggakan kem Squid Game tentunya ialah Jung Ho-yeon yang dicalonkan bagi kategori Persembahan Pelakon Wanita Terbaik dan bakal bersaing dengan nama-nama besar Hollywood seperti Jennifer Aniston (The Morning Show), Elisabeth Moss (The Handmaid’s Tale), Reese Witherspoon (The Morning Show) dan Sarah Snook (Succession).
Perkhabaran ini cukup membanggakan bukan saja untuk industri perfileman Korea Selatan tetapi juga bagi industri perfileman Asia. Ini kerana mereka mencatat sejarah sebagai drama siri pertama bukan dalam bahasa Inggeris dan drama siri dari Korea Selatan pertama yang memperolehi pencalonan di Anugerah SAG.
Wow, just wow.
Menerusi temubual bersama siaran JTBC News semalam, Hoyeon berkata dia baru saja pulang ke Korea Selatan dari Paris, Perancis dan masih diletakkan dalam tempoh kuarantin.
Apa yang membuatkan dia (dan semua peminatnya) berbangga dengan pencalonan ini adalah kerana Squid Game merupakan naskah lakonan pertamanya, EVER. Sebelum ini, Hoyeon merupakan peragawati antarabangsa sepenuh masa yang telah berjalan untuk pelbagai rumah fesyen semasa musim minggu fesyen untuk bertahun-tahun lamanya.
Kini setelah dia baru saja menjejakkan kaki ke dalam bidang lakonan menerusi drama Squid Game, bakat lakonannya terus mendapat pengiktirafan. Benar, populariti drama bersiri Netflix itu mungkin memainkan peranan. Namun harus diingat, pencalonan dan kejayaan di Anugerah SAG adalah di atas pemilihan para pelakon dan karyawan sendiri; bukannya oleh sebilangan ahli komitee. Ini membuatkan Anugerah SAG lebih istimewa kerana ia merupakan pengiktirafan daripada seorang penggiat seni kepada penggiat seni yang lain.
Kongsi Hoeyon yang tersenyum lebar sepanjang temubual tersebut, “Semasa saya bertugas di Perancis, saya mendapat tahu saya tercalon. Saya amat berterima kasih. Pada masa yang sama, saya juga rasa bersyukur dan terharu kerana (pencalonan ini) bukanlah sesuatu yang saya jangkakan.
“Seingat saya semasa diberitahu mengenainya, saya amat terkejut. Dengan beberapa pencalonan yang kami terima ini, saya berharap kami akan membawa pulang kategori barisan pelakon terbaik dan saya juga berharap agar Jung Jae akan memenangi kategorinya,” ujarnya.
Apabila ditanya sekiranya dia tidak mengharapkan kemenangan untuk dirinya sendiri, kata Hoyeon, dia berterima kasih ke atas peminatnya yang selalu menyokong. Baginya, untuk dicalonkan bagi kategori pelakon wanita sudah mencukupi untuknya dan kategori barisan pelakon adalah lebih bermakna kerana mereka dapat sama-sama berkongsi kejayaan tersebut.
“Nama pasukan stun kami ialah Best Stunt, jadi saya berharap agar nama itu membawa tuah untuk kami bawa pulang satu lagi trofi yang dicalonkan. Selain itu, saya juga berharap agar Jung Jae juga akan memenangi kategorinya,” tambah Hoyeon yang juga kini mencatat sejarah apabila diletakkan sebagai penghias kulit hadapan (cover) majalah Vogue Amerika Syarikat.
Ini kerana Hoyeon merupakan cover girl pertama kelahiran Asia yang menghiasinya secara solo dalam sejarah 130 tahun penerbitan majalah Vogue.
“Saya juga terkejut apabila mendapat tahu mengenainya; tetapi saya merasakan ia adalah satu langkah besar yang wajar berlaku sekarang. Saya berhaap agar lebih ramai penggiat seni dari Asia yang akan menerima peluang dalam pelbagai pasaran di luar sana,” katanya.
KLIK pautan video di bawah untuk menonton temubual penuh JTBC News bersama Jung Hoyeon.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!