Bulan ini terdapat 9 lagi drama Korea terbaharu yang bakal ditayangkan. Antara yang menjadi pilihan adalah drama enam episod lakonan Ji Chang Wook dalam The Sound Of Magic yang akan ditayangkan di saluran Netflix.

Selain itu, banyak lagi drama menarik yang bakal mencuri hati penonton dan berikut adalah senarai kdrama terbaharu bulan Mei 2022.

Doctor Lawyer

Mengisahkan tentang pakar bedah yang bertukar kerjaya menjadi seorang peguam setelah kehilangan segalanya. Han Yi Han, seorang Peguam Penyelewengan Perubatan yang pernah menjadi doktor dengan kelayakan dalam dua bidang pakar perubatan, mempunyai kepakaran dalam bidang pembedahan umum dan pembedahan toraks.

Woori the Virgin

Drama ini menceritakan tentang seorang wanita yang begitu menjaga kesuciannya, namun akibat kecuaian ahli perubatan dia akhirnya hamil. Oh Woo Ri pergi ke klinik Pakar Wanita dan Sakit Puan untuk pemeriksaan rutin, dek kerana kesilapan doktor wanita ini hamil sebab disuntik sperma.

Eve

Lee La-El dan keluarganya telah dimusnahkan oleh seorang yang mempunyai kuasa, dia memutuskan untuk membalas dendam demi dirinya dan keluarganya dengan menunggu selama 13 tahun.

IKLAN

Bloody Heart

Mengisahkan tentang Ayahanda Lee Tae menggulingkan raja dengan bantuan Park Gye Won dan ayahandanya menjadi raja dinasti baharu. Selepas menggantikan ayahandanya itu, Lee Tae kemudiannya memegang takhta raya dan mahu memerintah kerajaan sebagai raja dengan kuasa mutlak, tetapi dihalang oleh Perdana Menteri Park Gye Won. Park Gye Won lebih berkuasa dan berpengaruh daripada raja.

Welcome To Wedding Hell

Drama ini berkisarkan tentang sepasang kekasih yang sudah menjalinkan hubungan selama dua tahun dan bakal berkahwin. Sewaktu membuat persiapan perkahwinan, mereka menghadapi banyak masalah.

Kiss Sixth Sense

Kisah tentang Ye Sul yang boleh melihat masa hadapan apabila mencium seseorang. Dia secara tidak sengaja tercium leher majikannya dan ‘melihat’ mereka akan tidur bersama pada masa akan datang.

IKLAN

Rose Mansion

Drama bergenre thriller ini mengungkap kebenaran disebalik kehilangan kakaknya. Ji Na pergi ke pangsapuri Rose Mansion, kediaman ibu bapanya dan di sana dia menghadapi sebuah kes yang tidak dijangka. Dia tidak boleh mempercayai penduduk di Rose Mansion dan Ji Na mencari kebenaran tentang kehilangan kakaknya dengan bantuan Detektif Min Soo.

There Is No Go Pil Soo

Kisah bromance yang merupakan pemilik restoran ayam dan lelaki berimpian besar yang menjalani pelbagai pasang surut dalam kehidupan.

IKLAN

The Sound of Magic

Yoon A Yi merupakan seorang pelajar sekolah menengah tetapi perlu menyara adiknya dengan bekerja sambilan. Dia tidak tahu di mana ibu dan bapanya berada. Walaupun hidup susah, dia sentiasa menduduki tempat teratas di sekolah dalam bidang akademik. Menampilkan lakonan Ji Chang Wook bersama Choi Sung Eun.

Selamat menonton!

Sumber: (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=aY99IasZDjI

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI