Selepas lebih kurang setahun edisi Dewi Remaja 2018/2019 melabuhkan tirainya, Aween Ismail yang merupakan finalis dan juga Dewi Inspirasi sudah mula berjinak-jinak dalam industri lakonan tanah air.
Bermula dengan drama Setelah Terlafaznya Akad, Aween kini mengorak langkah setapak lagi apabila bakal membintangi telefilem Mael Totey The Movie arahan Youtuber popular, Syahmi Sazli.
“Sebenarnya dari akhir tahun lalu Syahmi ada menghubungi Aween dan bertanyakan soal harga bayaran jika hendak bekerjasama. Alhamdulillah, pada awal Jun lalu kami telah bersepakat untuk turut sama menjayakan telefilem Mael Totey The Movie,”
Ads
“InsyaAllah penggambaran bakal dimulakan pada 12 Julai ini dan adakan lokasinya adalah 100 peratus dijalankan di Kelantan. Cerita Mael Totey The Movie ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang inginkan seorang wanita dan dia berusaha keras bagi mendapatkannya dengan melakukan pelbagai usaha. Apa yang menariknya, korang bakal lihat watak Aween yang berbeza dengan kehidupan sebenar,”
Mungkin ada yang tidak faham dengan maksud Totey yang menjadi tajuk bagi telefilem ini, Aween turut menjelaskan maksud sebenar perkataan tersebut.
Ads
“Ramai juga yang ingin tahu apa yang dimaksudkan Totey dalam tajuk cerita ni. Ia sebenarnya adalah gelaran bagi orang Kelantan, di mana kalau namanya Ismail, Totey tu macam satu gelaran bagi mereka sahaja,” jelasnya.
Ads
Khabarnya, Mael Totey The Movie asalnya akan ditayangkan di pawagam tetapi terpaksa dibatalkan gara-gara wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara. Oleh yang demikian, telefilem ini akan ditayangkan di Astro First pada penghujung tahun ini.
Selain Aween Ismail, telefilem ini juga turut dibintangi sendiri oleh pengarahnya, Syahmi Sazli serta Yoe Parey, Asif, Catriona Ross dan Emaleen Minhad.
“Harapan Aween agar Mael Totey The Movie ini dapat sambutan daripada para penonton, dan paling penting korang dapat pengajaran daripada telefilem ini kerana ia bukan hanya sekadar cerita. Jangan lupa langgan Astro First untuk menonton lakonan Aween nanti. Hehe..,” sambungnya lagi.
Sama-sama kita nantikan telefilem Mael Totey The Movie ini dan pastinya banyak adengan lucu yang bakal menghiburkan korang nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengacara dan pelawak, Jihan Muse kini sedang hamil cahaya mata ketiga.
Berita gembira tersebut didedahkan sendiri oleh suami tercintanya yang juga pelakon, Ungku Hariz dengan memuat naik hantaran video membuat kejutan kepada ahli keluarga mereka tentang kehamilan itu.
“Berita yang tak dijangka dan reaksi yang tidak disangka,” coretnya dalam hantaran tersebut.
Bahkan, ada segelintir yang berharap agar hos rancangan realiti Gegar Vaganza itu memiliki cahaya mata perempuan pula, pada kali ini.
Sekadar info, Jihan dan Ungku mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq dan Ungku ltamis Barr.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tiga tahun telah berlalu sejak Gantung The Series ditayangkan menerusi platform penstriman atas talian.
Begitupun, pengaruh dan populariti novel Gantung yang diadaptasi menjadi sebuah drama bersiri 16 episod kekal di ingatan serta hati semua pembaca serta penontonnya.
Bagi kelompok peminat setia Gantung, keinginan untuk menonton sekuel bagi siri ini tentulah ada. Begitu juga semangat buat pasukan produksinya yang tercari-cari momen terbaik untuk meneruskan jalan cerita menerusi pembikinan filem Gantung The Movie pula.
Bercakap di sesi Facebook Live Reunion dengan para pelakon Gantung seperti Randy Pangalila, Ikmal Amry, Brandon Salim, Mentari De Marelle, Hafreez Adam dan Gita Sucia bersama-sama orang penting di belakang tabir iaitu Shamyl Othman serta Susan Lankester, penulis novel Gantung iaitu Nadia Khan menyifatkan sokongan peminatlah yang terus membakar semangat mereka bagi menjayakan projek ini.
“Alhamdulillah. Selepas beberapa tahun berlalu, peminat novel dan siri Gantung masih terus setia menyokong karya ini. Jadi, reunion pada hari ini adalah untuk semua peminat yang pastinya gembira dapat melihat para pelakon Gantung kembali bersama.
“Peminatlah yang memastikan Gantung kekal relevan dan dibincangkan di semua platform media sosial. Oleh itu, doakan segalanya berjalan lancar buat kami semua dari team Gantung,” ujarnya pada sesi tersebut.
BANYAK perkara-perkara menarik yang sempat dibincangkan. Malah, ada juga poin-poin penting yang akan membuatkan korang tersenyum mengetahui.
Lets see some of the scoops we gained from this reunion.
.
Bilakah Penggambaran Gantung The Movie Akan Bermula?
“Semuanya bergantung kepada keadaan semasa kerana sekarang kita semua masih dalam era pandemik COVID-19. Jadi pertama sekali, kita perlu memastikan semua pihak dalam keadaan yang selamat untuk kita menjalankan penggambaran.”
Adakah Jalan Cerita Lebih Serius?
“Menerusi pembikinan filem ini, saya rasa kita (penonton) sudah bersedia untuk membincangkan isu-isu penting yang memerlukan kesedaran di kalangan remaja.”
Kongsikan Sesuatu Yang Istimewa Tentang Gantung The Movie
“Kita sedang dalam proses rakaman runut bunyi original bagi filem ini. Dan siapa tahu jika ada di antara pelakon filem Gantung akan menyanyikannya.”
And What Else.. *Come On Nadia & Shamyl*
“Selain itu, ada beberapa babak menarik yang kami sedang rancang. Kami juga akan menambah lebih banyak babak di luar set sekolah kerana akan ada beberapa acara istimewa sepanjang filem ini. So we will get to dress them up a little bit and that will be really fun.”
“Masih ada beberapa karakter dalam filem ini yang masih belum ditemukan dengan pelakon yang sesuai. Watak-watak utama yang ditonton dalam siri terdahulu akan kembali. Dan kita juga akan melihat beberapa watak cameo tapi belum waktunya lagi untuk kami dedahkan siapa.
Rindu Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang
“Bercakap mengenai lokasi penggambaran di sekolah, pihak produksi sedang cuba untuk mendapatkan lokasi yang sama demi mengekalkan visual jalan ceritanya.
Bagaimana Proses Pelakon Dari Indonesia Untuk Ke Malaysia?
“Sebaik saja para pelakon ditempatkan di ruang kuarantin selama tujuh hari (besar kemungkinan hanya untuk pelakon dari Indonesia seperti Randy Pangalila, Brandon Salim, Mentari De Marelle dan Gita Sucia), produksi akan mempelbagaikan aktiviti agar mereka tidak merasa bosan dan terus produktif. Malah, sesi pembacaan skrip juga akan dilakukan semasa kuarantin.”
*
Fuhh, banyak juga ‘rahsia’ menarik yang dikongsikan oleh Nadia dan Shamyl sepanjang lebih dua jam mereka bertemu secara virtual di Facebook pada hari ini.
Sebelum mengakhiri sesi berkenaan, Nadia mewakili para pelakon dan produksi Gantung telah berterima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan reunion pada hari ini.
“Saya tahu kita sudah lama menantikan projek ini untuk diteruskan. Penantian itu ternyata adalah satu penyiksaan; bukan saja buat penonton tetapi juga kepada kami yang terlibat dalam pembikinan filem ini.
“Tapi kami tetap bersemangat meneruskan produksi ini demi memastikan peminat mendapat buah tangan dari kita semua. Gantung The Movie adalah sebuah filem yang mendapat dana sepenuhnya daripada orang ramai.
“Oleh itu, paling kurang yang boleh kami janjikan buat peminat Gantung adalah untuk melakukan yang terbaik demi kepuasan tontonan mereka,” simpulnya dalam sesi live tersebut.
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul yang sering kali membuat penampilan ‘lain daripada yang lain’ ketika membuat persembahan. Boleh dikatakan apa sahaja yang digayakan oleh selebriti ini pastinya berjaya menarik perhatian orang ramai.
Terbaharu, sekali lagi Aina Abdul mencuri perhatian ramai ketika membuat persembahan pembukaan di Anugerah industri Muzik ke-23 (AIM23) malam tadi. Buat kali ini rata-rata peminat dan netizen tertarik dengan busana yang dipakai Aina.
Persalinan Putih Mewah Rekaan Rizman Ruzaini
Mengenakan hasil karya pereka terkenal. Rizman Ruzaini, Aina dilihat sangat cantik dengan busana putih berhias jemeki kristal dan lengan mega berteman pelepah ostrich mewah.
“Alhamdulillah, selesai persembahan di AIM. Thank you to my glam team yang siapkan Aina malam ni (11/9). I love every bit of this look. And to my sound team yang memudahkan perjalanan nyanyian Aina.”-Tulis Aina di Instagram
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata peminat membanjiri hantaran Aina di Instagram dengan kata-kata pujian terhadap penampilan penyanyi lagu Sumpah itu.
Foto via Instagram Aina AbdulFoto via Instagram Aina Abdul
Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa Aina memang nampak sangat cantik dan menawan malam tadi!
Sekadar info, Aina Abdul membuat persembahan pembukaan pada malam tadi di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!