
Dah ramai yang teruja dengan sistem update ios 11 bagi pengguna iPhone.
Ada yang dah update ke. Amacam best tak? Namun, bagi mereka yg belum update software terbaru ini, ada beberapa kemungkinan yang boleh berlaku sekiranya korang update sistem ini dengan menggunakan wifi.
Menurut IFix iOS Studio, berikut merupakan tip-tip yang korang boleh ikut sebelum mengemaskini software terbaru Apple.

– Jangan update guna WIFI ??
(OTA : On The Air )
– Backup iPhone anda menggunakan iTunes
– Pastikan Laptop / Macbook anda telah install LATEST VERSION ITUNES
– Wifi yang stabil ketika proses update menggunakan iTunes.
Kesan-kesan yang mungkin dialami
1. Stuck APPLE logo ketika proses update
2. Sistem akan HANG
3. Wifi Greyed out
4. Battery Drain
5. No Service
6. Camera blank


Dan berikut merupakan senarai iPhone yang support ios 11:
1. IPHONE 5S
2. IPHONE SE
3. IPHONE 6
4. IPHONE 6 PLUS
5. IPHONE 6S
6. IPHONE 6S PLUS
7. IPHONE 7
8. IPHONE 7 PLUS
9. IPHONE 8
10. IPHONE 8 PLUS
11. IPHONE X
Sumber: Facebook IFix iOS Studio
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Murid Kantoi Merokok Didenda Merokok Oleh Guru Besar Di Indonesia

Tidak dapat dinafikan bahawa rokok merupakan antara masalah yang membelenggu golongan remaja di sekolah. Apatah lagi jika rokok boleh didapati dengan mudah dan murah seperti di negara Indonesia.
Masalah merokok di kalangan palajar bukanlah satu perkara baru. Malah jika kita bertanya kepada generasi yang lebih tua terutamanya yang merokok pasti mereka akan bererita seribu satu kisah tentang pengalaman mereka berdepan dengan guru di sekolah.
Ada yang ditangkap dan tidak kurang juga ada yang berjaya mengaburi mata guru dengan pelbagai helah dan taktik.

Walau bagaimanapun berbeza pula dengan apa yang berlaku di sebuah seolah di Indonesia baru-baru ini. Seorang guru besar di sebuah sekolah rendah telah memaksa sekumpulan pelajar lelaki yang berusia 8 tahun merokok sebagai denda mereka ditangkap kerana merokok.
Ia kedengaran agak aneh bukan?
Menurut laporan kejadian ini berlaku di sebuah seolah rendah di Sukabumi, Indonesia pada 3 November yang lalu. Di dalam sebuah rakaman video, sekumpulan murid-murid lelaki dilihat sedang merokok dengan rasa segan silu. Malah ada di antara mereka kelihatan terpinga-pinga dengan bentuk hukuman begitu.
Kumpulan murid yang terdiri daripada 11 orang itu ditangkap di sebuah taman permainan di sekolah mereka kerana merokok. Mereka kemudian di bawa ke bilik guru besar untuk menantikan bentuk hukuman yang diterima. Namun, mungkin jauh sekali dalam fikiran mereka akan didenda dalam bentuk begini.
BACA: 10 Kostum Halloween Selebriti Paling Vass Tahun 2018!
Mereka kemudian berbaris dalam satu barisan dan diberikan rokok untuk dihisap. Guru besar yang dikenali dengan nama Tati Maelati itu menegaskan tindakannya adalah untuk ‘mengajar’ tentang keburukan merokok kepada mereka.
Bentuk hukuman yang aneh ini kemudiannya telah menyebabkan kemarahan daripada golongan ibu bapa. Selain itu badan kebajikan kanak-kanak juga telah meminta penjelasan daripada pihak sekolah kerana membiarkan perkara ini berlaku.
Macam-macam hal.
Tiga bulan sebelum ini berlaku juga satu kes di Sumatra, Indonesia di mana sekumpulan pelajar dipaksa memakan tembakau selepas ditangkap merokok.
Bagi REMAJA ini bukanlah satu bentuk hukuman tetapi lebih kepada bersikap sangat bertentangan dengan larangan yang ingin dilakukan. Membiarkan kanak-kanak merokok adalah satu perkara terkutuk apatah lagi menyuruh mereka melakukannya.
Hopefully perkara seperti ini tidak berlaku di negara kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kenapa Gadis Datang Haid Dilarang Daki Gunung Agung, Bali. Gunung Ini Juga Dikatakan Tempat Dewa Berkumpul

Bali, pulau pelancongan yang mendapat tempat di hati jutaan pelancong kerana keindahan alam semulajadinya. Pemandangan yang cukup indah menyaksikan matahari naik dan turun menjadikan pulau ini tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Pernah digemparkan dalam satu serangan bom pada tahun 2002 di mana seramai 202 orang mati selain 209 cedera yang mana tragedi ini kemudiannya dinamakan Bom Bali 2002. Malah penyerang-penyerangnya sudah menerima hukuman mati atas perbuatan ganas tersebut.
Terkini, dalam tempoh dua hari ini, semakin ramai penduduknya dipindahkan kerana gunung berapinya, Gunung Agung sudah mulai mengeluarkan asap dan amaran sudah dikeluarkan oleh pihak pemerintah kerana pada bila-bila masa, Gunung Agung yang menjadi kebanggaan masyarakat di Bali akan memuntahkan larvanya tanpa terduga.

Apa yang perlu diketahui tentang Gunung Agung? Semak senarai 10 sebab mengapa Gunung Agung penting bagi masyarakat Hindu di pulau ini.
a) Gunung Agung merupakan tempat bersemayamnya dewa-dewa suci.
b) Di Gunung Agung juga terdapat Istana Dewata.
c) Gunung ini dianggap sebagai gunung paling suci oleh penduduknya.
d) Gunung Agung dianggap sebagai “pusat bumi”.
e) Terdapat sumber mata air jika melakukan pendakian dari Pura Besakih ke Gunung Agung yang dianggap suci oleh masyarakat setempat. Tidak boleh sembarangan orang yang mengambilnya. Jika mahu mengambilnya juga, harus melakukan upacara sembahyang terlebih dahulu.
f) Kerana gunung ini gunung suci, perempuan yang dalam haid dilarang sama sekali mendaki gunung ini.
g) Terdapat banyak sekali upacara adat yang dilakukan di Gunung Agung setiap tahun. Masyarakat Hindu di sini akan menyajikan haiwan seperti kambing dan kerbau hidup yang akan dicampakkan ke dalam kawah berapi ini. Malah mereka juga akan menyajikan buah-buahan kepada Dewa Monyet Hanuman. Fungsi upacara ini untuk mengingatkan umat agar menjaga kelastarian alam sekitar di sekitar tempat-tempat suci ini.
h) Dilarang sama sekali mendaki gunung ini jika masyarakatnya sedang mengadakan upacara besar di Pura Besakih atau pun Pura Pasar Agung kerana jika melanggar adat ini, akan berlaku musibah tidak terduga.
i) Satu upacara dinamakan Wana Kertih akan diadakan demi mewujudkan satu hubungan kelastarian likungan dan keharmonian alam untuk tidak berlakuknya bencana. Letusan gunung berapi dipercayai terjadi kerana sikap manusia yang berbuat keburukan malah upacara itu diadakan untuk terus menjalin hubungan yang baik dengan penjaga gunung tersebut.
j) Jika berlaku musibah seperti orang hilang atau meninggal dunia, masyarakat harus mengadakan upacara ritual untuk kembali menyucikan Gunung Agung.
k) Jika haiwan bertindak turun dari gunung secara tiba-tiba, itu tandanya bahawa Gunung Agung akan meletus.

1148 mati akibat terkena lahar panas Gunung Agung
Jika Gunung Merapi di Yogjakarta pada 2010 mencetuskan simpati orang ramai kerana penjaga gunungnya, Mbah Marijhan enggan turun selepas gunung berapi itu mulai meletus, Gunung Agung mencatatkan letusan lebih daripada itu. Bukan sekali tetapi sudah tujuh kali bermula dari tahun 1808.
Kali terakhir Gunung Agung memuntahkan lahar panasnya pada tahun 1963 di mana seramai 1148 penduduknya mati. Terkini, selepas 120 tahun “tertidur” 2017 bakal mencatatkan sejarah bagi Pulau Bali kerana pihak kerajaan sudah mengeluarkan amaran tahap empat yang gunung ini bakal meletus bila-bila masa. Malah puluhan ribu penduduknay sudah mulai dipindahkan kerana asap putihnya sudah mulai tebal dan bakal meragut ribuan nyawa jika tidak melakukan pemindahan segera.
Bila Gunung Agung mulai memuntahkan laharnya?
a) Letusan 1808
Gunung Agung meletus disertai wap dan abu vulkanik. Gunung ini melontarkan abu dan batu apung dalam jumlah luar biasa. Jejak sejarahnya adalah bukit-bukit batu yang mendominasi topografi Kabupaten Karangasem ketika ini.
b) Letusan 1821
Selepas 13 tahun kejadian pertama, gunung ini kembali meletus untuk kali keduanya. Malangnya, letusan kali ini tidak di dokumentasikan dengan sempurna dan tiada sejarah dicatatkan mengenai letupan kali kedua ini.Ini merupakan kali kedua aktivitas Gunung Agung sejak 1808. Sayangnya sejarah letusan 1821 tidak terdokumentasikan dengan baik. Letusan yang berlangsung saat ini adalah letusan normal.

c) Letusan 1843
Letusan kali ini disertai dengan gempa yang kuat. Gunung Agung telah memuntahkan laharnya seperti abu, pasir dan batu apung. Letusan turut berlaku pada tahun 1908, 1915 dan 1917, di mana kawah Gunung Agung memuntahkan laharnya.
d) Letusan 1963
Letusan ini berlaku hampir setahun iaitu pada 18 Februari 1963 dan berakhir pada 27 Januari 1964. Muntahan larva ini telah mengorbankan 1148 orang dan 296 mengalami luka-luka. Majoriti mati akibat awam panas yang dapat dirasai sejauh 70 km persegi. Letusan ini bermula dengan gempa bumi yang ringan yang dapat dirasakan oleh penduduk Kampung Yeh Kori. Sehari selepas itu, gempa turut dirasai di Kampung Kubu iaitu kira-kira 11 km dari kawah gunung Agung.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
#GirlPower: Wanita Islam Pertama Pakai Hijab Ketika Bertugas Di Mahkamah AS, Kenali Hakim Nadia Kahf

Mungkin ramai yang menganggap individu yang beragama Islam sukar menempa kejayaan di luar negara, terutamanya di negara yang didominasi oleh masyarakat bukan Islam.
Tambahan lagi bagi wanita yang berhijab.
ARTIKEL BERKAITAN : Dalam Sejarah, Saima Mohsin Wanita Muslim Pertama Jadi Peguam Besar Wilayah Amerika Syarikat
Namun, sebenarnya tanggapan ini tidak benar kerana terdapat banyak pengiktirafan antarabangsa yang telah meraikan individu Muslim berpengaruh dengan mengambil kira imej positif yang ditonjolkan.

Terbaru , seorang peguam muslimah berjaya menjadi tumpuan dunia apabila beliau dilantik menjadi hakim memakai hijab pertama di Mahkamah Tinggi New Jersey, lapor media tempatan seperti dilaporkan Agensi.
Wanita yang dimaksudkan ialah Nadia Kahf, walaupun Nadia bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai tudung di kamar mahkamah.
Nadia yang merupakan lulusan undang-undang dan berasal dari Syria, mengangkat sumpah jawatan kelmarin dengan menggunakan kitab suci al-Quran, demikian menurut laman web berita tempatan, North Jersey.

Wanita itu akan berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah selepas Gabenor New Jersey, Phil Murphy mencalonkannya setahun lalu.
Sejak 2003, beliau telah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey iaitu sebuah pertubuhan hak-hak sivil Muslim di mana Nadia kini berkhidmat sebagai Pengerusi.
Beliau juga merupakan penasihat undang-undang kepada Wafa House iaitu sebuah agensi antikeganasan rumah tangga yang berpangkalan di bandar Clifton dan Nadia juga merupakan Pengerusi Pusat Islam Daerah Passaic.
Wah, hebatnya wanita ini…
BACA LAGI : 10 Individu Muslim Yang Diiktiraf Dunia, Bukti Islam Tidak Sekat Kejayaan
Sumber : (1)
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

