Ramadan datang lagi! Umat muslim di seluruh dunia pasti teruja akan kehadiran Ramadan yang sentiasa ditemani dengan pelbagai juadah lazat. Namun, Ramadan juga hadir dengan penambahan baharu yang indah kepada rutin harian seorang Muslim iaitu solat tarawih. Sungguh menakjubkan apabila melihat para lelaki, wanita dan kanak-kanak tanpa mengira umur dan darjat bergegas ke masjid selepas berbuka puasa.
Namun selepas seharian berpuasa, sesetengah dari kita mungkin akan berasa penat dan lesu untuk menunaikan ibadah sunat tersebut. Berikut adalah beberapa langkah praktikal yang boleh membantu anda menikmati tarawih Ramadan kali ini:
Ingatkan diri anda peluang ini hanya muncul sekali dalam setahun
Antara alasan yang acap kali diberikan untuk menghalang kita daripada pergi ke masjid ialah kerja yang berlambak, homework dan assignment yang membukit. Maka, tanamkan dalam diri – “Ia hanya sekali setahun”. Diriwayatkan oleh Abu Huraira: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda mengenai Ramadan, “Sesiapa yang solat malam di dalamnya (bulan Ramadhan) kerana Iman yang ikhlas dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni segala dosanya yang telah lalu.” (Sahih Bukhari: Jilid 3, Buku 32, Nombor 226)
Ads
Tinggalkan hal duniawi di rumah
Pastikan semua kerja anda diuruskan sebelum anda berangkat ke masjid. Rancang hari anda supaya segala urusan seperti kerja rumah dan assignment diselesaikan terlebih dahulu agar ibadah tarawih dapat dilaksanakan dengan aman. Bak kata mat saleh; clean space equals to clean mind.
Pergi ke masjid dengan kawan atau keluarga
Dengan cara ini, semua orang dapat mengimarahkan lagi masjid dan saling memberi semangat sekiranya ada yang berasa lesu mahupun mengantuk. Anda juga boleh carpool (kongsi kereta) bersama rakan-rakan anda terutama bagi mereka yang menetap di kawasan kejiranan yang berdekatan. Balik dari masjid bolehlah singgah ke restoran mamak untuk pekena teh tarik dan roti canai.
Ads
Pastikan anda hadir ke masjid awal
Faktor masa amatlah penting bagi mengelakkan dari rasa tergopoh-gopoh. Sebaiknya, hadirlah ke masjid 5-10 minit sebelum solat bermula. Sebaik sahaja sampai, anda boleh menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan mengisi masa dengan membaca Al-Quran.
Jangan lupa bawa botol air
Ads
Suasana di masjid yang panas, bahang dan berhimpit-himpit akan menyebabkan anda rasa tidak selesa. Maka, bawalah botol air bersama anda untuk menyegarkan diri sepanjang waktu. Untuk meningkatkan kebaikan dan pahala, anda boleh bawa beberapa tambahan botol air untuk disedekahkan pada jemaah lain yang solat di masjid tersebut.
Perlulah diingati bahawa setiap perbuatan dan ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadhan akan berlipat ganda dan dirahmati. Maka rebutlah peluang yang ada dengan mengerjakan solat sunat tarawih dan amalan sunat yang lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Pexels
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TGV Cinemas meraikan pelancaran lokasi terbaru mereka, TGV Pavilion Bukit Jalil, dengan persekitaran yang lebih inovatif, menarik, dan interaktif untuk meningkatkan pengalaman tontonan filem. Wowwww!
Dilengkapi dengan 16 dewan dan 1,555 jumlah tempat duduk, setiap dewan dilengkapi dengan 100% skrin digital, kerusi rehat yang selesa, dan ruang kaki yang luas untuk keselesaan optimum.
TGV Cinemas juga telah bekerjasama dengan Mattel South Asia untuk menyediakan “City of Play” terbesar di TGV Pavilion Bukit Jalil, dengan keluasan 2,041 kaki persegi.
Kalau korang nak tahu, TGV Pavilion Bukit Jalil ini juga merupakan pawagam pertama di Malaysia yang menawarkan IMAX dengan Laser System dan 12-Channel Sound Technology, yang memberikan pengalaman tontonan filem yang imersif dan multidimensional yang lebih realistik serta kualiti gambar yang lebih cerah dan realistik dengan kontras warna yang lebih dalam. Barulah syok dan puas layan movie!
Penonton filem dialu-alukan untuk bersantai dan bersosial di ruang rehat yang direka mengikut tema filem sambil menikmati Wi-Fi kelajuan tinggi percuma yang tersedia di seluruh kawasan pawagam.
Lokasi TGV baharu ini juga mempunyai tiga dewan Indulge yang eksklusif untuk pengalaman menonton filem premium serta dua dewan Beanie, di mana para penonton boleh menonton filem dalam pod beanbag.
Good news for Marvel fans!
Korang berkesempatan untuk menyaksikan filem Marvel Studios’ The Marvels dalam IMAX bermula dari 9 November 2023 untuk pengembaraan sinematik yang tiada tandingan di TGV Pavilion Bukit Jalil!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: TGV
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun sudah agak lama meninggalkan padang sebagai seorang pemain bola sepak profesional England, lagenda kontemporari David Beckham masih tidak henti-henti menyokong pasukan negara kelahirannya itu dari belakang.
Setiap kali muncul acara atau kejohanan besar seperti UEFA EURO 2020 yang sedang berlangsung di sekitar benua Eropah, kelibat David di tempat duduk penyokong pasti dapat ‘ditangkap’ oleh peminat bola sepak.
Kali ini, David tidak keseorangan apabila beliau muncul bersama-sama anak terunanya, Romeo Beckham ketika perlawanan ‘Battle of Britain’ di antara England dan Scotland.
Bertempat di Stadium Wembley pada hujung minggu lalu, mereka berdua kelihatan persis abang dan adik apabila masing-masing segak menyarungkan sut biru gelap dan tali leher seiras.
Tambahan pula dengan warna rambut Romeo dalam tona bleached blonde, remaja berusia 18 tahun itu persis ayahnya sewaktu zaman muda.
Wajah Dabid semasa masih mewakili pasukan England saling tidak tumpah seperti anaknya, Romeo. Tambahan pula dengan stail rambut bleached blonde terbaru Romeo.David bersama lagenda bola sepak kontemporari England dan bekas ahli sepasukannya, Robbie Keane.
Selain sempat bertemu dengan Robbie Keane, nampaknya kehadiran David dan Romeo adalah tanpa bekas pemain England lain.
Mereka berdua juga dilihat lebih selesa berdiri sambil menyaksikan aksi di padang Wembley. Ada ketikanya, jelas dari riak wajah mereka perasaan cemas semasa perlawanan berlangsung; namun masing-masing masih enjoy dengan prestasi kedua-dua buah pasukan biarpun terikat dengan skor 0-0.
Untuk pengetahuan, berbanding adik beradik lelakinya seperti Brooklyn, 22 dan Cruz, 16; Romeo lebih selalu tampil di stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak terutamanya yang melibatkan pasukan England.
Terdahulu, duta terbaru jenama YSL itu dilihat memberikan sokongan semasa England menentang Croatia pada 13 Jun dengan menyarungkan jersi pemain kelab England berusia 21 tahun, Phil Foden.
Kini setelah England layak ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik dan bakal berentap dengan Jerman pada 30 Jun ini, mungkin sekali kita akan melihat kelibat Romeo yang setia memberikan sokongannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tandas atau bilik air yang cantik dan selesa memang diimpikan oleh setiap pemilik kediaman, tidak kiralah sama ada kecil atau besar ruangannya, yang penting sedap mata memandang.
Bilik air bukan hanya perlu bersih sahaja, namun korang juga perlu memastikan segala perkakasan di dalamnya disusun atur dengan kemas. Barangan seperti syampu, perapi rambut, berus gigi, pencuci muka dan sebagainya haruslah diletakkan pada kedudukan yang betul agar tidak menjadikan ruang bilik air korang bersepah dan tidak teratur.
Berikut kami senaraikan antara oranganizer bilik air yang korang boleh beli di Shopee dengan harga yang berbaloi.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.