Kulit adalah organ terbesar bagi manusia, sebab itu kita harus memeliharanya dengan baik.
REMAJA syorkan untuk manjakan kulit badan dengan rangkaian krim atau losyen badan. Senang sahaja, selepas mandi atau sebelum tidur sapukan losyen badan keseluruhan badan. Jangan lupa leher sekali okay!
Ini 5 losyen badan pilihan REMAJA :
Supergoop! Glowscreen Body SPF 40 PA+++
Sama ada anda suka atau tidak, pelindung matahari perlu dipakai pada setiap hari untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang memberikan kesan yang berbahaya. Popular dalam produk yang melindungi kulit daripada sinaran UV, Supergoop! melancarkan satu losyen badan khas buat korang yang gemar kulit berkilauan, terutamanya pada musim panas.
Ads
Losyen ini tetap melembapkan kulit disamping memberikan efek sedikit kilauan dengan mineral yang memantulkan cahaya. Tambahan, ia memberikan perlindungan SPF 40 dari sinar matahari dan sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit memang terasa lembut, halus dan kembali bernafas. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Aveeno Daily Moisturizing Body Lotion With Broad Spectrum SPF 15
Oatmeal koloidal yang menenangkan bukan sahaja dapat mengisi kelembapan tanpa kerengsaan, tetapi juga berfungsi untuk mengunci kelembapan itu. Tambahan, tidak ada wangian tambahan, jadi sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai hidung sensitif.
Origins: Ginger Souffle
Ads
Bau segar halia sangat mengagumkan, itu belum lagi sesudah anda menyapu krim ini dikeseluruhan badan memang terasa segar sangat! Tinggi hidrasi dan sesuai pada kulit samada dibawah suhu panas atau sejuk. Adunan dari Olive Oil, Grape Seed Oil, Rice Bran Oil dan Apricot Kernel Oil melembutkan kulit kering anda dan daya penyerapan sangat cepat serta tidak melekit.
Crabtree & Evelyn: Pomegranate & Argan Oil
Krim badan ini telah diuji oleh ahli dermatologi jadi tiada apa yang perlu anda risau lagi. Pelembab yang menyerap terus ke dalam kulit meninggalkan wangian yang manis dan enak. Kaya dengan kebaikan minyak argan, pistachio dan minyak biji anggur. Kalau anda suka krim dengan haruman mewah cubalah krim dari Crabtree & Evelyn sangat berbaloi.
Vaseline: Total Moisture
Ads
Siapalah tak suka dengan produk Vaseline kan? Lupakan sebentar jeli petroleum tapi gunakan rangkaian losyen badan Total Moisture yang langsung tidak melekit dan mudah menyerap. Kandungan nutrien dan penggunaan teknologi multi-layer moisture sesuai untuk rawatan dan penjagaan kulit kering. Wanista pilih Vaseline Total Moisture dari Aloe Fresh tapi kalau anda kulit kering yang kritikal, cuba Vaseline Total Moisture (botol kuning).
The Face Shop Body: Hand & Body Shiffon Cream
Tidak melekit dan mengandungi kebaikan Shea Butter untuk mengekalkan kelembapan pada kulit berpanjangan. Kebanyakan losyen yang berbau harum boleh beri kesan iritasi pada kulit tapi tidak dari krim The Face Shop ini. Haruman dari buah-buahan buat krim badan ini tidak jemu disapu dan yang paling penting ia sangat baik untuk kulit badan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hhm, tak apalah Zizi. Kami tak nak makan supper selepas jam 10 malam lagi.
Menurut sebuah kajian yang dikeluarkan oleh Jurnal Kanser Antarabangsa pada 17 Julai lalu,persatuan itu telah memberi amaran mengenai bahana makan selepas jam 10 malam ataupun masuk tidur dengan perut penuh selepas makan lewat malam (supper).
Kata mereka, tabiat supper selepas jam 10 boleh meningkatkan risiko dua jenis kanser yang paling kerap dihadapi di seluruh dunia sebanyak 20%! Dua jenis kanser itu adalah kanser payudara dn kanser prostat.
Mamak port wajib untuk supper!
Kajian ini juga disokong oleh laporan CNN yang mendapati, ada hubung kait yang kuat di antara risiko menghidapi kanser dan masa makan malam seseorang.
Para saintis telah bertemu 621 orang pesakit kanser prostat dan 1,205 pesakit kanser payudara. Hasil kajian, saintis mendapati kebanyakan para pesakit ini selalunya bekerja pada syif malam dan terlalu ‘longgar’ atau fleksibel dalam menetapkan jadual masa harian.
Ini bermakna, mereka cenderung untuk makan pada lewat malam sebelum tidur. Err aku lah tu!
Burger outlet pun salah satu punca ketagih makan lewat malam.
Bagi penulis, bukanlah bermakna tak boleh mengambil supper sekali-sekala. Namun jangan jadikannya habit harian demi kesihatan masa depan okay.
Biar pemakaiannya hanya terhad di dalam tetapi pemakaian tuala wanita begitu penting buat golongan wanita. Jika orang zaman dahulu lebih senang dengan menggunakan percaan kain batik lusuh tetapi tranformasi dunia tentang keselesaan wanita ketika datang haid menjadikan tuala wanita begitu penting hari ini.
Jika sebelum ini warnanya biasa-biasa sahaja tetapi corak batik bagi edisi terhad jenama tuala wanita terkenal Kotex® ini cukup dikagumi. Bukan sahaja menggabungkan fungsi dengan fesyen, malah melambangkan satu inisiatif untuk memperkasa kaum wanita.
Lebih menarik, batik Edisi Terhad Kotex® menawarkan rekaan dengan pelbagai warna yang terang, berani, serta menampilkan motif-motif halus yang melambangkan batik Malaysia, namun telah dipermodenkan untuk wanita muda yang mengidamkan aliran fesyen terkini.
Batik Edisi Terhad Kotex® menawarkan rekaan dengan pelbagai warna yang terang, berani, serta menampilkan motif-motif halus yang melambangkan batik Malaysia.
Pembungkusannya menampilkan rekaan kreatif artisan-artisan dari Batik Boutique, iaitu sebuah perusahaan sosial yang bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40). Kerjasama dengan Batik Boutique merupakan satu lagi impak positif daripada pergerakan global, #SHECAN Kotex® yang bertujuan memperkasa kaum wanita untuk mencapai apa jua kejayaan yang diidamkan.
“Kami telah menerapkan batik ke dalam pembungkusan Kotex kami dengan cara yang menyeronokkan, bagi menginspirasikan kaum wanita muda untuk menzahirkan perasaan mereka dengan sikap positif, iaitu ‘Haid atau Tidak, Dia Mampu’. Produk penjagaan wanita tidak seharusnya bersifat konvensional dan bosan. Justeru, kami berharap rekaan-rekaan yang berani ini akan memberikan ciri keunikan kepada Kotex, di samping menerapkan unsur keseronokan dan fesyen ke dalam tuala wanita kami,” demikian kata Frenissa Lagman, Pengurus Pemasaran, Kimberly-Clark.
“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan artisan-artisan wanita yang menakjubkan di Batik Boutique untuk memperkasa dan membolehkan mereka menampilkan rekaan mereka kepada rakyat Malaysia. Mereka benar-benar mencerminkan semangat pergerakan #SHECAN Kotex, dan merupakan sumber inspirasi kepada kaum wanita tidak kira di mana.”
Batik Edisi Terhad Kotex® kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara, dan didatangkan dengan satu aksesori fesyen yang menarik, iaitu satu beg kantung bergaya yang direka khas untuk edisi terhad ini.
Pergerakan #SHECAN Kotex® telah menjana perubahan positif dalam masyarakat di peringkat global untuk membantu wanita muda mengatasi kebimbangan terhadap haid dan menangkis stereotaip jantina, supaya mereka mampu menjadi juara serta berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki untuk mengejar cita-cita mereka.
Kotex® melancarkan #SHECAN FUND di Malaysia pada tahu lalu untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita dan gadis muda untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang yang kurang diwakili oleh wanita, baik dalam bidang seni, pendidikan, mahupun keusahawanan.
Yeay, jangan lupa dapatkan jenama kesukaan ramai edisi terhad ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang perhatikan kepada stail yang digemari oleh lelaki muda zaman sekarang, ada satu perkara yang diidamkan semua lelaki.
MISAI dan JAMBANG.
Sama ada korang suka atau tidak, di Malaysia, trend berjambang ini sedikit sebanyak bertitik-tolak daripada ‘pelopor’ gaya tersebut iaitu influencer dan pelakon, Wak Doyok. Tetapi kalau difikirkan balik, Wak Doyok pun terpengaruh dengan gaya pelakon, A. Galak dari siri televisyen Gerak Khas. Hehe.
Tak kisahlah siapa yang berjambang terlebih dahulu, apa yang penting adalah sepanjang bulan November ini, lebih ramai selebriti dan lelaki secara amnya yang membela misai dan jambang. Berapa kali korang suruh lelaki cukur, mereka tak nak juga cukur! Kenapa eh?
Ini kerana November ada bulan istimewa untuk para lelaki seluruh dunia menyambut, or rather, memperingati kepentingan menjaga kesihatan mental dan fizikal mereka. Dan untuk menunjukkan tanda sokongan, lelaki membiarkan saja misai dan jambang tanpa bercukur.
============================
Untuk pengetahuan, seramai 12 orang lelaki mengambil tindakan untuk membunuh diri sendiri pada setiap hari di UK. Di Malaysia pula, 65 peratus daripada kes bunuh diri melibatkan lelaki berbanding perempuan. (sumber: Persatuan Psiakiatri Malaysia, MPA)
Oleh itu, apabila kita bercakap mengenai kesihatan lelaki, it is more than just your physical strength. Kesihatan juga melibatkan sudut mentaliti.
REMAJA ambil kesempatan untuk berbual dengan 5 lelaki secara random dan bertanyakan, apa yang mereka faham mengenai Movember dan kenapa ia penting untuk mereka.
Kesemua identiti lelaki ini, walau bagaimanapun terpaksa disembunyikan kerana mereka rasa diri masing-masing sudah cukup popular.
LOLS, nah. Mereka hanya tidak mahu gambar sendiri dipaparkan.
Ashraf Sinclair antara selebriti lelaki yang selesa ‘berpakej’ lengkap: misai dan jambang sekali. Sekali pandang macam Will Turner lakonan Orlando Bloom! Foto: Instagram @ashrafsinclair
AMY, 21
“Baru-baru ini, saya terbaca tentang statistik kes bunuh diri dan golongan yang paling kerap terlibat adalah lelaki dari umur 20 sehingga 49 tahun. Of course, saya terkejut kerana ia melibatkan lelaki lain yang berumur sebaya dengan saya.
“Lelaki ni sifatnya selalunya memendamkan perasaan sedih kerana kami malu untuk mendapatkan bantuan. Sesetengah lelaki juga beranggapan doktor mahupun pakar psikiatri akan judge pesakit mereka, behind our backs.
“Sebab itulah saya rasa Movember ini penting kerana lelaki perlu berani untuk mengenepikan fikiran negatif dan mendapatkan bantuan sebelum terlambat.”
Korang lebih selesa berkumis kemas? Hael Husaini pun suka juga dengan stail ini sehinggakan dah jadi trademark pula. Foto: Instagram @haelhusaini
RIDHWAN, 20
“Setahu saya, Movember ini ada kena mengena tentang kanser prostat. Kan?”
(REMAJA jelaskan bahawa Movember melibatkan kesedaran fizikal dan mental lelaki).
“Oh, okay itu saya tak tahu. Saya ingatkan ia sama seperti bulan kesedaran kanser payudara Oktober lepas.
(Apa yang you tahu tentang kanser prostat?)
“Saya pernah terbaca tentang kempen memberi kesedaran tentang kanser prostat sempena Movember.
“Artikel itu menjelaskan bahawa kanser prostat adalah kanser paling common di kalangan lelaki. Apabila melihat graf statistik, saya rasakan saya perlu join movement seperti Movember dengan membela misai saya. Tak adalah lebat mana pun (ketawa) tapi saya post-kan gambar selfie di Instagram dengan caption kesedaran kanser prostat.”
Finalis Hero Remaja 2017 ini juga kini gemar to go all natural with his facial hair. Stail Haziq Farid mengingatkan Remaja kepada stail facial hair milik pemain bola, David Beckham. Penuh tapi kemas! Foto: Instagram @haziqfarid
KHAIRI, 19
“Saya masih terkesan dengan pemergian jiran saya yang meninggal dunia pada tahun lepas walaupun arwah setahun lebih muda daripada saya. Pada waktu itu, dia baru selesai mengambil peperiksaan SPM dan siapa sangka, dia mengambil keputusan untuk ‘mencabut nyawa sendiri’ walaupun saya lihat dia okay je di sekolah.
“Selepas kes disiasat, barulah saya tahu sepanjang berada di dalam rumah, dia tidak gembira dengan hidupnya akibat penderaan mental berkala. Saya masih lagi terkesan dengan kes ini.”
Ben Ali juga kini lebih selesa berjambang. Nak dapatkan efek facial hair lembut yang sama dengan Ben? Sapukan je conditioner ke jambang korang macam cuci rambut. Serius! Ini kerana cuaca panas dan lembap seperti Malaysia mudah menjadikan jambang lebih kasar. Foto: Instagram @bena1i
DANIAL, 25
“Movember sepatutnya berlaku pada setiap bulan dan bukan hanya sepanjang November saja kerana lelaki mudah lupa. Atau buat-buat lupa (ketawa).
“Anyway, beberapa tahun kebelakangan ini, ramai selebriti lelaki yang membunuh diri. Chester Bennington, Robin Williams, Alexander McQueen (pereka fesyen) dan ramai lagi. Itu baru selebriti, bagaimana pula dengan kes orang biasa seperti kita yang tidak dihebahkan?
“Itu menunjukkan masalah depression di kalangan lelaki adalah serius dan saya menyokong Movember atas sebab itu.”
Of course, wajiblah kena ada Wak Doyok! Pakai suit ke, pakai kasual ke tetap berjambang. Wak bila nak try clean shave hehe.. Foto: Instagram @wakdoyok
JULES, 22
“Saya hampir kehilangan seorang uncle kerana dia sengaja melambat-lambatkan proses rawatan. Kami sendiri pun tidak sedar dia telah didiagnos dengan simptom paru-paru berair. Alasannya, dia tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya dengan masalah yang dihadapi.
“We have to put a stop on this, guys. Walaupun dia memberi alasan masalah kewangan dan tak nak susahkan anak tunggalnya, saya merasakan uncle saya enggan memberitahu kerana ego sebagai seorang lelaki. Movember memberi peluang untuk lelaki-lelaki ‘dengan ego tinggi’ ini untuk melihat, bukan mereka saja yang menghadapi masalah kesihatan. Lelaki lain pun ada masalah kesihatan juga. Bezanya, they seek for medical help.”
============================
So, sekarang korang tahu bahawa Movember bukan semata-mata bulan untuk membela misai dan jambang. Seperti hubung kait kempen kesedaran payudara dan riben merah jambu, membela misai serta jambang hanyalah budaya simbolik untuk menyokong kempen kesedaran untuk lelaki ini.
Jika korang menghadapi sebarang masalah atau mengenali sesiapa yang mempunyai masalah fizikal mahupun mental, usah sesekali menunggu bantuan untuk tiba. Bangun dan minta bantuan keluarga serta kenalan rapat untuk ke hospital dan pusat kaunseling. Lawati laman web Malaysian Mental Health Association untuk makluman direktori lanjut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!