Semua tahu, Pencarian Dewi Remaja memang bertujuan untuk melahirkan selebriti terkenal dan berjaya. Dewi Remaja meneruskan visinya tahun ini juga mencari ‘next Dewi 2019’ yang akan menyinar dan berkilauan seperti senior Dewi Remaja yang sebelumnya.
Semalam teka teki siapakah yang berjaya ke Top 20 telah pun terjawab. Dan paling menarik 5 daripadanya merupakan hijabi yang bukan sahaja cantik dimata namun punya latar belakang yang awesome! Bukan calang-calang orang ye boleh sampai ke tahap ni.
Mana Satu Style Tudung Paling Stylo!
1. Aina Shuada
Gadis berwajah bujur sireh ini merupakan peminat sukan bola sepak dan suka melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar.
Aina juga sedang melanjutkan pelajarannya dalam jurusan pengurusan tanah. Kelebihan gadis ini adalah dia boleh menungga motocross, serta gemar melakukan aktiviti hiking.
2. Farha Nabila
Ads
Sekali pandang macam personaliti tv Nurul Shuhada Nurul Ain kan peserta finalis Dewi Remaja ni. Farha merupakan graduan diploma Pembantu Perubatan (MA) di Lincoln University College
Juga berkerjaya sebagai seorang pramugari yang turut bergiat aktif dalam bidang modelling dan TV komersil.
3. Syamira Izzati
Ayunya wajah gadis ini. Anak bongsu daripada dua beradik ini mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pengacaraan dan penyampai berita.
Ads
Merupakan penuntut sarjana muda Pengurusan Perniagaan di UiTM Puncak Alam, Syamira mempunyai nama panggilan iaitu Manja-Embun. Unik kan?
4. Azra
Tertusuk hati dek panahan mata Azra ni. Gadis yang berasal dari Negeri Sembilan ini merupakan anak kedua daripada empat beradik.
Ads
Azra mempunyai minat dalam bidang pengacaraan dan ingin mengambil peluang ini untuk mengetengahkan bakatnya itu
5. Shahirah Sazali
Eh macam wanita melayu terakhir pula. Finalis ini pula bernama Shahirah dan merupakan bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan bekas atlet lompat tinggi SUKMA, Shahirah sudah lama aktif dalam bidang sukan sejak usianya 11 tahun lagi.
Dia juga pernah mewakili Malaysia di Asian School Game, Filipina pada 2015. Jangan terkejut juga, hujabi manis ini merupakan seorang pemandu Grab okay.
Cun habis kan peserta Top 20 Dewi Remaja 2019 ni, mesti ramai lelaki diluar sana yang bergetar tulang rusuknya..hehe
Tapi ini baru permulaannya, banyak yang perlu dipelajari dan digilap untuk lebih berjaya lagi. Nasihat admin satu je harap dorang ni pandai la jaga diri kan.Good luck girls.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menuntut ilmu adalah tuntutan dalam Islam dan para pelajar adalah fisabilillah menuntut agama ini yang membawa maksud golongan yang berjuang di jalan Allah. Selain agama Islam, pasti semua agama juga menuntu penganutnya untuk memperolehi pengetahuan yang luas.
Namun, pendidikan formal di institusi pengajian tinggi memerlukan sokongan kewangan yang teguh kerana menelan perbelanjaan yang tinggi dari segi yuran, elauan sara hidup dan lain-lain lagi. Tapi korang sedar tak, sebanarnya terdapat banyak cara untuk mendapatkan segulung diploma, ijazah mahupun serjana dan PHD secara percuma dengan cara mendapatkan biasiswa.
Sumber Gambar : Ekrulila from Pexels
Terbaru, Kerajaan Hungary menawarkan biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia bagi melanjutkan pengajian di negara tersebut melalui program Biasiswa Stipendium Hungaricum.
Biasiswa penuh ini merangkumi pengajian peringkat siswa, siswazah dan lepasan ijazah itu, akan dibiayai dari segi yuran pebelajaran, elaun bulanan, penginapan serta insurans perubatan.
Duta Hungary ke Malaysia Dr Petra Ponevacs-Pana berkata biasiswa itu, yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia susulan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kedua-dua kerajaan, adalah antara hasil positif hubungan dua hala selama 50 tahun antara Hungary dan Malaysia. Setakat ini, lebih 60 negara menjadi rakan program ini melalui kerjasama pendidikan dua hala.
Bestnya dapat belajar dinegara orang secara percuma.
“Masa awal-awal tu pressure juga memandangkan ‘drama’ bermula sejak di awal pertandingan lagi. Pernah lah juga Wani terfikir, ‘Why must this happen now?’ .”
Begitulah luahan hati penyanyi, Wani Kayrie yang baharu sahaja menamatkan saingan dalam program realiti nyanyian, Famili Duo bersama rakan duet, Bella Astillah. Dalam episod terakhir yang dipancarkan secara langsung pada hari Ahad lepas, Wani dan Bella berjaya menduduki tangga ketiga terbaik.
Kedudukan juara berpihak kepada pasangan adik-beradik, Zaki dan Yamani Abdillah manakala sepasang lagi adik-beradik berstatus penyanyi, Ayda Jebat dan Fyna Jebat pula membawa pulang gelaran sebagai Naib Juara.
Wani Kayrie (kiri) dan Bella Astillah sentiasa memberikan yang terbaik dari aspek persembahan di program Famili Duo.
Ketika dihubungi oleh REMAJA, Wani Kayrieberkongsi punca utama mengapa dia sekali lagi sanggup bergelar peserta program realiti nyanyian dan cabaran yang dihadapinya sepanjang lapan minggu ia berlangsung.
“Sebenarnya, ramai sahaja bertanyakan kepada Wani; “Kenapa nak masuk banyak-banyak pertandingan? Kenapa tak fokus sahaja kepada kerjaya nyanyian sedia ada dan pelajaran?“. Bagi Wani, pengalaman yang dikutip daripada setiap pertandingan yang disertai adalah berbeza.
“Malah, idea untuk menyertai Famili Duo pun sebenarnya hadir daripada Bella (Astillah) sendiri. Walaupun tidak begitu berpengalaman sebagai seorang penyanyi profesional, Bella terbuka hati untuk menyahut cabaran ini.
“Cuma bila bertanding sebagai pasangan duet ini, sudah tentu tekanan berganda, kerja dan persediaan juga berganda. Segala persetujuan sama ada dari segi konsep, baju dan apa-apa pemilihan lain memerlukan kata sepakat kedua-dua peserta. Semuanya double up.
“Famili Duo telah mengajar saya untuk tenang mengendalikan cabaran berpasukan.”
“Apabila kemenangan di minggu pertama berpihak kepada kami menerusi lagi Sumandak Sabah, ia secara tidak langsung membuatkan kami terutamanya Bella lebih yakin dan bersemangat untuk memberikan yang terbaik pada setiap minggu,” ujar bakal graduan jurusan perundangan ini.
Umum rata-rata sudah mengetahui ‘drama’ yang tercetus di antara rakan duet Wani, Bella Astillah dan suaminya, Aliff Aziz akibat kehadiran individu ketiga.
Nama Sophia Albarakbah terpalit sebagai insan yang dikatakan ‘menempel’ dalam perhubungan suami isteri selebriti itu dek kerana hubungan rapatnya dengan Aliff di set penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang baru sahaja mula ditayangkan di saluran TV3.
Justeru, selaku rakan duet Bella, Wani mendedahkan bahawa episod pertelingkahan itu sebenarnya sudahpun bermula sejak minggu-minggu awal pembabitan mereka dalam Famili Duo lagi.
“Seperti saya katakan tadi, pengalaman menyertai Famili Duo 2 telah banyak mengajar saya untuk kekal tenang meski terpaksa berdepan dengan isu-isu di luar konteks pertandingan.
“Masa awal-awal tu pressure juga memandangkan ‘drama’ bermula sejak di awal pertandingan lagi. Pernah lah juga saya terfikir, ‘Why must this happen now?’.
“Bella datang kepada saya untuk mengadu. Sebagai rakan duet, sayalah insan yang akan mendengar serba-sedikit luahan hatinya kerana saya ingin Bella cepat bangkit. Saya pun tidak mahu menjadi menjadi pasangan duet yang tak memahami.
“Begitupun, saya tak mahu ambil tahu secara mendalam mengenai hal rumah tangganya. Bagi saya, itu adalah di antara dia dan suaminya.
“Saya sedar, Bella ini hatinya memang lembut. Bila dapat komen negatif, dia boleh cepat ‘down’. Inikan pula bila diasak isu rumah tangga.”
“Oleh itu, saya takkan tanya Bella OK ke tak tetapi saya akan cuba distract dia dengan latihan serta persediaan Famili Duo. Ingatkan semula kepada Bella yang kami perlu fokus pada pertandingan. Kalau banyak bertanya OK ke tak, takut dia terlalu fikiran masalah tersebut sehingga mengganggu fokus.
“I’m grateful she remained to be understanding dan dapat ‘membaca’ signal yang saya berikan sebagai rakan duet. Dari minggu pertama hingga ke minggu terakhir, kami mampu bekerjasama dengan cukup baik,” kongsinya.
Dalam pada itu, setelah menamatkan saingan Famili Duo, Wani kini sedang sibuk dengan persiapan meluncurkan single terbaru bersama sebuah video muzik baharu pada bulan Mac.
Wani juga kini dalam fasa terakhir pengajiannya di mana dia sedang mengikuti program latihan amali (internship) sebelum bergelar graduan perundangan tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini ramai yang bimbang dengan jenis vaksin yang diterima oleh mereka kerana ada jenis-jenis vaksin yang tidak diterima bagi beberapa buah negara luar. Mereka jadi takut sekiranya tidak boleh ke luar negara dek kerana jenis vaksin yang diterimanya tidak diiktiraf.
Terbaharu, rakyat Malaysia terkandas di tidak dibenarkan masuk ke Filipina gara-gara sijil vaksin dari Malaysia?
Mungkin hal ini merupakan mimpi ngeri buat para pelancong dan kaki travel dari Malaysia.
Menurut laporan The Star, salah seorang pelancong yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila memberitahu dimaklumkan oleh pihak Imigresen Filipina bahawa sijil vaksin digital dalam aplikasi MySejahtera tidak diterima sebagai bukti vaksinasi.
Gambar Hiasan Sijil Vaksinasi Lengkap
Bahkan, mereka yang tiba menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad turut dirampas pasport dan dimaklumkan akan dihantar pulang pada Selasa ini.
“Pasport kami telah dirampas dan kami diberitahu akan dihantar pulang. Memandangkan tiada hotel tersedia, kami terpaksa tidur di atas bangku atau lantai,” katanya.
Difahamkan, penumpang yang berada dalam penerbangan dari KLIA tetapi menerima vaksin di Singapura atau United Kingdom dibenarkan akses ke negara itu.
Bukan itu sahaja, pihak imigresen Filipina memberitahu mereka perlu divaksin di negara lain seperti Singapura atau memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Foto Via The Star
Susulan kes tersebut, Kedutaan Malaysia di Filipina telah menghantar rayuan untuk timbal balik vaksinasi pada Khamis lalu namun tiada maklumat terkini daripada Agensi Hal Ehwal Luar Filipina.
Dalam pada itu, Imigresen Filipina meminta Kedutaan Malaysia perlu menunggu sehingga pagi Isnin untuk berhubung dengan Kementerian Luar Negeri bagi mendapatkan kelulusan.
Apa-apa pun sekiranya korang sudah mula merancang untuk pergi bercuti, pastikan ikut SOP yang telah ditetapkan oleh negara-negara luar okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!