Berkat kreativiti, bakat dan fokus pada perihal pertandingan; pasangan adik-beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah telah diumumkan sebagai juara program realiti Famili Duo musim kedua.
Kedua-dua anak penyanyi lagenda, Jamal Abdiillah itu sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.
FOTO: TV3 Malaysia
“Alhamdulillah. Syukur, terima kasih kepada semua yang menyokong. Kepada team Nusa Music, ibu bapa kami! Itu yang sangat bermakna. Terima kasih Mama, terima kasih Babah,” kata Yamani selepas mereka diumumkan sebagai juara. Adik-beradik itu secara resfleks bersujud syukur di atas kemenangan.
Tambah Zaki Yamani, “Terima kasih Abang Ajai, Mummy (Mas Idayu). Terima kasih kepada abang-abang pemuzik, terima kasih kepada emak saya yang selalu bagi semangat.”
Tatkala program Famili Duo diheret dengan beberapa cerita sensasi sejak kebelakangan ini, Yamani dan Zaki kekal meletakkan misi utama untuk menjuarai pertandingan dengan membawakan medley lagu Hutang dan Bunga bagi kategori ‘Lagu Anugerah Juara Lagu’ dan lagu Kau Pun Sama bagi kategori ‘Lagu Bebas’.
Ads
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada pasangan The Jebats (Ayda Jebat & Fyna Jebat) manakala pasangan Bella Astillah dan Wani Kayrie pula merangkul tempat ketiga.
Tempat keempat dibawa pulang oleh Naim Daniel dan Sissy Iman.
Ads
Kontroversi Famili Duo
Isu pasangan Naim Daniel dan Sissy Iman teruk dimarahi juri Mas Idayu, isu Fyna Jebat didakwa bertengkar di kedai makan bersama isteri pertama bekas jurulatih bola sepak tempatan serta isu dugaan orang ketiga dalam perkahwinan Bella Astillah telah menjadi tajuk utama berita hiburan sejak kebelakangan ini.
Hanya sang juara ini sahaja yang dilihat bebas daripada sebarang kontroversi sekaligus membuatkan kemenangan mereka pada malam ini manis untuk diperkatakan.
FOTO: TV3 Malaysia
Walaupun sesetengah pihak berpendapat cerita-cerita sensasi ini ‘sengaja’ dijaja pada waktu yang tepat untuk menaikkan rating program Famili Duo, jelas fokus dan semangat sebahagian daripada pesertanya terkesan dengannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terdapat banyak amalan-amalan yang sunat dibuat pada hari Jumaat, antaranya adalah seperti bersedekah, memakai wangi-wangian, berselawat dan beberapa lagi perkara baik yang boleh korang buat.
Memperbanyakkan zikir dan berdoa juga merupakan salah satu amalan yang baik untuk mendapat ganjaran pahala di hari Jumaat. Selain itu, korang juga boleh mengamalkan membaca surah-surah Al-Quran untuk mendapat manfaat dariNya.
Berikut antara 4 surah dan manfaat yang bakal korang perolehi sekiranya mengamalkan amalan membaca surah-surah tersebut:
1. Al-Kahf
• Menghindarkan diri dari fitnah Dajjal
• Mendapatkan redha dari Allah SWT
• Disinari cahaya kebaikan
• Diampuni dosanya oleh Allah SWT
2. Al-Mulk
• Menambah rasa tawakkal kepada Allah
• Diampuni dosanya
• Terhindar dari perbuatan maksiat
• Terhindar dari seksa kubur
3. Ar-Rahman
• Mengingatkan untuk lebih bersyukur kepada-Nya
• Mendapatkan syafaat di hari kiamat
• Matinya orang yang sering membaca Ar-Rahman seperti syahid
4. Al-Waqiah
• Dilancarkan rezekinya
• Diringankan sakitnya
• Perlindungan diri daripada kemudaratan dunia
• Ketenangan jiwa dan raga
Walaupun sibuk macam mana sekali, kalau korang dapat luangkan sedikit masa untuk membaca surah-surah ini, insyaAllah ia akan membawa kebaikan pada diri kita juga.
Kalau tidak boleh semua, dapat baca satu daripada surah ini juga dah memadai. Jom sama-sama kita amalkan.
Adakah karya terbaru daripada penyanyi Inggeris, Harry Styles ini benar-benar layak mendapat segala pujian peminat dan pengkritik muzik?
Penantian peminat selama dua tahun setengah akhirnya terbalas jua setelah album ketiga Harry Styles yang berjudul Harry’s House diluncurkan sebentar tadi.
Album terbaru Harry Styles, Harry’s House.
Berdasarkan kepada gambaran penerimaan peminat setakat tiga jam selepas ia diluncurkan di semua platform, rata-rata merasakan penantian itu berbaloi apabila ia diterima baik.
Seperti yang diketahui oleh peminat muzik pop antarabangsa, dua album terdahulu Harry iaitu Harry Styles (2017) dan Fine Line (2019) telah mencapai kejayaan luar biasa terutamanya Fine Line di mana lagu Watermelon Sugar diiktiraf menerusi kategori persembahan vokal pop terbaik di Anugerah Grammy 2021.
Bukan itu sahaja, Fine Line juga meniti carta tertinggi di seluruh dunia apabila jutaan keping berjaya terjual.
Kini menerusi album Harry’s House, Harry dilihat lebih selesa mengenegahkan genre muzik dalam kepompong ‘Pop Music’ yang diminati olehnya. Ia lari daripada idea dan trend konvensional yang mungkin kita boleh jangkakan daripada majoriti artis pop masa ini.
Sebaliknya, ada masanya ia kedengaran seakan gabungan muzik pop dan folk daripada era 1970-an. Penulis juga tertarik dengan cara Harry menyelit sedikit elemen muzik ‘synth-pop’ yang biasa kita dengar dalam album milik – say – The Weeknd atau Silk Sonic.
Malah, ada yang mengatakan bahawa album Harry’s House ini mempunyai peluang cerah untuk memperolehi anugerah Grammy pada tahun hadapan. Amboii, awal betul buat ramalan ya! Hehe..
Cumanya, penulis tidak pasti sekiranya Harry’s House akan berjaya diletakkan sebaris dengan lagu-lagu popular lain di platform radio dan program komersil.
Adakah cubaan berani Harry Style kali ini berbaloi? Korang sendiri tentukan dengan mendengarnya di bawah:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini kami pernah berkongsi homeworkout yang boleh dilakukan sepanjang tempoh PKP, kali ini Remaja sekali lagi ingin mengingatkan korang betapa pentingnya melakukan senaman bila dah terlalu lama duduk rumah dan tidak melakukan apa-apa aktiviti luar. Hiks!
Datuk Nicol David antara figura yang berkongsi aktiviti workout mudah di laman Twitternya untuk memberi semangat kepada masyarakat agar sentiasa menjaga kecergasan dan kesihatan sepanjang kawalan pergerakan yang berlangsung di negara kita.
Berikut antara jenis-jenis workout mudah yang korang boleh lakukan di rumah.
1. Jumping Jacks
2. Cross over Jumping Jacks
3. Skipping
4. Left leg lunge & jump
5. Right leg lunge & jump
6. Fast Squats
7. Fast Feet In & Out
8. Jog on spot
9. Rehat 1 minit
10. Ulang sebanyak 3 kali untuk satu sesi penuh
Try this Cardio workout at home.🔥30 secs each exercise 1.Jumping Jacks 2.Cross over Jumping Jacks 3.Skipping 4.Left leg lunge & jump 5.Right leg lunge & jump 6. Fast Squats 7. Fast feet In & Out 8.Jog on spot 9. Rest 1 min 10.Repeat 3 times full set Share ur workout,I’ll retweet pic.twitter.com/SWtHtIYnHD
Kami pasti workout yang dilakukan oleh Datuk Nicol ini sangat mudah dan boleh diikuti oleh semua orang yang berkemampuan. Tak salah kalau dalam seminggu, korang luangkanlah masa sekurang-kurangnya tiga kali untuk melakukan aktiviti seperti ini.
Jangan mengeluh berat naik mendadak kalau korang sendiri tak mahu berusaha ya. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!