Sejak dua menjak ini nama Sophia Albarakbah menjadi sebutan ramai terutamanya rakyat Malaysia tak kira kaum perempuan mahupun lelaki.
Manakan tidak dek palitan kontroversi yang mendakwa gadis cantik ini cuba mengganggu keharmonian rumahtangga pelakon Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astilah.
Tapi penulis bukan nak bergossip tentang hal rumah tangga mereka ini. Tapi lebih tertarik dengan rupa paras yang jelita seperti anak patung Sophia Albarakbah. Mungkin ramai tertanya-tanya siapakah figura pemilik nama yang semakin meningkat naik ini.
Sophia AlBarakbah Via Instagram
Ini kami kongsikan serba sedikit tentang biodata Sophia AlBarakbah yang juga merupakan pelakon dan juga model.
Ads
Memiliki paras rupa jelita, Sophia AlBarakbah rupanya memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
Manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ibu Sophia pernah memenangi tempat pertama dalam satu pertandingan kecantikan sekitar tahun 1980.
Menggunakan nama komersial, Sophia Koshka.
Berumur 30 tahun dan dilahirkan di Kuala Lumpur.
Mendapat pendidikan dalam bidang Bioteknologi di Technology Park Malaysia dan bidang Dietetik di International Medical University.
Sophia AlBarakbah Foto Via Instagram
Kerjaya
Bergiat aktif sebagai pelakon sejak tahun 2019. Memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menyambung pengajian. Mula menempa nama selepas membintangi drama Tercipta Satu Ikatan siaran slot Megadrama, Astro Ria.
Antara lain, beliau juga muncul dalam drama bersiri Hadiah Dari Tuhan tayangan TV3. Pembabitan di layar perak menerusi filem Mimaland, Pasal Kau! dan 18.
Akaun Instagramnya atas nama @sophiekoshka sehingga ini mencatatkan lebih 261,000 pengikut.
Bermula Sebagai Model
Pada awalnya Sophia menjadi model pelbagai iklan komersial. Kemudian Sophia mula berlakon selepas berjaya terpilih dalam uijbakat dan sejak dari itu gadis ini terus aktif dalam dunia seni.
Filem pertama Sophia adalah Miimaland yang ditayangkan pada penghujung 2020 bergandingan bersama Fattah Amin. Kemudiannya filem Pasal Kau! ditayangkan di Netflix.
Selain berlakon filem, bakat Sophia mula mendapat perhatian pengarah drama tempatan. Makanya drama berjudul Tercipta Satu Ikatan menjadi karya pertama kemunculannya di televisyen.
Kemudian Hadiah Dari Tuhan dan Suamiku Lelaki Pendosa bergandingan dengan Aaron Aziz serta Air Mata Allisya lakonan bersama Keith Foo.
Terbaharu drama bakal ditayangkan tidak lama lagi berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang mana heronya adalah Aliff Aziz dan antara pencetus kontroversi yang melanda dirinya apabila dikatakan cuba mengganggu rumah tangga Aliff Aziz bersama isterinya, Bella Astilah.
Ads
Hmm…memang tak puas lihat wajah cantik sophia ni, sekali pandang macam wajah Dilraba Dilmurat pula kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi yang tak pernah alami masalah berat badan, mungkin takkan pernah faham perasaan orang gemuk. Tidak dinafikan, bila badan besar, macam-macam kesukaran dilalui. Antaranya memang susah cari saiz baju, susah nak aktif, selalu jadi bahan hinaan sedangkan semua manusia itu sama. Ada hati dan perasaan juga.
Bacalah perkongsian dari Bro Jazli Hassan ini. Dari usianya 2 tahun sehingga usianya mencecah 30 tahun, berat badannya pernah mencecah sehingga 183 kg dengan saiz pinggangnya 6 XL.
Jazli dalam usaha menurunkan berat badannya ketika ini – pix sumber Jazli HassanSalutelah bro berjaya turunkan berat badan 105 kg. Dah boleh pakai saiz M dah
Terlalu letih “bersahabat” baik dengan gemuk, bro nie nekad untuk kurus. Kini beratnya ideal, 78 kg, pakai pun saiz M sahaja dengan saiz pinggang 32 inci. Bagaimana dia lakukan? Ketahui apa rahsianya.
Mana tahu, mudah-mudahan dari ceritanya boleh menjadi inspirasi kepada orang lain pula. Keep it up bro! Salute!
Baca perkongsian Jazli Hassan ini.
30 Tahun saya merasai suka duka dalam Kegemukan dari berusia 2 tahun sehingga berat mencecah 183kg pingang saiz 60′ inchi saiz 6XL UK,Hari ini berat 78kg,saiz M dan pingang saiz 32′ inchi.Ini Antara “10 SEBAB BUAT SAYA BERUBAH”saya akan ceritakan pada semua saya mohon sila kongsikan demi berikan kesedaran pada yang lain di luar sana..kegemukan dan saya sudah sebati lama sebelum saya di berikan peluang untuk merasai apa saya rasa hari ini..
1) Sakit mula bersahabat baik.
Gemuk tak awesome sebab kegemukan ini saya hampir mandul hormon testerone saya menurun mendadak,jantung bengkak sebelah,hati saya dah mengembang dari normal dan paling seksa bagi saya asid perut saya dah naik sentiasa pedih ulu hati,pening,sendawa,badan berangin atau di kenali GERD..ini paling buat saya ingin berubah…kalau tak berubah mungkin hari ini saya tiada lagi di dunia ini
2) Saya ingin Lihat saya kurus bagaimana?
anda semua bertuah ada juga merasakan diri anda kurus ketika kecil.saya tak pernah lihat semuanya saya rasa gemuk sejak dari kecil.segala suka duka saya tempoh.hanya tangisan airmata dapat menceritakan bagaimana sukarnya,sedihnya di sebalik senyuman..dulu kecil seronok orang puji comel semakin dewasa mula lihat banyak yang terbatas akibat kegemukan..setiap kali saya tengok cermin dulu saya sentiasa bayangkan bila saya kurus bagaimana?..hari ini saya dapat hasilnya.
3)Teringin untuk bergaya seperti yang lain.
Gemuk membataskan saya untuk mengayakan sesuatu seperti orang lain.lagi lelaki penampilan penting.saya pernah di hina rupa saya seperti langsir buruk yang paling keji pernah di ibaratkan kain buruk…ada juga perli saya asyik-ayik baju sama..dia tak tahu baju bersaiz besar amat sukar dari segi pilihan dan harga mahal.saya di besarkan dalam keluarga yang sederhanaa membeli baju besar berharga beratus sepasang adalah satu bebanan..sepasang baju sangat berharga bagi saya..kadang-kadang bila tengok kawan-kawan shoping terasa sedih..saya nekad nak berubah.
4) Tiba masa Perbaiki Hubungan Dengan Tuhan.
Dulu ketika berbadan gemuk gedempol saya memang teruk dalam menunaikan sembahyang 5 waktu.apatah lagi bila tiba waktu subuh.kalau solat pun saya jadi tak khusyuk sebab termengah bila rukuk dan sujud..4 rakaat ibarat berlari 100 meter pecut..hal ini menyebabkan timbul rasa malas dalam diri,semakin hari saya menjadi lalai hubungan saya dengan tuhan.hidup saya jadi huru hara lagi bila terlibat dalam dunia lakonan makan tak tentu masa dan waktu tidur saya dah terbalik…tapi tuhan sayanggkan saya.dia berikan saya musibah untuk saya perolehi suatu perubahan luar biasa hari ini.
5) Saya dah letih dengan kelesuan,kelelahan dan kelenguhan.
selama bertahun lama saya terpaksa menangung kesakitan sendi kaki,kelenguhan terlampau dan keletihan ketika bangun tidur menjadi kelesuan dan sekali gus menganggu produktiviti saya seharian.bayangkan jalan sedikit tumit dah sakit,kekejangan kerap ketika tidur,tumit kaki sentiasa sakit..saya tak mahu lagi rasai semua ini..berpuluh tahun saya rasinya…..cukuplah saya tak rela ulangi lagi.
6) Tak sanggup di simpati dalam perCintaan.
nampak macam kelakar hal ini jangan di ambil remeh berkali-kali saya di permainkan dalam arena percintaan kebanyak wanita hanya menerima saya kerana simpati.ada satu kisah cinta saya siap mainkan saya dalam percintaan tiga segi di mana dia dan BF berpakat gunakan saya medium untuk mereka bersama dalam hubungan cinta diorg..ada juga perempuan hina saya gemuk ada juga cemuh saya..tue semua kisah lama..kisah ini yang menjadi pembakar semnagat saya untuk menjadi jazli yang baru hari ini.
7) Di hina ketika melebarkan sayap kerjaya,
Kegemukan ini bukan sesuatu yang seronok atau menjadi sesuatu yang perlu di bangakan.Sebab kegemukan ini saya kehilangan banyak peluang kerjaya saya.Antaranya kalau saya tak gemuk hari ini mungkin saya telah menjawat jawatan salah seorang juruteraan rangkain dan keselamatan komputer di salah sebuah syarikat besar saya di reject oleh ahli panel sebabkan kegemukan saya….ada saya pergi intiview diaorg buat tak layan saya dan seolah saya tak wujud.Ada baru duduk dah cakap tak terima sebelum intiview..ini sebab kenapa hari ini saya takkan pergi mana-mana intiview..kisah ini menjadikan saya belajar menjadi hari ini.
8) Hampir menemuai kematian.
hal ini terjadi bila saya di kejarkan di wad kecemasan hodpital tengku ampuan rahimah klang akibat kes demam denggi.hanya tuhan yang tahu bertapa susahnya pada hari tue di wad kecemasan mereka mahu ambil darah saya bertapa seksa saya dengan lemah longlai..bukan itu sahaja nak masukan drip dan ubat satu lagi azab.denggi saya dah tahap keluar merah di kulit saya seoalh berdarah…yang menjadi sayu hati saya bila bila melihat emak saya menangis di wad melihat doktor cucuk mengambil darah saya..di situ dah bermula terdetik dalam hati mungkin ini peluang untuk saya berubah…akhirnya saya berubah.
9) Tebus Malu Seluruh rakyat Malaysia
Pada 7 tahun lepas saya telah di panggil oleh pihak TV3 untuk satu slot khas untuk bercerita mengenai misi saya keluar dari kegemukan.masa tue akak wardina menemubual saya.dua kali saya di jemput satu lagi dengan kak abby Dj radio tue.beria-ria saya cerita akhirnya saya tewas dengan misi saya dari 120kg berat saya turun naik sehingga pernah mencecah 190kg..saya malu pada semua sebagai contoh saya tak dapat jadi yang terbaik…namun itu semua nekad sehingga hari ini saya bangkit penghujung 2016 saya berjaya buktikan Live semula MHI TV3 di temani abg fedtri yahya..berkali-kali saya cuba baca dan fahami diri akhirnya saya berjaya.
10) Hargai usia yang tinggal
berpuluh tahun lepas saya banyak leka dan terbuai dengan alam kegemukan pelbagai cerita saya lalui.dari penyakit sehinggalah di sakiti jiwa dan fizikal saya.banyak peluang-peluang di depab mata saya terlepas.bermacam-macam peluang saya tak pernah lakukan ketika usia kanak-kanak serta remaja.hanya tinggal beberaa tahun sahaja lagi sebelum waktu tua saya untuk merasai dan menikmati sebelum saya menemui pencipta saya.kalau saya tak berubah bila lagi saya nak rasai saya dah penat untuk berada tahap yang penuh dengan pelbagai kisah yang meyakitkan saya…cukupah saya dah penat inilah peluang untuk saya buktikan sesuatu yang luar biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lelaki bercermin mata dan berkopiah didakwa kekasih baru Nora Danish selepas pelakon jelita itu memuat naik foto misteri di Instagram. Perkongsian tersebut serta-merta mencetuskan spekulasi hangat dalam kalangan peminat dan netizen yang pantas meneka identiti lelaki berkenaan.
Nora Danish, 43, memang tidak asing dengan perhatian ramai setiap kali berkongsi sesuatu di media sosial. Terbaru, foto seorang lelaki bercermin mata dan berkopiah yang muncul di laman Instagramnya menjadi perbualan besar, sehingga ada yang mendakwa pelakon filem Polis Evo itu kini sedang hangat bercinta.
Netizen Bongkar Identiti Lelaki Misteri
Tidak menunggu lama, netizen mula menjalankan ‘misi penyiasatan’ mereka. Hasilnya, lelaki tersebut didakwa seorang perunding kewangan yang dikenali sebagai Mickey Ayo. Perkara itu semakin menguatkan spekulasi apabila Mickey turut memuat naik foto yang kelihatan seakan sama dengan perkongsian Nora.
Lebih menarik perhatian, Nora sendiri dilihat kerap meninggalkan tanda suka pada beberapa hantaran Mickey di Instagram. Tindakan kecil itu menjadi bukti ‘cukup besar’ buat netizen untuk membuat kesimpulan bahawa kedua-duanya sedang mengenali hati budi.
Akaun Mickey Diserbu Netizen
Selepas identiti lelaki itu dikenal pasti, akaun media sosial Mickey menjadi tumpuan. Ramai peminat menyerbu ruang komen dan mengikuti perkembangannya semata-mata ingin mengetahui status sebenar hubungan mereka. Ada yang teruja, ada juga yang sekadar ingin kepastian.
Meskipun begitu, hingga kini tiada kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak. Sama ada benar sedang bercinta atau sekadar kawan rapat, gosip ini sudah cukup untuk menjadi topik hangat dunia hiburan tanah air.
Doa Peminat
Dalam pada ramai sibuk berspekulasi, tidak kurang juga peminat yang mendoakan agar Nora bertemu kebahagiaan. Bagi mereka, usia bukan penghalang untuk seseorang membuka lembaran baharu, dan status duda atau janda tidak pernah menutup peluang untuk membina hubungan yang ikhlas.
Apa pun kebenarannya, Nora Danish tetap kekal sebagai salah seorang ikon hiburan tanah air yang masih relevan, jelita dan sering menjadi tumpuan dengan setiap langkahnya.
Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP ‘Setahun Sekali’ istimewa mengenai kehidupan dan kerohanian.
Hadir dengan tiga buah trek yang bukan sekadar menyentuh perasaan, 53 Universe turut membawa peminat muzik hip hop untuk menyelami suasana penuh syahdu dan keinsafan, sesuai sangat dengan vibe 10 malam terakhir Ramadan.
Menurut wakil kumpulan 53 Universe, album ini adalah penghormatan tulus kepada tema abadi khususnya bagi introspeksi diri dan penuh rasa syukur di bulan yang mulia bagi seluruh umat Islam.
“Menerusi ‘Setahun Sekali’, kami ingin mencipta satu pengalaman muzik yang benar-benar menyentuh suasana muhasabah Ramadhan, mengajak pendengar untuk berhenti seketika, merenung, dan merayakan keindahan transformasi peribadi,” katanya.
53 Universe yang popular menerusi beberapa lagu seperti PP at Bukit Tabur dan Aku, Kau & Bintang.Setahun Sekali yang memuatkan lagu seperti Hingga Menutup Mata, Jubah Putih & Doaku Doamu.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album EP ini adalah seperti Hingga Menutup Mata oleh IMRN, Jubah Putih kolaborasi antara Pele L dan Rahh5Kaki serta Doaku Doamu yang dinyanyikan oleh Faiz Ruzayn.
Bagi peminat 53 Universe, korang boleh mula mendengar ‘Setahun Sekali’ menerusi platform penstriman muzik bermula 21 Mac dan paling menarik, ini merupakan antara salah satu karya seni yang mungkin dekat dengan jiwa generasi yang hidup pada zaman kini.
Sekadar info, 53 Universe merupakan sebuah kumpulan muzik versatile yang popular menerusi lagu seperti PP at Bukit Tabur, Aku, Kau & Bintang, Gard 0 Gard, M 2 Tha Sky dan Mbappe. Kumpulan ini juga sentiasa menghasilkan karya inovatif yang sesuai dengan peminat muzik pada masa kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bapa kepada pelajar perempuan yang menjadi mangsa tikaman sebanyak 16 kali dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Banting memaklumkan bahawa beliau bersedia untuk...