5 Cara Nak Dapat Badan Sado Macam Farhan Asri, Mampu Tak?

Share

 

Bagi korang yang mengikuti drama popular, Cik Reen Encik Ngok Ngek yang tengah ke udara sekarang di Astro RIA, mesti korang perasan dengan kemunculan debut Farhan Asri.

 

Pemenang tempat kedua Pencarian Hero Remaja 2017 ini melakukan debut menerusi watak Q di dalam drama yang kini memasuki episod keenam. Walaupun masih baru, ramai yang menerima baik lakonan Farhan, good job bruh!

Bukan je watak tersebut jadi ingatan, ramai juga yang memerhatikan kepada fizikal badannya yang sado.

 

Foto: Akmar Azimi Stylist: FZ Aimman Solekan: Vee Muhamad

 

Dan sebab itulah, REMAJA bertanyakan rahsianya untuk mendapat bentuk badan ideal.

“Dulu masa sekolah, Paan pun sejenis yang tinggi melangit. Kurus je, serius! Kulit pun gelap, tak macam sekarang,”katanya.

Haa, macam mana boleh berubah jadi sado pulak? Nah, cuba 5 langkah ini yang dikongsi oleh Farhan.

 

01

“Bila tamat Form 3, Paan mula bersenam. Paan google je video step by step di YouTube dan pergi ke kedai buku untuk dapatkan bahan bacaan workout.

“Masuk je Form 4, semua terkejut dengan perubahan badan!”

BACA: Farhan Asri Jawab Persoalan ‘High Maintenance’.

 

Foto: Akmar Azimi Stylist: FZ Aimman Solekan: Vee Muhamad

 

02

“Paan ada lift up bar di belakang pintu bilik tidur. Bila tak ada masa untuk ke gym

disebabkan kerja, kelas atau masa bulan puasa, Paan akan lakukan pull up dan chin up di belakang pintu tu.

“40 kali sebelum mandi, 40 kali selepas mandi.”

 

03

“Diet memang penting. Paan pernah diet dengan hanya mengambil ikan salmon, oat, ayam rebus, brokoli dan ulang balik menu itu selama sebulan.”

 

04

“Air mineral atau air masak adalah rahsia nak bina badan. Elakkan minuman manis kerana ia hanya buatkan korang senang merasa mengah dan penat. Sabar je lah bila ada minuman manis, elakkan.

“Kulit Paan menjadi lebih cerah pun sebabkan air masak, senang detoks.”

Foto: Akmar Azimi Stylist: FZ Aimman Solekan: Vee Muhamad

 

05

“Jangan ambil pil suplemen tanpa merujuk kepada doktor atau ahli farmasi. Selepas dapatkan consultation mereka, Paan amalkan pil vitamin 30 minit sebelum bersenam sebagai suplemen.

“Selepas tamat, Paan akan ambil minuman protein powder untuk recover semula tisu otot. Pada masa inilah, tisu sudah ‘kembang’ dan mudah untuk kandungan daripada air tenaga mengalir masuk.”

 

P.S:

Just take your time. Jangan terburu-buru nak nampak result kerana ia boleh bahayakan kesihatan dan badan sendiri. Slowly but surely, okay.”

 

So, korang mampu tak?

 

Baca artikel penuh bersama Farhan Asri di dalam Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2018. Kini di pasaran.

 

IKLAN