Ulser mulut merupakan salah satu penyakit yang ‘boleh bawa gaduh’ sebab kalau sebiji sahaja pun tumbuh, dia punya sakit jangan cerita!
Waktu itulah korang tak boleh nak cakap, makan dan gelak sekali pun. Confirm pernah rasa kan?
Selama ini mungkin korang hanya tahu ulser mulut adalah bintik-bintik kecil berwarna putih yang tumbuh dalam mulut dan sangat menyakitkan. Tapi, adakah korang tahu punca dan sebab kenapa ia boleh berlaku?
Satu perkongsian telah dibuat oleh Dr Rahim di laman Facebook, tentang serba sedikit info yang mungkin boleh beri manfaat kepada kita semua.
Menurutnya, ulser dalam rongga mulut kerap berlaku pada usia 10 tahun ke aras dan berbentuk tompokan bulat kecil kira-kira 2 hingga 5mm berwarna putih atau kuning pucat seperti nanah. Ia boleh tumbuh berulang kali sama ada sebiji, dua atau lebih.
Kesakitan ini boleh berkurangan selepas tiga atau empat hari tapi mengambil masa 7 hingga 14 hari untuk sembuh dengan sendiri. Ia tidak meninggalkan parut, tidak berjangkit. Sekejap ada, sekejap tak ada. Macam chipsmore. Hiks!
Jadi nak tahu apa puncanya? Nah, cuba korang check simptom-simptom yang mungkin pernah korang alaminya sendiri.
1. Kecederaan/tergigit
2. Kurang zat besi, asid folik dan vitamin B12
3. Alahan
4. Jangkitan kulat, virus atau bakteria
5. Kesan sampingan radioterapi & kimoterapi
Ads
6. Kecederaan akibat berus gigi atau gigi palsu
7. Perubahan tahap hormon sebelum haid atau menopause
8. Genetik keturunan
9. Stress
10. Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen, aspirin, Alendronate, Nikotik, Kokain dan lain-lain
11. Pesakit Crohn, siflis atau jangkitan HIV
Rawatan orang tua-tua
1. Rajin-rajin minum air masak
Ads
2. Letak garam dekat ulcer atau kumur dengan air garam. Sakit gila macam nak jerit. Tapi boleh sembuh dengan cepat
3. Kalau nak sedap sikit, letak garam pada jagung pasar malam tu, makan je. Berkesan tau!
4. Rajin-rajin berkumur air garam yang cair (saline), listerine untuk cuci mulut. Ia dapat membantu mengurangkan kesakitan dan cepat sembuh
5. Lozenges steroid/defflam boleh kurangkan kesakitan dan bantu ulser untuk sembuh dengan cepat
6. Orabase membantu menutupi ulser dan kurangkan kesakitan
7. Choline Salisilat gel (Bonjela), Oral Aid.. Ada ejen kebas anesthetic lidocaine boleh digunakan
8. Makan pain killer.. Ponstan
9. Antiinflamatory Betamethasone Steroid
10. Makan antibiotik seperti doxycycline bila ada infeksi kuman
Satu lagi pesanan doktor yang korang kena selalu ingat, sentiasa jaga kebersihan mulut dan gigi. Berus gigi selalu. Kanser mulut kadang-kadang bermula dengan ulser mulut yang lambat sembuh.
Jadi, sekiranya berlaku lebih dari tiga minggu tanpa penyembuhan, berbeza saiz dan tumbuh mengganas, cepat-cepat jumpa doktor okay?
Penggunaan teknologi Artificial Intelligence (AI) kini semakin diterima dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dunia pendidikan.
Bukan sekadar membantu proses pembelajaran di bilik darjah, teknologi ini juga dilihat mampu mencetuskan idea kreatif dalam penganjuran acara sekolah. Antara yang mencuri perhatian baru-baru ini ialah penghasilan video AI kerjaya murid yang menjadikan majlis graduasi lebih bermakna.
Baru-baru ini, sebuah majlis graduasi murid pra sekolah tampil dengan pendekatan berbeza apabila para guru memanfaatkan teknologi AI bagi memeriahkan acara tersebut.
Pendekatan unik ini bukan sahaja mencetuskan rasa teruja dalam kalangan murid, malah menyentuh hati ibu bapa yang hadir.
Graduasi Tadika Tampil Lain Daripada Biasa
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, majlis graduasi murid tadika Bir Ali cawangan Taman Maluri dan Taman Melati Utama dilihat berlangsung dalam suasana penuh ceria. Seperti kebiasaan, murid-murid tampil segak mengenakan jubah graduasi dan mortar board ketika menerima sijil di atas pentas.
Namun, tumpuan utama para hadirin bukan hanya tertumpu kepada penampilan murid, sebaliknya kepada paparan visual di skrin LED belakang pentas. Di situlah dipertontonkan video AI kerjaya murid yang memaparkan wajah kanak-kanak kecil berubah menjadi versi dewasa dengan pelbagai profesion impian.
Video tersebut dimulakan dengan klip murid bergambar bersama skrol graduasi sebelum visual bertukar kepada imej mereka sebagai individu dewasa yang berjaya dalam bidang masing-masing.
Antara profesion yang dipaparkan termasuk doktor perubatan, juruterbang, anggota polis, bomba, saintis dan juga angkasawan.
Ringkas tetapi sarat dengan mesej positif, paparan ini seolah-olah menggambarkan impian dan cita-cita kanak-kanak sejak usia kecil. Setiap video AI kerjaya murid dipercayai dihasilkan berdasarkan minat murid itu sendiri, menjadikan pengalaman graduasi lebih peribadi dan bermakna.
Perkongsian video majlis graduasi ini nyata menarik perhatian warga maya apabila meraih lebih 1.2 juta tontonan setakat pertengahan Disember. Rata-rata netizen memuji usaha para guru yang dilihat kreatif, inovatif serta peka dengan perkembangan teknologi semasa.
Ramai yang menyifatkan idea menghasilkan video AI kerjaya murid ini sebagai satu pendekatan bijak untuk mencipta kenangan indah buat murid dan ibu bapa.
Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman sendiri, membandingkan cita-cita anak-anak mereka yang masih polos dan penuh imaginasi.
AI Sebagai Medium Inspirasi Sejak Awal Usia
Dalam pada itu, ramai ibu bapa meluahkan rasa terharu melihat anak-anak seawal usia enam tahun sudah berani bermimpi besar. Usaha guru memanfaatkan teknologi AI secara positif ini dilihat mampu menyemai keyakinan dan aspirasi dalam diri murid sejak awal usia.
Pendekatan kreatif sebegini membuktikan bahawa teknologi, jika digunakan dengan bijak, bukan sahaja menceriakan majlis graduasi, malah memberi impak positif dalam dunia pendidikan. Video AI kerjaya murid bukan sekadar hiburan visual, tetapi satu simbol harapan dan inspirasi untuk generasi masa depan.
Majlis graduasi hari ini bukan lagi sekadar acara penyampaian sijil, sebaliknya menjadi platform untuk meraikan potensi dan masa depan murid. Dengan kemajuan teknologi seperti AI, para pendidik kini mempunyai lebih banyak ruang untuk menyampaikan mesej bermakna melalui pendekatan kreatif.
Usaha seperti penghasilan video AI kerjaya murid ini membuktikan bahawa dunia pendidikan sentiasa berkembang, selari dengan peredaran zaman, demi membentuk generasi yang berani bermimpi dan yakin pada masa depan mereka.
Sumber : BuzzKini & Majoriti
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada menzahirkan kesyukuran apabila anak perempuannya, Humairah menerima anugerah pelajar cemerlang bagi tahun 2023.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuhada memaklumkan dirinya amat bersyukur dan gembira dengan pencapaian anaknya itu selain berterima kepada Allah di atas nikmat yang dikurniakan itu.
“Ya Allah, Yang Maha Hebat, Yang Maha Baik. Tiada kata yang mampu diluahkan selain rasa syukur seorang ibu bernama Shuhada Shukri dengan segala nikmat dan ujian Mu, Ya Allah. Terutama nikmat yang ini,” katanya.
Dalam perkongsian sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi tangkap layar mesej yang diterima daripada guru Humairah yang memaklumkan mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, Shuhada berkata dia akan sentiasa memberikan didikan yang terbaik buat anaknya agar berjaya di dunia dan akhirat.
“Ibu akan cuba sehabis baik ibu, didik kakak dan abang (Umar), bagi pendidikan yang terbaik dunia akhirat, insya-Allah bersama-sama mak dan abah.
“Untuk abah terima kasih menggantikan tanggungjawab (sebagai suami), Allahuakbar,” coretnya lagi.
Untuk rekod, Shuhada pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas Hero Remaja, Hafidz Roshdi pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai 2023.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Masyarakat Malaysia memang dah terbiasa dengan minuman berkafein dalam kehidupan seharian. Mana tidaknya, pagi-pagi dah order Kopi ais dekat mamak.
Betul tak?
Tapi kalau pergi kafe-kafe agak pening la nak order, dengan nama-nama yang jarang kita dengar. Penting untuk korang tahu sebelum order mana yang ‘kena’ ditekak. Berikut kami kongsikan beza setiap minuman kopi yang ada dijual dekat kafe. Lepas ini dah tak malu nak order lagi.
Americano
Foto – FB Kopi Dirgahayu
Cappucino
Foto – FB Kopi Dirgahayu
Mocha
Foto – FB Kopi Dirgahayu
Affogato
Foto – FB Kopi Dirgahayu
Latte/Flat White
Foto – FB Kopi Dirgahayu
Macchiato
Foto – FB Kopi Dirgahayu
Neslo
Foto – FB Kopi Dirgahayu
Turkish Coffee
Foto – FB Kopi Dirgahayu
Espresso Romano
Foto – FB Kopi Dirgahayu
Moga bermanfaat kepada semua. Lepas ni tak ada la salah pilih koi lagi.