Baharu sahaja merangkul pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi, Mohd Al-Jufferi akhirnya secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada dunia persilatan profesional yang telah diceburinya sejak 15 tahun lalu.
Setelah bergelar juara dunia sebanyak empat kali, anak muda berusia 30 tahun ini mengumumkan persaraannya di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 yang berlangsung di Arena 1 Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Jelasnya, malam tadi secara rasmi dia telah membuat keputusan untuk bersara tidak kiralah sama ada merangkul pingat emas atau tidak kerana ingin menamatkan karier selaku atlet silat negara selepas hampir 15 tahun.
Ads
Keputusan itu juga dibuat berdasarkan faktor kesihatan terutamanya kecederaan bahu kanan yang dihadapi AL-Jufferi selama ini memerlukan tumpuan untuk dipulihkan. Ne;iau berkata, keputusan untuk bersara itu sudah banyak kali disuarakan termasuklah ketika Sukan SEA di Hanoi pada Mei lalu tetapi terpaksa ditangguhkan selepas dipujuk oleh pelbagai pihak terutama tarikh aksi kejuaraan dunia sudah hampir.
Foto: Astro Awani
Al-Jufferi telah menewaskan pesilat dari Indonesia, iaitu Iqbal Chandra Pratama dengan keputusan 35-21, sekali gus berjaya menobatkan beliau menjadi juara dunia buat kali keempat.
Ads
Apa-apa pun selamat maju jaya dan tahniah kami ucapkan kepada Al-Jufferi kerana telah mengharumkan negara dalam dunia persilatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertama sekali, Remaja ingin ucapkan ALL THE BEST kepada korang yang akan mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada esok 10 Jun 2021. Kerja keras yang telah kamu curahkan selama ini berserta doa daripada ibu bapa dan guru insyaAllah akan membuahkan hasil.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini telah memaklumkan yang mana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh disemak bermula 10 Jun 2021 (Khamis) bermula pukul 10 pagi.
Semakan boleh dilakukan secara atas-talian melalui laman rasmi MOE atau melalui SMS.
Secara atas-talian, para pelajar boleh melayarI MyResult1 atau MyResult2 untuk mendapatkan keputusan penuh.
Taip : SPM<jarak>No KP<jarak>AngkaGiliran dan seterusnya hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan aktif bermula 10 pagi 10 Jun 2021 sehingga 6 petang 17 Jun 2021 sahaja.
Tamat SPM bermaksud tamatlah sudah dunia persekolahan buat kamu (kecuali yang mengambil STPM nanti). Dan tidak lama lagi kamu akan melangkah ke dunia baru yang lebih mencabar iaitu dunia pengajian di IPT.
Semoga perkongsian ini membantu buat korang esok!
Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai di kalangan masyarakat kita sudah sedia maklum tentang bahaya merokok dan ada diantara mereka yang beralih arah kepada vaping kerana menganggap ia lebih selamat.
Vape yang dijual di pasaran kini terdiri daripada campuran cecair khas yang digunakan untuk menghasilkan wap cecair seakan-akan asap. Cecair khas itu biasanya mengandungi bahan seperti glycerin dan propylene glycol. Selain itu, bahan pewarna, perisa dan juga nikotin turut dicampurkan ke dalam sesetengah jenis cecair vape.
Foto Via Pexels
Namun benarkah vape ini benar-benar selamat?
Beru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Faris Ifwat Mohamad Fauzi yang juga merupakan seorang penguna vape berkongsi pengalamannya yang hampir maut akibat masalah paru-paru yang juga dikenali sebagai spontaneous pneumothorax.
Kisah yang dikongsikan melalui hantaran Facebooknya ini diharap dapat menginsafkan serta membangkitkan lagi kesedaran di kalangan rakyat Malaysia mengenai bahaya dan kesan buruk akibat ketagihan vape dan rokok.
Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam saya telah pun discaj dari hospital setelah hampir seminggu ditahan di wad kerana sesak nafas atau masalah paru-paru yang dipanggil spontaneous pneumothorax akibat daripada vaping dan smoking.
Iaitu komplikasi di mana udara masuk ke rongga paru-paru menyebabkan paru-paru tak dapat mengembang. Situasi ini menyebabkan paru-paru sebelah kanan saya dihimpit oleh udara yang terperangkap dan seterusnya menjadi kecut.
Foto Via Facebook Faris Ifwat Mohamad Fauzi
Jadi setelah dibincangkan, doktor memberitahu saya untuk terus menebuk di bahagian kanan dada dengan segera dan meletakkan chest tube untuk mengeluarkan udara bagi membolehkan paru-paru bahagian kanan saya berfungsi dengan baik. Jika lambat tebuk kemungkinan paru-paru saya akan berhenti dan boleh menyebabkan kematian.
Alhamdulillah selepas lebih 72 jam memakai chest tube, udara yang terperangkap dapat dikeluarkan. Dan chest tube ini terus ditanggalkan pada hari ke 4.
Sekarang paru-paru saya masih lemah dan memerlukan latihan bagi menguatkan balik paru-paru saya seperti biasa.
Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri saya, ahli keluarga saya, keluarga mertua saya, saudara mara saya, doktor-doktor, jururawat dan semua staff Hospital Teluk Intan dan rakan-rakan sahabat yang mendoakan kesihatan saya dan menolong dari segi mental dan fizikal dan menziarahi saya semasa terlantar di hospital.
Doakan saya agar pulih sepenuhnya dan doakan hati saya kental dapat mengharungi hari-hari tanpa vape dan rokok (pening nak demam semua ada yelah terpaksa berhenti mengejut).
Untuk kawan-kawanku beringatlah sesama kita betapa bahayanya benda alah ni. Dulu saya seperti anda semua tak percaya. Bila dah kena kat diri sendiri baru ada akai orang cakap 😂.
Untuk kawan-kawan yang bertanya rasa sakit macam mana bila mula-mula kena. Rasa sakit dia rasa macam susah nak bernafas, nafas jadi pendek dan tercungap-cungap, macam ada sesuatu menghalang saluran pernafasan dan pergerakan juga terbatas. Rasa sakit dia hanya Allah saja yang tahu.
Sekian dari saya Mohamad Faris Ifwat. Check in Hospital Teluk Intan 21-26/7/22. Assalam.
Malah, diruangan komen netizen turut berkongsi pengalaman.
Foto Via Facebook Faris Ifwat Mohamad Fauzi
*
Satu pesanan dari REMAJA, confirm tak hilang macho korang kalau tak hisap vape atau rokok malah gadis-gadis akan lebih respect sebab susah nak cari lelaki tak merokok atau hisap vape zaman ini.
++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini kecoh di media sosial berikutan pengakuan penyanyi, Nora Ariffin bahawa video remaja bercium di khalayak ramai adalah anak perempuannya, Puteri Nor Dahlia.
Ramai melihat penyanyi ini mempunyai hati yang sangat luhur kerana berani mengaku kesalahan anak sendiri (ramai ibu bapa mungkin tiada keberanian sebegini) malah mahu mengakui sudah memberikan didikan terbaik untuk puterinya itu.
“Sebagai seorang ibu, saya sudah cuba sedaya-upaya untuk mengajar, membimbing dan mendidik serta memberikan apa yang terbaik dan termampu dalam kapasiti yang terbatas.
“Namun, sebagai seorang manusia kita tidak boleh lari daripada membuat kesilapan. Dia masih muda dan ada banyak ruang untuk diperbaiki dan belajar daripada kehidupan. Sebagai ibu saya juga banyak kelemahan,” katanya.
.
Gadis lain buat laporan polis
Bagaimana di sebalik isu panas ini, sejak semalam di twitter, seorang gadis atas nama @-nralya atau nama sebenarnya Nur Alya Batrisya Baharoddin yang berusia 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Gombak berikutan dirinya menerima kecaman dan dipanggil sebutan kesat oleh orang ramai yang beranggapan pelaku dalam video berkenaan adalah dirinya.
Dalam bebenangnya, @-nralya meminta orang ramai mencari gadis berkenaan (sebelum tahu ia adalah anak kepada Nora) kerana dirinya menerima kecaman hebat. Ini kerana nama instagramnya sama seperti Instagram milik anak penyanyi tersebut.
Berikut adalah tweetnya.
Korang please help me viral this. Loudly crying face i have no idea who is this girl tapi aku dipanggil be**** sun*** disebabkan oleh muka aku sama dengan dia. Loudly crying face sekrang ni followers aku increase sbb ni. Allahu aku takut.
Disebabkan kecaman itu, dirinya telah membuat satu laporan polis kerana berasa terancam dan tertekan sedangkan dirinya tidak melakukan perbuatan tersebut.
Takut bila kecaman tersalah tempat kerana tiada usul periksa. Dah orang lain terima akibat dan kesannya.
Apa pun dengan pendedahan dari Nora itu, sudah pasti nama Alya bersih kerana penyanyi itu mengaku itu adalah anaknya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!